Laman Webantu   KM2A1: 4280 File Size: 12.9 Kb *



TJ KTK 5: fM: B2 Klon Dr. M
By freeMalaysia

22/4/2001 8:40 pm Sun

KTK 0501

[Anak-anak Mahathir bukanlah berbakat sangat berniaga. Ini dapat dibaca kerana mereka tidak pernah pun menjadi rebutan untuk berceramah di mana-mana mengenai kejayaan mereka. Mereka berjaya kerana semua datang kepada mereka - bukan mereka mengejar dan mendapatkannya. Patutlah mereka mudah merosakkannya kerana boleh diambil yang lain pula atau bantuan akan menjelma mudah dengan mengadu kepada ayahanda.

Penceburan anak Mahathir dalam bidang perniagaan tidak disanggah oleh Daim dan anak didiknya kerana terlalu banyak projek yang ada sebelum krisis itu sudah mencukupi buat semua. Tetapi sekarang lain pula keadaannya. Semua sesak nafas kerugian kerana projek tidak cukup untuk dibalun akibat kemelesetan ekonomi. Maka mulalah mereka bergaduh sesama sendiri sehingga teruk jadinya ekonomi hari ini. Semua mahu diselamatkan dulu tetapi pelampung tidak mencukupi... - Editor ]


Terjemahan: -KTK/10-


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Klon Dr. M:

Bahagian 2


Warisan Mahathir

Warisan Mahathir nanti, satu masa apabila yang sedikit menipu yang ramai, ketika yang segelintir itu mencuri suara ramai, apabila yang segelintir menjajah yang ramai dan apabila yang sedikit itu akan mengajak yang ramai terjun ke dalam jurang yang dalam. Semua itu akan mengambil masa yang lama untuk diperbetulkan. Itu pun kalau ia boleh dibetulkan, tanpa mencetuskan revolusi rakyat yang kini sentiasa menghantui pemerintahan pasca-Suharto di Indonesia.

Bukannya satu kerja mudah untuk menyentak ekonomi Malaysia menjauhi punting susu para kroni yang bermaharajagila selama Mahathir berkuasa. Formula kejayaan perniagaan mereka selama ini adalah berdasarkan formula yang disebut sebagai acuan sendiri yang disogokkan kepada golongan elit dunia korporat dan yang telah dikaji dan ditiru oleh generasi pemimpin niaga yang menyusul kemudiannya.

Turut mengancam ialah kemunculan satu kumpulan rakyat Malaysia yang turut dianggotai oleh anak-anak Mahathir yang akan menentang sebarang usaha pembaharuan dalam apa bentuk jua berkaitan dengan penyusunan struktur politico-korporat masa kini. Sebarang perubahan, terutama sekali yang berbentuk pembaharuan selalunya mengundang kegelapan kumpulan itu.. Ahli-ahli kumpulan ini hanya perlu menoleh kepada Indonesia dan wilayah lain di rantau ini untuk melihat apa yang masih ada untuk mereka seandainya Dr. M ataupun akhirnya, seorang wakil peribadinya tidak lagi wujud untuk memberi perlindungan kepada mereka.

Ketika persekitarannya semakin tergugat dan mengancam itulah waktunya Dr. M membuat pilihan untuk membawa masuk anak-anaknya ataupun 'Klon M' itu. Pada tahap awalan dia telah memberi ingatan agar mereka berhati-hati, dan perihatin kepada bahana keresahan yang akan tercetus di kalangan masyarakat niaga UMNO, yang sudah pasti kegusaran akan kehilangan peluang. Apatah lagi dengan wujudnya kebencian di kalangan akar umbi terhadap dinasti politico-niaga itu. Sekali lagi, Indonesia menyediakan satu halaman ingatan terhadap cabaran ini, untuk dikaji dan diteliti oleh para kroni di Malaysia dan juga kumpulan rakyatnya yang masih tulus ikhlas lagi.

Sememangnya, ada satu ketikanya apabila anak-anak Mahathir itu dianggap sebagai satu bahan ancaman yang penting oleh klik kroni yang lama bertahan. Mereka itu telah ditafsirkan oleh golongan yang mencemburui masa depan mereka itu sebagai tamak dan haloba, kumpulan korporat yang sambil lewa, tidak serius berniaga, angkuh, terlalu bergantung kepada bapa (Dr. M), lembap, rakus, didalangi (oleh bapa), kuat rasuah, punyai keistimewaan, manja dan sengaja korup. (Ramai kroni veteran yang beranggapan 'Klon M' ini masih lagi mempamerkan gelagat itu semua).

