Laman Webantu   KM2A1: 4302 File Size: 12.7 Kb *



TJ MT MGG: Masalah Tun Daim
By M.G.G. Pillai

25/4/2001 5:10 am Wed

MGG 9001

[Seseorang pemimpin yang bertanggung-jawab tidak akan bercuti 2 bulan lamanya di saat negara dirundung masalah ekonomi (rezab menurun, ringgit tertekan, ekspot susut, BSKL menjunam, pekerja dibuang, dll). Daim dikatakan penat tetapi mengapa beliau seperti masih bekerja - malah pergi pula mendengar pembentangan RM-8? Ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan di sini.

Menurut Dr Jomo, Daim memprotes dengan gaya (diam) yang tersendiri. MGG menyebut khabar Daim membebel anak-anak Mahathir yang mendapat keistimewaan luarbiasa sekali. Jangan lupa sebelum Daim dilantik semula menjadi menteri, Mahathir memegang jawatan menteri kewangan itu terlebih dahulu dan menolong terus Mirzan yang sedang tercekik itu dan beberapa kroninya tanpa ramai yang tahu secara sembunyi. Kroni Daim sedikit lambat mendapat bantuan dan terpaksa mengikut jalan yang terang yang kini sudah dipersoalkan. Rahsia Mahathir tidak ramai yang tahu kecuali Ali Abul Hasan dan mungkin juga Lee Kim Yew.

Dengan Daim bercuti sekarang dia mungkin terlepas dari beban menjawab beberapa pertanyaan dan mungkin juga serangan yang bakal tiba nanti. Beliau sudah tersasul ketika menjawab di parlimen tempoh hari dan mungkin tersasul lagi jika diasak bertubi-tubi. Mungkin diam sahajalah yang akan menyelamatkan dirinya dalam waktu terdekat ini. Sebab itulah beliau bercuti agar dapat mendiamkan diri?.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Masalah Tun Daim

(The Problem With Tun Daim Zainuddin)

Perdana Menteri telah mengizinkan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin bercuti selama dua bulan. Sepatutnya dia tidak meluluskan permintaan Daim untuk bercuti. Rancangan Malaysia ke-8, yang diumumkannya semalam (23 April, 01) memerlukan kehadiran beliau, tetapi dia dibenarkan cuti pula. Tun Daim pergi ke pejabat seperti biasa, menghadiri persidangan antarabangsa dan Parlimen, seperti biasa, dan tidak akan pergi ke luar negara melainkan ada persidangan yang memerlukan kehadirannya. 'Saya sedang bercuti,' katanya dengan bangga kepada pemberita. Kesihatannya ternyata baik. Ketika ditanya kenapa bercuti saat genting ini, dia menjawab: 'Apakah saya tidak berhak untuk bercuti?'. Dato' Seri Mahathir gembira melihatkan Daim menghadiri Parlimen mendengar beliau membentangkan Rancangan Malaysia ke-8 itu.

Itu bukan isunya. Kenapakah menteri kewangan dibiarkan bercuti panjang ketika kita sedang dihenyak masalah ekonomi yang sukar? Bukankah dia patut terus bekerja untuk membetulkan ekonomi negara? Kalau bercuti, kenapa dia berada di pejabat membelek kertaskerja? Kalau dia meneliti kertaskerja alangkah elok dia batalkan cutinya itu supaya orang lega daripada dihantui mainan 'wayang kulit-tipu'? Memanglah tidak ada sebarang pergeseran antara Perdana Menteri dan Tun Daim, seperti juga tidak ada perbalahan antara Mahathir dengan Anwar Ibrahim enam hari sebelum beliau diaibkan daripada kabinet dan disumbat di penjara Sungai Buluh.

Sebenarnya banyak lagi cerita yang kita tidak tahu. Mahathir perlu membersihkan dirinya untuk meyakinkan kita. Desas-desus daripada ibukota yang memang saya percaya memberitahu bahawa Daim telah menghantar surat persaraan yang tidak ada tarikhnya bersama satu surat meminta cuti, kemudian dia pun terus pergi. Cerita bahawa mereka berdua sudah tidak ngam lagi, bukannya berita yang baru. Kisah betapa Tun Daim kerap bercerita akan keistimewaan yang tidak sepatutya diberikan kepada Kabilah Bin Mahathir, bukanlah satu rahsia lagi. Malahan Tun Daim memberitahu para diplomat betapa dia jarang berjumpa orang tua itu sekerap dulu memang tidak boleh dinafikannya.

