Laman Webantu   KM2A1: 4292 File Size: 24.1 Kb *



TJ KTK 9: fM: Lee Kim Yew: Kroni Pencinta Desa
By freeMalaysia

23/4/2001 6:07 pm Mon

KTK 0901

[Lee Kim Yew begitu berhati-hati tetapi lingkup juga bila menjebak diri dalam wawasan Mahathir membina sesuatu yang mega yang tidak berdaya maju. Beliau lebih banyak membina sesuatu yang ganjil yang belum atau jarang diterokai oleh orang lain kerana di situ mudah disembunyikan kos bawah meja untuk tuannya. Beberapa projek yang dibalunnya melibatkan sesuatu yang rahsia, sensitif dan seperti biasa, terlalu mahal kosnya - termasuk mahligai, menara dan satelit. Beliau mungkin 'teliti' orangnya dan disukai Mahathir kerana 'kemas' buatannya sehingga mahligai itu dibina olehnya.

Mahathir begitu banyak menolongnya - mungkin kerana merasa bersalah menjahanamkan masa depannya juga dengan wawasan yang menggila. Tetapi mungkin ada sebab lain - dia mengetahui banyak rahsia perisikkan Mahathir... dan cara Mahathir 'bekerja'. - Editor ]


Terjemahan: -KTK/6-

http://www.freemalaysia.com/rogues/leekimyew.htm


freeMalaysia



Lee Kim Yew : Kroni Pencinta Desa

(Lee Kim Yew : The Country Crony)


Rahsia di sebalik kejayaan Tan Sri Lee Kim Yew yang menyerlah di dalam dunia korporat Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi. Jalan yang ditempuhinya tidak jauh berbeza dengan yang dilalui oleh teman-teman seangkatannya - bermula dengan episod terpenting memikat hati orang yang paling berkuasa di Malaysia, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, dengan menonjolkan sirinya sebagai seorang yang mampu untuk menghidupkan segala projek mega ala Mahathir, yang sering menjadi bahan ketawa ramai itu.

Tidak sukar untuk menyenaraikan semua projek yang dimaksudkan itu :-



  1. pemasangan tiang-tiang bendera yang mencipta rekod;
  2. menara-menara telekom;
  3. pemasangan kabel elektrik di dasar laut;
  4. empangan-empangan dan bangunan-bangunan pejabat;
  5. projek simen dan besi yang tiada harapan untuk memasuki pasaran eksport;
  6. projek segera Lembah Silikon, Multimedia Koridor Raya, yang sebenarnya memerlukan sentuhan ajaib pemain silap mata kegemaran Dr. M, David Copperfied;
  7. pulau-pulau peranginan segera yang tidak dapat bertahan lantaran prasarana yang tidak setanding;
  8. pembinaan mahligai air mata rakyat;
  9. pusat pentadbiran kerajaan yang baru untuk bermegah-megah;
  10. rangkaian sistem satelit kebangsaan yang kononnya berupaya menyiarkan sekelumit program-program Malaysia dan Asia untuk satu tempoh yang panjang;
  11. industri ruang angkasa bagi menyaingi Boeing dan Airbus;
  12. pasaran saham utama Asia dan pusat media yang terbuka (kini sebaliknya yang berlaku);
  13. pusat membangunkan pemikiran berkonsepkan Islam dan kewangan, yang sebenarnya menyentuh hanya perkara-perkara yang menguntungkan keperluan politik mereka;
  14. dan begitulah seterusnya.


Para pembaca sudah tentu dapat membuat kesimpulan di sini. Setiap kali Dr. M dan orang-orangnya melayani nafsu besar mereka, seringkali juga rakyat yang terpaksa menanggung bebannya.

