Laman Webantu   KM2A1: 4314 File Size: 18.2 Kb *



TJ BOM: B1 Bolehkah UMNO Bertahan?
By Dr Maznah Mohamad

26/4/2001 8:33 pm Thu

TJBOM 0101

[Mahathir sebenarnya mencipta bom kemusnahan Umno sendiri. Hari ini Umno sedang dilanda krisis identiti dan kepupusan idealisma yang sukar diperbaiki lagi kerana ia telah koyak rabakkan oleh Mahathir sendiri dari awal lagi di peringkat universiti melalui AUKU. Tanpa idea baru serta minat golongan muda, Umno tidak akan mampu bertahan lama menghadapi cabaran semasa dan terpaksa bergantung kepada minda seperti Umi Hafilda yang tentunya akan semakin menghancurkan Umno juga sebagaimana dia merosakkan keluarganya.
-Editor
]


Penterjemah: Bazooka


PELURU: SIRI KHAS MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


Peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini mungkin telah membawa kepada timbulnya persoalan-persoalan yang hangat tentang selama mana Dr. Mahathir dapat mempertahankan kuasanya. Mungkin lebih dalam dari itu adalah persoalan tentang keupayaan parti di bawahnya untuk terus hidup. Bolehkah UMNO, yang ternyata tidak dapat dibezakan dengan kerajaan dan telah memegang tampuk pemerintahan negara sejak merdeka itu, dapat terus membentuk kerajaan sampai bila-bila?


Bolehkah UMNO Bertahan? (Can UMNO Survive?)

Oleh Dr Maznah Mohamad

Apabila UMNO disytiharkan haram pada tahun 1998, ramai yang meramalkan itu sebagai satu petanda yang pasti akan membawa kepada kemusnahannya. Namun itu tidak pula berlaku. UMNO tidak pupus terus kerana campurtangan badan kehakiman. Ia telah dilahirkan semula sebagai UMNO baru tetapi di dalam sarung lamanya. Ia telah dikembalikan kepada status quo ante. Pada hari ini, perkataan 'politik wang' yang sering dilaung-laungkan sebagai masalah UMNO semakin kuat kedengaran. Malah Ummi Hafilda, saksi utama di dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim, pergi lebih jauh lagi sehingga sanggup mengaib dan memecahbelahkan keluarganya sendiri, semuanya demi 'menyelamatkan' parti UMNO. Presiden parti itu pernah menyebut separuh serius tentang tiada siapapun yang layak menduduki tempatnya melainkan 'kembarnya'. Semua ini jelas menunjukkan bahawa parti UMNO kini dilanda masalah yang besar sekali lagi.

Walau bagaimanapun, kebimbangan ramai tentang kemungkinan UMNO akan berpecah dikurangkan dengan kepercayaan mereka terhadap Mahathir. Tiada masalah yang beliau tidak dapat selesaikan. Bahkan tidak mustahil beliau dan partinya itu akan menjadi lebih berjaya lagi selepas krisis tersebut. Maka timbullah satu pertanyaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku pada kali ini? Untuk mendapat gambarannya, mari kita lihat kepada beberapa aspek UMNO yang tidak memberansangkan. Sebagai permulaan, parti UMNO sebenarnya ketandusan idealisme-idealisme yang baru. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang sering mencari kesempatan dan bercita-cita menjejaki alam korporat dari mereka yang benar-benar mempunyai komitmen terhadap perjuangan parti. Sesetengah orang melihat bahawa di dalam UMNO, mereka sanggup bermati-matian (atau menipu) hanya kerana wang.

Sementara masalah politik wang ini berleluasa di dalam parti, perjuangan asal yang berteraskan 'Ketuanan Melayu' itu semakin dilupakan. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak langsung bersedia untuk memperkembangkan perjuangan yang 'satu lagi'. Parti itu memaksimumkan pembentukan banyak kumpulan orang-orang Melayu yang dinafikan hak untuk mengundi, yang menjadi mangsa penyelewangan pembangunan. Tindakan para pemimpin UMNO menggunakan taktik kotor dan ke-Machieavellian untuk kesinambungan politik itu meninggalkan warisan moral yang penuh dengan lubang. Ia juga menjarakkan lagi garis pemisah sebuah kepimpinan yang berkalibar.

