Laman Webantu   KM2A1: 4285 File Size: 24.5 Kb *



TAG MT 85: B2 Wawasan Mahathir Yang Kabu..
By Dr. Khoo Boo Teik

23/4/2001 5:36 am Mon

TAG 085

[Seorang pemimpin yang betul-betul berwawasan tidak akan menumpukan kepada bahagian atas sahaja kerana ia akan beredar di situ sahaja sehingga membentuk budaya manja yang akan mengotori dirinya juga. Malaysia sebenarnya mempunyai ramai pakar tetapi mereka tidak tertampil ke depan kerana mempunyai prinsip dan ugama yang tinggi yang tidak disenangi Mahathir kerana dia mempunyai agenda kroni.

Lihatlah apa yang terjadi kepada peneraju MAS, Aziz Rahman dan CEO TNB, Tajuddin Ali - semuanya ditolak ketepi untuk diganti dengan kroni. Kepakaran dua anak melayu ini tidak dipakai lagi setelah dinyahkan pergi.

Wawasan Mahathir sebenarnya ampuh kerana ia gagal bila teruji oleh krisis ekonomi 1997-98 sehingga berbilion rugi. Dia sebenarnya membina satu kumpulan penyangak dan mahluk perosak yang mencuri kekayaan negara - bukannya asas untuk meletakkan Malaysia sebagai negara termaju. Akibatnya kita tidak akan mampu bersaing secara global kerana masih lemah akarnya walaupun apa yang tampak hebat-hebat belaka. Mahathir sebenarnya meletakkan ASAS atau BOM jangka kemusnahan negara kerana membina sesuatu yang tidak termampu dan bertahan lama. Ia akan meletup bila ribut melanda - malangnya ramai yang tidak bersedia lari kecuali Daim sahaja..... - Editor]



Penterjemah: -MT-

Makluman: Terjemahan dilakukan tanpa izin Aliran, walaupun saya pernah menulis untuk menterjemahkan artikel mereka secara sukarela sejak enam bulan yang lalu. -MT-


Bahagian 2


Wawasan Mahathir Yang Kabur

(Mahathir's Faded Vision)
- What Would a Malaysia Without Mahathir be?

Oleh: Dr. Khoo Boo Teik


Tiada Ruang Untuk Bersenang

Rumusan yang dibuat mengenai keghairahan di tahap awal era Mahathir itu dan kemalapan penghujungnya bukan bertujuan menceriakan mereka yang berusaha mereformasikan perjalanan politik Malaysia dan institusi awamnya. Kalau itu yang berlaku, ia hanya membawa makna betapa mereka silap faham ataupun tersilap menganggar kesan perubahan yang mengena masyarakat Malaysia ketika mengharungi fasa kritikal itu.

Perubahan yang berlaku itu seragam baiknya ataupun kesederhanaannya. Keuntungan besar yang diraih oleh segelintir manusia membawa musibah kepada orang lain pula.

Dua sasaran kembar dalam Dasar Ekonomi Baru (NEP): 'pembasmian kemiskinan tanpa memilih ras', dan 'penstrukturan masyarakat untuk membasmi kaitan kaum dengan pekerjaannya' telah diubah dengan mudah kepada 'penstrukturan semula' untuk memusatkan kemewahan di kalangan peniaga Melayu yang terpilih di bawah Malaysia Inc., melibatkan penswastaan dan penyertaan UMNO dalam dunia korporat.

Di samping itu, memang wujud pertumbuhan yang tinggi beberapa tahun lamanya menyumbang kepada kemewahan yang ketara. Pada kemuncaknya di awal 1990-an, era Mahathir telah menyediakan pelbagai penyelesaian ekonomi yang dianggap popular terhadap pelbagai masalah tertangguh mengenai pendidikan, bahasa dan budaya.

Sememangnya, hanya rakyat yang paling terpinggir dan segelintir kumpulan pekerja pendatang yang tidak menikmati kekayaan yang ada. Ia mencetuskan perasaan wujudnya satu masyarakat yang lebih padu, dan kebanggaan tentang keharuman Malaysia di kalangan negara lain di dunia.

