Laman Webantu   KM2A1: 4308 File Size: 17.4 Kb *



TAG MT 86: Mahathir Dan UMNO: Menggali Akar-Umbi Kebajingan
By Kim Quek

25/4/2001 11:12 pm Wed

TAG 086

[Mahathir mahu membanteras korupsi agar Umno boleh menang bukannya kerana ia satu penyakit yang perlu dibanteras kerana ia memusnahkan orang. Inilah tanggapan pemikiran Mahathir yang tidak ikhlas berjuang - dia lakukan sesuatu untuk Umno dan dirinya menang bukannya untuk rakyat menang. Maknanya kalau Umno boleh menang mudah dia tidak perlu memerangi korupsi atau menangis memujuk orang menghentikan korupsi bagai anak kecil-kecilan.

Seseorang 'wira dunia ketiga' yang berwawasan tidak perlu menangis dan memujuk untuk menang berperang dengan kebanjingan kerana itu hanya akan membikin penyangak terbahak ketawa kegirangan. Berilah kebebasan kepada BPR dan institusi kehakiman nanti semua masalah boleh selesai tanpa perlu menangis dan memujuk berpanjangan sebagaimana yang terserlah di Singapura dan Hong Kong.

Malangnya Mahathir tidak faham walaupun beliau seorang doktor yang belajar perihal penyakit dan kuman. Biasanya doktor sebegini adalah pesakit yang sudah tiada harapan....
- Editor
]


Penterjemah: -MT-



Mahathir Dan UMNO: Menggali Akar-Umbi Kebajingan

(Mahathir & UMNO: What Is Root Of Evil)


Perdana Menteri dan Presiden UMNO cuba menangani masalah besar yang menghantui UMNO dalam usaha memerangi politik wang dan korupsi yang berleluasa.

Ketika berucap merasmikan persidangan UMNO bahagian yang dipimpinnya sendiri di Kubang Pasu, Kedah, Mahathir telah membuat satu cadangan yang memeranjatkan untuk menghalang orang yang kaya raya daripada bertanding sebarang jawatan dalam parti; dan ketua cawangan dan bahagian tidak lagi diberikan kontrak kerajaan.

Untuk menyokong cadangannya, Mahathir telah mendedahkan banyaknya tindakbalas yang diterima daripada sebahagian besar masyarakat dalam lawatannya seluruh negara baru-baru ini. Ada satu konsensus bahawa heiraki UMNO adalah korup dan mementingkan diri, sambil mengabaikan tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara. Dengan lain perkataan, UMNO sudah kehilangan sokongan rakyat jelata.

Dengan mengambil langkah-langkah yang dicadangkan itu, untuk membersihkan UMNO, Mahathir merasa yakin bahawa UMNO boleh menarik minat orang Melayu untuk kembali menyokong parti dan memperbaharui sokongan rakyat marhaen. Tanpa sokongan itu Mahathir fikir UMNO tidak mungkin berjaya memenangi pemilu yang lagi satu.

Walaupun rakyat negara ini sudah lama mengetahui betapa UMNO sudah semakin lemas di samudera korupsi, pengakuan Mahathir secara terbuka ini merupaan satu pengakuan yang ada kepentinan sejarahnya.

Inilah pertama kalinya seorang perdana menteri negara ini yang mengaku betapa adanya sikap pilih kasih yang meluas dalam pemberian kontrak kerajaan kepada pemimpin UMNO. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan undang-undang rasuah negara. Walaupun Mahathir tidak pun menjelaskan perkara itu, rumusan terhadap kesongsangan ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Kalau penganugerahan semua kontrak kerajaan kepada pemimpin UMNO dilaksanakan dengan penuh ketelusan, kenapa pula semua aktiviti itu telah mencemarkan imej UMNO dan kenapakah UMNO memikirkan perlunya menyekat amalan itu dengan tujuan menyelamatkan martabat parti daripada terus tercemar? Apakah ura-ura menidakkan kontrak kerajaan kepada pemimpin UMNO seperti itu merupakan pencabulan hak perlembagaan mereka, lebih-lebih lagi kalau mereka sudah memenangi kontrak selama ini melalui tender yang bersih dan terbuka? Apakah cadangan Mahathir itu (menghentikan pemberian kontrak kepada pemimpin parti) mendedahkan betapa kepimpinan UMNO dan bukannya perkhidmatan awam, yang membuat penentuan terhadap pengagihan kontrak kerajaan. Sekaligus ia memperakukan adanya campurtangan politik dalam peraturan pentadbiran, yang merupakan amalan korupsi di bawah peraturan undang-undang?

