Laman Webantu   KM2A1: 4322 File Size: 16.3 Kb *



TJ MT MGG: UMNO Terjebak Perangkap Sendiri
By M.G.G. Pillai

27/4/2001 7:37 pm Fri

MGG 9301

[Kenyataan Mahathir telah mendedahkan tembelang selama ini betapa politik wang MEMANG UJUD dalam Umno dan kontrak telah diBERIKAN kepada pemimpin Umno. Ini bermakna satu jenayah sudah dilakukan dalam pengetahuannya tetapi beliau tidak berbuat apa-apa. Maka menularlah penyakit itu dalam Umno sehingga menjerut sendiri dirinya. Sampai kini banyak aduan telah diterima tetapi tangkapan hampir tidak ada. Sebaliknya aktivis reformasi yang membantah penyalahgunaan kuasa pemimpin Umno ditangkap ISA pula.

Anwar yang menderita kesakitan itu kini mahu dihadapkan kembali ke mahkamah untuk menghadapi lebih banyak tuduhan (melalui pengakuan seseorang lagi?). Tetapi perbicaraan itu nanti mungkin akan mendedahkan kezaliman yang akan memercik ke perhimpunan agung yang akan datang kerana samarnya pendakwaan serta perasaan simpati keadaan kesihatan Anwar yang amat menyedihkan. Jika nama Mahathir muncul tiba-tiba dan teraib di mahkamah, dia akan dihumbankan oleh ahli Umno yang sudah lama memeram perasaan. Apa yang berlaku kepada Aziz Shamsuddin dan Daim itulah ukuran pemberontakkan dari dalam..... - Editor]

Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 26 April, 2001)



UMNO Terjebak Perangkap Sendiri

(UMNO zugzwangs itself)

Sudah wujud satu perminan politik yang baru di ibukota. Para pemimpin UMNO sedang menuduh satu sama lain dengan pedasnya tentang wang politik sebagai punca segala musibah dalam parti. Mereka mengakui betapa seriusnya perkara ini, dan telah melantik satu jawatankuasa khas di kalangan pemimpin kanan parti untuk menyiasat segala tohmahan. Tetapi, mereka tidak pula berapa berminat untuk membiarkan jawatankuasa itu menjalankan pernanannya.

Semakin kerap presiden UMNO, timbalannya ataupun salah seorang naib presiden parti berkhutbah betapa politik wang iu boleh menghancurkan UMNO dan juga dunia politik, sedangkan mereka tidak sedar setiap kali mereka berkhutbah setiap kali itu juga pendengarnya ketawa berdekah-dekah.

Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, yang juga merupakan presiden UMNO, mahu mereka yang terlalu kaya raya dihalang daripada menjawat sebarang kedudukan dalam parti; dia tidak lagi mahu memberikan kontrak kepada pemimpin UMNO, sekaligus memperakukan selama ini merekalah yang membalunnya.

Timbalan perdana menteri merangkap timbalan presiden UMNO, Ahmad Abdullah Badawi, bercakap bertapa seriusnya politik wang, seolah-olah kedudukannya itu tergugat kalau dia tidak menyentuh perkara itu setiap kali diberi peluang untuk bercakap.

Seorang naib presiden, Muhyiddin Yassin, menyalahkan cara pemilihan calon untuk jawatan dalam parti.

Inilah caranya mereka menggelupur cuba meragut apa sahaja untuk mengelak daripada kelemasan. Politik wang sudah menjadi darah daging UMNO. Projek kerajaan diagihkan kepada ahli UMNO ataupun syarikat di mana mereka mempunyai sahamnya. Malahan syarikat asing memerlukan seorang rakan niaga daripada UMNO untuk berjaya.

Setiap projek penswastaan, yang sudah pun lingkup tertelangkup, diberikan kepada pra kroni dan juak UMNO, kalau projek itu tidak lagi diingini oleh para pemimpin terkanan dalam parti. Tetapi sebahagian daripada keuntungan projek tersebut mesti dicurahkan sedikit (atau sebahagiannya mengikut peraturan) secara terus ataupun sebaliknya. Perkara ini tidak boleh dikecualikan. Tida sesiapa pun yang bercakap mengenainya, tetapi itulah hakikatnya.