Ingatan politik memang singkat, apa lagi setelah enam tahun berlalu selepas BN merangkul kemenangan besar pada pemilu 1995 dulu. Ramai rakyat Malaysia yang sudah lupa betapa mereka menyandarkan harapan mega menantikan nikmat kemuncak pencapaian wawasan 2020 ciptaan Mahathir.

Penilaian Dalaman

Tanpa sokongan berpadu para kroni, regim Mahathir mungkin telah dinyahkan oleh krisis Julai 1997 dan September 1998 seperti yang dilaksanakan oleh ledakan 'Reformasi di Indonesia' yang telah melenyapkan Suharto ke lembaran sejarah.

Bermula daripada akhir 1980-an hingga pertengahan 1990-an, Wawasan Mahathir memang mempunyai pandangan yang jelas untuk menilai masalah masyarakat Malaysia, sambil mengambil kira perubahan sejagat dan memilih satu penyelesaian yang merenung ke luar.

Tetapi, bencana Tenggara Asia, telah menghenyak Mahathir, sekutu politiknya, dan tanggungan korporatnya untuk mencetuskan aktiviti ekonomi dengan mengawal aliran modal dalam negara, mengekang kadar tukaran matawang, dan meningkatkan pengeluaran minyak. Dari segi politik pula, Mahathir telah memilih untuk menindas dan bergelumang kembali dengan putar belit politik perkaumannya, dan memilih Anwar sebagai mangsanya.

Kelentongan politik ini telah disanggah dengan baiknya oleh satu segmen penduduk negara ini yang menyokong BA dan semua NGO (Kumpulan Bukan Kerajaan) yang bersekutu dengannya untuk mewujudkan satu benteng ketahanan terhadap penghakisan kerajaan berperlembagaan dan peningkatan politik perkauman.

Walau bagaimana pun, tidak wujud lagi perubahan hala tuju perancangan ekonomi negara yang mesti memainkan peranan utama dalam pembentukan semula masyarakat Malaysia seperti yang pernah dilaksanakan di awal perlaksanaan DEB dulu.

Wawasan Yang Menonjol

Memang benar, pengurusan krisis yang dilaksanakan oleh Mahathir pada 1998 telah membantu mengelakkan bencana- ala-Indonesia di Malaysia dan telah mampu memikat masa untuk pembentukan rancangan ekonomi. Kedegilannya menyanggah fundamentalisme pasaran berkaitan dengan mobiliti pelaburan dan pengurus dana sejagat memang mempunyai asas yang penting juga.

Tetapi, kedegilannya itu digelapi kecuaiannya untuk menghambat peluang pra-Julai 1997 yang wujud untuk membangunkan keadilan social ketika dia masih mempunyai kuasa dan peluang melaksanakannya. Dengan terlepasnya peluang itu, dia telah dihenyak masalah untuk menyelamatkan beberapa konglomerat yang semakin terumbang-ambing, hampir tenggelam ditelan lautan kemuflisan. Dia melaksanakan proses pengapungan dengan dana rakyat marhaen tanpa mengenakan sebarang denda kepada pengemudi korporat yang sudah kecundang itu. Segala tindakannya menunjukkan betapa Mahathir telah terpaut kepada bajingan korporat yang telah dibantunya untuk melahirkan mereka.

Dengan ini berakhirlah rumusan kita mengenai wawasan yang menonjol itu.

Wawasan Alternatif

Apakah yang boleh dikatakan terhadap kemunculan 'wawasan alternatif' dalam hal ehwal ekonomi? Pendekatan yang pilih oleh parti utama dalam BA; PAS dan DAP memberikan jawapannya.

PAS bercakap mengenai 'pembangunan berunsur Islam'. Kerajaannya di Kelantan dan Terengganu memang serba kekurangan disebabkan sikap liar kerajaan pusat. Harakah tidak memberikan penekanan terhadap masalah ekonomi. Kalau ada pun penulisan mengenainya, selalunya ia memaparkan isu 'penderitaan rakyat marhaen'.

