Laman Webantu   KM2A1: 4291 File Size: 12.4 Kb *



TJ KTK 8: fM: B5 Klon Dr.M-Mirzan
By freeMalaysia

23/4/2001 5:02 pm Mon

KTK 0801

[Mirzan menceburi bidang pengangkutan atau logistik tetapi lingkup juga kerana lebih banyak membawa hutang sendiri dari membawa barang. Dia tersadai bila krisis matawang mengganda-gandakan hutangnya sehingga terpaksa diselamatkan dengan dana Petronas kira-kira RM1.8 bilion banyaknya. Itupun masih hidup mengangkut hutang lagi sehingga sekarang.

Perniagaan logistik amat memerlukan kecekapan yang tinggi serta kepakaran merancang. Seseorang yang terlalu banyak bisnes seperti Mirzan tidak akan mampu mengendalikannya kerana ia amat memerlukan tumpuan. Ia bagai memandu kereta sambil mengira wang - tentulah akan terbabas masuk gaung jika tidak ke longkang. Malangnya dia tidak faham itu semua walaupun beristeri anak hartawan dan pernah bekerja di syarikat bertaraf dunia. Dia pernah diberitakan ingin membunuh diri dan kaki judi - patutlah terbabas semua yang dipandunya hari ini.
- Editor
]


Terjemahan: -KTK/10-


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Klon Dr. M:

Bahagian 5 (akhir)


Mirzan

Mirzan sudah pun berusia lebih 41 tahun. Dia mengahwini (satu perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh ibu bapanya di tahap awalannya) seorang wanita yang bersaudara dengan salah seorang hartawan terkaya di Asia Tenggara, hartawan Indonesia Liem Sioe Liong, dan rakan niaga kepada adik-ipar Lee Kuan Yew. Hubung-kait ini semua tidak merupakan kelayakan untuk meletakkannya di bahagian teratas tangga kroni, melainkan dengan jentikan seorang 'daddy'.

Sebagai seorang anak lelaki sulung, yang menerima pendidikan di Britain dan Amerika Syarikat, dan pernah menerima pengalaman bekerja dengan IBM (International Business Machines) dan Solomon Brothers -- tentunya banyak peluang niaga dan usahasama samada di peringkat kerajaan ataupun swasta yang disogok kepadanya. Malahan, Mirzan berkedudukan yang amat hampir menandingi anak-anak Suharto dalam pembabitannya bergelumang dengan pelbagai kepentingan niaga sejak bertahun lamanya, (sehinggakan ada jenaka masyarakat KL yang menyebut betapa Mirzan kerap terlupa 'bisnes' yang sudah pun dipunyainya - penterjemah). Walau bagaimana pun ada satu bidang niaga yang amat diminati oleh daddy'nya yang diberikannya tumpuan sebagai satu keistimewaan - perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara - ada pihak yang lebih suka menyebutnya sebagai 'a complete logistic solution - satu penyelesaian logistik yang menyeluruh'.

Perkapalan merupakan urusniaga yang paling besar bocornya dalam dulang akaun semasa negara. Bertahun lamanya, Malaysia yang banyak mengekspot, terpaksa bergantung kepada Singapura untuk mengangkut pelbagai jenis barangan pembuatannya untuk diekspot, sehingga menjejaskan kos kepada pengeluar Malaysia dan mencubit sumbangan kepada Keluaran Kasar Negara.

Jawapan Mirzan kepada keperihatinan 'daddy'nya (Ataupun kepada arahan ayahanda Maharajah) ialah dengan mewujudkan satu syarikat pengangkutan mega di mana dia menguasai 72 persen saham Konsortium Perkapalan Bhd. (sudah pun bertukar namanya kini - penterjemah) dengan memulakannya sebagai syarikat pengangkutan darat dan kemudiannya berkembang melalui pengambilan Perbadanan National Shipping Line, sebuah syarikat perkapalan terbesar di Malaysia.