Para pengkritik 'Klon M' ini mungkin mempunyai kebenarannya. Tetapi, apakah gelagat itu tidak boleh dirujukkan kepada mereka juga? Tentu boleh, secara pasca-krisis, 'Klon M' dan para kroni semuanya mempunyai ciri-ciri perwatakan yang seakan-akan sama, boleh dikumpulkan setongkang, dan terlalu memerlukan bantuan untuk diselamatkan oleh regim Mahathir.

Masa berterusan, selagi ekonomi terus berkembang dan kuasa politik Mahathir terus bertahan, jaringan kroni itu menerima masuk 'KlonM' sebagai ahli persekongkolan mereka. Mereka memang tidak punyai banyak pilihan. Anak-anak yang dulunya bermain di jalan belakang kini mesti ditonjolkan sebagai pemain baru dalam pasukan mereka. Tidak siapa yang berani membantah kerana takutkan padahnya. Bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim menyedari perkara ini, dan terpaksa menanggung azab kerananya.

Walau bagaimana pun, 'Klon M' meningkat naik secara perlahan, berbeza dengan fenomena yang dialami oleh anak-anak Suharto. Pada tahap awalan aktiviti mereka, telah dicongak begitu rapi untuk tidak menjejaskan jaringan niaga yang sedia ada hingga mencetuskan perbezaan bersahaja dengan dinasti besar yang wujud di negara jiran, di Indonesia. Malahan, jenis urus niaga yang mula-mula diceburi oleh 'Klon M' dan yang mereka mahu kuasai dianggap perniagaan yang lembap dan tidak menarik.

Pada waktu yang sama di bahagian akhir awal 1990-an, tercetuslah kesenangan kepada perkampungan kroni di mana hampir semua yang ditaja oleh kerajaan adalah merupakan peluang yang sedia diperolehi. Hak penswastaan kepada perkhidmatan awam yang asas seperti jalan raya, penyaluran air, pelupusan sampah, tebus tanah, jana kuasa, penyiaran awam, telekomunikasi, pembangunan projek mega, dan lain lain lagi. Para kroni, tidak kira yang besar mahupun yang kecil, telah berbaris berbondong-bondong menampung ihsan untuk mendapatkan projek usaha sama perindustrian - seperti auto, empangan, teknologi canggih maklumat, industri aerodinamik, dan banyak lagi.

Ada pihak yang berpendapat, kemunculan lewat 'Klon M' itu ada bersebabnya. Dr. M mahukan mereka mempelajari selok-belok dunia perniagaan itu dengan amalan praktikal dulu. Namun, fM berpendapat itu bukan sebabnya yang sebenar. Besar kemungkinan Daim dan para kroninya serta jaringan urusan niaganya belum bersedia lagi memberi ruang kepada anak-anak Mahathir itu. Penyertaan mereka secara mendadak sudah tentu akan menggugat satu perjanjian Mahathir-Daim yang sudah lama termeterai. Itulah perjanjiannya di mana Dr. M berkuasa dalam dunia politik dan Daim mengungguli dunia niaga.

Peluang niaga masih memihak kepada mereka berdua, kerana lonjakan ekonomi sejagat telah mampu memberi ruang yang secukupnya kepada kedua-dua keluarga dan jaringan niaga mereka. Mereka berjaya bernafas seiring jalan dan mampu saling bantu-membantu. 'Klon M' akhirnya dijemput turut serta sebagai sebahagian kumpulan geng dan menerima jemputan terbuka untuk turut serta dalam majlis makan-sebanyak-mana yang terdaya oleh kontrak kerajaan dan kemudahan pelaburan yang disediakan jua. Semua ini adalah santapan duniawi kepada mereka yang sanggup membayar harganya dan mengikut rentak ragam peraturan yang ditetapkan oleh Dr. M sahaja.

