Laman Webantu   KM2A1: 4293 File Size: 11.2 Kb *



FK TJ MT : SKM 1 - Pembohongan MP BN di Havana
By Lim Kit Siang

23/4/2001 6:59 pm Mon

FK 0201

[MP BN cuba menipu sidang IPU di Havana Cuba dengan lapuran setebal 15 muka mengenai hak asasi manusia yang datangnya entah dari mana. Mungkin ia terlupa sebelumnya Gelita 14 Malaysia sudah mencabul hak asasi TERANG-TERANGAN dengan menahan tanpa bicara dan tanpa bukti 7 aktivis reformasi yang beritanya tersiar ke SELURUH DUNIA. Lagipun IPU tentunya akan menyemak lapuran Amnesty International sebelum memberi kata-dua - bukannya menerima sahaja semua lapurannya tanpa menyiasat apa-apa. Jika IPU bersikap begitu imej IPU akan tercemar. (sila baca nota kaki catatan MT juga.) - Editor]



Penterjemah: -MT-


SIRI KELENTONG-MENGELENTONG: 1

Fokus Khas: 21/4/2001


Anwar's case - BN MPs caught red-handed telling a lie

(Kes Anwar: Ahli Parlimen UMNO/BN Berbohong Lagi)


Pembohongan MP BN di Havana

Pada Isnin lalu, ketua delegasi Malaysia yang menghadiri jadual ke-105 Interparliamentary Union (IPU) Conference di Havana, Cuba, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (MP Tambun) telah menyatakan betapa Jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di IPU telah 'menerima dengan senang' lapuran delegasi Malaysia mengenai isu hak asasi manusia bersangkutan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Bernama 16/4/2001).

Beliau berkata lapuran setebal 15-muka surat itu telah dikemukakan oleh delegasi Malaysia seramai 5 orang perwakilan kepada Havana IPU Conference. Lain-lain peserta delegasi ialah Datuk Ng Lip Yong (BN-Batu), Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Batang Lupar), P. Komala Devi (BN-Kapar) dan Senator Datuk Christina Tibok Vanhouten.

Ahmad Husni memberitahu wartawan parlimen bahawa laporan daripada Malaysia di Havana IPU Conference merupakan hanya itulah satu-satunya di kalangan 18 lapuran negara yang telah diterima tanpa sebarang keperluan penelitian rapi seperti yang berlaku kepada lapuran negara yang lain (Nanyang Siang Pau 17.4.2001).

Saya telah merujuk kepada Sekretarian IPU di Geneva dan mendapat tahu bahawa kenyataan Ahmad Husni itu adalah satu pembohongan belaka.

Saya telah menerima daripada sekratariat IPU di Geneva resolusi terhadap kes Anwar Ibrahim yang telah diluluskan tanpa sebarang pengundian oleh Majlis IPU pada sessi ke-168 (Havana 7hb April 2001)yang menyebut, antara lainnya:

"Menyedari bahawa delegasi Malaysia ke Persidangan ke-105 (April 2001) telah menyerahkan kepada Suruhanja (mengenai hak asasi anggota parlimen), yang dijadualkan pada persidangan itu, satu dokumen yang menyeluruh lengkap dengan pelbagai butiran dan penjelasan berkenaan beberapa perkara yang dibincangkan di atas, terutama sekali berkaitan dengan penghakiman terhadap mengaibkan mahkamah oleh peguam (Zainur) Zakaria, tuduhan hasutan yang dikenakan keatas peguam Karpal Singh, 'pengakuan bersumpah' Sukma Darmawan dan penggunaan peraturan berkaitan barang bukti, 'Undang-undang Malaysia berkaitan lokap', penderaan yang mengaibkan Anwar Ibrahim oleh Ketua Polis Negara, keadaan tempat tahanan dan pendirian Malaysia berkaitan piawaian hak asasi manusia sejagat, dan juga pendirian Majlis berkaitan Anwar Ibrahim,


"Menyedari betapa Suruhanjaya berhasrat memberikan dokumen itu satu perhatian yang menyeluruh,



  1. Berterima kasih kepada delegasi Malaysia kerana menyerahkan komen-komen yang panjang lebar terhadap kes itu;

  2. Menganggapnya satu kepentingan mengikut Peraturan yang ada, jawatankuasa ini akan menumpukan masa yang diperlukan untuk mengkaji segala komen yang dikemukan oleh delegasi Malaysia dan dengan ini mencadangkannya melaporkan perkara ini pada sessi yang akan datang (September 2001) beserta rumusannya."


Semua MP Barisan Nasional itu telah 'ditangkap' dengan jelasnya membuat pembohongan mengenai apa yang terjadi di IPU Conference di Havana pada awal bulan ini. Oleh kerana lapuran delegasi Malaysia itu tidak pun 'diterima dengan senang'. Malahan lapuran itu akan dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia IPU yang akan mengemukakan pula satu lapuran pendapatnya kepada Persidangan IPU yang akan diadakan di Ouagadougou (Burkina Faso) daripada 9 - 14 September 2001.

Ahmad Husni beserta delegasi seramai lima orang itu mesti meminta maaf secara terbuka kerana berbohong kepada rakyat negara ini bahawa lapuran itu telah 'diterima dengan senang', memberi kenyataan seolah-olah IPU itu telah berpuashati dengan segala penjelasan mengenai kes Anwar Ibrahim dan perkara itu tidak lagi akan diperbesarkan oleh IPU- sedangkan semua kenyataan itu adalah tidak benar.