Kerana memerlukan dana untuk membesar, Mirzan telah menyenaraikan Konsortium Perkapalan pada 1996, dan menggunakan dana yang terbit dari situ untuk membeli Pacific Basin Bulk Shipping dan kemudiannya Diperdana Corp. (Malaysia) yang satu ketika dikuasai oleh adik kepada seorang bajingan utama negara, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. Kemudian dia membeli pula lebih satu pertiga saham 'Transmile Air Services' untuk melengkapkan semua unsur-unsur perkhidmatan pengangkutan itu, yang membolehkannya menguasai operasi pelabuhan dan urusan perkapalan di luar negara. Penyenaraian yang dilaksanakan dan pembesaran niaga itu menyungkit nilai kekayaan (networth) Mirzan melebihi RM1 bilion dan menjadikan KPB salah sebuah stok yang amat diminati di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kerana masih tidak puas hati dengan apa yang dikumpulkannya dalam satu masa yang singkat, Mirzan telah melancarkan usaha menyauk saham syarikat perkapalan yang dikuasai kerajaan, Malaysia International Shipping Corp. sehingga bernilai lebih US600 Million (dollar: lebih satu billion ringgit mengikut kadar pertukaran matawang lama - penterjemah). Dengan kadar itu, KWSP tentunya telah mengalami kerugian kerana membeli saham setakat 30% kepentingan dalam usaha yang sama.

Krisis matawang pun menghayunkan penumbuk sulongnya. Ayunan sulung itu telah melebamkan mata Mirzan (yang tidak ada sesiapa menggari tangannya di belakang - penterjemah) kerana dari situ terdedahlah pintu gua rahsia urusniaga Mirzan selama dulu dan terlucutlah segala bayangan cerita indah-indah mengenai urusan niaga yang molok-molok dulu untuk terus menghambat Mirzan dan mengaibkan regim Mahathir hingga ke hari ini. Sepatutnya Mirzan teruskan usaha merangkul kuasa majority dalam MISC dengan bantuan Petronas yang dikuasai sepenuhnya oleh bapanya. Sebaliknya anak sulung Maharajah ini telah membuat keputusan untuk mengurangkan bebanan hutangnya dengan menjual sebahagian besar asset Konsortium Perkapalan kepada MISC. Semua kerja putar belit, pintal-memintal, tolong-menolong dan maju ke depan dan gostan ke belakang yang dilakukan selepas itu oleh kerajaan menunjukkan betapa kerajaan memberikan bantuan yang teristimewa untuk menyelamatkan putera sulung si maharajah. Apabila sebuah entity yang dikuasai oleh kerajaan digunakan untuk mengengsot bebanan hutang yang mencekik temboloknya, tentunya tidak membantu tohmahan akan wujudnya nepotisme.

'Kecundangnya' Mirzan, seperti yang digambarkan oleh satu profail 1998 dalam The Asian Wall Street Journal, 'telah terjadi seperti juga yang telah terjadi kepada kebanyakan peniaga pilihan Malaysia yang lainnya, kerana terdapatnya terlalu banyak peluang berniaga daripada pengetahuannya dalam bidang perniagaan yang telah dilanyaknya'. FreeMalaysia dan banyak pihak lain menganggap pendapat ini sebagai sesuatu yang adil. Tetapi itu tidak menyekat putera sulung di kalangan 'Klon M' itu mengeluarkan saman terhadap akhbar harian di Hong Kong itu, pencetaknya di Malaysia dan penerbitan lain yang telah menyiarkan laporan tersebut kerana fitnah.

Tindakan menyaman yang dimulakan oleh Mirzan itu, bertujuan memberi amaran kepada sesiapa juga agar berfikir dua kali sebelum menaikkan kemarahannya dengan rujukan yang tidak menyenangkan. Jelas, 'Klon M' sudah menampakkan kematangannya bergelumang dalam dunia niaga kronisme. Mereka sudah pintar menyerap segala taktik mengugut dan mengacah, menyerap amalan perniagaan kumpulan bedebah, dan segala muslihat putar belit mainan para juak yang ganas dan haloba. Seperti kroni yang lainnya, mereka kini sedang merendahkan diri sambil menunggu masa dan ketika (kalaulah masih ada masanya - penterjemah) untuk naik tegak dan segak membalun lagi apa yang baru yang menjentik nafsu dan mengait selera. Mereka akan melakukan itu semua dengan nama ayahanda Maharaja.