Krisis Identiti :

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO sedang dilanda satu krisis identiti. Umno yang sebelum ini begitu sebati dengan orang-orang Melayu, tidak pernah menghadapi sebarang masalah di dalam mencapai kedudukan ekonomi yang samarata, penguasaan politik dan pengiktirafan agama. Demokrasi, hak asasi manusia, dan undang-undang telah diketepikan sebagai perkara-perkara yang boleh membantutkan kemajuan bangsa Melayu.

Kini, tanpa ragu-ragu lagi, apa yang dikatakan telah sebati dengan bangsa Melayu itu sedang bergoncang dengan kuatnya. Di satu segi, kesama-rataan ekonomi sahaja tidak boleh terus dibanggakan di dalam keadaan yang semakin meruncing itu. Di satu segi yang lain, pengiktirafan agama itu terpaksa mengambil langkah yang lebih pragmatik. Ketidakadilan yang amat ketara di dalam pengendalian isu Anwar Ibrahim telah menjadi sesuatu yang tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya. Lantaran itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan kebebasan badan kehakiman, perjalanan proses undang-undang dan hak asasi manusia telah bergema dengan sekelip mata di dalam sebahagian besar masayarakat Melayu.

Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan di atas kesalahan moral, presiden parti (yang terlalu kemodenan itu) telah bertindak melampaui batas adab orang-orang Melayu : Pemerintah sepatutnya tidak sekali-kali bertindak mengaibkan seseorang kerana ditakuti kemurkaan tuhan yang akan menghancurkan semuanya. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah UMNO seorang tokoh yang tidak sealiran diberi penghinaan yang sebegitu dashyat secara terbuka (Anwar Ibrahimlah satu-satunya) dan dipecat atas sebab-sebab moral. Malah di dalam kes Rahim Tamby Chik, tiada sebarang pertuduhan rasmi yang menyebut sama ada beliau telah melakukan sebarang kesalahan moral atau jenayah!

Pemecatan Anwar Ibrahim adalah satu-satunya peristiwa politik yang bertanggung jawab kepada penolakan ramai golongan Melayu terhadap kepimpinan UMNO. Namun begitu, proses kehancuran UMNO sebenarnya telahpun bermula sejak lama dahulu. Percantuman dari ketidakpuasan masyarakat Melayu secara beramai-ramai ini dan struktur parti yang semakin lemah menjadi kunci kepada bagaimana peristiwa-peristiwa masa hadapan akan dibentuk.

Kehilangan Idealisme:

Ketiadaan agenda yang kuat di dalam UMNO berkait rapat dengan keangkuhannya untuk menerima pandangan golongan muda. Semenjak awal tahun 1970an, UMNO tidak berupaya untuk membangkitkan semangat golongan muda. Ini adalah akibat buruk dari dasar yang digunapakai untuk menyekat keresahan di kalangan pelajar dan golongan muda yang tidak puas hati. Pelajar-pelajar telah dipaksa untuk tidak melibatkan diri di dalam politik selepas penglibatan mereka di dalam tunjuk perasaan pada tahun 1974. Tunjuk perasaan tersebut, yang sebahagiannya diterajui oleh golongan pelajar, telah menggugat teruk regim kerajaan pada masa itu. Oleh kerana itu, bagi menghalang berlakunya peristiwa yang sama yang memperlihatkan kuasa pelajar, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan. Ia telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad.

Penguatkuasaan Akta tersebut telah berjaya membantutkan kreativiti, pandangan-pandangan yang kritikal dan 'penentangan' yang sihat di kalangan pelajar universiti pada masa sekarang. Selain dari tenaga, masa, semangat dan keperluan sosial untuk terlibat di dalam politik, pelajar universiti telah disogokkan dengan kehidupan yang pasif dan hanya bergelumang dengan buku-buku.

Akibat dari ini lalu timbulnya rasa kurang minat atau simpati serta tidak peka terhadap isu-isu sosial. Mereka yang mempunyai pandangan tentang politik pula menyuarakannya secara senyap-senyap dan mengamalkan penapisan sendiri di dalam rangka yang dikira selamat. Semasa hari-hari yang teruk dilanda masalah ekonomi, pelajar universiti menjadi semakin tidak peduli tentang tanggung jawab sivik mereka, apatah lagi memainkan peranan yang penting di dalam politik.