DAP menonjolkan iltizamnya terhadap 'demokratik sosialisme'. Tetapi ia terhad kepada pendekatan 'skandal dan korupsi' yang memberi penekanan kepada protes dan penentangan terhadap pencabulan ketelusan, akauntabiliti dan governan tanpa memberi penyelesaian terhadap masalah yang dicetuskan oleh kapitalisme di dalam negara dan di luar negara.

Pendekatan yang dipilih oleh PAS dan DAP itu bukannya tidak relevan tetapi terlalu tidak memadai. Apabila Manifesto Bersama dan Perbelanjaan Rakyat diberikan taraf sampingan sahaja, BA sememangnya tidak mempunyai rancangan ekonomi untuk mereka banggakan.

Bahaya Yang Ketara

Seandainya saya telah melukiskan gambaran yang kelam, ia bukannya bertujuan memancing perasaan yang difikirkan belum merangsang. Ia bertujuan memberi isyarat awalan betapa pengunduran Mahathir tidak mencukupi untuk mengikis segala kejijikan dunia politik Malaysia, terutama sekali yang telah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.

Dengan berakhirnya Mahathirisme ia tidak bererti akan munculnya fajar baru yang menjanjikan keadaan hidup yang lebih baik lagi, disebabkan keadaan dalaman dan sejagat yang tidak beransur pulih.

Di dalam negara, kita masih dihantui kumpulan ningrat dari pelbagai kaum (multi-kaum) yang 'masih menguasai dunia korporat' dengan penuh keangkuhan tetapi penuh kecurigaan.

Kumpulan ningrat yang angkuh ini menganggap bahawa adalah hak 'makbapak' mereka untuk menikmati sumber semula jadi negara ketika negara bersenang-lenang, dan apabila bencana mula mencekik suasana, boleh pula menukarkan segala kerugian persendirian mereka itu menjadi tanggungan rakyat marhaen. Selama ini mereka tidak pernah selesa dengan pasaran global, tidak mampu menyerlahkan sekelumit keupayaan untuk bersaing secara global, tetapi terlalu bergantung-harap kepada 'sambungan' untuk menyauk naungan kerajaan.

Di luar negara, presiden Amerika yang baru, menyerlahkan sikap berperang. Para penyebar semangat perang yang juga dikenali sebagai pembentuk dasar industri kelengkapan ketenteraan yang kompleks - sedang menyediakan strategi yang menonjolkan senario 'Star Wars' (perang angkasa) di mana Asia dikiaskan sebagai laman kokpit masa depan Amerika Syarikat. Amerika telah sengaja menghumbankan Protokol Kyoto mengenai kehangatan sejagat.

Kuasa ekonomi di Timur dan Barat sedang dihambat kelembapan ekonomi. Imperialisme pasaran global sudah semakin berkembang. Kuasa yang ada pada institusi supra-nasional dan pelbagai perjanjian multi-lateral telah mengecutkan ruang niaga negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang kecil.

Lorong Pembangunan yang Baru

Masyarakat Malaysia kini memerlukan satu rancangan pembangunan yang baru.

Rancangan pembangunan baru ini mesti mengelakkan segala kesilapan pembangunan ekonomi nasional yang dulunya bersifat populis dalam retorikanya dan elitis dalam amalannya. ('populis' di sini harus dilihat dalam konteks sesuatu yang ditaja oleh BN-UMNO yang digembar-gemburkan sebagai disenangi oleh rakyat marhaen - penterjemah). Rencana nasionalisme ekonomi yang sempit itu telah memberi penekanan kepada urusan niaga dengan 'pelaburan asing, teknologi dan rakan usahasama' untuk kepentingan utama kepada kumpulan elit tempatan.

Begitulah juga sukarnya untuk menyesuaikan diri kepada pengaruh pasaran global. Mereka yang memperlekehkan campur tangan kerajaan tidak akan merasa puas dengan putar belit pasaran itu disebabkan ketiadaan sebarang rekod kejayaan dan pencapaian pasca kolonial yang boleh dikatakan hasil kegiatan pasaran terbuka.