Sebalik semua itu, Tun Daim telah diminta menyediakan akaun UMNO, yang di bawah penjagaannya dan yang menjadi punca kesangsian umum disebabkan keadaan pasaran saham yang terus merudum. Perdana Menteri pun naik marah terhadap cara Daim merancang penyelamatan saham Tajudin Ali daripada MAS, dan peranan dana pencen kerajaan dalam penyenaraian Time DotCom yang dianggapnya sebuah syarikat swasta yang dianggapnya gagal. Syarikat ini dikuasai oleh seorang anak-didik Daim, Tan Sri Halim Saad. Dengan lain perkataan, Tun Daim tidak boleh bercuti kalau dia berenggang dengan segala buku dan penyata akaun di Perbendaharaan dan UMNO.

Akar umbi UMNO memang mahukan Tun Daim menyediakan akaun itu, dan menganggap beliau sebagai Rasputin kepada Mahathir. Ramai yang percaya, penubuhan Danamodal dan Danaharta adalah untuk menyelamatkan syarikat yang dikuasai oleh kaum ningrat, para kroni, juak, suku-sakat dan anak-pinak. Apatah lagi apabila Tun Daim menguasai sebanyak 75 persen semua kaunter saham yang tersenarai di BSKL. Setengah daripada kaunter itu memang dikuasainya hasil pembelian saham-saham CLOB yang diamanahkannya kepada seorang kroni. BSKL tidak lagi bertandak mengikut rentak ragamnya lagi. Berita beliau pergi bercuti dan kemungkinan bersara untuk mengundurkan diri sudah lama diambil kira. Semakin ramai pelabur memandang sepi kegiatan pasaran saham termasuklah usaha saat-saat terakhir untuk menjentik pasaran sebagai gambaran sentiman BSKL yang semakin mengancam.

Perdana Menteri merenggangkan dirinya daripada Tun Daim dan bersedia mengorbankan Daim untuk menyelamatkan dirinya pula. Dia mungkin terpaksa mengorbankan lebih ramai tokoh politik yang kaya raya untuk dilapah oleh akar umbi yang marah kepadanya dengan tujuan melegakan mereka. Mungkin sudah terlambat kerja musibat itu. Dia memerlukan sesaorang yang tabah hati dan penuh azam seperti yang ditunjukkan oleh timbalan perdana menteri, Dato' Seri Adbullah Badawi. Kini Mahathir cuba menyauk ketokohan seorang penyendiri di Langak Golf, yang lebih terkenal sebagai Musang Kelantan, yang bernama Tengku Razaleigh Hamzah. Ada lapuran mengatakan mereka kerap berhubung melalui telefon, kadangkala sampai dua jam lamanya.

Tetapi, terdayakah Tengku Razaleigh melaksanakan sesuatu yang Dr. Mahathir tidak termampu dan mengembalikan kegemilangan UMNO seperti dulu? Saya tidak percaya semua itu. Namun, kalau diperlukan juga musang pintar daripada Kelantan itu mungkin juga dapat melaksanakannya. Dia akan masuk melangkah kalau Dato' Seri Mahathir bertindak meringankan beberapa bebanan UMNO yang meruntunnya selama ini. Antaranya ialah Tun Daim, para menteri besar dan menteri kabinet yang korup dan kaya raya, dan juga segala hambatan yang perlu dipertanggungjawabkan sendiri oleh perdana menteri.

Perkara ini nampak begitu serius untuk Mahathir memulakan usaha itu. Itu sebabnya dia menganjurkan agar mereka yang terlalu kaya diketepikan sahaja dalam (pemilihan jawatan) UMNO, dan beberapa cadangan yang sukar untuk dipraktikkan. Yang paling utama kepada perdana menteri ialah untuk mengelakkan dirinya dipariahkan seperti bangkai bernyawa. Bukankah dia yang memecah-belahkan UMNO menjadi dua pada 1988 dulu, menukarkan pergerakan nasional itu menjadi sebuah parti politik, dan membelahnya lagi kerana cara beliau mengaibkan Anwar? Kalaulah dia berjaya menyelamatkan dirinya itu, sudah tentu ia merupakan cerita lain pula.


