Laman Webantu   KM2A1: 4273 File Size: 34.9 Kb *



TJ KTK 4: fM: Wan Azmi: Kesetiaan Tak Bertepian
By freeMalaysia

22/4/2001 1:38 am Sun

KTK 0401

[Wan Azmi adalah anak didik Daim yang bolehlah dikatakan paling cerdik sekali tetapi tidak disenangi oleh Mahathir kerana sedikit lantang orangnya serta ayahnya seorang bekas hakim negara yang berbalah dengan Mahathir. Tetapi Wan Azmi tetap cekal menghadapi masalah tersebut walaupun sekali sekala dia tertewas juga kerana gagal mengawal mulutnya dan egonya. Inilah kelemahan Azmi. Dia mengkritik Mahathir secara terbuka sedangkan itu 'haram' di sisi diktator Mahathir. Tetapi kesetiaannya buat Daim, mentornya, tidak berbelah bahagi.

Menurut beberapa teman beliau hidup di hotel dengan mewahnya satu ketika dulu. Kini dia dihempap banyak masalah kerana aktif di pasaran saham. Tetapi mungkin akan bangkit kembali kerana kerap menjadi 'troubleshooter' sebelum ini. Namun begitu dia terpaksa berdepan dengan Mahathir yang lebih garang lagi. Tetapi, sebagai anak Kelantan yang bersinar, dia mungkin menang kerana Mahathir bukanlah sehebat dulu lagi dan Daim sudah pun pergi dari sisi Mahathir.
- Editor
]


Terjemahan: -KTK/6-

http://www.freemalaysia.com/rogues/wan_azmi.htm

freeMalaysia

Wan Azmi : Kesetiaan Tak Bertepian

(fM: Wan Azmi : Loyal to a fault)

Tan Sri Wan Azmi, dengan usahanya sendiri, mungkin boleh muncul sebagai seorang ahli perniagaan yang dinamik di dalam mana-mana ekonomi pasaran saham - tetapi bukan di Malaysia, bukan dengan bermodalkan dirinya sendiri. Di negara ini kebanyakan tokoh-tokoh korporat yang hebat perlu membiasakan diri dengan pelbagai permainan politik - dan sanggup mengeluarkan wang untuk kesemuanya - bagi membolehkan mereka tergolong di antara 100 Yang Terkaya di Malaysia atau lain-lain yang bermaksud serupa. Itulah kenyataan yang terpaksa diterima untuk berhadapan dengan suasana ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh kumpulan kroni Mahathir.

Harga yang terpaksa dibayar pula amat mahal sekali. Sesetengahnya terpaksa menggunakan khidmat sehingga beberapa orang penaung politik yang melibatkan kos yang sangat tinggi. Yang lainnya, termasuk kebanyakan ahli-ahli perniagaan Melayu, lebih terikat kepada seorang penaung politik sahaja. Dengan bergantung sepenuhnya kepada penaung-penaung ini, ahli-ahli perniagaan Bumiputera akan berjaya mendaki tangga dunia korporat, dan biasanya mereka akan turut menerima nasib yang sama apabila penaung-penaung itu sendiri kecundang.

Wan Azmi sepatutnya cukup bersedia untuk menilai ikatan politiknya itu bagi kestabilan jangka panjang bidang korporat yang diceburinya itu. Ternyata beliau gagal di situ. Sebaliknya beliau tetap setia bergantung harap kepada penaung utamanya, Menteri Kewangan buat kali kedua Tun Daim Zainuddin. Sikap Wan Azmi ini mungkin boleh digambarkan sebagai satu watak di dalam sebuah kehidupan moden Melayu : Seorang yang bijak dan pandai mengenang budi, yang merasakan tidak menjadi kesalahan buat tuannya untuk mengaut kekayaan secara berlebihan, bahkan secara terbuka beliau pernah melahirkan rasa kagum terhadap sumbangannya kepada Malaysia. Beliau begitu amat menghargai jasa gurunya yang telah membuka jalan untuk beliau berkecimpung di dalam dunia perniagaan, dan beliau tetap setia biarpun hubungan tersebut mula menjejaskan masa depan perniagaan dan profesionalismenya.

Ini membuatkan kita terfikir apakah Wan Azmi sendiri mampu untuk pergi lebih jauh lagi dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi lagi sekiranya beliau tidak terjebak di dalam cengkaman emas golongan kapitalis kroni di Malaysia ini. Inilah kejadian malang yang menimpa Wan Azmi serta ahli-ahli perniagaan Malaysia yang meletakkan diri mereka di dalam satu sistem yang amat tidak adil itu.