Country Heights milik Lee tidak pula menonjolkan ciri-ciri gah seperti yang lain. Diperhatikan di sini Lee telah mengambil sikap berhati-hati dengan mengorak langkah secara sederhana. Berbanding dengan kebanyakan teman-teman seangkatannya yang lebih cenderung untuk terus melabur di dalam projek-projek besar dan skim-skim pembangunan yang berisiko, Lee memutuskan untuk melibatkan diri di dalam perniagaan yang menjadikan golongan-golongan yang agak berkemampuan sebagai sasaran. Dengan kata lain, beliau telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang percaturan.

Bagi tujuan tersebut beliau telah menawarkan satu gaya kehidupan baru dengan ciri-ciri ala desa yang bakal diperluaskan ke serata ceruk Semenanjung Malaysia.

Namun projek Country Heights yang dijalankan pada tahun 1985 itu tidak membuahkan hasil yang boleh dibanggakan oleh Lee. Beberapa tahun berikutnya beliau memperkenalkan pula satu slogan yang berbunyi 'Pencarian Berterusan Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Baik' sebagai motto kumpulan syarikatnya itu. Hakikatnya , slogan yang berbunyi 'Pencarian Berterusan Untuk Terus Bernyawa' mungkin lebih sesuai pada masa itu. Begitulah gambaran kemuraman pasaran hartanah Malaysia semasa negara sedang menghadapi zaman kemelesetan ekonominya yang pertama selepas merdeka.

Jangan kita tersalah membuat anggapan. Ramai yang menyangka bahawa Lee, yang berumur 44 tahun ketika itu, memulakan langkah yang pertama di dalam bidang perniagaan melalui Country Heights. Sebenarnya beliau telah melalui pengalaman kerja yang lebih mengecewakan sebelum itu.

Sebaik sahaja menamatkan persekolahan pada awal tahun 70an, Lee telah cuba menceburi beberapa jenis perniagaan. Semua itu telah menjadikan beliau sebagai seorang anak muda yang sanggup berbuat apa sahaja, yakin pada kebolehannya sendiri dan menyimpan cita-cita untuk mengumpul kekayaan. Baru-baru ini beliau memberitahu Singapore Business Times tentang jenis-jenis perniagaan yang dijalankannya merangkumi semua bidang dari membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan sehinggalah kepada barang-barang antik dan sistem-sistem pagar otomatik. Hasil dari kepelbagaian inilah yang telah menyediakan satu tapak untuk beliau melabur di dalam pasaran hartanah Singapura yang memberansangkan sepanjang tahun 70an hingga ke awal tahun 80an.

Namun sehingga pertengahan tahun 80an Lee mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang pelaburan tersebut dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang pembangunan hartanah. Di sini beliau telah menyuntik satu kelainan dengan memperkenalkan konsep perumahan ala Amerika kepada rakyat Malysia. Sudah pasti beliau cuba mengelak dari menggunakan nama Amerika untuk projek perumahan tersebut. Apatah lagi Dr. Mahathir, yang terkenal dengan kelantangannya mencemuh negara-negara Barat, bakal menjadi pembiaya utama dan penduduk hinggap perumahan itu sendiri. Maka cara yang terbaik adalah dengan menerapkan konsep Malaysia dan memanggilnya sebagai kehidupan ala desa.

Sungguhpun demikian, bermula dari hari pertama lagi Country Heights bagaikan sebuah perkampungan di dalam satu babak filem Hollywood. Di situ terdapat jalan-jalan bertar, rumah dengan kemudahan api dan air dan beberapa buah tandas di bawah satu bumbung, atap-atap genting yang tidak mudah bocor, kelengkapan-kelengkapan hawa dingin dan talipon, tempat letak kenderaan yang luas dan paling ketara sekali tiada ayam-ayam yang berkeliaran. Semua gambaran ini menjadikan Country Heights sebagai sebuah perkampungan Malaysia yang berciri luar biasa sekali.

Walau bagaimanapun pada tahun 1985 Country Heights cuba mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan. Untuk tujuan itu, Lee memerlukan banyak kawasan yang luas dengan kemudahan jalan yang menghubungkannya ke Kuala Lumpur (yang kemudian diambilalih oleh Lebuhraya Utara Selatan). Selepas 2 tahun beliau berjaya menemui satu kawasan yang dimiliki oleh teman lama Dr. M, Tan Sri Azman Hashim yang menerajui Kumpulan Arab-Malaysian, sebuah kawasan perladangan getah seluas 162 hektar yang terletak di Hulu Langat di dalam daerah Kajang.

