Laman Webantu   KM2A1: 4270 File Size: 12.1 Kb *



TJ KB: Hashimoto Kembali Kencang Sekali?
By David DeRosa

21/4/2001 11:38 pm Sat

KESAN JEPUN PADA MALAYSIA

Daim kini disahkan telah mengambil cuti dua bulan (sebelum bersara?) di saat negara sedang menghadapi satu musibah ekonomi yang mungkin lebih dahsyat dari sebelumnya kerana salah satu kunci ekspot terbesar negara - sektor elektronik sedang tergugat akibat polisi kawalan matawang Mahathir. Tambah lagi krisis ekonomi dan politik Jepun, Yen dijangka akan merosot berikutan formula baru Jepun untuk membaiki ekonominya melalui "quantitative easing". Ekspot Jepun akan menjadi lebih murah dan ini menyebabkan wang serantau murah. (Jika mahal semua akan ke pengimpot dan pelabur akan ke Jepun). Malaysia yang masih mengekalkan kawalan matawang dijangka akan parah jika Yen terus mencecah di bawah paras 130. (sila rujuk rencana terdahulu oleh David deRosa)

Menurut MIER Malaysia tidak mampu untuk menilai semula matawangnya kini kerana keadaan ekonomi tidak begitu stabil dan asyik melemah. Ia sepatutnya dilakukan dulu lagi ketika agak segar. Rezab negara yang semakin berkurang mula menekan ringgit dan perasaan menteri berkenaan dan perdana menteri juga. Tidak guna bertekak lagi kerana sudah ketelanjuran. Lagipun Daim memang diam.... sehingga dia bercutipun dalam diam-diam tetapi terbongkar juga kemudian.



Krisis di Jepun: - David deRosa Bloomberg


HASHIMOTO KEMBALI KENCANG SEKALI

Ryutaro Hashimoto dijangka akan menggantikan Mori yang sudah tawar hati dan ingin meletak jawatan. Tempoh Mori berakhir pada 30/9/2001 ini tetapi pilihanraya pada 24/4/2001 ini, Hashimoto diramalkan menang untuk dilantik menjadi PM pada 26/4/2001.

Hashimoto pernah menjadi PM pada tahun Januari 1996 tetapi bersara tiba-tiba pada sekerat jalan pada Julai 1998 kerana partinya kalah teruk dalam pilihanraya parlimen. Dia dihantui tuduhan menjerumuskan Jepun ke era kemelesetan ekonomi kerana menaikkan cukai jualan pada April 1997. Sebenarnya kemelut ekonomi Jepun bermula sejak awal 1990an lagi bila ekonomi buih (bubble economy) lingkup. Faktor cukai itu tidaklah seberapa sangat - ada faktor lain yang lebih menjejaskan ekonomi iaitu faktor bank.


Bank Adalah Kunci, Tapi Pasaran Bon Mungkin Termati

Bank-bank Jepun sudah sarat dengan hutang lapuk yang terlalu teruk sehingga ada yang lumpuh dan tidak mampu memberi pinjaman lagi. Macam biasa dengar sahaja? Ya benar - Malah situasi hari ini juga tidak jauh berbeda. Di sinilah kunci sebenar masalah Jepun dan ramai pakar bersetuju dengannya. Soalnya bagaimana untuk memulihnya atau membayarnya. Hashimoto mahu menggunakan dana awam untuk membaiki bank dan tidak akan menaikkan cukai kerana tidak mahu kecundang seperti dulu lagi. Sebaliknya beliau menurunkan cukai untuk pelaburan saham pula. Secara logiknya semua langkah ini mungkin akan membunuh pasaran bon dan kerajaan terpaksa menawarkan terbitan yang lebih hutang dari sebelumnya.

Namun begitu apa yang mengerikan mengenai Hashimoto ialah betapa mudahnya untuk beliau mencipta balik dirinya. Bekas juara konservatif fiskal yang mungkin akan mengemudi Jepun buat kali kedua ini sedang muncul dengan janji perbelanjaan yang berdefisit. Apakah beliau nanti akan menjadi Franklin Roosevelt Hashimoto? (penyelamat penuh nostalgia)

-David deRosa-
Bloomberg


Krisis di Malaysia:

Sekarang kita berbalik semula ke Malaysia. Perjanjian antara syarikat LRT dan bank yang meminjamnya masih belum ditanda tangani lagi walaupun ia sudah tidak membayar bunga lebih satu tahun. Pada penghujung April ini hutang itu akan menjadi lapuk dan seterusnya mencemarkan imej bank. Kerajaan bercadang menawarkan bon untuk melangsaikan hutang yang menggila ini. Pasaran saham tidak dapat digunakan lagi kerana sambutan untuk IPO time dotCom begitu dingin sekali. KWAP sudah rugi RM500 juta tahun ini sahaja di atas kertas (untukmu kroni) manakala KWSP sedang berdepan dengan piket MTUC kerana melabur dalam saham yang merugi dan kontroversi - juga untukmu kroni.

