Laman Webantu   KM2A1: 4321 File Size: 18.8 Kb *



TJ BOM: B2 Bolehkah UMNO Bertahan?
By Dr Maznah Mohamad

27/4/2001 4:49 pm Fri

PELURU 0201

[Bagaimana Umno akan dapat bertahan jika ia disertai oleh golongan yang mengidam dan memburu kekayaan semata-mata. Inilah penyakit yang sedang menular di dalam Umno sehingga segala apa cara digunakan untuk mengnyah seseorang demi kuasa. Tentu kita masih belum lupa kesanggupan beberapa kerat menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang sanggup ditebas kepala. Penyakit inilah yang menendang Anwar kerana beliau menjadi batu penghalang agenda mereka untuk membalun kekayaan seikut suka. Dan penyakit ini jugalah yang akan membunuh Umno sendiri juga - tanpa perlu memburu dan menangkap aktivis reformasi di bawah akta ISA. Mencanang isu 'perpaduan melayu' tidak akan mampu memulihkan Umno kerana yang bermasaalah bukannya melayu - tetapi Umno yang semakin retak sejak dirosakkan oleh Mahathir perjuangannya. - Editor]


Penterjemah: Bazooka


PELURU: SIRI KHAS MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



Bahagian Kedua


Bolehkah UMNO Bertahan? (Can UMNO Survive?)

Oleh Dr Maznah Mohamad


Keahlian dan Opportunisme :

Satu lagi petunjuk tentang kuasa yang cuba dipertahankan oleh UMNO ialah profail keahliannya. Sejak pertengahan tahun 1980an dan berikutnya, sumber kewangan UMNO yang tidak pernah putus itu seolah-olah menjadi satu faktor yang lebih berjaya menarik kemasukan pengikut-pengikutnya dari ideologi asal parti yang sungguh murni untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu. Para pengkritik menyamakan imej UMNO ini sebagai juara bertahan keagungan Melayu dengan parti yang berupaya untuk meraih urusniaga-urusniaga yang amat menguntungkan. Dari satu segi perkara ini memang di sengajakan. Dasar Ekonomi Baru juga dirangka khas bagi menghasilkan ramai golongan peniaga di kalangan orang-orang Melayu.

Kebanyakan dari mereka yang mempunyai kedudukan yang penting di dalam UMNO tidak akan ragu-ragu untuk mempergunakan parti sebagai batu loncatan kepada cita-cita mereka, terutamanya yang bertaraf korporat. Mereka yang terdiri dari ahli-ahli profesional, ahli-ahli akademik dan kakitangan awam pula menyertai UMNO kerana kemuncak kepada pengiktirafan diri mereka itu diperlukan di dalam sesetengah pejabat-pejabat politik yang bertaraf tinggi. UMNO adalah satu-satunya parti politik Melayu yang boleh menjadi landasan kepada peningkatan seperti itu.

Dalam pada itu bilangan mereka yang menaruh harapan di dalam politik ini telah meningkat dengan pesatnya sehingga padang permainan itu menjadi penuh sesak. Disebabkan oleh bilangan jawatan yang terhad di dalam bahagian, cawangan, negeri, majlis tertinggi dan akhirnya barisan kabinet, persaingan menjadi semakin sengit, membawa kepada permainan tanpa pengecualian, dengan padang permainan yang tidak lagi sekata dan sebarang undang-undang atau etika yang wujud dilontar menjadi habuan anjing-anjing.

Gossip dalaman menyatakan bahawa perkara-perkara yang akan hanya diambil kira di dalam permainan ini (untuk merebut kedudukan di dalam parti) adalah wang yang banyak, surat-surat layang yang menggerunkan, plot-plot pembunuhan karektor, bantuan kuasa ghaib di dalam sesetengah kes (mengakibatkan kematian-kematian yang dasyat), dan penggunaan (ataupun penyalahgunaan) saluran-saluran dan agensi-agensi kerajaan. Kemuncak kepada permainan ini yang menutup peluang pihak lawan adalah penghasilan buku 50 dalil yang tiada tolok bandingnya, diedarkan dan dijunjung seperti kitab suci al- Quran. Tercetusnya krisis terkini di dalam negara melalui penulisan tidak bernilai yang dahsyat itu sesungguhnya amat menyedihkan!

