Laman Webantu   KM2A1: 4289 File Size: 11.2 Kb *



TJ KTK 7: fM: B4 Klon Dr.M-Mokhzani
By freeMalaysia

23/4/2001 4:58 pm Mon

KTK 0701

[Mokhzani lebih menonjol dalam industri perubatan dan dia kini sudah menggondol banyak perkhidmatan yang berkait dengannya melalui penswastaan. Ayahanda dan bondanya yang pernah berkhidmat dalam bidang itu tentunya cukup arif di mana Mokhzani harus menyauk untuk mendapat 'ikan' berharga dengan banyaknya.

Walaupun dia membolot bidang perubatan itu, dia demam juga bila krisis ekonomi melanda kerana itu memang bukan bidangnya dan bakatnya. Bidang Perubatan adalah bidang kemasyarakatan yang bergaul dengan pelanggan, bukannya bergaul dengan wang sehingga mencekik pelanggan.

Pelanggan tentu gerun untuk mendapatkan rawatan dari syarikat yang sakit kerana bimbang kecuaian akan meragut orang tersayang. Lagipun mereka sangsi kenapa bondanya tidak berambut sedangkan anaknya memilikki hospital, ubat dan kelengkapan yang serba-serbi. Malah Mahathir sendiri tidak dirawat di hospital anaknya sendiri. - Editor ]


Terjemahan: -KTK/10-


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Klon Dr. M:

Bahagian 4


Inilah Wajah 'Kolon M' Yang Lelaki. Lebih terkenal di kalangan professional muda di Kuala Lumpur sebagai 'Tukang Sauk'. Patutlah 'daddy' gunakan Sauk sebagai pentas drama 'sauk-menyauk'.

Mokhzani

Di kalangan masyarakat korporat KL, Mokhzani dianggap sebagai pelabur jangka pendek, dan bukannya seorang pembina perusahaan jangka panjang. Seperti yang ditanggung oleh Mukhriz, anggapan ini mungkin salah. Mungkin juga di tahap awal pelaburannya dulu di Kestrel Securities, rakyat Malaysia nampak gelagatnya yang terlalu berminat mengejar keuntungan secara cepat sahaja.

FM lebih berminat memikirkan bahawa pembabitan Mokhzani dalam Kestrel dan beberapa pelaburan lain merupakan cara yang memudahkan usahanya untuk melompat masuk dalam banyak ruang niaga yang menguntungkan mengikut arahan telunjuk yang ditonyohkan kepadanya yang tidak pun menyulitkan sangat pembabitannya.

Kenderaan korporat yang utama digunakan oleh Mokhzani ialah Tongkah Holdings Bhd. Lembaga pengarah syarikat telah mula memancing pembabitan Mokhzani pada awal 1990-an lagi untuk meminjamkan namanya dan pengaruh politik yang terpendam kepada sebuah syarikat yang sudah lama meraba-raba dalam dunia niaga tanpa satu hala tuju yang ketara. (Kemasukannya itu dipermudahkan dengan kewujudan peruntukan saham istimewa untuk Bumiputera.)

Setelah menanggung kerugian berniaga selama lapan tahun berturut-turut, lembaga pengarah Tongkah memang sudah menggelupur untuk mencuba apa sahaja. Ketika itu Tongkah berdagang dalam pelaburan yang ada kaitan dengan galian, dan pengurusan operasinya memang tidak menyumbang kepada pembayaran kos. Itu sebabnya ahli lembaga pengarah yang dulu beranggapan kelulusan Mokhzani sebagai graduan jurusan 'geology' (kaji bumi) dan pengalamannya sebagai seorang jurutera petroleum boleh membantu meningkatkan operasi itu semuanya. Mungkin juga, mereka lebih berminat kepada DNA-politik yang 'mengalir' dalam tubuhnya.

Seperti mana yang dilakukan oleh ahli-ahli kelab kroni, Mokhzani telah melibatkan Tongkah dalam pelbagai rupa usaha niaga, tanpa memikirkan apa yang dikatakan oleh perunding pengurusan sebagai perniagaan yang ada hubung kait kepada 'synergy'. Mula-mula, dia babitkan operasi seismic-data dengan usahasama Campagnie Generale de-Geophysique daripada Peranchis. Kemudian dia babitkan pula usahasama pembangunan hartanah di KL dan Pulau Pinang. Selepas itu muncul pelaburan dalam pembikinan (perkilangan), kebanyakannya dalam pengeluaran gantian audio dan barangan getah. Kemudian, dijalin pula satu hubungan pengeluaran dengan Goldron Ltd yang berpusat di Singapura.

Seperti teman-teman yang satu 'fraternity' dengannya Mokhzani cuma mencari dan cuba mendapatkan satu projek yang boleh dianggap menonjol dalam setiap ceruk dunia niaga kroni Malaysia yang dapat dicekaunya, kerana kebanyakan projek yang menonjol itu sudah lama dicekau oleh penyangak lain. Dia yakin akan memperolehinya juga.

Tidak ada satu pun asset ataupun institusi perkhidmatan kerajaan yang merupakan kawasan ataupun barang larangan dalam proses penswastaan Mahathir yang mengambil sikap laksana orang yang sedang mengamuk itu. Dengan ilham itu sebagai nawaitunya, Mokhzani pun mula mengelebek sana-sini mencari dan menunggu kalau-kalau ada harta kerajaan yang akan diswastakan. Pada pertengahan 1990-an, ketika dia terjengah-jengah dengan gelojohnya dia terantuk kepada perkhidmatan penyeliaan kesihatan, satu industri di mana regim Mahathir sudah pun serahkan secara berkesan kepada para kroni dan ahli keluarganya.