Dulu Krugman ada menasihat Mahathir agar segera merombak kawalan modal kerana ia cuma untuk jangkapendek sahaja. Ia seharusnya digunakan untuk membaiki segera mana yang sakit dengan membuang cacatnya pengurusannya - bukannya menyuntik lagi wang untuknya. Tetapi Mahathir berdegil kerana merancang sesuatu walaupun diberi amaran kesan jangka panjang bakal mencekik negara. Sekarang ia sudah pun tiba .... dan orang Mahathir sendiri akan terkena.

Kita imbau kembali kronologi (tanpa susunan yang tepat) apa yang berlaku di Malaysia:

YANG DIRANCANG DAN YANG TAK TERANCANG



  1. Pukul dan Penjarakan Anwar
  2. Panggil Daim
  3. Panggil Salomon Smith Barney
  4. Kawalan Modal/Matawang
  5. Faedah diturunkan
  6. Nasib: Harga Minyak naik
  7. Nasib: Ekspot elektronik baik
  8. Pilihanraya
  9. Gabungkan Bank
  10. Pilihanraya Presiden Amerika
  11. Selamatkan Kroni
  12. Anwar sakit
  13. Ekonomi Amerika sakit
  14. Ekonomi Jepun sakit
  15. Ekspot Malaysia turun.
  16. Matawang serantau merudum
  17. Ringgit tak kompetetif
  18. Wang keluar
  19. Rezab antarabangsa menurun
  20. Harga minyak kelapa sawit turun - Terlebih pengeluaran
  21. Ekonomi Malaysia sakit
  22. Masterplan
  23. Pakej Rangsangan - Daim tidak membentangnya
  24. Pelan OPP3 - Daim tiada
  25. Ringgit tidak laku - tukaran diperlukan
  26. Matawang RM1 dicetak dan diedar
  27. Meneroka pasaran baru - India
  28. Meningkatkan Pelancungan - untuk mendapatkan wang luar
  29. Rezab surut
  30. Eskpot terjejas
  31. BSKL Merudum
  32. ISA - 8 ditangkap
  33. Daim bercuti dan bersara?
  34. Beserah?
  35. Perhimpunan Agung Umno


Malaysia mengenakan kawalan modal dan matawang untuk melindungi kroni. Kawalan tersebut mengelakkan negara dari dari kancah kemelesetan kerana pagarnya tinggi - bukan kerana kita hebat sekali. Kita tidak begitu tergugat kerana eskpot elektronik agak tinggi, begitu juga dengan harga minyak kelapa sawit dan petrol dunia.

Ekonomi yang agak 'pulih' itu digunakan untuk memancing undi dalam piliharaya umum lepas di mana BN menang dengan majoriti 2/3. Tetapi kawalan matawang masih diteruskan kerana inilah masa untuk menyelamatkan kroni dulu kerana Anwar sudah pun terpenjara dan kuasa 2/3 sudah diperolehi.

Selepas pilihanraya kroni perlu dibantu segera kerana sudah lama menahan sakit perut mereka. Tetapi baru sekerat jalan masalah mula menjelma.... ekonomi Amerika merudum pula.

Selepas pilihanraya presiden Amerika - negara tersebut terjejas kerana penjajaran semula ekonomi dan ketepuan pasaran IT. IT adalah penggerak utama ekonomi Amerika. Kemelesetan tersebut menggugat ekspot negara kita serta pelaburan gergasi IT Amerika di sini. Kebetulan Jepun pun sakit juga kerana banyak masalah tidak dapat diselesaikan sehingga negara Cina berjaya menyainginya untuk muncul sebagai kuasa ekonomi Asia.

Jepun mencuba pelbagai cara untuk membaiki ekonominya - dan ini akan memberi kesan kepada ekonomi kita kerana pelabur akan lari ke sana jika betul formula mereka.