Beberapa dekad yang lalu, golongan muda Turki (mengambil kira Mahathir di antara mereka) memberontak terhadap pengawal-pengawal tua dan UMNO mendesak agar perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru disegerakan. Dengan dibantu oleh keadaan ekonomi yang tidak diduga, penyebaran semula strategi telah secara amnya diterima oleh semua bangsa sepertimana yang diperlukan untuk mencapai keseimbangan kaum. Pada tahun 1990an, seorang pencinta pembangunan yang keluar dari fasa 'perkembangan yang menakjubkan' telah diberi kuasa untuk bebas melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan pendidikan sehingga beberapa peringkat, dan telah mengembirakan kebanyakan dari golongan elit di dalam semua komuniti. Dalam pada itu, ISA pula telah digunakan pada tahun 1987 di dalam Operasi Lalang yang bertujuan untuk menyemarakkan ketegangan kaum.

Dengan kehadiran DEB, kerajaan di bawah Mahathir telah memulakan satu agenda yang keterlaluan untuk melahirkan golongan elit-niaga di kalangan orang Melayu secepat mungkin. Jentera UMNO digunakan secara menyeluruh untuk melahirkan tokoh-tokoh perniagaan yang terkemuka dengan segera. Sekalipun jika hanya beberapa kerat yang berjaya muncul sebagai gergasi perniagaan dan kapten industri, yang lainnya masih boleh berpuas hati untuk direndahkan taraf sebagai orang-orang suruhan yang mendokong permainan itu.

'Tahun-tahun persetujuan bersama' telah membantu membina kualiti moral dan peti-peti khazanah UMNO dari sebuah parti yang mempertahankan orang-orang Melayu kepada sebuah parti yang dipertahankan oleh orang-orang Melayu yang kaya-raya. Lantaran dibangunkan sendiri sebagai parti dengan sumber kewangan yang sukar ditandingi, dimanjakan pula dengan ekonomi yang memuncak dan urusniaga-urusniaga dari projek penswastaan kerajaan, UMNO menjadi semakin terlalu bergantung kepada penyelamat dan sogokan dari golongan korporat Melayu yang kaya. Mungkin di situlah satu-satunya peranan sebuah parti yang mendokong identiti Melayu terhenti dan peranan sebagai pembela kepada golongan dari kelas yang tertentu bermula. Daya ketahanan UMNO kini kelihatan berkait rapat dengan daya ketahanan kumpulan-kumpulan korporat yang besar. Langkah menyelamat sesetengah syarikat yang terkenal itu boleh dilihat sebagai satu percubaan yang amat terdesak bagi memastikan UMNO tetap teguh.

Di dalam proses itu, keretakan di dalam parti semakin terserlah. Perpecahan di antara yang ada dan yang tiada, di antara kumpulan elit yang lama dan yang baru, di antara waris-waris dari keluarga-keluarga yang ternama dan golongan dari kelas yang lebih rendah, di antara pencinta sekular dan pencinta agama, dan di antara pengawal-pengawal lama dan golongan muda Turki semuanya telah keluar secara terbuka. Adakah ia hanya satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokong rapatnya termasuk di dalam satu kumpulan yang terbahagi itu dan Mahathir serta orang-orangnya di dalam kumpulan yang lain?


Ketuanan Melayu :

Landasan untuk keagungan Melayu, Ketuanan Melayu, kini berbunyi semakin perlahan. Tidak dapat dinafikan, UMNO masih boleh memalu gendang mengatakan bahawa penjaga bangsa Melayu inilah yang mempertahankan hak-hak istimewa kaum bumiputera. Jika sekiranya ini diungkit-ungkit dengan lantang dan berulang-ulangkali, kemungkinan ia akan dapat memenangi semula hati orang-orang Melayu.

Sungguhpun benar bahawa pertarungan untuk 'Ketuanan Melayu' masih belum berakhir, sebutan tersebut perlu didalami semula maknanya jika 'Ketuanan Melayu' itu hendak dijulang terus sebagai teras perjuangan UMNO, ia mesti dipertahankan dengan cara yang rasional dan meyakinkan. Terdapat banyak jalan keluar untuk melaksanakan tanggung jawab, menyelamatkan atau memberikan perlindungan tanpa semangat 'Ketuanan Melayu' kepada rakyat Melayu biasa pada masa ini.

Sebagai contoh, PAS sebagai sebuah parti politik juga berhak untuk mendakwa yang perjuangannya juga untuk kepentingan Melayu. Berdasarkan kepada iklim politik masakini, ramai Melayu yang merasakan PAS adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan UMNO. Pada mereka, prinsip perjuangan yang berteraskan Islam, disertai dengan pendirian yang tegas terhadap keadilan dan penghayatan agama, ternyata lebih menarik.