Bersesuaian dengan keadaan Malaysia yang sedang merangkak keluar dari kemelut ekonominya pada masa itu, Country Heights menawarkan harga rumah yang agak murah dengan penjualan yang tidak menggalakkan. Namun keadaan ini pasti akan dapat diatasi juga. Untuk itu Lee sepatutnya berterima kasih kepada Dr. M yang turut memperolehi sebuah rumah persinggahan hujung minggu yang menarik di situ.

Penulis memilih perkataan memperolehi berbanding dengan membeli kerana difahamkan rumah tersebut adalah hadiah daripada Lee dan beberapa rakan Mahathir, sebagaimana proses penyerahan Awana pada tahun 80an oleh Menteri Kewangan buat kali kedua Daim Zainudin. Langkah membariskan nama PM sebagai salah seorang bakal penduduk di situ telah berjaya meningkatkan penjualan di hari pelancaran tapak perumahan tersebut. Ramai rakan Dr. M dan golongan-golongan elit korporat Malaysia yang hadir membeli unit-unit kediaman banglo dengan harapan disedari oleh Mahathir.

Sehingga ke hari ini Country Heights tetap mendapat tempat di hati Dr. M, di mana dalam suasana kemelut politik masa kini beliau memilih untuk tinggal di sana bersama-sama isterinya Datin Siti Hasmah Ali walaupun mahligai di Putrajaya telah siap menanti kehadirannya. Tidak salah lagi, keputusan pilihan raya umum yang lalu begitu menghantuinya yang mana beliau tidak pernah termimpi perkara sedemikian akan terjadi semasa memutuskan untuk membina mahligai kemegahan itu.

Secara tidak langsung Lee berjaya memasuki kelompok teman-teman peribadi Dr.M dan seterusnya menjadi sebahagian dari tokoh kroni korporat. (perlantikan abang ipar Dr.M, Datuk Paduka Hashim Mohamed Ali, sebagai pengerusi Country Heights Holdings Bhd. juga banyak membantu ke arah itu). Hasilnya, pembangunan ala desanya itu telah melangkah ke hadapan dengan projek-projek yang lebih besar dan menyaingi pemaju-pemaju perumahan Malaysia yang lain.

Namun seperti yang berlaku kepada kebanyakan ahli-ahli perniagaan yang terperangkap dengan citarasa tinggi Dr. M, kecenderungan untuk terus melabur di dalam projek-projek mega sama ada di dalam dan luar negara bagi tujuan mengambil hati Dr. M, sering mengatasi kemampuan sebenar mereka. Bagaimana untuk menolak kehendak ataupun hanya satu usulan dari Dr. M? Biasanya mereka terpaksa menurut segala kemahuan beliau dan menyerahkan nasib kepada takdir sambil berharap sesuatu yang buruk tidak akan terjadi ke atas mereka. Jika berlaku juga, mereka berharap Dr. M akan sentiasa mengenang tali persahabatan yang telah terjalin dan tampil ke hadapan membantu mereka menebus kerugian yang ditanggung.

Lee mungkin tidak perlu dipujuk oleh Dr. M untuk membangunkan projek Mines Resort City, yang menelan belanja sebanyak RM2 bilion meliputi hotel-hotel, kursus-kursus golf, pejabat-pejabat, pusat membeli belah, taman permainan, tapak sukan air di bekas lombong terbiar dan dewan pameran serta hotel Palace of Goleden Horses yang terletak di pinggiran Kuala Lumpur. Tetapi Dr. M telah menunjukkan penghargaannya dengan menyediakan banyak peluang untuk menganjurkan forum-forum antarabangsa di tempat Lee itu apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada antaranya Sidang Kemuncak G15, Dialog Tahunan Asia Pasifik ke-4, Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Asia, Seminar Lingkaran Pasifik dan Forum APEC.