Pengakuannya berkaitan amalan rasuah yang merebak luas itu menarik tumpuan kita kepada satu lagi kegagalan besar dalam perjalanan Badan Pencegah Rasuah, kerana ia tidak pernah berjaya mengemukakan sebarang kes mengenai amalan rasuah untuk dikenakan tuduhan.

Satu lagi rumusan negatif yang boleh kita andaikan daripada kenyataan Mahathir itu ialah cara beliau berfikir yang tidak lagi mempunyai unsur prinsip moral. Perhatikanlah betapa dorongan Mahathir untuk menyekat amalan korupsi itu bukannya disebabkan pendiriannya bahawa amalan itu adalah salah, tetapi kerana dia memikirkan itulah satu strategi yang baik untuk menarik bakat-bakat baru sebagai jaminan memenangi pemilu yang lagi satu. Sebaliknya, seorang perdana menteri yang bijaksana sudah tentu mengarahkan amalan rasuah itu dihentikan sebaik sahaja amalan itu dikesan. Tindakan seperti itu bukanlah kerana amalan itu memang salah, malahan ia amat bercanggah dengan perundangan kita.

Soalannya sekarang: Berjayakah Mahathir menyintuk limau amalan korupsi UMNO itu, seandainya cadangan beliau dilaksanakan sepenuhnya?

Jawapannya semesti tidak, kerana Dr.Mahathir hanya membawa penawar untuk mengubati simtom penyakit dan bukan penyebab penyakit itu. Sebagai permulaan, apakah yang menghalang kepimpinan UMNO daripada meneruskan amalan pemberian kemudahan kerajaan yang dianggap haram kepada agen mereka, nomini, proksi, anak-kesayangan, dan sebagainya selagi nama mereka tidak tersenarai sebagai pemimpin cawangan dan bahagian parti? . Apakah yang boleh menyekat pemimpin UMNO dan kakitangan kerajaan menerima rasuah daripada orang awam, yang tidak pun tersenarai dalam carta orang yang mesti diketepikan?

Adalah jelas bahawa punca kepada segala bajingan ini terletak kepada system yang ada dan bukannya pada manusia yang diberikan kontrak. Selagi satu system agihan tender yang telus dan bersih tidak diwujudkan, untuk menggantikan kaedah amalan korupsi dan pilih-kasih dalam pemberian kontrak kerajaan dan projek penswastaan, korupsi yang berleluasa akan terus menjadi amalan harian.

Kita boleh memanjangkan perbincangan ini dengan memikirkan seandainya sudah wujud satu sisem pemberian tender itu, apakah korupsi sudah boleh dianggap sesuatu yang dapat dibenteras? Jawapannya pun tidak juga. Pada kali ini alasannya terletak kepada ketiadaan satu jentera pembenterasan korupsi yang bebas dan bekesan. Badan Pencegah Rasuah yang wujud di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, dilihat sebagai satu lambang untuk menangkap ikan bilis dan dijadikan satu alat yang menakutkan musuh politik dan untuk menghalang kemungkinan meletusnya sanggahan politik di kalangan kumpulan bawahan; sedangkan ia sepatutnya diwujudkan sebagai satu institusi yang dihormati untuk menentang amalan rasuah. Kegagalannya yang berpanjangan untuk bertindak secara berkesan terhadap amalan korupsi di kalangan orang besar-besar dan salahguna kuasa di kalangan mereka sudah sampai ke tahap yang menjijikkan rakyat marhaen sehinggakan orang yang paling bengap pun tidak percaya dengan keberkesanan agensi itu lagi.