Secara semula jadi, sebahagian besar pelajar-pelajar Melayu memilih bidang keagamaan kerana itulah satu-satunya cabang yang diperakui sah di segi undang-undang untuk mengeluarkan kenyataan (melalui berbagai-bagai persatuan yang bernaung di bawah Islam). Bahkan ini juga telah dibataskan melalui pengharaman pengaruh Al-Arqam di dalam kampus. Kita tentu masih ingat zaman sebelum AUKU diwujudkan di mana satu kehidupan yang sihat dipamerkan oleh masyarakat kampus yang sentiasa bersaing untuk mengenengahkan ideologi-ideologi mereka.

Pada hari ini, dengan usia 21 tahun di universiti - cukup matang untuk memilih kerajaaan mereka - disekat dari bercakap dan berfikir tentang politik. Namun tidak menjadi halangan pula untuk mereka memakai petanda warna politik di lengan mereka. Tiada siapa dapat membayangkan bagaimana sucinya persekitaran kampus pada masa sekarang.

Sebahagian kecil pula berpendapat bahawa kebanyakan parti-parti politik masa kini seperti ketandusan daya imaginasi dan idealisme yang kuat dan meyakinkan. Tanpa penyertaan golongan muda yang bersemangat tinggi, telus dan bertenaga, adalah sukar untuk pergerakan-pergerakan politik itu memperbaharui diri mereka ataupun sesebuah parti politik itu untuk dicipta semula agar tidak dikatakan ketinggalan zaman.

Sejak akhir-akhir ini, apabila menyedari bahawa golongan muda sudah tidak lagi memberikan sokongan mereka (mungkin mereka kini yang memenuhi setiap perhimpunan Reformasi), UMNO secara tergesa-gesa dan tanpa berfikir panjang telah mengusulkan agar tahap umur minima untuk menyertai parti politik diturunkan kepada 16 tahun. Langkah ini sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kerana kita sedia maklum bahawa anak-anak kelahiran Malaysia menjalani tempoh persekolahan yang lebih lama pada masa sekarang. Mereka yang tercicir dari persekolahan pada usia 16 tahun pula mungkin terdiri dari keluarga miskin atau benar-benar tidak berminat untuk meneruskan persekolahan. Kedua-dua kumpulan itu lebih memerlukan bantuan yang asas daripada dilatih berkecimpung dengan alam politik. Seperti yang dijangkakan, langkah yang terburu-buru demi untuk meningkatkan bilangan keahlian untuk parti tidak mendatangkan kebaikan. Maka usulan itupun dibatalkan.

....bersambung....

-Terjemahan Bazooka-





Rencana Asal:


Can UMNO Survive?

Events of the past months may have aroused raging questions about the durability of Dr Mahathir's premiership. Deeper than this perhaps, is the question of the survival of the party he controls. Can UMNO, which has virtually become undifferentiated from the state and which has ruled the country since independence, continue to form the government, ad infinitum?

By Dr Maznah Mohamad

When UMNO was declared illegal in 1988, many took it as the surest sign of its eventual demise. It did not happen. UMNO did not vanish because of judicial intervention. It was re-born as UMNO Baru, or "new" UMNO, but in its old cast. It was restored to its status quo ante.Today, the oft-echoed lamentation of "money politics" as being UMNO's bane is louder. Ummi Hafilda, key witness in the Anwar Ibrahim trial, even went as far as, it appeared, slandering and breaking up her own family, all to "save" UMNO, the party. The party president even half-seriously suggested that nothing short of his twin could fill his shoes. All of these signal that UMNO, the party, is in great turmoil, again.

However, the fear among many people of UMNO ever breaking-up is being allayed by their trust in Dr Mahathir. There is nothing that he cannot fix. In fact, he, and the party may even come out more triumphant after the crisis. So goes the thought. Will it work this time around?To get an idea, let's look at some aspects of UMNO's less bright side. To begin with the party lacks renewed idealism. Its membership is elicited among social climbers with corporate ambitions, rather than among those with a commitment to a cause. As some would see it, in UMNO, the only cause worth dying for (or lying for) is money.