Seperti menjadi satu tradisi bagi kumpulan kroni korporat Malaysia, Lee mula menceburi bidang-bidang yang di luar kepakarannya di dalam membangunkan bekas tapak perladangan dan perlombongan menjadi bandar-bandar dan pusat-pusat peranginan, seperti bidang pendidikan, perhotelan dan hiburan, serta sektor pembuatan. Malah beliau turut membuat pelaburan yang meluas di negara-negara seperti Mauritius, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Britain sejak seringkali mengiringi Dr. M di dalam rombongan perdagangan ke luar negara.

Syarikat Country Heights Holdings, seperti yang dialami oleh lain-lain syarikat hartanah Malaysia semasa dan selepas zaman kemelesetan ekonomi, turut mengalami kerugian. Keuntungan bersih yang diperolehi untuk tahun kewangan yang berakhir pada 28hb.Jun, 1999 telah menunjukkan penurunan sebanyak 49% kepada RM8.3juta daripada RM16.4juta pada tahun sebelumnya. Tetapi di dalam kes Country Heights ini, kerugian yang dialaminya hanya seketika apabila pendapatan pada pertengahan tahun itu dilaporkan meningkat kepada RM77.2juta daripada hanya RM5.1juta di dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Tidak dinafikan Country Heights terpaksa berhempas pula untuk menjelaskan beban-beban hutang bagi tahun-tahun berikutnya, salah satunya adalah kepada ahli perniagaan Taiwan Shih Yu Lung. Inilah antara sebab mengapa Country Heights menukarkan pegangan saham sebanyak 42.7% di dalam projek Pusat Pameran London (Excel), yang dijangka siap pada awal tahun 2001, kepada bentuk tunai dan saham di dalam Nusa Pasifik Sdn.Bhd. milik T.Ananda Krishnan, yang merupakan tuan punya Pan Malaysian Sweeps Lottery. Nusa Pasifik dijangka akan mebuat permohonan untuk disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Penyenaraian tersebut akan memudahkan Lee untuk menjual sebahagian atau kesemua pegangan saham beliau di dalam Nusa Pasifik bagi mendapatkan tambahan wang tunai.

Langkah Ananda membantu Lee mungkin menjadi satu petanda buat Lee untuk keluar dari masalahnya dengan selamat. Ataupun mungkin Ananda sendiri mempunyai agenda yang tersembunyi di sebalik penguasaan kepada Excel itu. Adalah tidak mustahil juga jika semua itu tidak lebih dari sifat tolong menolong sesama kroni mereka ataupun arahan dari Dr. M sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang amat meyakinkan penulis : Lee tidak mungkin akan terhimpit sehingga terpaksa melalui sendiri kehidupan ala desa Malaysia ciptaannya itu. Tidak mungkin dibiarkan ayam-ayam berkeliaran di atas halaman rumputnya yang terjaga dengan rapi.

-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK6-





Rencana Asal:

freeMalaysia

http://www.freemalaysia.com/rogues/leekimyew.htm


Lee Kim Yew: The country crony

There's no mystery behind Tan Sri Lee Kim Yew's climb to Malaysian corporate fame. For his was the same tried and true path tread by most of freeMalaysia's Rogues Row inmates. That path being: Suck up to Malaysia's big boss, Prime Minister Mahathir Mohamad, with a can-do attitude and a development project that feeds his excrescent "Edifice Complex," however ludicrous it might seem to those who don't share Dr. M's big-is-best mania.

