Laman Webantu   KM2A1: 4300 File Size: 14.9 Kb *



Daim: Satu Permainan Persepsi?
By Man Kubur

25/4/2001 1:00 am Wed

UMNO TIDAK BERSEDIA UNTUK REFORMASI

Pemilihan di peringkat bahagian dan Perhimpunan Agung Umno tahun ini amat penting untuk melakar masa depan Umno agar tidak terpupus dan menghilang dari dunia.

"Umno tampak seperti sebuah kapal yang bakal tenggelam. Pemilihan bahagian adalah penting untuk Umno menonjolkan muka-muka baru untuk mencetus harapan agar orang Melayu menyokongnya kembali" - Prof Agus.

Legasi Mahathir bergantung kepada kemampuannya untuk menukar parti yang angkuh, bongkak lagi degil untuk membaiki diri sendiri sedangkan masa yang ada sudah semakin tidak mencukupi. Tahun 2004 pasti tiba nanti tetapi Umno masih belum bersedia untuk memerangi korupsi (kerana yang tertangkap cuma ikan bilis belaka tetapi si ikan paus dibiarkan pula).


ANTARA PEMIMPIN DAN PARTI

Di sinilah ahli Umno perlu berfikir apakah yang lebih disayangi mereka - pemimpin ataupun parti. Menyimpan penyakit akan memautkan Umno apatah lagi jika mengambil doktor yang cuba menyembunyikan penyakit yang ada. Umno memerlukan khidmat pihak ketiga - seperti BPR - tetapi malangnya Umno sendiri tidak sanggup dibedah olehnya kerana ramai akan berpenyakit itu berada di atas-atas belaka.

"Tanpa reformasi, Umno akan menjadi sejarah sahaja dalam beberapa tahun lagi untuk mengikut jejak nasib Golkar atau LDP di Jepun yang sudah tidak bertaring lagi jika gejala membeli undi tidak ditangani", tambah Agus lagi.


DAIM: TAKTIK UMNO TERKINI?

Banyak pemerhati berpendapat rakyat sudah jelek dengan masalah kroni dan korupsi. Rancangan piket MTUC mendedahkan sikap ini. Mungkin juga itu sebabnya Mahathir cuba menonjolkan keikhlasannya untuk memerangi korupsi tetapi lapuran polis Fauzi mengena batang hidungnya sendiri. Dan mungkin juga Daim bercuti untuk menampilkan kesungguhan Mahathir memerangi korupsi. Tetapi Daim pasti tidak akan diburu dan diaib seperti Anwar kerana sebahagian besar BSKL berada di hujung jejarinya untuk menyerang Mahathir kembali. Cara terbaik adalah cara tradisinya selama ini - diam dan senyap-senyap mengundur diri.

Berundur sahaja tidak mencukupi. Apa yang dicekup itu mesti diserahkan kembali kepada pihak yang dicuri. Di sinilah mahkamah perlu berfungsi - malangnya ia tidak dilakukan kerana ramai yang bakal terjerut nanti termasuk Mahathir sendiri.


KHABAR ANGIN TAKTIK TERKINI?

Sikap Daim kini seperti sedang memarahi Mahathir. Menurut Berita Harian, beliau hadir di pembentangan RM-8 tetapi terawal bangun untuk pergi. Mahathir pernah menyebut 'marah' ini dalam gurauannya mengenai Daim baru-baru ini. Khabar angin bertiup pantas Daim mengirim surat perletakkan jawatan yang tidak bertarikh kepada Mahathir. Kalau dulu khabar angin digunakan untuk meminggiri Anwar kali ini khabar angin digunakan seolah-olah untuk melonjakkan populariti Mahathir sendiri.


ANTARA PERSEPSI DAN REFORMASI

Umno menghadapi masalah persepsi korupsi. Apa yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan ada usaha untuk menukar persepsi - bukannya untuk betul-betul membaiki. Jika tidak mahkamah dan BPR sudah lama berkejar ke sana kemari. Cuba fikirkan Puteri Umno dengan khidmat kemasyarakatannya dan presiden Umno dengan tangis-tangisannya. Kesemua pemimpin reformasi dan keADILan yang ditangkap ISA tempoh hari begitu lantang mengkritik gejala korupsi dan menaikkan semangat rakyat sehingga tumpas BN di Lunas tempoh hari. Menangkap mereka akan mengurangkan persepsi. Mahathir terang-terang mencabar SUHAKAM dengan menambah dua lagi pemimpin keADILan baru-baru ini kerana amat takut serangan persepsi.

Ezam pernah mendedahkan sebelum ditangkap bahawa ahli Umno sendiri diharap akan menumbangkan Mahathir sendiri dengan keADILan menggoncang tiang seri.


