Laman Webantu   KM2A1: 4279 File Size: 16.1 Kb *



TJ MT MGG: Dr.M-Daim: Merajuknya Seorang Napoleon?
By M.G.G. Pillai

22/4/2001 8:20 am Sun

MGG 8901

[Sekali lagi Mahathir gagal mempamirkan ketelusan di dalam pentadbirannya sehingga khabar angin menjadi teramat popular. Rakyat dibiarkan tidak tahu apa yang berlaku di balik tabir seminggu lamanya ketiadaan Daim.

Walaupun Daim mungkin tiada, itu tidak akan membersihkan segala-galanya kerana bayangnya tetap ada dan tidak akan dapat ditandingi walaupun oleh Mahathir sendiri kerana kroni Mahathir dan Umno sendiri akan terjunam juga. Daim perlu ditiadakan dalam tidak diapa-apakan jika tidak Mahathir akan lebih sengsara kerana dahsyatnya kuasa wang Daim di mana-mana.

Daim seperti menyelamatkan Mahathir menjelang Perhimpunan Agung Umno kerana dia tiada dua bulan lamanya agar isu ekonomi tergantung sahaja kerana tiada orangnya. Ini pun menyelamatkan Mahathir juga.. sebagaimana diteka oleh tv3. - Editor (cuba meneka juga kerana tidak telusnya negara)]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 20 April, 2001)

Dr.M-Daim: Merajuknya Seorang Napoleon?

(Dr.M-Daim: Napoleon gone apart?)

Desas desus telah menunjukkan realitinya. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed, telah mengesahkan menteri kewangan, Daim Zainuddin, telahpun mengambil dua bulan cuti sejak dua minggu yang lalu. Namun dia menafikan desas desus kedua betapa Daim sudahpun meletakkan jawatannya. Mahathir menuduh orang lain kerana menyebabkan ini semua, tetapi lagi galak dia dan kerajan bertindak secara rahsia dan menggunakan peraturan, tanpa mengambil kira martabat Parlimen; kebenaran yang terselindung di sebalik semua desas-desus itu semakin menyerlahkan kebenarannya.

Apabila Mahathir menjelaskan Daim tidak akan menghadiri sidang kabinet ataupun mesyuarat UMNO ketika bercuti itu tetapi akan berada di pejabatnya di Perbendaharaan untuk membuat kerja-kerja biasa, tentu sekali ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Dia bercuti sedangkan dia tidak pula melepaskan kerjanya. Dari tarikh mulanya percutian itu seorang pemangku menteri mengambil-alih tugasnya. Kenapa pula dia ada di tempat kerja? Ketika desas-desus ini bergoncang begitu kencang kenapakah Dr. Mahathir menunggu selama seminggu untuk mengumumkannya? Kenapakah penting sangat percutian itu sehinggakan dia tidak menghadiri mesyuarat UMNO?

Desas desus di ibukota menyatakan Daim telah menyerahkan surat perletakan jawatan. Dia meminta Mahathir membubuh tarikh tamat kerja sesuka hatinya dan memberitahu dia mahu bercuti selama dua bulan dulu. Dengan lain perkataan Daim telah melepaskan beban itu kepada Perdana Menteri. Berita angin mengenai apa sebenarnya berlaku telah diperakui oleh pegawai tinggi kerajaan yang sepatutnya tahu menahu apa yang sepatutnya telah berlaku; memberikan petanda benarnya perkara itu. Apabila Dr. Mahathir cuba berahsia dalam mengumumkan percutian Daim itu, ia mencetuskan lebih banyak soalan daripada jawapannya.

Daim memang sedang teruk ditekan, oleh kabinet, kerajaan, UMNO dan juga Parlimen. Cara kerajaan menyelamatkan pemegang utama saham MAS, Tajuddin Ramli merupkan sesuatu yang dipaksakan ke atas kabinet yang memberikan persetujuan secara 'fait accompli' (satu peristiwa berlalu yang dibincangkan).