You know the sort of edifices and projects fM is referring to:

Record-breaking flagpoles, telecommunications towers, underwater electricity cables, dams and office buildings; massive national car, steel and cement projects with little chance for an export market; an instant Silicon Valley that only Dr. M's favorite illusionist, David Copperfield, could conjure up; equally instant island vacation "paradises," but without the infrastructure to make them sustainable; an imperial residence to rival Versailles - with hippos; a new
administrative capital to match the ludicrousness of Brasilia; a supposedly nationalistic satellite network system to cover most of Asia, which for years will air scant Malaysian or Asian programming to a content-starved market; a full-blown aerospace industry to combat the likes of Boeing and Airbus; a (formerly) open Asian capital-market and media center (now complete with media prison), despite constant tinkering and backtracking; an Asian center for progressive Islamic thought and finance, but only when it suits his political purposes; and on and on.

fM thinks you get the point. Whenever Dr. M and his guys think big, which is often, we all pay dearly.

"Country Heights" Lee, to his credit, doesn't entirely fit the typical Rogues Row profile. Rather, he set his initial sights considerably lower and with a focus most of the other rogues would have dismissed as needlessly cautious. While they rushed to risk big bucks - less their own than those of Malaysian taxpayers - on white-elephant glam projects and harebrained development schemes, Lee decided to target Malaysia's nouveau riche and the upper tier of the growing middle class. In other words, he gave some actual thought to his game plan. His offering? Let's call it "nouvelle vague", a weirdly urbano-rural new-wave lifestyle that soon would be sweeping through parts of Peninsular Malaysia.

In hindsight, 1985 hardly seemed a propitious starting point for Country Heights Lee's lifestyle venture. Years later, he adopted the slogan "Ever Searching For Better Living" as the motto of his Country Heights Group of Companies. But back in the mid-80s, "Ever Searching to Stay Afloat" would have been more appropriate; such was the sorry state of Malaysia's property market as the country headed into its first serious recession since independence.

Don't be misled. The 44-year-old Lee didn't launch his business career with Country Heights, though many Malaysians mistakenly have this impression. No, Country Heights Lee's career was far more prosaic in his early years.

After cutting short his schooling in the early 1970s, Lee toyed around with a number of businesses. In short, he became a young hustler, relying on his wits and an ambition to make good. He recently told the Singapore Business Times that he pushed everything from medical supplies and equipment to antiques and automatic gates. Though mundanely eclectic, it was enough to generate the nest egg he eventually used to begin delving into Singapore's booming property market through much of the '70s and very early '80s.

Still, it wasn't until the mid-1980s that Country Heights Lee dropped his penny-ante hustle and threw his heart and soul into the property game. But he did it with a unique twist, at least locally, by bringing to Malaysia an American residential-community concept. He, of course, didn't call it American. His soon-to-be prime benefactor and occasional Country Heights resident, the West-baiting Dr. M, wouldn't have liked that one bit. So instead, Lee "Malaysianized" the concept, calling it kampung-style living.

But from day one, Country Heights was anything but a Hollywood film set of a rural kampung scene. For starters, all the roads were paved; every house had piped-in water and electricity and more than a single toilet under the main roof; bedrooms were plentiful, as were every other type of room; the roofs were tiled and didn't routinely leak; air-conditioning units and telephones were abundantly visible; car ports were big enough for two and three cars; and, most telling, there were no chickens pecking about. In short, Country Heights was unlike any kampung Malaysians had ever seen before.

In 1985, however, Country Heights was little more than a vision. To make it happen, Lee needed plenty of wide-open space, with convenient road access to Kuala Lumpur. (Soon to be taken care of by the North-South Expressway.) Two years later he found it. And it was longtime Dr. M pal, Tan Sri Azman Hashim, head of the Arab-Malaysian Group, who owned it -- a 162-hectare rubber plantation southeast of the Malaysian capital in the sleepy Hulu Langat enclave of Kajang.

With Malaysia still grappling with the fallout from the recession, Country Heights' home-site sales initially were quite cheap and slow to move. But soon enough, this too would change. And for that, Lee largely can thank Dr. M, Malaysia's horse-riding premier, who "acquired" a lovely weekend retreat there.

freeMalaysia says acquired, rather than purchased, because we understand the home was a gift from Country Heights Lee and other Mahathir friends, much like the Awana getaway provided in the 1980s by two-time Finance Minister Daim Zainuddin. However, having the Prime Minister as a resident did wonders for the development's site sales, sparking keen buying interest among Dr. M's buddies and Malaysia's corporate elite for their own bungalows within eyesight of Mahathir.