Mahathir dan juga isterinya pernah berkhidmat dengan kerajaan dalam bidang perubatan. Tentulah dia sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh hospital-hospital apabila dirundung peralihan daripada satu institusi yang dipunyai oleh kerajaan kepada proses penswastaan yang dikendalikan oleh orang awam yang tidak tahu pun ataupun tidak pun menerima latihan perubatan. Menyelamatkan nyawa ataupun memanjangkan usia, termasuklah menguruskan masyarakat yang pada amnya memang sihat, tidak mudah diterjemahkan kepada untung dan rugi di atas kertas perakaunan korporat.

Namun, pada 1997, kerajaan Mahathir telah memfaraidkan Tongkah dengan satu kontrak yang memakan masa 15 tahun lamanya untuk menguruskan 20 hospital yang dipunyai oleh kerajaan Malaysia dan memberi izin kepada syarikat itu menguasai saham sebuah syarikat tersenarai di BSKL yang bernama Hospital Pantai Bhd. Sekaligus Mokhzani menjadi seorang 'maharajah' dalam dunia seliaan-kesihatan dan pembekal peralatan perubatan jenis bawahan di seantero Asia Tenggara.

Inilah gunanya kalau ada seorang ahli di rumah yang menjadi doktor perubatan, teristimewa sekali kalau doktor itu tinggal pula di Wisma Perdana. Tetapi, seperti yang berlaku kepada ramai lagi kroni Mahathir, krisis Asia yang melanda negara ini juga telah membuatkan Mokhzani melutut, lantas membuatkannya bingkas mencari bantuan Bank Negara meminta tolong Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat di situ. Penguasaannya dalam Tongkah dan Pantai Holdings akan menurun begitu besar sekali dalam satu rencana menukarkan hutang bertapuk itu dalam usaha mengurangkan beban Tongkah Group (Kumpulan Tongkah) daripada penderitaan pinjaman jangka pendeknya.

Mokhzani dan Mukhriz memang perlu meracau lebih jauh lagi kalau mahu bertanding dengan abang sulung mereka.


-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK10-
April 18, 2001


...bersambung...




Rencana Asal:


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Dr M's Boys: In the name of their father


Mokhzani

Mokhzani is regarded in KL corporate circles as quick-shot investor, rather than a long-term enterprise builder. As with Mukhriz, this impression too might be wrong. Perhaps it was his early investment in the Kestrel Securities investment outfit that gave Malaysians the impression that the 38-year-old was only out for the quick and profitable strike.

fM, however, is more inclined to think that Mokhzani's Kestrel and other ventures were merely easy avenues that made him readily available to leap into the many promising ventures that were directed his way and required little effort on his part. After all, he's not known to be a workhorse or a diligent executive.

Mokhzani's main corporate vehicle is Tongkah Holdings Bhd., whose board sought him out in the early 1990s to lend his name and his perceived political influence to the company's going-nowhere future. (His entry was made easy through a Special Bumiputera allotment of shares.) After eight consecutive years of losses, Tongkah's board was willing to try anything.

Tongkah's mineral-related investment and management operations simply weren't paying the bills. So perhaps, the earlier directors figured that Mokhzani's U.S. education as a geologist and petroleum engineer would help to boost those operations. More likely, it was his political DNA in which they were interested.

True to crony form, Mokhzani took Tongkah into all sorts of business ventures, very few of which were what management consultants would call synergistically related. First, there was a seismic-data operation, in partnership with France's Compagnie Generale de Geophysique, followed by property development ventures in KL and Penang. Then came investments in manufacturing, mostly audio parts and rubber products, and a co-manufacturing relationship with Singapore-based Goldtron Ltd.

Like his fraternity colleagues, Mokhzani was simply looking and conniving for a winner in every available corner of Malaysia's crony-led economy, bearing in mind that many corners already were spoken for. Still, he may have found his winner.

No government asset or service has been declared hands off from being auctioned by the Mahathir regime's run-amok privatization policy. With that in mind, Mokhzani scouted around for the next state asset to go on the block and in the mid-1990s hit upon healthcare services, an industry in which Dr. M's regime effectively has since turned over to his cronies and family.

Mahathir, himself and his wife former government-employed physicians, should have been well aware of the difficult transition hospitals face from being government owned to privately held by businessmen with little or no medical training. Saving and prolonging lives, as well as maintaining a generally healthy population, doesn't easily translate into profits and losses on a corporate balance sheet.

Nonetheless, the Mahathir government in 1997 awarded Tongkah a 15-year contract to manage about 20 of Malaysia's government-owned hospitals and permitted the company to acquire a controlling stake in publicly listed Hospital Pantai Bhd, thus making Mokhzani one of Southeast Asia's most formidable healthcare czars and low-end medical-equipment makers. It always pays to have a doctor in the house, especially if the doctor lives in the prime minister's residence.

But as happened with so many other Mahathir cronies, the Asian crisis brought Mokhzani to his knees, forcing him to scurry to Bank Negara's Corporate Debt Restructuring Committee for a manageable debt workout with Tongkah's lenders. His controlling stakes in Tongkah and Pantai Holdings will be drastically reduced through the debt-conversion exercise to relieve the Tongkah Group of its short-term borrowings.

Mokhzani and Mukhriz, however, have a long way to go before catching up with the dubious achievements of their eldest brother.

....to be continued....