Malang bagi Umno, pemilihan Umno kali ini dan rentak isu semasa sekarang tidak betul-betul menampilkan ciri-ciri reformasi. Ia cuma satu permainan untuk menonjolkan ketulusan hati. Tanpa kesungguhan ini, bersedialah Umno untuk berkubur bila tiba saatnya nanti. Bila itu berlaku ISA pun tidak akan mampu mengelakkan Umno dari terduduk setelah berdiri.

-Man Kubur-




Rencana Rujukkan:

The South China Morning Post, HK
23rd April 2001

Ruling party admits need to reform

JASBANT SINGH of Associated Press in Kuala Lumpur

When a senior official of Malaysia's ruling party broke ranks and claimed publicly that corrupt party leaders were trying to shunt him aside, Prime Minister Mahathir Mohamad immediately demanded the man's resignation.

But Dr Mahathir quickly withdrew his request for Fauzi Abdul Rahman to drop out of the United Malays National Organisation (Umno). Instead he urged an investigation into the claim that members were offered bribes to ensure Mr Fauzi would be defeated in internal party elections.

The turnaround was the latest grudging recognition that the party that has ruled Malaysia for four decades will have to put an end to vote-buying and other shady practices if it wants to retain its hold on government.

Candidates have bought their way into positions of power with lavish feasts, expensive vacations and promises of favours for party members with voting powers.

But with divisional elections under way for leaders to steer the party towards national elections in 2004, observers warn that Malaysians are tired of cronyism and corruption and could vote Umno out of power if it does not clean up its act.

"Umno is seen as a sinking ship," said Mohamad Agus Yusoff, a political science lecturer at the National University of Malaysia. "The divisional elections are important for Umno to bring in new players to fire the imagination of the Malays once again."

Dr Mahathir's legacy could depend on his ability to change the party's arrogant born-to-rule image. Without change, Professor Mohamad Agus said, Umno could soon become history. "Umno can easily end up like Golkar [in Indonesia] or the Liberal Democratic Party in Japan in a matter of years if this vote-buying is not stamped out."

Dr Mahathir, who has led Malaysia since 1981, appears unassailable as party leader, although at the age of 75 he has said he will not contest the 2004 elections. But his authority has been weakened since he fired his popular protege, Anwar Ibrahim in 1998, triggering a split in the Malay community.

Anwar's sacking and subsequent conviction for corruption and s###my drew thousands of anti-government demonstrators into the streets and invigorated a languishing opposition. Anwar, who is serving sentences totalling 15 years, claims he was framed to prevent a challenge to Dr Mahathir.

Though thousands of Umno members defected during the upheaval over Anwar, the party remains Malaysia's largest with 2.7 million members and 16,000 branches. But in the 1999 elections, an opposition bloc including a party led by Anwar's wife and the fundamentalist Parti Islam se-Malaysia made inroads into Umno strongholds. Dr Mahathir is now urging party reform.

"I have advised, appealed, cried and I have prayed," Dr Mahathir tearfully told an Umno rally in November. "Reject everything that reeks of bribery for the sake of our race."

Umno has introduced new anti-graft measures, including a code of ethics for aspiring candidates. The code bars ministers from using their positions to lure support, and all candidates from giving presents to party members or throwing feasts. But some party members say these measures may not be enough.

"Positions in Umno are seen as the passports to power and wealth. Therefore members are inclined to go all out and resort to questionable means in securing party positions," said Zulkifli Alwi, the assistant secretary of Umno Youth. He said it might be necessary to separate party leadership posts from those in government to end the tradition of corruption.

http://www.scmp.com





The Singapore Straits Times
23rd April 2001

Support for Umno eroded by graft, says Mahathir

He says people are telling him that they think the party is led by corrupt and untrustworthy leaders

JITRA (Kedah) - In yet another criticism of his own party, Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad has said that many Malays are not interested in joining and supporting Umno because its leaders are corrupt and untrustworthy.

The Umno president said this was based on feedback he had received from the people during his recent nationwide tour.

'I met, among others, professors, university lecturers, government officers, soldiers and policemen, who explained their perception of Umno and why they have lost interest in supporting the party.

'They told me that Umno is being led by untrustworthy people who are involved in corruption and used money to become leaders,' he said while opening the Kubang Pasu Umno delegates meeting on Saturday.

Dr Mahathir said the people he had met described party leaders as those who cared only for their own interests.

He said such perceptions could ruin the party and country if Umno members did not take them seriously.

'There is no point in saying that corruption occurs in other parties, just to cover up the wrongdoings in our party,' he said.

Dr Mahathir said Umno members had the responsibility to ensure the party was clean at all levels.

'If the people's perception of Umno's leadership is that it is clean, then only they will support us, and we can win and form a government.

'But now, their perception is still vague and they are of the opinion that Umno had absorbed a dirty culture...a culture of corruption.'