Pasaran terbuka yang tidak mempunyai 'isiperut, perasaan, jiwa, kesedaran dan tanah tumpah-darah', akan hanya menghambakan kehidupan, kebebasan dan keceriaan masyarakat yang terbabit dengan pengejaran keuntungan.

Seandainya diwujudkan juga satu rancangan alternatif itu, ia tidak akan merupakan cetusan rasa seseorang ataupun seorang pemimpin yang dianggap 'genius': seperti yang pernah dilaungkan oleh seorang pengampu yang pintar lompat-melompat betapa Mahathir adalah 'pemberian Tuhan kepada Malaysia'. Rencana alternatif itu tidak juga akan merupakan satu cadangan yang diilhamkan sebagai penduaan contoh sejarah ataupun rencana yang ada.

Alternatif yang dikemukakan itu akan merupakan hasil perjuangan demokrasi untuk mendapatkan keadilan sosial yang mampu melahirkan kebajikan jangka panjang kepada majoriti rakyat Malaysia dan sesiapa yang menyumbang tenaga kerja dalam pembikinannya.

Hanya inovasi politik dan sosial begitu rupa yang akan mengeluarkan kita daripada keadaan tertekan sekarang yang menjebak kecelaruan antara penghujung wawasan yang menonjol dan kelompongan satu wawasan alternatif.

Selagi hambatan itu kekal bertahan, bahaya munculnya semula kemunduran politik itu akan semakin terserlah. Sudah tentu gejala itu akan dirangkumkan dengan pengunduran Mahathir.

Mengimbau Zaman Silamnya

Mahathir ialah seorang 'insan' yang kompleks, kuat berdendam sehingga sanggup menindas saingannya. Dia telah kerap menunjukkan kekuatannya mendera mereka yang kuat menyanggahnya.

Dalam 1986, dia telah sengaja memanjangkan NEP. Pada 1998 dia melaksanakan kawalan modal. Di waktu lain, dia merupakan hanya seorang ahli politik yang beragama Islam yang menentang secara terbuka cadangan undang-undang yang mahu menghukum umat Islam yang murtad.

Inilah bentuk keberanian, termasuk bersedia melaksanakan perubahan kepada peraturan permainan apabila seseorang itu diasak ke dinding, yang membantu Mahathir terus berkuasa selama ini.

Kini, Mahathir sudah pun diasak ke dinding dan masa terlalu suntuk baginya sejak ajakannya untuk membincangkan perpaduan Melayu tidak pun dihiraukan.

Selagi Mahathir di Putra Jaya disamakan dengan Mahafiraun sedangkan Anwar diberikan sanjungan harian bertaraf wirawan sedangkan beliau masih dipenjarakan, selagi regim ini membantu menyelamatkan tokoh korporat sambil mendera kerajaan PAS di Terengganu dan rakyatnya, sebarang rayuan untuk persidangan perpaduan Melayu itu akan berbaur satu kepalsuan yang menyerupai satu sandiwara.

Tetapi apakah seruan Mahathir untuk mempertahankan orang Melayu terus dianggap satu sandiwara kalau ia tidak lagi dikaitkan dengan orang yang dianggap sebagai paling berdosa terhadap perpecahan itu?

Mungkinkah panggilan yang sama apabila diulang semula selepas pengunduran Mahathir nanti dan dengan keadaan ekonomi yang terus tertekan, mempengaruhi para pengumpatnya dan mengizinkan UMNO tanpa Mahathir untuk berkuasa semula?

Saya tidak meramalkan Mahathir mesti berundur secepat mungkin. Namun, tentu dia sudah memikirkan juga betapa pengunduran lebih awal daripada jangkaannya itu dapat menyumbang kepada perjuangan UMNO dan juga perjuangannya sejak lebih 50 tahun lamanya.

Ada antara mereka yang berura-ura membawa reformasi kepada Malaysia selepas 1998 dulu pernah berkata betapa Reformasi itu tidak akan dapat diperpanjangkan melainkan ia bergerak melampaui isu Anwar.