Perkara Biasa

Tidak ada yang peliknya perkara ini. Ia merupakan satu perkara biasa di mana semua parti politik di dunia ini mengutip derma, terutama ketika masih berkuasa. Jadi, kenapa pula digembar-gemburkan kisah pemberian wang yang lumayan daripada mereka yang telah membalun banyak faedah daripada system UMNO ini?

Menyisihkan mereka yang kaya raya seperti yang dicadangkan oleh Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah parti. Yang sudah kaya raya memang telah meraih naungan politik. Para kroni, anak-pinak, juak dan jongos adalah mereka yang kini sudah menjadi kaya raya itu.

Empayar perniagaan Daim Zainuddin yang besar dan merata dan yang kini diawasi oleh para kroninya dan juaknya adalah penyebab kenapa orang Melayu menendang UMNO. Mahathir terpaksa bertindak, cuma caranya itu yang tidak bertepatan dengan yang sepatutnya.

Rungutan mengenai korupsi dalam parti bukanlah satu perkara baru. Kenapakah Abdullah sengaja tidak pedulikan jawatankuasa khas yang menyiasat perkara itu? Apakah dia dan UMNO sengaja tidak serius akan perkara ini pada pemilu yang lalu?

Kenapa pula perkara ini menjadi penting sekarang? Ada seorang pemimpin yang telah dipecat daripada UMNO lebih satu dekad dulu kerana dikatakan membelanjakan RM6 juta untuk menjadi pengerusi bahagian. Tetapi seperti yang diberitakan perkara ini sudah membarah, kenapa pula mereka yang terbabit seperti yang dilapurkan oleh media tempatan, tidak dikenakan tindakan?

Muhyiddin memang ternyata tidak ikhlas apabila menyebut bahawa politik wang muncul dalam pemilihan jawatan parti disebabkan keperluan melepasi pelbagai halangan yang memerangkap para calon, termasuklah menentukan adanya sokongan kuat daripada cawangan dan bahagian untuk setakat memenangi jawatan di peringkat bahagian.

Tetapi, bukankah Dr. Mahathir yang mencipta peraturan baru supaya membolehkan beliau menang tanpa dicabar, terutama sekali setelah UMNO berpecah-belah pada 1988?

Apabila jawatankuasa khas UMNO yang dipelopori oleh Muhyiddin mengsyorkan sekatan ini dibatalkan, persidangan luarbiasa UMNO pada November lalu telah enggan mempersetujuinya. Tindakan seperti itu bukannya boleh dilakukan dengan mudah lagi dalam persidangan UMNO yang akan datang.


UMNO Yang Terjebak

UMNO terjebak dalam perangkap bikinannya sendiri. Para pemimpin yang sedang memegang tampuk kuasa mahukan satu sistem yang menyekat kemunculan pemimpin yang baru. Kerana itu, menteri baru dan timbalan menteri dipilih daripada mereka yang tidak memenangi pemilihan kerusi parlimen, menyebabkan akar umbi parti menjerit kerana melanggar peraturan.

Akar umbi parti memang meluat dengan semua perkara ini. Ia sudah melihat betapa UMNO sudah menjadi satu parti politik di mana para pemimpinnya mahu terus berkuasa sampai tidak lagi bernyawa.

Sudah wujud dua pendapat dalam UMNO. Para pemimpin yakin bahawa hanya mereka sahaja yang boleh memimpin dan menyokong orang Melayu dan menentukan kewujudan masyarakat deomokratik yang multi-kaum. Satu pendapat lagi merakamkan betapa orang Melayu sudah melihat UMNO itu tidak lagi untuk kepentingan orang Melayu, kerana ia sudah wujud sebagai sebuah parti politik Melayu dan bukan untuk kesinambungan budayanya.