Formula "quantitative easing" adalah salah satu darinya. Ada lagi yang bakal muncul - iaitu Hashimoto (jika beliau berjaya). Tidak kira siapa yang menerajui Jepun, mereka akan mengheret matawang dan ekonomi ke sana untuk menyebabkan terkapai kita. Eskpot yang menurun kerana ringgit tidak kompetetif itu baru riak pertama. Ada lagi riak seterusnya yang lebih dahsyat akan menjelma. Malangnya kita masih belum bersedia....... sedangkan sakit semakin bertambah pula. Apa yang menyelamatkan kita dulu sudahpun tiada kerana ia pun sakit juga. (ekspot elektronik, minyak kelapa sawit dsb.)

-TJr Kapal Berita-




Rujukkan:

http://quote.bloomberg.com/fgcgi.cgi?
ptitle=David%20DeRosa&touch=1&s1=blk&
tp=ad_topright_bbco&T=markets_fgcgi_content99.ht& s2=blk&bt=blk&s=AOtZ7GhTESGFzaGlt


Hashimoto Is Back, the Herbert Hoover of Japan

By David DeRosa

New Canaan, Connecticut, April 13 (Bloomberg) -- Japan, a nation desperate for political leadership, is about to hand over the reins of its government to Ryutaro Hashimoto, who failed previously as prime minister.

Hashimoto has emerged as the leading candidate to replace outgoing Prime Minister Yoshiro Mori as president of Japan's Liberal Democratic Party. Hashimoto is favored to win the party's presidency in an April 24 election and then be appointed prime minister in the Diet on April 26. He will fill the remainder of Mori's term that ends Sept. 30.

Hashimoto, who became prime minister in January 1996, resigned abruptly in mid-term, in July 1998, to take responsibility for his party's having suffered humiliating losses in parliamentary elections.

He has been dogged ever since by accusations that he plunged Japan into recession by raising the national sales tax in April 1997 (hence the sobriquet of him as Japan's answer to Herbert Hoover, the president who was blamed for doing nothing right as the U.S. slid into the Great Depression of the early 1930s).

After Hashimoto raised the sales tax rate from 3 percent to 5 percent, what chances Japan had to recover from its economic torpor appeared to quickly vanish. Japan's economic troubles actually date back to the beginning of 1990s with the collapse of the so-called bubble economy.

Hashimoto has gone so far as to ``sincerely apologize'' for raising the sales tax. ``Shifting to fiscal tightening at that time was one of the main causes for the current economic recession,'' he said later.

Banks Are Key

The truth is that raising the sales tax was a bonehead move, in terms of both economics and politics. But there were other pernicious factors at work to derail Japan in 1997. Most important by far were the problems of the banking system.

Japanese banks were loaded down with nonperforming and substandard loans, to such a degree that bank lending was paralyzed. Sound familiar? In fact, the situation today is virtually no different. So if it comes to pass that Hashimoto achieves political redemption, or, said more accurately, resurrection, he will have no bed of roses.

Hashimoto acknowledges the need to fix the banking system. So do a lot of people. The question is not whether to do it, but how to pay for it. Here, Hashimoto has made it clear that he is willing to use public money to fix the banks. Not wanting to make the same mistake twice, he also has declared himself firmly opposed to raising taxes.

Kill the Bond Market?

Logically speaking, taken together, these declarations mean that a Hashimoto government is bad news for the bond market. His programs will require the government to issue more debt -- potentially a lot more.

Wait, it gets better. Part of his ``200-day plan'' calls for the revival of companies and the installation of worker safety nets (presumably a form of unemployment compensation for workers who have lost their jobs because of company restructuring).

And Hashimoto has been talking about reducing taxes on stock investments.

He isn't the only prominent Japanese politician with a plan to lower taxes and create more government indebtedness. Key to Hashimoto's election is his receiving support from Shizuka Kamei's faction of the LDP party. Kamei is calling for several trillion yen in tax cuts.

Talk like this from Hashimoto and Kamei has been weighing on the bond market. More supply is simply not what bond investors had been hoping to hear.

Still, the really scary thing about Hashimoto is how easily it was for him to reinvent himself. This one-time champion of fiscal conservatism may be about to come to office for a second time on a promise of deficit spending. Would that make him Franklin Roosevelt Hashimoto?