He pointed out that there were some Umno members who attended branch meetings because they received money and were promised free trips if they supported certain candidates.

Later, during a break in the meeting, Dr Mahathir said that extremely rich Umno members would be barred from contesting top party posts under a proposal to curb money politics.

He said that under a proposal which he would raise with the party's supreme council, branch and division chiefs would also not be given government contracts.

Dr Mahathir said the rich liked to use their wealth to influence the decision of delegates, and that such practices had changed the culture of Malays.

He also said that he had received allegations of money politics in the Kubang Pasu division, but the reports were not very specific.

--The Star/Asia News Network




http://www.emedia.com.my/Current_News/ BH/Tuesday/Mukadepan/20010424090301/Article/

Berita Harian

Saya mahu berehat: Daim

KUALA LUMPUR, Isnin - Kehadiran Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang sedang bercuti ketika pembentangan Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini menarik perhatian media.

Sebaik saja Perdana Menteri selesai membentangkan RM-8, Daim kelihatan antara yang pertama keluar dewan, menyebabkan wartawan, termasuk wakil media asing berkejar untuk mendapatkan reaksi Menteri Kewangan itu.

Khabar angin kononnya Daim berselisih faham dengan Dr Mahathir menyebabkan kedua-duanya menjadi sasaran terutama, daripada wartawan asing, yang ingin mendapatkan kepastian.

Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen, Perdana Menteri tidak terlepas daripada pertanyaan media sama ada benar berlaku perselisihan faham itu.

Perdana Menteri secara berseloroh berkata:

"Saya baru lawan dengan dia (I just fought with him). Sebab itu dia datang untuk mendengar suara saya (ucapan di Dewan Rakyat) tadi. Saya tidak tahu mengapa dia datang kerana dia sedang bercuti, tetapi seolah-olah dia mahu mendengar ucapan saya, seperti orang lain, seperti anda yang juga mahu mendengar."

Sebelum itu, ketika dikerumuni wartawan, Daim berkata beliau sihat dan keputusannya untuk bercuti selama dua bulan bermula awal bulan ini, cuma mahu berehat.

Berikut adalah antara soal jawab wartawan dengan Daim:

Media: Tun sihat?

Daim : Sihat, alhamdulilah.

Media: Adakah Tun akan berhenti (daripada Kabinet)?

Tun: Saya sedang bercuti (gelak).

Media: Tetapi dua bulan adalah terlalu lama, adakah Tun memulakan langkah untuk keluar (daripada Kabinet)?

Tun: Anda yang cakap.

Media: Mengapa Tun bercuti?

Tun: Mengapa? Adakah saya tidak berhak untuk mengambil cuti?

Media: Adakah Tun letih, inikah alasan untuk bercuti?

Tun: Saya ingin berehat.

Media: Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk Tun bercuti dengan keadaan ekonomi semasa yang kurang menggalakkan?

Tun: Ia cuma kelembapan.

Media: Adakah Tun akan pergi ke luar negara untuk menarik pelaburan?

Tun: Tidak, saya hanya pergi ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat Bank Pembangunan Asia (Mesyuarat ini dijangka diadakan di Honolulu, Hawaii Mei ini).

Terdahulu, ketika Daim yang juga Ahli Parlimen Merbok memasuki dewan menuju ke tempat duduknya, penyokong kerajaan terus menepuk-nepuk meja sebagai tanda sokongan.

Khamis lalu, Dr Mahathir mengesahkan Daim mengambil cuti selama dua bulan dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz, akan mewakili Daim dalam Kabinet.

Malah, kehadiran Daim juga hampir menenggelamkan perhatian media terhadap satu persidangan antarabangsa tadbir urus korporat yang dirasmikannya di ibu negara, pada jam 9.15 pagi ini.

Namun, menyedari kemungkinan itu menteri berkenaan siang-siang lagi dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak mahu perkara berkenaan berlaku.

"Saya berharap seminar Tadbir Urus Korporat yang penting ini tidak akan tenggelam berikutan minat terlalu mendalam di kalangan media untuk membincangkan mengenai cuti saya selepas ini.

"Saya tidak dapat turut serta seperti biasa untuk menjawab soalan-soalan panas daripada rakan-rakan media. Saya sebenarnya akan terus ke Parlimen (lepas perasmian ini)," katanya pada penghujung ucapannya di seminar itu.

Pelbagai khabar angin timbul ekoran tindakan Daim untuk bercuti selama dua bulan. Media yang datang lebih ramai dari biasa itu juga dikatakan berminat untuk mendengar sendiri dari mulut beliau mengenai rancangan ketika bercuti.

Seminar Antarabangsa Tadbir Urus Korporat dua hari itu dianjurkan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (Maicsa) menarik 250 penyertaan peringkat antarabangsa dan tempatan.