Dalam hal ini, adalah amat dikesalkan sekali bahawa tidak ada seorang pun MP Pembangkang yang dipilih untuk turut serta delegasi Malaysia kepada IPU Conference di Havana itu, yang sudah tentu dapat menyekat pembohongan seperti itu disebarkan selepas berakhirnya persidangan.

Ahmad Husni sepatutnya mengumumkan secara terbuka lapuran yang dikemukakan oleh delegasi Malaysia ke persidangan di Cuba itu, kerana sudah muncul satu soalan siapakah yang meluluskan lapuran seperti itu dikemukakan kepada IPU sedangkan semua MP (ahli parlimen) baik daripada Barisan Nasional dan BarisanAlternatif, adalah ahli IPU Malaysia dan tidak ada pun sebarang mesyuarat yang memberikan kebenaran mengenai penyerahan lapuran seperti itu.

Parlimen dan rakyat Malaysia berhak mengetahui isi kandungan lapuran delegasi IPU Malaysia di Havana, untuk membuat pendirian samada delegasi IPU Malaysia (pimpinan Ahmad Husni) telah bertindak melampaui bidang kuasa mereka dalam menyerahkan lapuran seperti itu tanpa kelulusan sepenuhnya Chapter IPU Malaysia.

-Lim Kit Siang-




Catatan Penterjemah:

Alahai Kit Siang?.. Dasar orang tak tahu malu, kalau selama ini para pengundi senang ditipu, apakah pula orang luar. Soalnya sekarang apakah penyerahan lapuran itu atas arahan Raja Penipu dan bolehkah rakyat marhaen membaca salinan lapuran yang dikemukakan itu?????

>>>>>>>>>>>>>>>>MT-Ahad- 21/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

[BUNGARAYA]

Anwar's case - BN MPs caught red-handed telling a lie

Media Conference Statement (3) by DAP National Chairman Lim Kit Siang at DAP PJ Hqrs on Friday, April 20, 2001 at 12 noon:

Barisan Nasional MPs caught red-handed telling a lie about what transpired at the IPU Conference in Havana

==


On Monday, the head of the Malaysian delegation to the 105th Inter-Parliamentary Union (IPU) Conference in Havana, Cuba, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (MP for Tambun) said that the Human Rights Committee of the IPU had "accepted favourably" the Malaysian delegation's report on human rights issues affecting Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Bernama 16.4.2001)

He said the 15-page report was presented by Malaysia's five-member delegation to the Havana IPU Conference. Other members of the delegation were Datuk Ng Lip Yong (BN-Batu), Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Batang Lupar), P. Komala Devi (BN-Kapar) and Senator Datuk Christina Tibok Vanhouten.

Ahmad Husni told parliamentary reporters that the Malaysian report at the Havana IPU Conference was the only one out of 18 country reports which had been "accepted" without having to undergo closed-door examination as was the case with the other 17 reports. (Nanyang Siang Pao 17.4.2001).

I have checked with the IPU secretariat in Geneva and found that Ahmad Husni's claim that the Malaysian report had been "accepted favourably" by the IPU Human Rights Committee is completely untrue.

I have received from the IPU secretariat in Geneva the resolution on Anwar Ibrahim's case adopted without a vote by the Council of the IPU at its 168th session (Havana 7th April 2001) which said, among other things:

"Noting that the Malaysian delegation to the 105th Conference (April 2001) submitted to the Committee (on the Human Rights of Parliamentarians), during the session it held on the occasion of the Conference, a comprehensive document presenting detailed comments and explanations on the points referred to above, in particular the contempt of court judgment regarding defence counsel Zakaria, the sedition charge brought against defence counsel Karpal Singh, the 'confession' of Sukma Darmawan and the applicable rules of evidence, the Malaysian 'Lock-up Rules', Anwar Ibrahim's ill-treatment by the Inspector-General of Police, general conditions of detention and Malaysia's position in regard to international human rights standards, as well as on the Council's position on Mr. Anwar Ibrahim,

"Considering that that the Committee wishes to give that document its full and thorough attention,



  1. Thanks the Malaysian delegation for submitting detailed comments on this case;

  2. Considers it essential that, in line with its Procedure, the Committee devote the necessary time to studying the comments put forward by the Malaysian delegation, and consequently requests it to report to it at its next session (September 2001) with a presentation of its conclusions."


The Barisan Nasional MPs have been caught red-handed telling a lie as to what transpired at the IPU Conference in Havana early this month, as the report of the Malaysian delegation had not been "accepted favourably" but would be subject to a rigorous study by the IPU Human Rights Committee which would submit a report of its conclusions to the next IPU Conference in Ouagadougou (Burkina Faso) from 9 - 14 September 2001.

Ahmad Husni and the five-person Malaysian delegation should publicly apologise for telling the lie that its report had been "accepted favourably", implying that the IPU is satisfied with its explanations on the Anwar Ibrahim case and that it is no more being actively pursued by the IPU - when these are all completely untrue.

In this connection, it is most deplorable that no Opposition MP was included in the Malaysian delegation to the IPU Conference in Havana, which would have prevented such blatant lie being told after the conference.

Ahmad Husni should also make public the report submitted by the Malaysian IPU delegation in Cuba, as a pertinent question is who authorised such a report to be submitted to the IPU when all MPs, both Barisan Nasional and Barisan Alternative, are members of the Malaysian IPU and no general meeting authorising the submission of such a report had been held.

The Malaysian Parliament and people are entitled to know the contents of the report of the Malaysian IPU delegation to Havana, so as to decide whether the Malaysian IPU delegation had exceeded its powers in submitting such a report without full authority of the Malaysian IPU chapter.


- Lim Kit Siang -