Sesiapa yang memikirkan akan masa depan Malaysia seharusnya bersiap siaga memperjuangkan Malaysia selepas Mahathir.

-Dr. Khoo Boo Teik-

Khamis 19April, 2001.

>>>>>>>>>>>>>MT Ahad 22 April 2001<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Highlights from Aliran Monthly
http://www.malaysia.net/aliran/

Mahathir's Faded Vision : Part 2

What would a Malaysia without Mahathir be?

by Dr Khoo Boo Teik




No Room for Complacency

This summary depiction of a fervent opening phase of the Mahathir era and its flaccid end isn't intended to delight those who seek to reform Malaysian political life and its public institutions. If it does, it can only mean that they misunderstand or underestimate the impact of the changes Malaysian society underwent during a critical middle phase.

The changes were not uniformly good or fair. Great benefits for some were purchased at the expense of others.

NEP's two-pronged objectives of 'poverty eradication irrespective of race' and 'restructuring society to abolish the identification of race with occupation' were all too frequently reduced to one prong - restructuring.

And restructuring progressively became 'less than one' prong. It was increasingly used to justify a concentration of wealth among select groups of Malay businesses. This happened under Malaysia Inc., privatisation and the politicisation of business especially via UMNO's massive penetration of the corporate world.

Despite this, there were several years of high growth and 'trickle down' which raised the general level of prosperity and visibly democratized consumption. At its peak, in the early 1990s, the Mahathir era provided economic and reasonably popular solutions to many previously intractable problems of education, language and culture.

Arguably, only the most marginalised citizens and a new underclass of migrant labour didn't experience a gain in prosperity, a sense of a more unified society, and pride in Malaysia's place in the world.

Political memories being short, it's easy just six years after BN's sweep of the 1995 election, to forget that many Malaysians came to possess a stake in the realization of Mahathir's Vision 2020..

Turning Inwards

Without more than the support of cronies, Mahathir's regime would have been blown away by the crises of July 1997 and September 1998 - the way the Indonesian Reformasi swept Suharto into oblivion.

At its clearest, from the late 1980s to the mid-1990s, Mahathir's vision took in the problems of Malaysian society, factored in global changes, and opted for outward-gazing solutions.

But the East Asian debacle led Mahathir, his political allies, and his corporate dependents to turn sharply inwards - economically by using capital controls, currency peg, and pump priming, and politically by resorting to repression and reverting to racial gamesmanship, beginning with the Anwar affair.

The political turn has been well resisted by a broad segment of the population rallying around BA and its NGO allies to offer the only credible bulwark against further erosion of constitutional government and escalation of interethnic politics.

However, no comparably significant alternative direction has been set for the economy which must occupy a central role in any future reshaping of Malaysian society - just as it did during the NEP years.

Dominant Vision

It's true that Mahathir's crisis management in 1998 helped to avert an Indonesian-styled collapse in Malaysia and bought time for economic reorganisation. His resistance to the market fundamentalism of mobile capital and global fund managers also had a crucial point.

But the point pales beside Mahathir's waste of pre-July 1997 chances to extend and deepen social justice when he had the means to do so. After that, his foremost priorities were to rescue sinking conglomerates at great public cost and without penalty to their helmsmen. These measures showed Mahathir to be captive to the corporate creatures he'd helped to create.

That sums up the end of a dominant vision.

Alternative Vision?

What can one say of the emergence of an 'alternative vision' in economic matters? The approaches of BA's major parties, PAS and DAP, tell much of the story.

PAS speaks of 'Islamic development'. Its governments in Kelantan and Trengganu are clearly handicapped by the federal government's hostility. But, in Harakah, say, there is scant attention to the economy. Where writings on the subject appear, they belong to the 'grassroots are suffering' genre.

DAP claims a commitment to 'democratic socialism'. But it is limited by a 'scandal and corruption' approach which protests violations of transparency, accountability and governance without addressing the problems created by capitalism at home and abroad.

PAS's and DAP's approaches are not irrelevant but grossly insufficient. And, with the Joint Manifesto and People's Budget relegated to general disuse, BA has no economic programme to speak of.

