Laman Webantu   KM2A1: 4307 File Size: 15.6 Kb *



TJ MT MGG: ISA dan Ketidak-selamatan UMNO
By M.G.G. Pillai

25/4/2001 10:09 pm Wed

MGG 9101

[Umno sudah mati aqal untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat sehingga terdesak menggunakan akta ISA. Inilah gambaran kekuatan Umno yang sebenarnya. Tidak ada bukti nyata - jika tidak pemimpin KeADILan tentunya boleh dihadapkan ke mahkamah segera. Musuh Umno sudah dikira musuh negara pula.

Umno kini sedang menghadapi bahang Anwar di luar dan bahang Fauzi di dalam. Menangkap dan menggertak rakyat bukan penyelesaian kemusnahan dirinya. Ia hanya mempercepatkan Umno berkubur segera kerana setiap yang tertekan akan terkeluar dengan sendirinya bila cukup resepinya dan masak tempohnya. Bila itu berlaku rakyat akan muncul dengan sendirinya tanpa dipanggil sesiapa dan tanpa kehadiran pemimpin mereka. Polis pun tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun lengkap bersenjata. Bukankah itu yang berlaku di Serbia? - Editor]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 24 April, 2001)


ISA dan Ketidak-selamatan UMNO

2.12 p.m.: Satu ketika dulu ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalaman) digunakan apabila orang Melayu naik marah; kini apabila UMNO yang berperasaan begitu. Satu ketika dulu undang-undang di bawah akta itu memang diperlukan, untuk mengelakkan daripada adanya sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Kini, ia digunakan untuk menghambat ahli parti pembangkang.

Dalam operasi penangkapan terbaru, semua sembilan orang yang ditahan itu adalah penentang UMNO. Betapa kita melihatnya, ISA dikuatkuasakan berasaskan dakwaan yang dicurigai betapa adanya ura-ura untuk melancarkan revolusi bersenjata di negara ini.

Pada masa dulu, ketika ISA dikatakan sebagai alat untuk menahan mereka yang dicurigai sebagai musuh-musuh negara, ia diberikan takrif mengikut dua cara: satu jalan mudah ialah untuk menahan segala bedebah; dan secara bertentangan dengan pendapat umum (paradoks) adanya kesangsian betapa dinding pun boleh bertelinga. Oleh itu adalah lebih baik kalau kita membisu sahaja. Daripada dua anggapan itu tidak ada satu pun yang menyerlahkan kebenarannya melainkan di kalangan mereka yang memang hampir gila.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Norian Mai telah mengugut untuk melaksanakan beberapa tangkapan lagi. Timbalan menteri dalam negeri terpaksa menyisihkan tanggungan kerajaan daripada tindakan polis - dia berkata kerajaan tidak tahu-menahu sesiapa lagi yang akan ditangkap oleh polis.

Kerajaan pernah mengenakan ISA terhadap mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, pada 1998. Itu merupakah pengalaman Anwar yang kali kedua dengan ISA. Dia pernah ditahan selama dua tahun pada 1973, ketika tercetusnya demonstrasi pelajar memprotes kelaparan di Grik. (Baling sebenarnya - penterjemah)

Penangkapannya itu merobah sengat ISA. Menangkap seorang timbalan perdana menteri dengan menggunakan ISA telah menggoncangkan kerajaan ke akar umbinya, dan bahana tindakan itu masih lagi berterusan untuk menghantui kerajaan sehingga masakini. Orang Melayu tidak lagi takut kepada ISA. Kerajaan bersama UMNO dan juga pihak polis tidak dapat mencari penjelasan kenapa berlakunya satu anjakan persepsi yang sungguh dramatik. Namun, ia masih berfikiran akta zalim ini boleh digunapakai untuk mendera sesiapa yang mereka suka.

Kerajaan pernah berjanji tidak menggunakan ISA terhadap ahli parti politik pembangkang. Perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad dan juga timbalannya Abdullah Ahmad Badawi memang telah berjanji mengenai ini tanpa syarat. Tetapi, lapan orang ahli Keadilan sudah pun ditangkap, dan kalau Norian Mai tepat dengan kenyataannya, masih ramai lagi yang akan diserkap.

Kenyataan Norian Mai itu menunjukkan ISA sudah pun digunakan kini bagi tujuan politik. Kalaulah unsur-unsur sabversif itu sudah diketahui, tentu polis boleh menahan mereka tanpa ribut-ribut lagi. Jadi, kenapakah Norian Mai terus melalak memberi amaran terhadap mereka yang mahu ditangkapnya kerana bersikap anti-negara dan aktiviti militan?