While the politics of money reigns high within the party, its original dictum of "Ketuanan Melayu" (Malay ownership) rings increasingly hollow to the Malay masses. UMNO leaders are not in step with the "other" side of development. The party is marginalising many groups of "disenfranchised" Malays, who are the victims of skewed development. UMNO leaders' recurring resort to Machiavellian and dirty tactics for political survival is leaving a moral legacy that is full of holes. It is also leaving a gaping leadership credibility gap.

Identity Crisis

The party is undeniably encountering an identity crisis. What used to constitute the Malay ethos, UMNO-style, was unproblematically couched in the attainment of economic parity, political one-upmanship and the religious high ground. Democracy, human rights, and the rule-of-law were shunted aside as unnecessary inconveniences obstructing the process of Malay advancement.

Today, without doubt, what was touted as the Malay ethos is undergoing a shakedown. For one thing, economic parity per se cannot be upheld under conditions of the shrinking pie. For another, the religious high ground is being forced to take on a more pragmatic dimension. The injustice that was apparent in the handling of the Anwar Ibrahim issue has become too transparent to ignore. Hence, the ideas of judicial independence, due process of law, and human rights have almost overnight struck a chord with large sectors of the Malay community.

When Anwar Ibrahim was dismissed on moral grounds, the party president (being too much of a moderniser) was out of touch with the xistence of an ancient Malay social covenant: a ruler should never resort to the ploy of shaming a subject (memberi 'aib) lest the wrath of the almighty is set upon the land to destroy it.Not once in the history of UMNO has any prominent dissident been so publicly humiliated (as Anwar Ibrahim has been) and removed on moral grounds! Even in the case of Rahim Tamby Chik, there was no formal accusation that he had committed any moral or criminal wrongdoing!

The removal of Anwar Ibrahim is the one single political event that has been responsible for unleashing the many facets of Malay resentment. On the other hand, the process of UMNO's decay had actually set in long before. This combination of recent Malay mass disaffection and a weakening party structure holds the key as to how future events will be shaped.

Lost Idealism

UMNO's lack of a single powerful agenda is related to its disdain for counter-pointing youthful voices. Since the early 1970s, UMNO has not been able to tap into the energies of youth. This was the result of the backlash of policies put into place to tame the restlessness of students and young dissidents. Students were forced to disengage from politics after their involvement in the peasant uprising of 1974. The uprising, which was partly student-led, shook the then regime so badly, that to prevent the repeat of any show of student power, the University and University Colleges' Act (UUCA) was crafted for use. It was tabled by the then Education Minister, Dr Mahathir Mohamad.

The legislation has become so successful that it is now stultifying creativity, critical reflection and healthy "rebellion" among university students. Despite their energy, time, spirit and social disposition for engaging in vibrant political concerns, university students are proscribed to a life of staid and often vacuous bookish pursuits.

The consequence of this is apathy and indifference towards social issues. Those who harbour any political inclinations express themselves surreptitiously and exercise self-censorship within perceived safety limits. During the heady days of the economic boom, university students became even less concerned about fulfilling civic duties, let alone about contemplating meaningful roles in politics.

Naturally, Malay students predominantly resorted to religion because it was the only legitimate avenue for political expression (through the Islam of various shades). Even this was circumscribed Witness the banning of the Al-Arqam influence on campus. We may recall that during the pre-UUCA days the lively proclamation of competing ideological postures was one of the healthy features of campus life.

Today, twenty-one year olds at university - old enough to choose their government - are muzzled from talking and thinking politics. As for wearing their political colours on their sleeves, that is strictly off-limits. One cannot imagine how sterile the campus environment can be these days.

Small wonder that most political parties today (except for PAS) lack any cogent sense of idealism or imagination. Without some participation from spirited, incorruptible, energetic youths, it may be difficult for political movements to renew themselves or political parties to be re-invented to avoid obsolescence.

Lately, having realised that it has no consensus among the young (perhaps the crowd that had been thought to throng the Reformasi rallies), UMNO hastily and unthinkingly proposed that the minimum age for eligibility for party membership be reduced to 16 years. This will not amount to anything since most of us know that Malaysian children are staying longer in school these days. Those who drop out at the age of 16 must be either extremely poor or extremely uninterested in school. Either way they need help of the more basic kind rather than apprenticeship into politics. As expected, this hasty move to tamper with figures to score numbers for the party did not come to fruition The proposal was dropped.

....to be continued....