Orang Melayu pada dasarnya amat marah terhadap cara dan tindak-tanduk kerajaan yang menguasai UMNO mengaibkan Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang sudah pun terpenjara.

Sudah tidak ada titik penyelesaian kepada dua pandangan yang bercanggah ini, dan pemimpin UMO sudah beranggapan perkara ini hanya akan dapat diselesaikan dengan menangkap sesiapa juga yang tidak bersetuju dengannya di bawah akta keselamatan dalaman (ISA).

Cara penyelesaian seperti itu adalah satu cara lama. Ahli UMNO sudah pun lari menendang UMNO untuk memasukki PAS dan Keadilan. Ahli UMNO yang ada sengaja enggan menghadiri mesyuarat UMNO. Seorang ahli seumur hidup UMNO, baru-baru ini menubuhkan satu cawangan PAS di pinggir Kuala Lumpur. Inilah gambaran penyakit dalaman yang tidak mahu dibincangkan oleh para pemimpin UMNO.


Dendam Berdendam

Kalau UMNO masih mahukan satu lagi alasan yang mencetuskan masalah, ia muncul kerana keputusan kerajaan mengemukakan lima lagi tuduhan berbaki terhadap UMNO minggu ini. Pejabat Ketua Peguam Negara, sedang mencelaru apakah tuduhan itu akan ditarik balik atau pun diteruskan sahaja. Melaksanakannya dalam tempoh dua bulan sebelum menjelangnya persidangan UMNO tentu sekali mencetuskan tuduhan menggila.

Keadaan tidak lagi mengambilkira samada kes itu ditarik balik ataupun diteruskan. Kerajaan sudah semakin terdesak sekarang. Adalah lebih baik kalau semua tuduhan itu diperlekehkan sahaja. Tetapi, UMNO tidak mahu lain lagi selain melepaskan geram dendam lama terhadap Anwar kerana segala kebobrokan ini.

Seperti masalah layanan perubatannya, kerajaan dan tentunya UMNO telah terjebak, apapun tindakan yang akan ditetapkan.

Salah urusan beginilah, dan bukannya korupsi, politik wang, ataupun perundangan mengenai pilihanraya , yang telah menjerit UMNO. Tidak kiralah kalau-kalau para pemimpin UMNO itu meletakkan jawtan dan menyerahkan penerajuan parti kepaa pemimpin reformasi yang baru.

Kalaulah Tengku Razaleigh Hamzah dibawa semula menganggotai puak penasihat presiden, dia mungkin berjaya mengekalkan sokongan itu untuk satu ketika.

Untuk itu tidak menjadi penting lagi kalau wujudnya 3,000 ataupun 30,000 rungutan tentang pemilihan jawtankuasa bahagian yang telah dikemukakan. Ataupun kalau-kalau peraturan sudah pun berubah. Lagipun UMNO sudah merupakan sebuah parti politik yang tidak akan berjaya mendapatkan sokongan yang sudah pun lari darinya. Inilah yang berada di tahap paling corot dalam Dilemma UMNO.


-MGG Pillai-
24 April,2001. Khamis.


>>>>>>>>>>>>>>>>>Jumaat -MT- 25/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/Column/2001/04/2001042601.php3


Thursday April 26

Umno zugzwangs itself

CHIAROSCURO
MGG Pillai

2:42pm, Thu: There is a new political game in town. Umno leaders fall over each other to excoriate money politics as the source of all evil in the party. They accept how serious it is, appoint a special committee of party elders to look into claims, but would not let it do its work.

Ever so often, the Umno president, his deputy or one of the vice-presidents pontificate on how it could destroy Umno and politics, missing the point that what they say is received with a big yawn.

The Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad, who is the Umno president, wants the filthy rich to be barred from holding office in the party; he wants no more contracts given to Umno members, which confirms they always have been.

The deputy prime minister and Umno deputy president, Abdullah Ahmad Badawi, talks of how serious money politics is, as if his position is at stake if he does not speak about it when he gets a chance.