To this day, Dr. M remains fond of his Country Heights home, preferring to live there with wife Datin Seri Siti Hasmah Ali during these politically troubled times rather than move into his newly completed palace at Putrajaya. His embarrassment, especially with a general election pending, is understandable and shows a glimmer of sensitivity sorely lacking when he had the Versailles-like palace built in the first place.

In any event, that's how Country Heights Lee worked his way into Dr. M's orbit of personal friends and then into the premier's inner circle of corporate cronies. (It helped, by the way, that Lee appointed a Dr. M brother-in-law, Datuk Paduka Hashim Mohamed Ali, as chairman of his main holding company, Country Heights Holdings Bhd.) That's also how his elitist kampung-style development soon became his blueprint for even grander projects and for a series of knock-offs by other Malaysian property developers.

But as often happens to businessmen sucked into Dr. M's whirlwind plans, the temptation to overstretch their companies' financial and technical capabilities at home and abroad for the sake of pleasing Mahathir is often more than they can resist. How to shrug or say no when the old man insists or simply suggests? Well, they usually don't. Instead, they cross their fingers and hope that the economic tide doesn't turn against them. And if it does, they can only pray that Dr. M's friendship remains steadfast and will be there to help bail them out, if need be.

Country Heights Lee may not have needed any coaxing by Dr. M to build his Mines Resort City -- a RM2 billion extravaganza of hotels, golf courses, offices, a shopping center, theme park, water sports in the abandoned mining pool and an exhibition hall -- as well as the adjoining Palace of Golden Horses Hotel on the outskirts of KL. Still, Mahathir has shown his gratitude by steering many of the more prestigious international forums in his direction when it's Malaysia's turn to play host, such as the G15 Summit, the fourth annual Asia Pacific Dialogue, the ASEAN Informal Summit, the Pacific Rim Conference and the APEC forum.

And in keeping with Malaysian corporate crony tradition, Country Heights Lee began tackling businesses far afield from his expertise in converting former plantation and mining land into townships and resorts, such as moving into education, hotel and leisure, and manufacturing. Moreover, a frequent member of Dr. M's business entourage on trips abroad, Lee found himself investing in places like Mauritius, South Africa, the United States and Britain.

Lee's Country Heights Holdings, like every other Malaysian property company in and after the recession, took a beating. Net profits for the year ended Feb. 28, 1999, slumped 49% to RM8.3 million from RM16.4 million a year earlier. But in Country Heights' case, the beating appears to have been brief, as its reported financial mid-year earnings shot back up to RM77.2 million from only RM5.1 million in the comparable period last year.

Nonetheless, it is taking some nimble footwork to make sure that Country Heights meets its debt obligations in the next few years, among them to Taiwanese businessman Shih Yu-Lung. This, in part, explains why Country Heights is swapping its 42.7% stake in the London Exhibition Centre (Excel), expected to be completed in early 2001, for part cash and part shares in T. Ananda Krishnan's Nusa Pasifik Sdn. Bhd., owner of the Pan Malaysian Sweeps lottery. Nusa Pasifik is expected to apply for a listing on the Kuala Lumpur Stock Exchange. A listing would allow Lee to easily sell some or all of his Nusa Pasifik shares to raise additional cash.

That the savvy Ananda, an early Rogues Row inmate, sees fit to assist Country Heights Lee could be interpreted as a sign that Lee will pull out of the property slump relatively unscathed. Or perhaps Ananda smells blood and easy corporate pickings down the road, especially at Excel. Or maybe it's just a case of one rogue helping another, even if it's at Dr. M's behest.

But there's one thing freeMalaysia is certain of: Country Heights Lee won't be reduced to living in a true Malaysian kampung. There will be no chickens on his manicured lawn.