Lagipun, kesanggupan untuk menerima penglibatan bersama 'Klon M' itu membuka peluang lagi untuk mendapatkan penyertaan peluang niaga yang lebih istimewa yang memang tidak mudah diberikan kepada sesiapa sahaja. Sebagai anak-anak kepada perdana menteri tentulah pembabitan mereka itu memberikan banyak bonus dalam neraca perakaunan syarikat yang melibatkan mereka. Siapakah yang boleh menandingi taraf kemuliaan mereka? Siapakah yang boleh memberikan jaminan betapa sesuatu urusan niaga itu akan ditunaikan, tidak kira berapa kosnya dan apa pula hambatannya?


-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK10-

...bersambung...





Rencana Asal:


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia

Part 2


Dr M's Boys: In the name of their father

Mahathir's legacy -- a time when the few cheated the many, when the few stole the voice of the many, when the few ruled the many and when the few led the many into the abyss -- may take years to undo. And that's if it can be undone, short of the sort of revolution now roiling post-Suharto Indonesia.

For it won't be easy to wean Malaysia's economy off the crony teat. Dr. M's business-success formula is THE only formula known by the country's corporate elite and studied and imitated by its next generation of business leaders.


Equally obstructive, there now is a powerful group of Malaysians, among them the Mahathir Boys, who will vigorously resist change of any sort in the current political-corporate structure. Change, especially constructive change, spells the group's demise. The group's members need only look at Indonesia and elsewhere in the region for a glimpse of what's in store for them if Dr. M or, eventually, his handpicked successor aren't around to protect them.

It's into this now precarious environment that Dr. M admitted his Boys. At first he urged them to exercise caution, aware of the backlash it could create within UMNO's business-minded elite, who stood to lose ground with their emergence, and of the electorate's disdain for political-corporate dynasties. Again, Indonesia had been a daily reminder of this threat, for Malaysian cronies and upright citizens alike.

Indeed, there was a brief period when the Mahathir Boys were perceived as a significant potential threat by the established crony clique. They were portrayed by their then-envious future crony colleagues as: greedy, corporate dilettantes, not business savvy, brash, dad-dependent, somewhat slow, indulged, coached, bribed, privileged, nudged, co-opted and just plain corrupt. (Some senior cronies think the Boys continue to exhibit these traits.)

The boys' critics probably were right. But couldn't most of these traits also be used to describe the critics themselves? Certainly, post-crisis, Boys and cronies alike appear indistinguishable parts of the same incompetent fraternity, in dire need of being saved and revived by the Mahathir regime.

Over time, as the economy continued to expand and Dr. M's political power prevailed, the crony network admitted the Boys into their corporate crew. They had little choice. The back street boys had to be made the new kids on the block. Object at your own peril. Former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim found this out the hard way.

Still, the Boys emerged slowly, unlike the Suharto Kids. And their early corporate moves were calculated to cause little disruption to the prevailing network's business interests and scant comparison with the neighboring dynasty in Indonesia. In fact, the businesses the Boys were initially keen to acquire were considered rather passé and drab.

At the same time, toward the end of the early 1990s, it was boom-time in cronyville, where almost everything was coming up for grabs. Privatization rights to fundamental public services -- such as roads, water delivery, waste treatment, land reclamation, power generation, public broadcasting, telecommunications, mega-development projects, etc. Cronies large and small were shoving their way to the forefront of Dr. M's harebrained industrialization ventures -- such as autos, dams, sophisticated information technology, the aerodynamic industry, etc.

Some have said the Boys' late start was due to Dr. M's belief they should first serve their corporate apprenticeships in the trenches. But fM thinks not. Rather, it probably was because Daim, his protégés and the existing crony network weren't prepared to make way for Mahathir's Boys. Their quick entry would have seriously disrupted the implicit Mahathir-Daim pact. That being: Dr. M will carry the politics, and Daim will carry its costs.

Fortunately for both, the economic boom eventually accommodated both family and network. They learned to live with each other and collaborate. The Boys, in short, eventually were made part of the gang, now openly invited to UMNO's all-you-can-eat corporate buffets of government privileges and investment opportunities - open to those who paid their dues and played by Dr. M's rules.

Moreover, the eventual acceptance of the Boys made for opportunities not normally offered run-of-the-mill cronies. After all, they were the premier's kids, a major plus on the crony balance sheet. Who could beat their political pedigree? Who could better guarantee that the deal would get done, regardless of the cost and the obstacles?

....to be continued....