Laman Webantu   KM2A1: 4272 File Size: 5.7 Kb *



Dimanakah Berakhirnya?
By tv3

21/4/2001 3:45 pm Sat

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI


"Keperwiraan" Firaun tua kini terbukti. Tidak pernah disangsikan bahawa bukti kukuh kegagahan Firaun, berupa Akta Keselamatan Dalam Negeri, akan digunakan. Persoalan nya tidak pernah "kalau", tetapi "bila". Malah dipertemuan kami dengan Sdr Ezam Mohd Nor, ketika pengkebumian Allahyarhamah Mak Yan, ditengah ribuan manusia, beliau sempat berbisik, membayangkan bahawa beliau "tak lama lagi, kenalah!"

ISA telah digunakan demi mengejar dua matlamat. Persetankan dengan cerita dongeng tentang grenade launcher, membawa masuk 50,000 pakar demonstrasi dari negara jiran dsb. Persetankan dengan penghakiman terhadap saman "herbeas corpus" yang didengari hakim gula gula hacks (macam tak ada hakim lain!). Anak di tadika pun dapat menduga nasib saman tersebut. (Ini bukan menghina mahkamah. Bagaimana mungkin kami menghina sesuatu yang sedia hina lagi menjijikkan?)

Matlamat pertama adalah untuk mematahkan kemaraan KeADILan, khasnya sayap Pemudanya. Pemuda keADILan lah yang paling lantang, paling konsisten dan paling berkesan mendedahkan keseluruh rakyat tentang pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku. Imbaslah kembali, (sama ada melalui kaset, video mahupun VCD) akan puluhan (kalau tidak ratusan) cabaran yang dibuat pergerakan ini melalui ceramah ceramah nya (khasnya Sdr Ezam) untuk tindakan undang undang diambil, andaikata pendedahan demi pendedahan yang mereka telanjangkan kepada rakyat jelata, berunsurkan fitnah! Ternyata, TIADA YANG BERANI mengheret mereka ke mahkamah! Mereka MESTI disenyapkan. At all cost! Jawapan yang nyata? ISA!

PASTI!… sepasti matahari terbit ditimur, mereka akan diseksa dan didera oleh banjing (jenis haiwan kacukan babi dan anjing), saling tak tumpah seakan binatang buas membaham mangsa!

Matikah REFORMASI? Dimanakah berakhirnya? Tahukah banjing sekelian yang isu penangkapan dibincang didalam mesyuarat manusia kehilangan tuhan (MKT), dan telah ditentang keras oleh hampir kesemua ahli TERMASUK Rafidah Aziz? Read the signal!

Penggunaan undang undang rimba juga sedikit sebanyak berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada keadaan kesihatan DSAI, yang kini semakin meruncing. Permasalahan kesihatan yang dipolitikkan Chua Jui Meng sebagai hamba suruhan. Tepat sekali "tembakan" YB Hussam Musa terhadap YB YB Rompin dan Bagan Datoh, didalam Dewan Rakyat baru baru ini. Anwar yang pernah dicium tangan (malah d*b*r sekali pun jika dia kehendaki) oleh mereka mereka ini tidak berapa ketika dahulu, kini dinafikan haknya hanya (untuk mendapat rawatan sebaik mungkin terhadap satu penyakit) kerana manusia ISLAM yang bertuhankan dunia semata mata! Usahlah dimasukkan hal hal karut seperti peraturan Penjara dsb. (DSAI's "offences" are bailable offences) Ini masaalah kemanusiaan, keinsanian. Masaalah hati perut. What makes it worse is that, it is no stretch of our imagination, that NONE of you BN MP's (save one or two) IN YOUR CONSCIENCE, really believe that DSAI is guilty as charged!

Jadi, dimanakah berakhirnya?

Kami ditv3 sungguh mengharapkan satu jawapan mudah terhadap soalan ini. Sesungguhnya lah, jawapan nya memang mudah sekali, dengan syarat, kesemua orang Islam diMalaysia ini (nak pulak yang baru pulang menunaikan haji) percayakan Hari Kiamat. Hari yang tak ada anak pinak atau harta benda yang boleh menjadi barangan yang boleh diniagakan untuk menagih keselamatan. Hari yang mana tiada VK Lingam, tiada Mohtar Dugong mahupun Anak Joker untuk "menyelesaikan" masalah perundangan. Hari dimana semua insan tidak akan dizalimi walau sedikit pun. Dan Hari yang kesemua insan akan dipertanggungjawabkan setiap yang pernah dilakukan (atau tidak dilakukan). Malang. Kehidupan bukan semata mata putih atau hitam. Tidak banyak yang mengaku ISLAM diseliputi iman. Paling ketara didalam keadaan semasa, ialah dikalangan pihak polis. Kini hanya "keperwiraan" yang menjadi kata putus. Dan "keperwiraan" ini dimanifestasikan oleh pihak yang diberi kuasa, yakni polis. Sudah tidak ada cara lain lagi bagi Mahafiraun mengaut kembali kasih sayang rakyat terhadap dirinya. Hanya paksaan menjadi pilihan. Terhunuslah ISA! Dan dengan berpandukan hasutan syaitan, muncullah puak puak yang menjalankan agenda kejam dan zalim mahafiraun. Anihnya, seseparuh (tidak kesemua) mereka ini, TAHU akan menjelangnya Kiamat! Namun masih menjual ugama demi keseronokan dunia. Tidak kurang pula yang putus Hidayah, langsung tak terbayangkan Hari Penyesalan!

Bagi mereka ini, baiklah, lupakan seketika akhirat. Entah bila! Tak nampak! Lambat lagi! Bagaimana didunia? Bolehkah sentiasa terlepas dari hukuman dumia? Kemanakah Bapak Anjing, Jantan Tak Bermaruah Abdul Rahim Noor? Sihat kah dia? Gembirakah dia? Amankah jiwanya? Sila kalian pastikan (tv3 tak dapat pastikan sebab tak boleh masuk kandang anjing - najis). Mungkin termakan sumpah seorang ibu. Mungkin kilasan do'a yang dizaliminya. Allah sahaja yang mengetahui. Yang pasti, beliau "tidak berapa sihat" dan para doktor tidak dapat mengesan apakah masalah sebenar beliau. Mungkin diracun pihak yang tak mahukan dia memecahkan tembelang konspirasi? Sekali lagi, Allah yang maha mengetahui. Tidak ada gunanya hanya spekulasi. Jemputlah masing masing membuat penyelidikan sendiri.

Kita semua harus secara serius memikirkannya. Tidak mungkin kah apa yang dilalui Bapak Anjing berlaku kepada diri sendiri, atau setidak tidaknya, kepada mereka yang tercinta?

Dimanakah berakhirnya?