Dangers Ahead

If I've painted a bleak picture, it's not just to capture a public mood that isn't upbeat. It's also to caution that Mahathir's departure alone will not remove all that's objectionable about Malaysian politics, particularly of these past three years.

Mahathirism's end doesn't necessarily promise a better Malaysia when in fact domestic and global conditions aren't getting rosier.

At home, our new multiethnic elites - those who rule the corporate roost - are both arrogant and insecure.

They arrogantly consider it their birthright to profit from national resources when times are good, and, when times turn bad, to convert their private losses into public liabilities. They are insecure vis-à-vis the international market since, unable to sustain any serious level of global competitiveness, they depend upon their 'cables' of state protection.

Abroad, the new American presidency is avowedly warlike. It's warmongers - a.k.a. the policy-makers of the military-industrial complex - are preparing strategic 'Star Wars' scenarios in which Asia is recast as the USA's future c##kpit. The USA unilaterally dumps the Kyoto Protocol on global warming.

The major economies in the East and West are headed for recession. The imperialism of the global market has grown more extensive. The power of supranational institutions and multilateral agreements shrinks the space for small economies.

A New Pathway to Development

More than ever before, Malaysian society requires a new pathway to development.

The new pathway must avoid the pitfalls of an economic nationalism that is populist in rhetoric and elitist in practice. That kind of narrow-minded economic nationalism has long favoured deals with 'foreign investment, technology and partners' so long as the wheeling-dealing profits domestic elites.

Likewise there can't be a naïve embrace of the global market. Those who shun the abuses of state intervention won't find solace in the religion of the market: hardly anything from Malaysia's post-colonial record of achievement can be credited to a 'free market'.

An unfettered global market, which has 'no heart, soul, conscience, homeland', will merely subordinate the lives, liberties and happiness of communities to the pursuit of profit.

If there is to be an alternative pathway, it won't arise from the thoughts of one or another leader of supposed genius; as it were, a 'God's gift to Malaysia?, as a flatterer once described Mahathir. Nor will the alternative be a ready-made blueprint inspired by any historical example or existing model.

The alternative can only be the product of broad democratic struggles for social justice that genuinely advance the long-term welfare of the vast majority of Malaysia's citizens and those who labour within its borders.

Only such a social and political innovation can lead us out of the present impasse of being trapped between the end of a dominant vision and the absence of an alternative.

As long as the impasse remains, the dangers of political retrogression abound. And they're ironically bound up with the issue of Mahathir's exit!

Back to His Past

Mahathir is a complex man, vain enough to have had contempt for his opponents. He has repeatedly proven the strength of his convictions against staunch opposition.

In 1986 he 'held the NEP in abeyance'. In 1998 he imposed capital controls. On another occasion, he was the only Muslim politician to object publicly to proposed legislation that would punish apostasy in Islam.

It is that kind of courage, including a readiness to change 'the rules of the game' when one's back is up against the wall, that has helped Mahathir to stay in power for so long.

Today Mahathir's back is truly up against the wall and time's running out since his call for 'Malay unity' has been counter-productive.

So long as Mahathir in Putrajaya is likened to Mahafiraun while Anwar daily appears as a martyr in prison, and so long as the regime saves the tokoh korporat while it punishes Trengganu's masses, any plea for 'Malay unity' will sound insincere: in a word, sandiwara.

But will Mahathir's call for the 'defence of the Malays' be still construed as sandiwara if it no longer bears any association with the man most Malays blame for their 'disunity'?

Will such a call, if it is re-issued after Mahathir's exit and under conditions of economic duress, overwhelm its detractors and allow an 'UMNO without Mahathir' to re-assert itself?

I don't predict that Mahathir must go soon. But it would surely have crossed his mind to wonder if his 'early exit' might be his final contribution to UMNO's cause - his cause for over 50 years.

Some of those who thought of reforming Malaysia after September 1998 used to say that Reformasi wouldn't go places unless it went 'beyond Anwar'.

Those who think about reshaping the future of Malaysia should be ready to go beyond Mahathir.