Kita memang mudah mencari beberapa contoh betapa sebuah badan pembenterasan rasuah yang bebas dan berkesan adalah jawapan kepada usaha membenteras rasuah. Contoh terbaik ialah Hong Kong. Pada 1970-an dulu, satu agensi pencegah rasuah yang bebas dan tidak tertakluk kepada bidang kuasa Gaboner Hong Kong, tetapi kepada sebuah kementerian di United Kingdom, telah berjaya memperbaiki salah satu masyarakat yang paling korup di dunia bertukar menjadi salah satu kerajaan yang paling bersih sekali. Dengan lahirnya satu pentadbiran yang bersih di Hong Kong menjadikan pulau itu salah sebuah pentadbiran yang mencapai kemajuan ekonomi yang sungguh pesat sekali. Perkara yang sama boleh dikatakan di sini mengenai pencapaian ekonomi yang menakjubkan Kali ini kita boleh menjenguk negara jiran kita, Singapura. Tidak ada sesiapa yang boleh mencabar kenyataan bahawa salah satu sebab Singapora berjaya mencapai transformasi yang menakjubkan daripada sebuah pulau yang serba kekurangan menjadi salah sebuah negara yang terkaya di dunia dan dikagumi dalam satu masa yang singkat tanpa merosakkan martabat negara itu sebagai negara yang begitu bersih daripada rasuah. Sebagai tujuan menjentik minda kita, seandainya Singapura telah mengamalkan korupsi bajingan yang dahsyat seperti amalan di negara ini, apakah Singapura boleh mencapai separuh daripada kemajuan yang telah pun dinikmatinya?

Di Malaysia kita pun mempunyai formula yang bijaksana untuk melonjakkan kita daripada cengkaman korupsi. Caranya ialah menentukan BPR itu betul-betul bebas dan tidak lagi tertakluk kepada Perdana Menteri, tetapi kepada Parlimen. Perlantikannya bukan dibuat oleh ekskutif tetapi oleh satu suruhanjaya yang bebas daripada naungan politik, dan diberikan kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja tanpa campurtangan politik.

Isu sebenar yang menghantui Mahathir dan UMNO ialah: Apakah UMNO mempunyai keupayaan politik untuk berubah sikap dan keluar daripada banyangan silamnya yang penuh rasuah itu? Ataupun apakah UMO sudah begitu berkarat dengan daki-daki korupsi sehinggakan sebarang fikiran menganainya merupakan satu impian semata?

Kalau kita mahu lebih berterus terang kini, apakah cadangan terbaru Mahathir ini hanya satu sandiwara lagi?


-Kim Quek-
Selasa 24.1.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>Rabu 25/1/2001 -MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:


MAHATHIR & UMNO: WHAT IS ROOT OF EVIL?

23.04.2001

The Prime Minister and President of UMNO Mahathir Mohamad seems poised to take the devil head on in his bid to rid UMNO of its scourge - money politics and rampant corruption.

In a speech opening UMNO delegates meeting in his own home division of Kubang Pasu in Kedah, Mahathir made the stunning proposal that very rich members would be barred from contesting party posts and branch and division chiefs would no longer be given government contracts.

To buttress his proposal, Mahathir revealed that from the feedback he received from a wide spectrum of society in his recent nationwide tour, there was a consensus that the entire UMNO hierarchy was corrupted and self-seeking, and had forsaken their duty to race, religion and country. In short, UMNO had lost the support of the people.

By adopting the above measures to cleanse UMNO of its corrupt image, Mahathir expressed confidence that UMNO could again attract people to join the party and regain people's support, without which, Mahathir did not think UMNO could win in the next General Election.

Though the people of this Country have known for quite sometime that UMNO has been drowning in a sea of corruption, Mahathir's public cognizance of this fact nevertheless carries great historical significance.