Sebenarnya agak sukar untuk mencari kesilapan Wan Azmi berdasarkan kedudukannya yang amat kukuh di dalam sistem korporat kroni itu. Banyak pengalaman pahit manis yang terpaksa diharunginya sebelum berjaya mencapai tahap seperti sekarang. Beliau telah bekerja keras, belajar dengan sepenuh hati dan di dalam proses itu mendapat beberapa pengajaran yang amat berguna untuk kepentingan peribadi mahupun kerjayanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengalamannya itu tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan dari anak didik Daim yang lain.

Namun begitu Wan Azmi tidak boleh mendabik dada mengatakan kejayaannya itu adalah hasil usahanya sendiri. Malah sejarah pengkorporatan di Malaysia juga tidak akan dapat membuktikan perkara yang sebaliknya.

Menurut teman-teman Wan Azmi, beliau adalah seorang yang cerdik, pandai bergaul dan menyeronokkan ketika berbual. Rakan-rakan niaganya menegaskan bahawa beliau ternyata seorang yang tahu tentang urusniaganya dan biasanya berurusan dengan agak baik. Di kalangan kaki tangannya pula beliau dikenali sebagai seorang yang bergaya, tetapi cerewet dan berjiwa besar. Ada beberapa teman lain yang menyebut tentang sifat ego yang ada pada dirinya, dan sesetengah pula berpendapat keegoannya itu amat tinggi sekali. Sebilangan kecil yang lain memberitahu akan tabiat beliau yang suka mempersendakan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kurang menyenangkan tentang hubungkait politik yang sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan buat dirinya sendiri. Tidak kurang juga yang menyelar sifat terlalu jujur beliau yang tidak kena pada tempatnya. Namun tiada seorang pun yang berkata bahawa Wan Azmi akan mengecapi kejayaan seperti itu tanpa bantuan dari Daim.

Wan Azmi sendiri tidak pernah dan tidak akan menyangkal pernyataan yang terakhir itu. Satu ketika dahulu beliau pernah membandingkan Daim dan dirinya seumpama Batman dengan Robin, yang menyusuri kegelapan malam di daerah segitiga emas Kuala Lumpur dan membolot urusniaga-urusniaga yang paling lumayan di Malaysia. Untuk seketika, perkara ini ada kebenarannya.

Wan Azmi yang merupakan seorang akauntan, seperti kebanyakan anak didik Daim yang lain, telah meninggalkan jawatan sebagai pegawai kewangan di Kumpulan New Straits Times secara mendadak pada tahun 1978 apabila terlibat di dalam persengketaan dengan Dato' Junus Sudin, yang merupakan pengerusi empayar korporat UMNO di bawah Fleet Holdings. Keputusannya untuk beralih kerjaya itu agak kurang bijak. Junus, yang pada masa itu bernaung di bawah Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, telahpun mempunyai kedudukan yang kukuh sebagaimana Daim sekarang.

Kemudian Desa Pachi, yang merupakan proksi kumpulan korporat Daim untuk sekian lamanya, tampil membantu Wan Azmi mengorak langkah ke alam korporat dengan mengaturkan satu pertemuan di antara Wan Azmi dan Daim, yang sebelum itu tidak pernah ditemuinya malah kurang pengetahuan tentang dirinya. Tanpa diduga oleh Wan Azmi sendiri, beliau telah diambil bekerja dengan segera - pada masa itu temuramah yang berlangsung belumpun berakhir - sebagai Pengurus Besar Peremba Bhd., yang merupakan cabang pengurusan Rancangan Pembangunan Bandar kerajaan yang baru dikorporatkan.

Peremba menjadi pusat Daim mengumpulkan ank-anak didik korporatnya yang akan sedia berkhidmat kepadanya sehingga ke hari ini. Di antaranya termasuklah nama-nama seperti Halim Saad, Samsudin Abu Hassan, Razali Rahman dan Hassan Abbas. Tujuannya adalah untuk mewujudkan barisan bumiputera yang setia, pasukan korporat Daim yang bakal membuat kejutan, bagi mengorak langkah mengumpan kontrak- kontrak penswastaan kerajaan yang akan dianugerahkan secara senyap-senyap oleh regim Dr. M di dalam sedikit masa lagi. Salah satu darinya adalah projek pembinaan UBN/ hotel Shangri La dan kompleks pejabat di tengah-tengah segitiga emas yang merupakan projek yang terbesar di Kuala Lumpur pada masa itu.