Bahana Penangkapan Anwar

Bahana penangkapan Anwar di bawah ISA pada 1998 telah memaksa kerajaan mengelak menggunakannya untuk memerangkap puak pembangkang. Apabila kerajaan melancarkan penangkapan terhadap pihak yang menentang, dengan menafikan hak mereka untuk mengadakan perhimpunan ataupun sebaliknya, pihak pembangkang memilih untuk melancarkan demonstrasi secara besar-besaran. Polis menjadi bingung dengan fenomena ini dan bertindak di luar batasan. Gelombang manusia itu terus mahu berhimpun juga.

Sekarang, betapapun polis cuba memberikan alasan yang dianggapnya manasabah dengan penangkapan itu, alasan itu tidak dipercayai lagi. ISA disauk semula untuk dikuatkuasakan dengan dendam yang lama terperam. Namun, kumpulan anti-UMNO dan anti-kerajaan tidak hairan dengan tindakan itu. Lagi galak ISA digunkan untuk menekan, lagi galak kerajaan menjadi tertekan.

Isu sebenar bukanlah seperti yang disebut oleh kerajaan yang beranggapan kalau para penunjuk perasaan dan aktibiti anti-kerajaan dibiarkan, ia akan terus menular menjadi satu konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang.

Demokrasi hanya boleh bertapak dengan suburnya kalau ada pertembungan pendapat politik mengenai cara negara ini harus ditadbirkan. Inilah yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin ia bersedia dengan pendapat ini apabila ia sudah mencengkam kuasanya keatas orang Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi, keadaan sudah jauh berubah. Orang Melayu sudah mempunyai pendirian berbeza daripada UMNO. Mereka mahukan hak untuk didengar dan hak untuk menerangkan pendapatnya.

Orang Melayu sudah bijak memahami apakah batasan hidupnya dan sudah besedia untuk menentukan mereka berupaya melepasi hambatan itu. Inilah satu iktikad yang tidak mudah ditarik balik. Dalam banyak hal keyakinan diri ini merupakan satu kesedaran berpolitik. UMNO melawan untuk merangkul kembali asas sokongan yang pernah dimonopolinya, sedangkan orang Melayu, terutama golongan muda terus menolaknya. Di tengah-tengah kemelut inilah ISA ditonggang kembali untuk menyekat kebangkitan hegemoni budaya Melayu yang semakin membuak geloranya.

Inilah yang membuatkan UMNO mencelaru. Tekanan-tekanan orang Melayu inilah yang menyukarkan usaha untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO. Tetapi, para pemimpin yang sudah terkenal kerana kelesuan, keangkuhan, tamak dan haloba semakin sedar walaupun secara terkejut, betapa usaha yang sukar ini kalau diteruskan juga akan menelan mereka dan UMNO akhirnya.

UMNO sudah berpecah kepada beberapa fraksi, di mana cengkaman pusat sudah pun semakin tetas di tepiannya. Inilah yang tidak mahu diperakui oleh UMNO itu sendiri. Inilah juga sebabnya mereka sanggup bermati-matian untuk menahannya.



Bahana Kemelut Fauzi

Pengundian UMNO di peringkat bahagian tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan oleh para pemimpinnya. Bahana tuduhan Fauzi berkemungkinan menyebabkan persaraan orang yang dituduhnya sebagai korup - itulah dia bekas menteri besar Pahang yang kini menjadi menteri penerangan dan setiausaha agong UMNO.

Perdana menteri sudah pun mengugut untuk menyekat orang yang kaya raya daripada memegang jawatan dalam parti. Menteri kewangan Daim Zainuddin mengambil cuti untuk dua bulan lamanya, sedangkan dia amat diperlukan di Parlimen untuk menerajui pelancaran Rancangan Malaysia Kedelapan.

Media perdana, memang pantas melaporkan majlis UMNO secara sambil lewa sahaja, dan menutup cerita yang pelik-pelik yang tercetus ketika mesyuarat dikendalikan. Cerita sebenar memang tidak diketahui, tetapi kumpulan puak Anwaristas telah mencapai kejayaan. Apalagi dengan kemelut Fauzi yang membuatkan UMNO menggelupur kepanasan.

Ada juga calon kesayangan perdana menteri yang menang kerusi mereka, walaupun ada juga yang terpaksa berduka. Kebanyakan yang kecundang adalah mereka yang terlibat dalam konspirasi memenjarakan Anwar dan mengaibkannya laksana binatang. Ketua bahagian yang menang perlu berusaha menggerakkan bahagiannya semula dan menghidupkan kembali kegemilangan sokongan lama.

Usaha seperti itu tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan ISA terhadap pihak pembangkang. Ia tidak akan menarik minat bekas orang UMNO untuk balik semula menjadi ahli. UMNO menjadi terkejut beruk apabila seorang bekas exco UMNO menubuhkan cawangan PAS terbaru di pinggir Kuala Lumpur dan berjaya menarik beratus tetamu untuk menyerikan majlisnya.

Apa yang UMNO memang perlukan ialah satu reformasi dalaman sendiri, dan ISA bukannya alat untuk mencapainya.