For the first time, a Prime Minister of this Country admits tacitly that there has been wide spread favouritism in the award of government contracts to UMNO leaders; and this conduct is in breach of our corruption laws. Though Mahathir has not expressly said so, the inference of impropriority is inescapable. If the award of all these government contracts to UMNO leaders is above board, why should these activities have sullied UMNO's image, and why should UMNO have thought it necessary to curtail this practice in order to save the Party from disrepute? And wouldn't the deprivation of government contracts to such UMNO leaders be deemed violation of their constitutional rights, if in fact they have all along been winning government contracts through fair and transparent tenders? And isn¡¦t Mahathir's proposal (to stop giving contracts to party leaders) tantamount to saying that it is the UMNO leadership, and not the civil service, that decides on the award of government contracts, confirming undue political interference in administrative procedure, which constitute corrupt practices under our laws?

The admission of these widespread corrupt practices brings into focus another important failure of our Government - our Anti-Corruption Agency is a total flop, as it has never brought a single case of such corrupt practice to book.

Another negative inference we can draw from Mahathir's statements is that his thinking is devoid of moral principles. Note that Mahathir's motivation to stop the corrupt practice is not because he thought such a practice is wrong, but because he considers it a good strategic move to attract new talents and to win the next election. Whereas a good prime minister would have ordered a stop to this corrupt practice in the first instant when it is discovered, simply because such a practice is morally wrong, and legally in breach of our laws.

The next big question is: will Mahathir succeed in exorcizing UMNO of corruption, assuming his proposal is fully implemented?

The answer is an emphatic no! Simply because Dr. Mahathir's medicine treats only the symptoms but not the cause. For a start, what is there to stop the UMNO leadership from continuing granting illegal government favours to its agents, nominees and favourite sons, as long as their names do not appear on the list of party branch and division leaders? And what is there to prevent UMNO leaders and government employees from taking bribes from the general public, whose names surely are not in UMNO's exclusion list?

It is obvious that the root of the evil is in the system, not in the people receiving contracts. Unless a system of clean and transparent tenders is institutionalized to replace the present cesspool of corruption and favouritism in the award of government contracts and privatization projects, rampant corruption and cronyism will continue to be the order of the day.

To take our deliberation a step further, even if a healthy system of tenders is in place, will corruption be successfully tackled then? The answer is no again. This time it is due to the lack of an independent and effective machine to fight corruption. Our Anti-Corruption Agency, which is answerable only to the Prime Minister, is generally seen more as a showpiece to catch small fries and a feared tool to torment political adversary and to prevent potential political rebellions among the rank and file of the ruling hierarchy from taking place, rather than a respected institution to combat corruption. Its numerous and endless failure to act against high profile scandals of irrefutable corruption and abuse of power has so disgusted and numbed the general public that not even the least ignorant of observers could have any illusion of its efficacy.

It has been shown that a truly independent and efficient anti-corruption body is the answer to the corruption plague. An eminent example is Hong Kong. Through the establishment of an independent corruption fighting agency answerable not to the Hong Kong Governor but to the ministry in U.K. in the seventies, Hong Kong has succeed in transforming itself from one of the most corrupted society into the top rank of the cleanest governments in the world. Hong Kong's corruption free administration has been recognized as one of the most important factors that made its miraculous economic growth possible. The same can be said of another economic miracle, this time at our doorstep: Singapore. No body would challenge the statement that Singapore could not have achieved the miraculous transformation from an economically desolate island state to one of the world's richest and most admired country in such a short period, without at the same time keeping the island state squeaky clean from the taint of corruption. Just for the sake of provoking of our mind, if Singapore has been as corrupted as Malaysia, do you think Singapore could have achieved half as much as it has achieved?

In Malaysia, we too have a good formula to raise ourselves from the mire of corruption. And that is to remake our ACA into a genuinely independent body answerable not to the Prime Minister but to Parliament, appointed not by the Executive but by a commission free of political domination, and empowered to prosecute the highest in the land without undue political interference.

The real issue facing Mahathir and UMNO is: Does UMNO have the political will to turn a new leaf from its corrupted past? Or is UMNO so ingrained with corruption that such a thought is mere wishful thinking?

Or, to bring us nearer to home truth, is Mahathir's latest proposal just another sandiwara?

-Kim Quek-