Namun untuk sekian lamanya Perdana Menteri telah menjadi batu penghalang kepada peningkatan kerjaya Wan Azmi. Tidak dapat dipastikan mengapa Dr. M tidak menyenangi dirinya sebagaimana Daim terhadapanya. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Daim terpaksa berulangkali campurtangan di dalam hal anak didiknya itu dengan Mahathir, yang seperti mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak menyenangi atau mempercayai Wan Azmi. Dari itu Wan Azmi terus kekal sebagai salah seorang anak didik Daim yang tidak mendapat tempat di hati Dr. M.

Hairan? Ya, memang benar. Apakah tiada sebarang petunjuk langsung? Bukan begitu.
Terdapat cebisan-cebisan maklumat dari teman-teman dan kenalan-kenalan rapat Wan Azmi, juga dari sumber-sumber lama di KL, yang dapat menjelaskan sebab di sebalik hubungan yang bermasalah itu :-



  1. Yang pertama sekali, mungkin tidak kurang pentingnya, Wan Azmi merupakan seorang yang licik dan berdarah Kelantan. Tidak perlu ulasan lanjut tentang perkara ini.

  2. Wan Azmi telah merungut kepada hampir semua masyarakat peniaga di KL bahawa beliau tidak langsung menerima sebarang anugerah penswastaan yang lumayan yang selayaknya berbanding dengan kroni dan proksi Dr. M dan Daim yang lain.

  3. Pernah di satu ketika beliau bekerjasama dengan pelabur-pelabur dari Tabung Kewangan George Soros. Walau bagaimanapun hubungan yang terjalin itu ditamatkan sebelum munculnya Krisis Kewangan Asia. Bayangkan apabila hal ini sampai kepada Mahathir. Biarpun pada hakikatnya Daim sendiri pernah cuba berurusan dengan Soros di masa lalu, perkara itu tidak pernah diambil pusing.

  4. Wan Azmi pernah mengkritik Dr. M secara terbuka, bahkan ini berlaku di dalam satu majlis keramaian anjuran Dewan Peniagaan Melayu. Yang lebih ketara lagi adalah semasa beliau menyandang jawatan Presiden Dewan tersebut pada tahun 90an di mana beliau telah mengkritik keras Dr. M yang turut hadir di majlis yang berkenaan.

  5. Wan Azmi tidak menepati ciri-ciri seorang diplomat korporat pengampu yang disenangi Dr.M untuk diserap menjadi anggota rombongan yang mengiringinya ke luar negeri. Ada laporan yang mengatakan bahawa semasa beliau memegang jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu, beliau telah menyelar tindakan manipulasi pentadbiran Mahathir terhadap Dasar Ekonomi Baru di hadapan satu perjumpaan di antara ahli-ahli perniagaan Turki dengan pemimpin-pemimpin politik yang berlangsung di Istanbul.


Semua perkara yang dibangkitkan tadi sudah mencukupi buat Dr. M yang sering berperasangka buruk itu untuk terus-terusan membenci Wan Azmi. Tuhan Maha Mengetahui bagaimana Mahathir pernah menyisihkan beberapa individu untuk alasan yang lebih kecil. Namun begitu penulis berpendapat terdapat alasan yang lebih kuat di sebalik tindak tanduk Mahathir yang keberatan untuk membantu perkembangan kerjaya Wan Azmi - bapa Wan Azmi, bekas Hakim Mahkamah Agong Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh.

Para pembaca dari generasi muda tentu tidak biasa mendengar nama bapa Wan Azmi itu. Sudah pasti pembelajaran di sekolah tidak pernah menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Wan Hamzah pada tahun 1998 di dalam usahanya menghalang Dr.M dari terus memusnahkan saki-baki kebebasan dan kesucian badan kehakiman. Tan Sri Wan Hamzah serta beberapa teman sejawatnya telah tewas di dalam pertarungan itu, yang memang tiada peluang untuk menang, dan bertolak dari situ, Badan Kehakiman di Malaysia telah disimpulkan dengan meluas sebagai salah satu yang paling korup dan tidak berkesan di rantau ini.

Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1988 - kemuncak dari kegiatan kempen Dr. M selama 3 tahun untuk menghancurkan musuh-musuh politik dan segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya - dan catatan kisah Tan Sri Wan Hamzah yang gagal di dalam usahanya untuk menghalang kerja-kerja halus Mahathir, semua ini akan dibentangkan secara ringkas.

Bapa Wan Azmi dan 4 rakan sejawatnya dari Mahkamah Agong telah digantung perkhidmatan, didakwa dengan tuduhan -berkelakuan amat tidak wajar' seterusnya dihadapkan secara paksa kepada satu tribunal kanggaru yang ditubuhkan oleh kerajaan, terdiri dari beberapa ahli panel yang akan membuat pertimbangan berkenaan dengan pemecatan mereka. Apa yang telah berlaku sebelum itu adalah ke lima-lima hakim tersebut, yang bertindak dengan berani serta mengikut lunas undang-undang, telah menghalang buat sementara satu tribunal yang terdahulu dan satu lagi yang berasingan, daripada menyampaikan pemerhatian yang telah dibuat berkaitan dengan tindakan-tindakan kehakiman dan kenyataan-kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas kepada Yang diPertuan Agong Malaysia. Namun tidak lama selepas itu Tun Salleh telah dipecat oleh YDP Agong, yang menerima segala pertuduhan yang telah dibuat dan bertindak mengikut nasihat Dr. M, sekalipun hakim yang tertinggi di Malaysia telah menolak untuk terlibat ataupun bekerjasama dengan juri-juri yang berkenaan. Tindakan rakan-rakan sejawatnya yang melaksanakan sekatan sementara itu hanya berupaya untuk melengahkan keputusan pemecatan yang tidak dapat dielakkan lagi itu.

Tan Sri Abd. Hamid Omar, yang mengambilalih jawatan yang disandang oleh Tun Salleh Abas sebelum itu, adalah orang yang bertanggung jawab memfailkan pendakwaan ke atas ke lima-lima hakim Mahkamah Agong di atas tindakan mereka mengeluarkan perintah sekatan sementara itu (perlu diingat bahawa Tan Sri Hamid juga adalah pengerusi tribunal yang telah menentukan nasib Tun Salleh). Keputusannya, 2 dari hakim-hakim tersebut telah dipecat manakala Tan Sri Wan Hamzah dan 2 orang hakim lagi telah dibebaskan dari semua pertuduhan dan dibenarkan bertugas seperti sediakala.

Walaupun telah didapati tidak bersalah, Tan Sri Wan Hamzah merasa amat kesal dengan kempen Dr. M yang keterlaluan terhadap kebebasan badan kehakiman dan kesan dari campurtangan Dr. M yang telah menjadikan mahkamah-mahkamah di Malaysia tercemar dan dengan keadaan amat menyedihkan sekali. Sebaik sahaja bersara, bapa Wan Azmi itu telah menjadi penyokong kuat PAS dan turut berkempen menyuarakan bantahan terhadap amalan rasuah dan ketidakadilan sistem pemerintahan Mahathir dan Barisan Nasional.

Melihat kepada semua ini, dan mungkin banyak lagi, maka niat Wan Azmi untuk berubah angin daripada seorang ahli perniagaan kepada pemimpin politik tidak mungkin tercapai. Satu masa dahulu beliau pernah menaruh harapan untuk dilantik sebagai Gabenor Bank Negara. Beliau telah berjaya menjadi ketua perbankan pada usia yang paling muda di dalam sejarah Malaysia, di mana pada usia 35 tahun beliau telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, yang merupakan bank yang terbesar di negara ini. Penghargaan sepatutnya diberikan kepada Menteri Kewangan buat kali pertama Daim yang bertanggung jawab di atas perlantikan yang dibuat pada tahun 1985 itu. Namun disebabkan bebanan kerja yang terlalu tinggi sehingga menelan sebahagian besar dari masanya dan tekanan dari keluarga yang memerlukan perhatiannya, beliau meletakkan jawatan biarpun baru 19 bulan menyandangnya dan melupakan terus cita-citanya untuk menerajui Bank Negara.

Sekitar pertengahan tahun 90an, terdapat banyak desas-desus mengenai Wan Azmi, yang telahpun mencapai beberapa pengiktirafan politik sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu yang dipilih, yang akan diketengahkan untuk bertanding satu kerusi yang selamat di bawah UMNO Dr.M. Kemudian gosip terus bertiup kencang tentang kemungkinan beliau akan dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.