Disebabkan ruang yang sempit untuk majlis-majlis ilmu dan perdebatan tentang lain-lain pilihan politik, Islam dilihat sebagai satu-satunya wadah atau ideologi untuk masyarakat Melayu yang dapat menyediakan sesuatu yang berlawanan dan juga penawar kepada suasana politik yang tidak sihat yang mungkin ditimbulkan oleh UMNO. Satu-satunya halangan buat PAS adalah UMNO mungkin berupaya untuk terus memegang mandatnya, kerana majoriti rakyat yang bukan beragama Islam tidak akan menerima kemungkinan pembentukan sebuah negara Islam. Di dalam konteks ini, UMNO mungkin boleh bertahan hanya kerana kita tidak mempunyai pilihan lain untuk mengundi bagi menentukan kerajaan.


Kelompok 'Melayu Yang Lain' :

Keadaan UMNO yang parah itu mungkin dipercepatkan lagi oleh sikap tidak mengambil hirau tentang kesusahan yang dialami oleh kelompok Melayu yang lain. Sikap tidak mengambil hirau itu setanding dengan kecenderungannya bagi mendapatkan urusan-urusan perniagaan. Sejumlah belia-belia Melayu yang terlibat dengan masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah telah mencapai tahap yang membimbangkan. Belia-belia Melayu yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah ini, walau bagaimanapun, tidak diberikan keutamaan di dalam agenda Pemuda UMNO.

Dalam pada itu, terdapat sebilangan wanita-wanita Islam yang tidak mendapat keadilan yang secukupnya dari Mahkamah Syariah, juga tidak langsung mendapat perhatian dari sayap Wanita UMNO. Sekurang-kurangnya tidak cukup buat parti untuk berbuat sesuatu tentang isu-isu yang timbul.

Bagi isu-isu kemiskinan pula, UMNO masih terperangkap di dalam dua pemikiran yang memisahkan kehidupan di bandar dan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada pembangunan ekonomi di dalam kawasan bandar tanpa menghiraukan pambangunan orang-orang Melayu miskin di luar bandar. Kawasan kemiskinan Melayu sedang mengalami perubahan demografi kepada pusat-pusat bandar, dan UMNO tidak langsung menjenguk ke sana.

Selain dari keadaan ekonomi dan sosial yang menyedihkan, terdapat pula satu ruang kosong di dalam pembangunan kebudayaan Melayu, kerana tiada sesiapapun, sebagai contoh, yang dapat mengambil tempat P. Ramlee sejak 25 tahun yang lalu. Mungkin ini satu perkara yang kecil sahaja, tetapi ia menunjukkan bahawa tiada sebarang usaha memperbaharui kebudayaan yang diambil, yang berkait rapat dengan kewujudan satu ruang yang kosong di dalam sektor idealisme.


....bersambung....

-Terjemahan Bazooka-





Rencana Asal:

Part 2

Can UMNO Survive?


Membership and Opportunism

One other indicator of UMNO's hold on power is its membership profile. From the mid-1980s onwards, the factor of UMNO's financial omnipotence appears to be more successful in rallying followers than its earlier more noble ideology of uplifting the Malays. Cynics equate UMNO's monolithic image as the undisputed champion of Malay supremacy with the party's ability to shore up lucrative business deals. On the other hand, this is intentional. The NEP was also specifically aimedat creating a sizeable Malay business class.

Most of the high-profile members of UMNO would make no bones about using the party as a springboard for some vested ambitions, primarily corporate aggrandisement. Other professionals, academics and civil servants join UMNO because their ultimate self-actualisation is sought in some high-level political office. UMNO is the only Malay party that blazes a sure trail for upward mobility.

Nevertheless, the number of these political hopefuls has escalated to such an extent that the playing field has become overcrowded. Due to the limited number of positions at branch, division, state, the supreme council and, finally, the cabinet level, the competition has become acute, degenerating into a "no-holds-barred" kind of endgame, with the playing-field no longer level and any semblance of rules or ethics thrown to the dogs.

Insider gossip suggests that the only things that count in this game (of jockeying for party positions) are plenty of money, sinister poison-pen letters, character-assassination plots, in some cases the help of mystics (resulting in severe fatalities), and the use (and hence abuse) of the instruments of the state. The apex of this game of out-chancing rivals was the unrivalled way that the book 50 Dalil was produced, distributed and pedalled as koranic truths. That the present national crisis was triggered by the issuance of this pernicious piece of trashy literature is even more pathetic!