Dr. Mahathir menjadi berang apabila dana EPF (KWSP) telah digunakan untuk menyelamatkan, mengikut perkataannya sendiri, 'sebuah syarikat swasta'. Itulah status TimeDotCom yang sebenarnya. Dia telah bertanya Daim berapa tanggungan EPF dalam perkara itu. Daim mempunyai kuasa mengawal secara terus ataupun melalui proksi, sekitar 60 persen saham-saham yang tersenarai di BSKL. Setiap kali kerajaan menswastakan asset kerajaan proses penswastaan itu dikaitkan kepada kroninya atau pun anak-didiknya.

Berpisah Haluan

UMNO telah mendesak satu penyata perakaunan akan semua asetnya selepas terkuburnya UMNO (asal) pada 1987 dulu, dan setelah syarikat pelaburannya ditutup. Sebagai bendahari UMNO Daim tidak pernah mengemukakan akaun terperinci pelaburan UMNO itu. Dalam beberapa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, tekanan semakin galak diarahkan kepadanya sehinggakan dia ponteng mesyuarat itu untuk menyediakan penyata akaun menunjukkan betapa besarnya kerugian yang ditanggung selama ini. Adalah tidak logik membuat andaian bahawa akaun pelaburan UMNO sedang sihat bugar sedangkan syarikat persendirian kebanyakannya sudah hampir di bibir kancah kemuflisan.

Malahan, MP PAS Mohamed Sabu pernah bercakap dengan penuh kiasan menghenyak Daim di Parlimen. Mohamed Sabu semakin berani bersuara lantang, sejak bilangan wakil pembangkang sudah bertambah sekarang. Dalam satu sessi parlimen Mohd Sabu telah mengemukakan soalan siapa gerangannya 'wanita bernama Josephine'. Dia adalah CEO (Ketua Eksekutif) sebuah bank (mungkinkah Bank Perikatan MGG? - penterjemah) dan telah diberikan satu kontrak menyediakan komputer kepada hospital kerajaan bernilai RM1,000 juta (satu billion): dan apakah benar Joesphine ini mempunyai seorang 'Napoleon' yang berbadan sontot dan bermisai kontot? Mohd. Sabu selalu dikritik oleh akhbar perdana, menunjukkan ada udang di sebalik batu sindirannya.

Perkara ini tidak dilaporkan oleh media perdana tetapi menjadi bahan jenaka di ceramah-ceramah merata negara. Rakyat marhaen mempercayainya. Begitu juga di kalangan pegawai kerajaan. Mereka memang tidak suka Daim berada dalam kabinet: kalau diperlukan juga, dia seharusnya tidak diamanahkan potfolio kewangan dan menyelia dasar ekonomi di jabatan perdana menteri.

Nampaknya, Dr. Mahathir sudahpun mempercayai perkara ini: dia telah melantik dua orang untuk menjadi penasihat-khas ekonomi. Seorang ialah Ali Abul Hassan Sulaiman bekas Gabenor Bank Negara, dan Nor Mohamed Yakcop. Apakah perlunya dua penasihat ini sedangkan Daim masih merupakan penasihat ekonomi kepada kerajaan? Ini hanya satu desas-desus lagi betapa Dr. Mahathir dan Daim sudah melakar haluan sendirian untuk berpisah arah. Mereka sudah tidak sebulu lagi.

Akhirnya nanti semua ini akan menjadi satu pertembungan kerana mereka berdua memang degil orangnya. Inilah bahana riak dengan kegemilangan yang silam - betapa segala yang mereka lakukan dulu semuanya betul belaka. Mereka telah perlekehkan nasihat IMF, memikirkan formula mereka adalah lebih berguna, lantas mencubanya, dengan pelbagai dasar dan teori mengikut acuan sendiri. Kecundang adalah hasilnya.