Bekas Menteri Kewangan (kini musuh Dr. M yang terpenjara) Anwar Ibrahim dikatakan telah bersetuju untuk menerima Wan Azmi sebagai penggantinya, asalkan beliau sendiri diperuntukkan satu portfolio baru dan bersesuaian seperti Hal Ehwal Dalam Negeri. Sudah tentu Daim tidak akan membantah. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari melihat anak didiknya menduduki tempat yang paling penting di negara ini, lebih-lebih lagi buat seseorang yang terlibat secara aktif di pasaran saham sepertinya. Malangnya Dr.M tidak akan membenarkan perkara itu terjadi; tiada tempat buat Wan Azmi di dalam regimnya. Dan itulah hakikatnya.

Bagi pihak Wan Azmi pula, menurut teman-teman rapatnya, tidak semudah itu untuk menerima sebarang penolakan. Lantas kritikan-kritikan yang dilontarkan olehnya terhadap Dr. M menjadi semakin lantang. Begitupun kesetiaannya kepada Daim tetap utuh. Rangkaian ahli-ahli korporat di Malaysia menyedari akan ikatan kukuh di antara mereka, yang tidak akan menjadi lemah hanya kerana sikap Dr. M yang menolak Wan Azmi itu.

Ternyata pada tahun 90an, Wan Azmi semakin dikenali dengan peranannya sebagai penentu di dalam urusniaga-urusniaga korporat. Beberapa peniaga di negara ini mengajukan soalan kepada Daim. Adakah Daim akan membuat bising tentang hal ini? Apakah beliau akan menolaknya? Adakah beliau akan bertegas untuk memdapatkan bahagiannya? Dan selepas itu, bagaimana dengan Anwar? Adakah beliau akan meluluskan perkara itu? Bolehkah Anwar meyakinkan Suruhanjaya Sekuriti untuk menerimanya? Kedudukan yang sentiasa menjadi perhatian ramai itu telah mendorong Wan Azmi untuk bertindak sendiri, dengan bantuan Daim. Dan perbuatan tersebut telah menjangkau lebih jauh dari itu.

Wan Azmi juga sedia menyelesaikan segala perbalahan di dalam sindiket Daim yang sentiasa berkembang itu. Penyelesaian yang dibuat terbukti membawa lebih banyak keuntungan, seperti yang berlaku pada tahun 1990 apabila Syarikat Land & General milik Wan Azmi tampil menyelesaikan pertelingkahan di antara Pengerusi Berjaya Bhd. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Ketua Multi-Purpose Holdings Bhd. Lim Thian Kiat. Katasepakat akhirnya dicapai dan Syarikat Land & General mendapat habuan yang merupakan salah satu dari projek perumahan yang amat memberansangkan, Sri Damansara MPHB, d pinggiran ibu kota.

Krisis Kewangan Asia telah menjejaskan prestasi Wan Azmi buat seketika, seperti yang menimpa kebanyakan ahli-ahli perniagaan Malaysia baik dari kumpulan kroni mahupun bukan kroni. Beban yang ditanggungnya amat berat kerana Syarikat Land & General lebih banyak bergantung kepada pergerakan pasaran saham, yang merupakan sektor yang paling teruk terjejas oleh krisis itu dan mungkin yang paling lambat untuk pulih semula.

Seperti yang lazim dibuat oleh Wan Azmi, sewaktu membentangkan satu kertas kerja di acara tahunan Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan Malaysia, beliau telah menyalahkan semua pihak, termasuk dirinya dan regim Dr. M, di atas kemuraman pasaran saham. Katanya kesilapan-kesilapan telah dibuat oleh :-

"Pihak bank yang telah mengeluarkan pinjaman dengan berlebihan; pihak kerajaan yang telah membenarkan tanah-tanah dibangun secara keterlaluan dan meluluskan terlalu banyak projek; pihak pembeli yang membuat janji-janji kosong; dan para pemimpin yang memberi jaminan bahawa bunyi muzik itu tidak akan berhenti. Kesalahan kami sebagai pemaju adalah satu kesalahan yang tidak disengajakan dan kesilapan kami adalah satu kesilapan yang tidak boleh disalahkan!"