-MGG Pillai-
Selasa 24.4.01.

>>>>>>>>>>>>>>>>-MT- Rabu 25/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:

malaysiakini

Tuesday April 24 01


The Internal Security Act and Umno's insecurity


CHIAROSCURO
MGG Pillai

2:12pm, Tue: Once the Internal Security Act was invoked when Malays were incensed; now when Umno is. What once was a useful, indeed required, law to prevent the overthrow of the government, it is now brought to rein in political opponents.

In the recent crackdown, now standing at nine, all are political opponents of Umno. However you look at it, the ISA is enforced on questionable assertions of an armed revolution planned.

In the past, when the ISA is justified to detain perceived enemies of the state, it was viewed two ways: good riddance to bad rubbish; and, paradoxically, the concomitant fear that walls have ears and we had better shut up. In other words, it silenced dissent. In the latest crackdown, neither view surfaced, except amongst the very paranoid.

Instead, Inspector-General of Police Norian Mai had to threaten further arrests. The deputy minister of home affairs had to distance the government from the police action - he said the government did not know whom the police intend to arrest.

The government used the ISA on its deputy prime minister, Anwar Ibrahim, in 1998. It was Anwar?s second brush with the ISA; he was detained for two years in 1973, amidst student demonstrations to protest the famine in Grik.

His arrest is a watershed in the ISA's bite. Arresting the deputy prime minister under the ISA shook the government to its roots, and the fallout continues to haunt it to this day. The Malay is no more afraid of it. Neither the government nor Umno nor the police can explain this dramatic shift in perceptions, but think it can be invoked to put people in their places.

The government had promised the ISA would not be used on political opponents. Both Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the deputy prime minister and home minister, Abdullah Ahmad Badawi, were categorical about this. But eight Keadilan members were picked up, and if Norian Mai is correct, more would be.

That he says so suggests the ISA is used for a political purpose; if the subversives were known, the police would have just detained them without further ado. So, why is Norian Mai warning those he wants arrested for anti-national and subversive activity?

The Anwar fallout

The fallout from Anwar's arrest under the ISA in 1998 forced the government to eschew it to rein in political opponents. When it cracked down on dissent, refusing permission for rallies or otherwise, the opposition resorted to massive demonstrations. The police is petrified with each and overreacted. But it kept coming.

So, however good a case it can mount to justify the arrests, it is now disbelieved. It now raises the ante. The ISA is brought back with a vengeance. But the anti-Umno and anti-government Malay is unconcerned. The more the ISA is used to crush dissent, the more the government is under notice.

The issue is not, as the government claims, if demonstrations and overt anti-government activity would develop into a continuing confrontation between government and opposition. But it this lack of political space for those who have a view different from the government that brings this confrontation about. The government insists, however, that that right is theirs only at elections.

But for democracy to function, there must be this continuing clash of opinions on politics and how the country should be governed. The Malaysian government does not allow it. It could when it wrought its will, politically and culturally, on the Malay and Malaysia. Not anymore. The Malay, with a view different from Umno, wants the right to be heard, and explain his view.

He does not accept the restraints, and is prepared to ensure it in what way he can. He has drawn the line beyond which he would not withdraw. It is, in many ways, a political awakening. Umno fights to retain the support it has, as the Malay, especially the young, reject it. It is in this light, the ISA is used to contain this growing resurgence of Malay cultural hegemony.

Umno is in flux. These Malay pressures come as it tries to reorient itself back into the Malay mainstream. But tired, arrogant, self-serving leaders realise in shock if it is allowed to continue, it could consume them and Umno.

Umno itself breaks into factions, with the centrifugal hold on it fraying at the seams. Umno does not accept it, and fights tooth and nail, against immeasurable odds, to prevent it.

The Fauzi fallout

The Umno divisional elections did not go as the leaders expected. The Fauzi fallout could still bring about the resignation of the man he accused of corruption - former Pahang mentri besar and now information minister and Umno secretary-general.

The prime minister threatens to bar the rich from party positions. The finance minister, Daim Zainuddin, goes on leave for two months, when he is most needed in Parliament to shepherd the Eighth Malaysia Plan through.

The mainstream media, quick to cover Umno functions not in depth but to blanket with it, is strangely reticent on how branch and divisional meetings fared. The full details are not known, but the Anwaristas are returned in force, with the Fauzi affair putting Umno on the defensive.

The prime minister's men have come home, though several, especially those involved in the conspiracy against the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, lost. But the divisional heads must assert, revitalise the divisions, rekindle lost support.

That cannot be done by having the ISA used on the opposition. It would still not prevent Umno members joining other parties. Umno was shocked to its roots when a former Umno state executive councillor formed a PAS branch on the outskirts of Kuala Lumpur and a few hundred turned up to grace the occasion.

What Umno needs is a reformasi of its own, and the ISA is not how to achieve it.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my