-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK10-

....TAMAT....





Rencana Asal:


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Dr M's Boys: In the name of their father


Mirzan

Eminence Front: Dr M and his #1 son

Mirzan is 41 years old; married to a relative of one of Southeast Asia's wealthiest businessmen, Indonesian tycoon Liem Sioe Liong (a wedding his parents didn't initially approve of); and a business partner of former Prime Minister Lee Kuan Yew's sister-in-law. Even these links, though, didn't have much bearing on his phenomenal vault into the upper reaches of cronydom. But daddy certainly did.

No. 1 son -- educated in Britain and the U.S., with employment experiences at International Business Machines and Salomon Brothers -- is into many, many business ventures, public and private. Indeed, Mirzan comes closest in profile to the Suharto Kids in the array of interests he has collected over the years. But there is one particular area, near and dear to his dad's heart, that he has focused on as a specialty -- haulage by land, sea and air -- or as some prefer to call it, "a complete logistics solution."

Shipping was among the largest leaky sieves in the current account. For years, export-dependent Malaysia has been forced to rely on Singapore to ship its enormous loads of manufactured goods to export markets at a considerable expense to Malaysian manufacturers and a drain to the bottom line of the nation's Gross National Product.

Mirzan's answer to his dad's concerns (Or could it have been his dad's command?) was to patch together a mega-haulage company under his 72%-owned Konsortium Perkapalan Bhd., which began as a lorry-hauling company and soon expanded through its acquisition of Perbadanan Nasional Shipping Line, one of Malaysia's largest shipping companies.

Needing cash to expand, Mirzan took Konsortium Perkapalan public in 1996, using the proceeds to acquire Hong Kong-based Pacific Basin Bulk Shipping and later Malaysia's Diperdana Corp., once controlled by a brother of leading Rogue, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. His subsequent acquisition of a more than one-third stake in Transmile Air Services brought air haulage under the company's shipping services, which also began expanding its operations into port and shipping ventures abroad. The public listing and these acquisitions elevated Mirzan's pre-crisis worth, at least on paper, to well over RM1 billion and made KPB one of the Kuala Lumpur Stock Exchange's top performing stocks in 1996.

Still not satisfied with all that he had amassed in so short a time, Mirzan then launched his brazen acquisition for the government's controlling stake in Malaysia's largest shipping company, Malaysia International Shipping Corp., for more than US$600 million. At that price, the nation's Employee Provident Fund, Malaysia's national pension program, would have sustained a loss on the price it initially paid to acquire its 30% interest.

Then the Asian financial crisis struck, unraveling much of what Mirzan had bundled together in only a few years and stirring up controversy that dogs him -- and the Mahathir regime -- to this day. Rather than following through on the planned acquisition of a controlling stake in MISC, with the help of the national oil company Petronas (which Dr. M happens to control), No. 1 son decided to sharply reduce his debt by instead selling much of Konsortium Perkapalan's shipping assets to MISC. The opaque twists, turns and sudden reversal pointed to preferential government assistance in helping to bail out Dr. M's boy. And that it was a government-controlled entity that ultimately eased his crushing debt hasn't helped to allay allegations of nepotism.

Mirzan's "failure," as a 1998 profile in The Asian Wall Street Journal put it, "came because he, like many of Malaysia's chosen businessmen, had more opportunities than business know-how." To freeMalaysia and many others, the remark seems fair. But that didn't stop No. 1 son from suing the Hong Kong-based daily, its Malaysian printer and any other publication that reprinted the report for defamation.

With Mirzan's punitive legal suit, intended to make any reporter think twice about angering him with an unflattering reference, the Boys have clearly come of age in crony terms. They have fully assimilated the intimidating tactics, shady business practices and behind-the-scenes dealings of their crony cohorts. And, like the other cronies, they are laying low and biding their time until they can resume their conquest of the Malaysian business scene. And they will do so in the name of their father.

....THE END....