Walau bagaimanapun para penganalisa menjangkakan bahawa Syarikat Land & General akan berjaya mengumpulkan kekuatan kembali selaras dengan arahan kerajaan bagi penetapan kadar faedah pinjaman yang rendah serta tanah seluas 10,000 ekar milik kumpulan itu. Yang membimbangkan sebenarnya adalah kerakusan Wan Azmi di dalam urusan perniagaannya seperti kursus-kursus golf dan banglo-banglo di Portugal; kegiatan perlombongan di Australia dan beberapa tempat lain; pusat peranginan di Melaka; sebuah bank di Mauritius, beberapa syarikat kecil di negeri kelahirannya di Kelantan dan lain-lain lagi.

Penulis merasa yakin akan keupayaan Wan Azmi untuk melepasi semua halangan untuk bangkit semula. Kebijaksanaannya di dalam selok-belok perniagaan akan banyak membantu ke arah itu. Tambahan pula, Daim tidak mungkin membelakangkan anak didik terbaiknya itu. Tergamakkah Batman meninggalkan Robin?

-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK6-





Rencana Asal:

freeMalaysia

Wan Azmi: Loyal to a fault

On his own, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah could have been a dynamic businessman in just about any market economy -- but not in Malaysia, not by himself.

No, in freeMalaysia country, most top-tier corporate players must play multiple political cards - and pay for them all - to ascend into the ranks of Malaysia's Fortune 100 or so. Never has that been more the Malaysian business reality than under the crony economy engineered by Mahathir Mohamad.

The price of admission varies, but it's never cheap. Some corporate players hedge their bets among several political patrons, despite the higher cost. Others, including most of the leading Malay entrepreneurs, are more beholden to a single patron. In tandem with their patron-protectors, these Bumiputera businessmen ascend the corporate ladder; and they usually tumble when their patrons stumble.

Wan Azmi has enough sense to see the value of hedging his political bets for long-term corporate stability. But he didn't. Instead, he stayed by his main patron, two-time Finance Minister Tun Daim Zainuddin.

In that sense, Wan Azmi could be a character in a modernized version of the Malay Annals: The smart and ever grateful adjutant, who concedes no wrong in his former master's excesses and even publicly professes his admiration for his contributions to Malaysia. He acknowledges that he owes much to his mentor for giving him the key to the upper business echelons, and he remains grateful, even when the relationship starts to damage his business and professional future.

Still, one wonders if Wan Azmi could have been more, done more, advanced Malaysia more, and achieved a whole lot other mores, if only he didn't succumb to the fool's golden handcuffs of Malaysia's crony capitalism. That's the tragedy of Wan Azmi and of every other worthy Malaysian businessman and entrepreneur who succumbs to a system that extracts maximum gains for the few at the expense of the many.

Given the near unshakeable status of Malaysia's crony corporate system, it's hard to find a mountain of fault with Wan Azmi. His is a bittersweet success story about a guy who has worked hard, studied hard and learned some hard lessons, both professional and personal. It's more than most Daim protégés have to tell.

Still, Wan Azmi will never be able to say he did it his way, his own way. And Malaysian corporate history won't be able to prove otherwise.

Wan Azmi's friends say he is bright, engaging, even fun in casual conversation. Business acquaintances say that he knows his stuff and that he usually deals fairly with them. His employees say he's a classy but demanding boss with a big heart.

Some friends say Wan Azmi has a justifiably large ego; others say that it can be insufferably large. A few say he's too witty and sarcastic about the political establishment for his own good. Some even say that he's too damn honest for his own good. But NONE say that Wan Azmi would have been what he is today had he not played ball with Daim.

Wan Azmi has never, ever disagreed with the last point. He even once satirically compared Daim and himself to Batman and Robin, swooping down at night upon Kuala Lumpur's Golden Triangle district and grabbing for themselves Malaysia's richest corporate deals. For a while, this wasn't far from the truth.

An accountant, as are so many of Daim's protégés, Wan Azmi abruptly left The New Straits Times Group in 1978, where he was financial controller, after apparently having had a clash with Dato' Junus Sudin, who was then chairman of the United Malays National Organization's corporate empire under Fleet Holdings. It wasn't a smart career move. Junus, whose political patron at the time was Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah, was as much the corporate kingpin of his day as Daim is today.

Longtime Daim corporate proxy Desa Pachi stepped in to help Wan Azmi get back onto the corporate fast track by arranging a job interview for him with Daim, a man whom Wan Azmi had never met and was only vaguely aware of. Wan Azmi, to his astonishment, was hired on the spot -- even before the interview was completed -- as general manager of Peremba Bhd., the newly privatized management arm of the government-owned Urban Development Corp.