Ternyata wujudnya terlalu banyak kepentingan peribadi dalam segala kemalapan daripada bonanza ekonomi dan kewangan dulu. Di situlah bermulanya segala kesilapan itu. Apabila kerajaan semakin angkuh untuk bersikap autokratik, semakin cuailah cara pengurusan kewangan negara itu jadinya. Segala projek mega yang dibina untuk bermegah sebagai sebuah negara yang maju, kini menghukum rakyat jelata untuk terus menanggung malu.

Ketiadaan Kawalan dan Perimbangan

Malaysia hampir lemas kerana hutang, kebanyakannya disebabkan dasar pemerintahan yang sumbang dan kecundang. Sistem perbankan memang mencelaru. Kalaulah Danamodal dan Danaharta tidak diwujudkan untuk mengambilalih hutang yang tidak berbayar, bank-bank negara ini sudah lama ranap dan lingkup seperti yang berlaku di Amerika Syarikat ketika 'Great Crash of 1929' dulu.

Bagaimanapun kita menelitinya, Malaysia sedang menghampiri jurang kemuflisan itu. Keadaan menjadi lebih buruk apabila desas-desas yang bertiup kencang akhirnya menjadi kebenaran yang terang. Kerajaan sedang wujud tanpa sesiapa yang melakukan kawalan dan imbangannya. Malahan kerajaan tidakpun memberi penghormatan kepada Parlimen seolah-olah tidak lagi yakin kepadanya. Kerajaan berlagak sebagai pihak yang serba-tahu dan tidak ada sesiapa yang boleh mencabar semua itu. Begitulah sikapnya satu ketika dulu. Kini keadaan perubahan akan menukar semua itu.

Persaraan Daim adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. UMNO telah menganggapnya sebagai seorang bijaksana yang banyak dosanya dan Mahathir adalah ketuanya. Sebagai seorang ahli majlis tertinggi yang tidakpun perlu diundi dan diberikan pula jawatan bendahari, dia mempunyai kuasa yang tidak ada tolok bandingannya lagi. Dia sudah dicabar kini. Dia dituduh kerana putar-belitnya merencana apa yang sudahpun berlaku kepada timbalan perdana menteri yang teraib dan terpenjara. Gelagatnya memihak sesiapa yang berkemungkinan menjadi bakal perdana menteri mencetuskan banyak bantahan sehinggakan menjadi satu pertaruhan yang selamat betapa sesiapa yang disokongnya itu tidak akan berjaya meragut impiannya.

Tetapi, apabila semua ini tidak diperjelaskan secara terbuka setiap kali ia tercetus, krisis mengejut seperti yang berlaku kini berkaitan dengan percutian Daim dan apakah dia akan meletakkan jawatannya pasti menyebabkan tercetusnya kekeliruan. Tetapi, ada satu desas-desus yang semakin jelas kebenarannya: Tidak lama lagi, Dr.Mahathir akan menjadi menteri kewangan. Satu kuda hitam yang namanya tidak akan saya sebutkan sekarang, akan menjadi penasihat ekonomi dan akhirnya menjadi menteri kewangan pula.

Apakah ini yang dikatakan berita angin? Mungkin ya, mungkin tidak!


-MGG Pillai-
Jumaat 20 April,2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 20.4.2001<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

20 April 01


Dr M-Daim: Napolean gone apart?


CHIAROSCURO

MGG Pillai


The rumours prove true yet again. The Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, confirmed his finance minister, Daim Zainuddin, is on two months' leave from last week. He denied the second part of the rumour that he had resigned. He blames others for causing it, but the more he and his government acts in secret or by fiat, refusing to take even Parliament into his confidence, the truth of these rumours is all but certain.

When he explains that Daim would attend neither cabinet nor UMNO meetings while on leave but would be in office at the Treasury to look at papers, something surely is wrong. He is on leave, or he is not. From the date his leave begins, an acting minister takes charge. So, why is he then at work? When these rumours were persistent, why did Dr Mahathir wait a week before announcing it? Why is it important that he would not attend UMNO meetings?