A vice-president, Muhyiddin Yassin, blames it all on how candidates for Umno office are nominated.

They grasp at straws. Money politics go hand in hand with Umno. Government projects go to Umno members or companies in which they have a prominent share. Even foreign companies need an Umno partner to succeed.

Every privatisation project, all failures, go to Umno cronies and courtiers, if not senior leaders themselves. But they have to pour part of their profits into Umno directly and indirectly. There is no escape from this. No one talks about it, but it is a fact of life.

Nothing unusual

There is nothing unusual about it. It is an unseen and unmentioned way in which political parties around the world collect funds, especially when in office. So, why is a fetish made about the large payments from those who benefit from the system?

To sideline the rich, as Dr Mahathir wants, from politics would not resolve Umno's ills. This rich benefitted from this political patronage, and are cronies, siblings and courtiers of the establishment to boot.

Daim Zainuddin's extensive business empire, controlled by his cronies and courtiers, is why the Malay moves away from Umno and Dr Mahathir had to act. But how he did is not how to.

Complaints about corruption in party elections is not new. So, why does Abdullah ignore the special Umno committee looking into it? Was he and Umno not serious about this in previous elections?

Why is it so important now? One man was expelled from Umno more than a decade ago for allegedly spending RM6 million to become a branch chairman. But if as the news suggests it is an endemic problem, why are the culprits, as local newspapers would put it, not brought to book?

Muhyiddin is disingenuous to insist that money politics in Umno elections came about because candidates must clear several hurdles, including support from more than his own branch and division for office, even at division level.

But Dr Mahathir had reworked the rules so that he would not be challenged as Umno president, especially after Umno was split in 1988.

When Muhyiddin's special Umno committee recommended that this restriction be dropped, the Umno extraordinary general meeting in November refused to. It would be more difficult to do that in a future Umno meeting.

Umno trapped

Umno is caught in a trap of its own making. The leaders in office wanted a system that restricts new leaders emerging. Then new ministers and deputy ministers are elected from those not elected members of parliament, causing the Umno rank and file to cry foul.

The Umno ground seethes at this. It sees Umno as a political party that ensures its leaders hold power for all time.

There are two views of Umno. The leaders insist, only they can lead and support the Malays and ensure a democratic multiracial society; the other that the Malay sees Umno as un-Malay, for it exists as a political party of the Malays, and not its cultural continuance.

He is incensed at the pettiness and cynicism with which the government of the day, controlled by Umno, tries to destroy the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim.

There is no meeting point between the two extreme views, and Umno leaders now think this can be resolved by locking up those who disagree with it under the Internal Security Act (ISA).

The time for that is passed. Umno members drift away to PAS and Keadilan. Umno members stay away from party meetings. One Umno life member formed a PAS branch on the outskirts of Kuala Lumpur recently. It reflects a malaise within, which Umno leaders do not want to discus.

Pound of flesh

If Umno wants another reason for its problems, it is the curious decision to bring to court the five outstanding charges against Anwar this week. The Attorney-General's chambers is coy if the charges would be withdrawn or proceeded with. To do so within two months of the Umno general assembly is madness.

It does not matter if the cases are withdrawn or proceeded with. Either way, the government is forced on the defensive. It would have been more elegant to ignore the charges. But Umno wants nothing more than its pound of flesh from Anwar for putting it in such parlous straits.

Like the problem over his medical treatment, the government, and therefore Umno, is caught, whatever action it takes.

This mishandling, not corruption, money politics, nor questionable election rules, which puts Umno in a political straitjacket. Even if the leaders resign and leave it to new reforming leaders.

If Tengku Razaleigh Hamzah is brought into Umno's inner circle, he could staunch the support a while.

For that, it does not matter if 3,000 or 30,000 complaints about branch elections are filed, or if the rules must be changed. Umno is, after all, a political party that cannot win back supporters it persistently loses. That is at the bottom of the Umno dilemma.


[*zugzwang n. in chess, when any move weakens the position. ]