It was at Peremba that Daim assembled the corporate corps of protégés that would serve him to this day. Some of them, such as Halim Saad and Samsudin Abu Hassan, freeMalaysia has already profiled; others, such as Razali Rahman and Hassan Abbas, may have their day. The idea was to create a cadre of loyal bumiputeras, Daim's corporate shock troops, to begin snaring the many privatization contracts that soon would be secretly awarded by Dr. M's regime. And for practice, Daim's boys cut their teeth on what then had been the largest construction project of its day in Kuala Lumpur, the UBN/Shangri-La hotel and office complex in the heart of the Golden Triangle.

But there has long been a major obstacle in Wan Azmi's career path -- the Prime Minister. freeMalaysia isn't sure why Dr. M didn't take the same shine to him as did Daim. We are even more puzzled as to why Daim repeatedly has had to intervene on his former protégé's behalf with Mahathir, who for some reason dislikes or deeply mistrusts Wan Azmi. Wan Azmi remains among the few Daim dandies whom Dr. M hasn't accepted as his own.

Puzzled? Yes, we are. Clueless? No. Snippets from friends and acquaintances of Wan Azmi, as well as from the good old KL grapevine, help explain the troubled relationship:



  1. First, but perhaps least important, Wan Azmi is a wily contrarian. Maybe it's the Kelantanese in him. Enough said about that.

  2. Wan Azmi has complained to just about everybody in the KL business community who counts that he hasn't gotten a single, big payday privatization award, which he deserves so much more than all the other cronies and proxies of Dr. M and Daim, you see.

  3. For a period, Wan Azmi had joined hands with investors from George Soros' fund management organization. The relationship apparently ended before the Asian financial crisis, but tell that to Mahathir. And never mind that Daim, himself, tried to strike up business with Soros in the past.

  4. Wan Azmi has been known to be openly critical of Dr. M, even at public functions of the Malay Chambers of Commerce and Industry of Malaysia. Problem was that he was most critical of Mahathir when he was president of chamber in the early 1990s and with Dr. M present.

  5. Nor has Wan Azmi been the sort of sycophantic corporate diplomat that Dr. M likes to recruit as part of his entourage for trips abroad. While president of the Malay Chamber, he was reported to have dissed the Mahathir administration's manipulation of the New Economic Policy before a gathering of Turkish businessmen and political leaders in Istanbul.


These alone would be reasons enough for the intensely paranoid Dr. M to take an immediate and lasting dislike to Wan Azmi. God knows Mahathir has cast aside other men and a few women for less. But freeMalaysia thinks that there is a more fundamental reason for Mahathir's unwillingness to advance Wan Azmi's career -- Wan Azmi's father, former Supreme Court Judge Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh.

Younger readers of freeMalaysia might not be familiar with Wan Azmi's bapak. They certainly haven't been taught anything in school about the 1988 role Tan Sri Wan Hamzah played in attempting to prevent Dr. M from eviscerating the last vestiges of judicial independence and integrity. And it was because he and his fellow honest judges lost the battle -- not that they stood a chance of winning -- that today's Malaysian judiciary is widely regarded as among the most corrupt and least competent in the Commonwealth.

To recap the events of 1988 -- the culmination of Dr. M's despicable three-year campaign to crush his political rivals and critics -- and Tan Sri Wan Hamzah's part in unsuccessfully stopping Mahathir's intrigues, freeMalaysia will be brief. Wan Azmi's father and four of his Supreme Court colleagues were suspended, charged with "gross misbehavior" and forced to face a kangaroo, government-appointed tribunal, impaneled to consider their dismissals.

Basically, the five jurists, acting legally and bravely, temporarily blocked an earlier and separate -- but equally rigged -- tribunal from delivering its findings on the judicial actions and statements of former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas to Malaysia's king. Tun Salleh, nonetheless, was later sacked by the king, accepting the allegations of and acting under the advice of Dr. M, even though Malaysia's highest judge refused to appear before or cooperate with the so-called jury of his peers. His colleagues' temporary restraining order merely delayed the inevitable firing.

It was Tun Salleh's successor, Tan Sri Abdul Hamid Omar, who filed the charges against the five Supreme Court Justices for issuing the restraining order. (Bear in mind that it was Tan Sri Hamid who was chairman of the tribunal that determined Tun Salleh's fate.) Two of the jurists were fired, while Tan Sri Wan Hamzah and the other two judges were cleared of all charges and reinstated.