-MGG Pillai-
Selasa 0954: 24 April, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Selasa: 24April,2001<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Problem With Tun Daim Zainuddin

The Prime Minister allowed his finance minister, Tun Daim Zainuddin, to go on two months' leave, when he should not have. The Eighth Malaysia Plan, announced yesterday (23 April 01), requires him to be around, yet he was allowed to leave. But Tun Daim goes to office as usual, will attend international conferences, and Parliament, as usual, would not go abroad except when conferences require him to. "I am on leave," he says proudly to reporters. His health is fine. When he is asked why goes on leave at this crucial juncture, he retorts: "Am I not entitled to my leave?". Dato' Seri Mahathir thinks it clever to remark that Tun Daim has come to hear him introduce the Eighth Malaysia Plan.

But it skirts the issue. Why is the finance minister, at such difficult economic times as we now face, allowed to go on leave, and for two months!, when he should be here setting the economy right? If he is on leave, what is he doing in office looking at papers? If he looks at papers, then he should cancel his leave and spare us the "wayang kulit". There is no rift, of course, between Dato' Seri Mahathir and Tun Daim, as there was no rift between Dato' Seri Mahathir and one Dato' Seri Anwar Ibrahim six days before the latter was unceremoniously booted out of cabinet and into Sungei Buloh prison.

There is more to it than we are told. Dato' Seri Mahathir must come clean and take us into his confidence. The rumour in town, from a source I trust implicitly, is that Tun Daim gave the Prime Minister an undated letter of resignation and a note he was taking two months leave and left. That the two men are not on cordial terms anymore is not new; that Tun Daim openly talks of the unfair advantages the Bin Mahathir clan has is no more a secret; that Tun Daim himself has told diplomats that he does not see the Old Man as often as he once did cannot be denied.

More than that, Tun Daim is asked to account for UMNO assets, which he had full control of, and is strained much by the sharp decline in the stock market. The Prime Minister himself is angry at the Daim-engineered bailout of Tan Sri Tajuddin Ali from MAS, and at the government pension funds role in the failed listing of what he calls a private company, TimeDotCom. This company is in the control of a Daim acolyte, Tan Sri Halim Saad. Tun Daim, in other words, cannot go on leave if he is separated from his books, in the Treasury and in UMNO.

The UMNO ground wants Tun Daim to account, regards him as the Rasputin to Dato' Seri Mahathir. Danamodal and Danaharta are set up, it is widely believed, to rescue the companies the establishment cronies, courtiers, siblings mismanaged. More than that, Tun Daim controls as much as 75 per cent of all counters listed on the KLSE, about half under his control, thanks to the CLOB purchase through a crony. The KLSE does not dance to his tune any more, and news of his leave, and expected resignation, is discounted. More stay away from the stock market, and even the last minute manipulation of the KLCI helps uplift market sentiment.

The Prime Minister distances himself from Tun Daim. He is prepared to sacrifice Tun Daim if he could be saved. He would have to throw richer and more powerful morsels of politicians to the raring angry ground in the hope that he could stave them off. It is probably too late for that. He needs someone resolute and determined than he believes his deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi is, and roots his star on to the coatails of the Hermit of Langgak Golf, also known as the Musang from Kelantan, one Tengku Razaleigh Hamzah. They are, it is reported, constantly telephoning each other, sometimes for as long as two hours at a time.

But could Tengku Razaleigh pull off what Dato' Seri Mahathir cannot, and restore UMNO to its pristine glory. I doubt it. But if there is one who possible could, it is the sly Fox from Kelantan. He comes only if Dato' Seri Mahathir himself clears some of the more pressing problems that drag UMNO down. Among them is Tun Daim, the aggressively rich and corrupt mentris besars and cabinet ministers, and other impediments for which the sole blame must rest with the Prime Minister.

The matter is serious enough for him to attempt the task. Hence his call for the filthy rich to be sidelined in UMNO, and other unworkable proposals. For the bottom line for the Prime Minister is to ensure that he is not doubly damned: he split UMNO into two in 1988, turning the national movement into a political party, and splits it again over how he managed the Anwar problem. If he could is, of course, another matter.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my