Several decades ago, Young Turks (counting Mahathir among them) rebelled against the old guards and UMNO demanded swift implementation of the NEP. Helped by fortuitous economic circumstances, the redistribution strategy was generally tolerated by all races as necessary for achieving ethnic balance. By the 1990s, the developmentalist ethos stemming from the "miracle growth" phase allowed for some degree of liberalisation in economic policies and education, which pleased most of the elite of all communities. Along the way, the ISA was used in 1987 in the notorious Operation Lalang purportedly to diffuse ethnic tension.

With the NEP in place, the government under Mahathir embarked on an obsessive agenda to hurriedly create a moneyed and powerful Malay business elite. The UMNO machinery was used to the utmost to create overnight tycoons. Even if only a handful succeeded in becoming business titans and captains of industry, the rest were quite content to be relegated to the status of minions propping up the mystique of a united game plan.

Those "years of consensus" helped to build the stature and coffers of UMNO from a party protective of the Malays to a party protected by wealthy Malays. Having built itself up as a financially formidable party, helped by the spoils of the booming economy and privatisation deals, UMNO became increasingly dependent for its protection and enrichment upon a class of wealthy corporate Malays.Perhaps that is where the singular role of the party in upholding Malay identity and concerns ended and where its role as the defender of a specific class interest began. UMNO's survival now appears to be linked to the survival of big corporate conglomerates. The bailouts of some well-known companies may be seen as almost a desperate attempt at keeping UMNO, the party, intact.

In the process, cracks within the party are being exposed. Splits between the haves and have-nots, between the old elite and the new rich, between the descendants of the illustrious families and the humbler classes, between the secular liberals and the religious conservatives, and between the old guards and the young turks are all coming out in the open. Is it just a coincidence that Anwar Ibrahim and his close supporters belong to one side of the divide and that Mahathir and his allies belong to the other?

"Ketuanan Melayu"

The platform for Malay supremacy, "Ketuanan Melayu", now rings hollow. No doubt, UMNO can still hammer the line that it is the guardian of the Malay claim for "ownership", or a nationhood based on the "bumiputra" first-among-equals principle. If this is declared forcefully and frequently, UMNO may still win back some of its wayward Malay constituencies.

While it may be true that the battle-call of "Ketuanan Melayu" may not be reaching its demise yet, the phrase needs to be re-contextualised If "Ketuanan Melayu" were to be carried through as the raison d'être of UMNO, it must be justified in credible and rational ways. Any leadership of a revitalised UMNO must be able to transcend this recourse to feudal myth-making in order to lend relevance to the newer demands of the Malay polity. There are really many other outlets for seeking fulfilment, salvation or refuge sans the spirit of "Ketuanan Melayu" for the ordinary Malay in the present time.

For instance, PAS as a political party is rightly claiming that it is also serving Malay interests and demands. Given the present political climate, more Malays are finding PAS a better alternative than UMNO. For them, PAS' alternative of a return to Islamic fundamentalism, with its unambiguously drawn-out ideal of a just and pious system, seems more attractive.

Due to the limited space for discourse and debate over other political options, Islam is seen to be the only other ideology for the Malay community that can provide the antithesis as well as the antidote to the state of political debauchery towards which UMNO seems to be verging. The only snag for PAS is that UMNO, by default, may be able to hang-on to its national mandate, because the non-Muslim majority will not countenance the possibility of an Islamic statehood. In this context, UMNO may survive only because we have a Hobson's choice in voting for a government.

The "Other Malays"

UMNO's near demise could be hastened by its indifference to the plight of the "other Malays", an indifference which is matched only by its partiality towards the business lobby. The number of Malay youths who are mired in social problems such as drug-addiction has reached alarming proportions. Malay youths involved in drug abuse problems, however, do not figure highly in the agenda of UMNO Youth.

Similarly, that there are some Muslim women who cannot get sufficient justice from the Shariah courts is not of extremely great concern to UMNO's women's wing, at least not enough for the party to take up the issue as its cause celebre.

As for poverty, UMNO is still trapped within the dualistic mind-set of the rural-urban divide. It has disproportionately concentrated its resources on uplifting the economy of its rural constituents at the expense of the Malay urban poor. The locus of Malay poverty is experiencing a demographic shift towards urban centres, and UMNO is not there to pick up the pieces.

Besides economic and social depravity, there is also this lacuna in Malay cultural development, because no one, for example, has been able to fill the shoes of P. Ramlee for the last 25 years. Small point perhaps, but it just means that there has really been no cultural renewal, which ties in with the vacuum in the department of idealism.

....to be continued....