Though found not guilty, Tan Sri Wan Hamzah was deeply embittered by the viciousness of Dr. M's campaign against the judiciary's independence and of the corrupt, sorry state to which Mahathir drove the Malaysian courts. Upon retiring, Wan Azmi's father became an avid supporter of Parti Islam se-Malaysia, or PAS, and an articulate campaigner against the corruption and injustice of the Mahathir administration and the ruling Barisan coalition.

For all these reasons and perhaps more, Wan Azmi was never able to navigate his yearned-for transition from businessman to governmental leader. For a while, he had hoped to be appointed Governor of Bank Negara. After all, he had become the youngest banking chief in Malaysia's history, when at 35 years of age he was named president and chief executive of the nation's largest bank, Malayan Banking Bhd. That was in 1985, thanks to his appointment orchestrated by first-time Finance Minister Daim. But because of the job's time-consuming demands and pressing family obligations, Wan Azmi resigned from the post after only 19 months and abandoned any hope of heading the central bank.

And there was plenty of chatter in the mid-1990s about Wan Azmi, after having established some political credentials as the elected head of the Malay Chamber, being positioned to run for a safe seat under Dr. M's United Malays National Organization. Then after a brief interval, so went the gossip, he would be appointed Finance Minister.

Former Finance Minister (and now jailed rival of Dr. M) Anwar Ibrahim was said to be all for Wan Azmi as his successor, as long as he was given a new, suitable portfolio, such as Home Affairs. And fM can't imagine Daim objecting. What could be better than to have his star protégé holding the most important regulatory post in the nation, especially for a market wheeler-dealer like himself? But Dr. M would have none of it; no room would be made for Wan Azmi in his regime. And that was that.

Wan Azmi, say acquaintances, didn't take rejection easily. His remarks about Dr. M became even more caustic. But his loyalty to Daim remained as firm as ever. And Malaysia's network of corporate insiders was well aware of their unshakeable bond, not weakened in the least by Dr. M's rebuff of Wan Azmi's.

Indeed, in the 1990s, Wan Azmi flourished in the widely recognized role as the initial sounding board for corporate deals. Would Daim balk? the country's deal makers asked him. Would he reject? Would he insist on his usual cut? And, later, what about Anwar? Would he approve the deal? Could Anwar get the Securities Commission to accept it? It was and still is an enviable position that Wan Azmi cut out for himself, with the help of Daim. And it went even deeper than that.

Wan Azmi also was on hand to settle disputes within Daim's ever-expanding syndicate. The resulting settlement deals proved lucrative, such as the time in 1990 when Wan Azmi's property-and-timber group Land & General Bhd. stepped in to settle a corporate brawl between Berjaya Bhd. chief Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun and Multi-Purpose Holdings Bhd. boss Lim Thian Kiat. The feud settled, Land & General walked off with control of one of the country's most promising residential property projects, MPHB's Sri Damansara, on the outskirts of the Malaysian capital.

The Asian financial crisis has temporarily taken the wind out of Wan Azmi's sails, as it has for many Malaysian businessmen, crony and un-crony alike. It's been especially hard for him, as his Land & General's prospects depend largely on a buoyant property market, the sector hardest hit by the crisis and probably the slowest to pull out of the recession.

In typical Wan Azmi fashion, he spared no one in placing the blame for the property market's dismal outlook, including himself and the Mahathir regime, in a paper he delivered a year ago before Malaysia's annual National Real Estate Convention. He said that mistakes were made by:

"Bankers who force-fed us with too much credit; Governments who allowed us to convert too much land and approved too many projects; Buyers who failed to keep their promise to be around at our sales launches; and leaders who promised the music would never stop. Our guilt as developers was the guilt of naivete and our mistake was the mistake of innocence!"

Still, analysts reckon that Land & General will be able to hold life and limb together, thanks largely to government-mandated low interest rates and the group's attractive 10,000-acre land bank. It's Wan Azmi's personal business forays that have analysts worried, such as golf courses and bungalows in Portugal; mining operations in Australia and elsewhere; his island resort of Malacca; a bank in Mauritius; a bunch of tiny manufacturing companies in his home state of Kelantan; and so on.

freeMalaysia is a bit more sanguine about Wan Azmi's survivability. His smarts and business know-how should see him through. Besides, Daim isn't likely to abandon his finest protégé. Would Batman ever forsake Robin?