The rumour in town is that Daim gave Dr Mahathir his resignation, asked him to date it at his convenience, and told him he is going on two months' leave. In other words, Daim forced it upon the Prime Minister. Rumours about what happens in the government, and that high ranking officers who should know believe it, indicates the truth of it. When Dr Mahathir announced Daim's leave as stealthily, it raised more questions than answers.

Daim is under pressure: in the cabinet, in the governmnt, in UMNO, in Parliament. The government rescue of MAS's principal shareholder, Tajuddin Ramli, was forced upon the cabinet, which gave it approval as a fait accompli.

Dr Mahathir is annoyed that EPF funds were used to bail out, in his words, "a private company", which TimeDotCom is. He asked Daim for how liable EPF is. He controls, directly and indirectly, about 60 per cent of the counters on the KLSE. Every major privatisation of government assets is linked to his cronies and his proteges.

Separate ways

UMNO demands an accounting of its assets after the breakup of the old UMNO in 1987, and its investment arm broken up. Daim, as UMNO Treasurer, has not given a detailed report of what is held and what its position is. In recent meetings of the UMNO supreme council, the pressure on him to reveal all is so great that not attending UMNO meetings would allow him time to write a report on how much it has lost. There is no reason to assume that UMNO holdings would be well taken care of when personal holdings are at the brink of bankruptcy.

More than that, the PAS MP, Mohamed Sabu, has mercilessly put Daim in a spot with his cutting remarks. He is so persistent in raising what would not if the opposition did not have the numbers it has now. In one session, he wanted to know who "this Josephine" was, since she is CEO of a bank and is awarded the RM1,000 million computerisation of government hospitals; and if her "Napolean" is a short man with a moustache. That Mohamed Sabu comes up for criticism in the mainstream press suggest that his barbs hit home.

This is not reported in the newspapers, but is widely told on the "ceremah" circuit. People believe it. Even in government. They do not believe that Daim should be in the cabinet at all; that if he should be it should not be in an important portfolio as finance, and overseeing economic policy in the prime minister's department.

Obviously, Dr Mahathir himself believes this now: he has appointed as his special economic advisers, Ali Abul Hassan Sulaiman, the former Bank Negara governor, and Nor Mohamed Yakcop. Why should he have them when Daim is already economic adviser to the government? It is still just a rumour but Dr Mahathir and Daim are going their separate ways, and do not see eye-to-eye on just about everything.

Ultimately, all this has come to a head because the two men believed in their own belief that nothing on earth could fell them. They lived in their past glories, that what they did once correctly -- in defying IMF advise -- would work their magic in other fields, with different skills, and different policies in changing circumstances. It did not.

There was self-interest in the fallout of this economic and financial bonanza. That is where everything went wrong. The more autocratic the government became, the more lackadaisical in maintaining the country's finances. The massive projects to show Malaysia had arrived as a nation was at the cost of its future.

Sans checks and balances

Malaysia is immured in so much debt -- mostly from its failed policies -- that the banking system is in a mess, and if Danamodal and Danaharta were not set up to take over the non-performing loans, it would have collapsed as spectacularly as it did in the United States during the Great Crash of 1929.

However you look at it, Malaysia is on the brink of one. It is made worse by rumours eventually turning up to be correct. The government runs without checks and balances, and does not even take Parliament into its confidence. It has the answers, and no one else can challenge it. It did once. But it does not any more.

Daim's resignation is therefore inevitable. UMNO regards him as the evil genius behind Mahathir. For an unelected senior UMNO leader, as Treasurer, he wields immense power, and uses it. But he is challenged. He is blamed, willy nilly, for what happened to the jailed former deputy prime minister. His behind-the-scenes moves to align himself with whomsoever is the next prime minister causes so much resentment that it is a safe bet that he whom he backs could not possibly succeed.

But when all this is not explained in public as and when it happens, sudden crisis like now over his going on leave and if he would resign as well, it creates an unnecessary stir. But the rumour is clear on this: In due course, Dr Mahathir would be finance minister, while a dark horse, whom I shall not name now, would be economic adviser and eventually finance minister.

But are these rumours? Well, yes and no!

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my