Laman Webantu   KM2A1: 4327 File Size: 17.1 Kb *



TAG MT 87: Kami Diseksa Di bawah ISA
By Zakiah Koya

28/4/2001 7:33 pm Sat

TAG 087

[Empat wanita yang pernah ditahan melalui akta ISA menceritakan pengalaman ngeri masing-masing. Mereka telah di dera dan ditekan sebegitu rupa supaya akur sahaja kepada kehendak polis tetapi TIDAK BERJAYA. Kekuatan dalaman mereka amat tinggi dan kesemuanya bersatu kembali hari ini mendesak penahanan ISA ditamatkan segera. Perhatikan latar belakang mereka yang hebat-hebat belaka - professor, pensyarah, aktivis, NGO).

Kesemua mereka masih hidup hari ini dan tetap aktif memperjuangkan hak-hak kemanusiaandan rakyat jelata. Sekaligus ia membuktikan ISA pun tidak akan mampu mengalahkan 'seorang ibu' kerana kekuatan wanita memang terletak di situ. Sesungguhnya mereka itulah 'ibu' kita semuanya yang kasihkan anak-anak mereka sehingga mampu bertahan 60 hari lamanya. Kalaulah mereka itu 'Puteri', sehari pun sudah tewas agaknya walaupun mempunyai tali pinggang yang hitam warnanya... - Editor]


Penterjemah: -MT-


Kami Diseksa Di bawah ISA

(We were tortured under ISA, say former detainees)

Oleh: Zakiah Koya

Khamis: Empat orang wanita yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalaman (ISA) sempena 'Operasi Lalang' tahun 1980-an dulu telah bersuara lantang menceritakan bagaimana penderaan mental dan fizikal terpaksa mereka tanggongi ketika ditahan untuk tempoh 60 hari penyiasatan dilaksanakan oleh pihak polis.

Mereka meminta agar 10 tahanan ISA dibebaskan setelah ditahan sejak dua minggu yang lalu dan juga tiga orang lagi yang ditahan kerana dikatakan menganut fahaman Shi'ah. Empat wanita itu menyatakan betapa pengalaman mengajar mereka agar tidak mempercayai sebarang kenyataan pihak berkuasa mengenai ISA.

Empat wanita itu telah bercakap pada satu persidangan akhbar yang dianjurkan oleh WAC (Women's Agenda For Change). Mereka mengatakan sikap menidakkan ahli keluarga bertemu para tahanan itu memberi anggapan betapa mereka sedang terseksa.

Empat orang wanita itu ialah Professor Dr.Cecila Ng, seorang bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia, aktivis Lim Chin Chin, Dr. Chee Heng Leng (AWAM) dan Irene Xavier daripada Sahabat Wanita.


Tanpa Belas Kasihan

Xavier telah menceritakan pengalamannya selama 60 hari pertama dia ditahan, dia telah didera bermasuk mengangkat kakinya untuk dibelasah.

'Penahanan dibawah ISA adalah satu rahsia dan para tahanan tidak perlu dihadapkan kepada majistret. Inilah yang menafikan keselamatan para tahanan,' kata beliau.

Xavier telah mulanya ditangkap oleh polis Singapura dan dihantar menyeberangi tambak dan diserahkan kepada polis Malaysia. Dia terkejut juga dengaan semangat 'solidariti' dua negara untuk menangkapnya.

Saya terpaksa mengharapkan belas kasihan polis, tetapi itu adalah satu kenyataan saya yang salah, kerana polis memang tidak tahu berperasaan belas kasihan.

Ketika itu saya sedang berubat kerana keadaan kesihatan yang menanggung 'endometrriosis'. Tetapi saya tidak pun diberikan catuan ubat saya sehiggalah satu bulan selepas tangkapan itu. Hanya satu perkataan sahaja yang layak digunakan untuk menggambarkan penyiksaan itu 'KEJAM,' kata Xavier.

Dia merasa dihinakan. Itulah pengalaman pertama beliau disiksa dengan kejamnya, kerana 'ayah saya pun tidak pernah menampar saya.'

'Untuk mendapatkan satu pakaian dalam yang baru, saya terpaksa mengunjukkan tuala 'sanitary pad' yang kotor. Saya telah dipukul dan sepanjang penyiksaan itu tidak ada seorang pun polis wanita yang hadir. Mereka selalunya bertanya pilihan saya sama ada mahu dibantai dengan sekeping besi ataupun papan.

'Walaupun saya tidak pernah menunjukan pilihan, mereka terus membantai saya dengan keras pada bahagian tapak kaki dan kaki saya.' Dia tidak percaya, 10 orang tahanan itu tidak diseksa. 'Buktikanlah saya bersalah dengan anggapan itu - hadapkan mereka kepada hakim yang dianggap memihak kepada polis,' katanya.


Suntikan Beracun

Dr. Chee berkata beliau adalah salah seorang yang mula-mula ditangkap di bawah Ops Lalang pada 1987. Ops itu adalah satu tindakan yang ditumpukan kepada pemimpin agama, pemimpin NGO dan ahli parti pembangkang ketika ekonomi negara sedang menguncup dan suasana poltik sedang terlungkup.

'Cara sesaorang itu ditahan di bawah ISA ialah untuk menakutkannya dan menanam perasaan ketakutan dan keazaban,' kata Chee.

'Saya sengaja didera supaya bersikap tidak berdaya untuk mempertahankan diri. Mereka geledah rumah saya selama tiga jam sebelum mereka membawa seya dan menyoal-siasat saya selama 72 jam tanpa henti.

'Saya telah digari, disuruh memakai kacamata hitam, dan diletakkan di sebuah bilik kurungan tidak bertingkap. Makanan dihulurkan melalui satu lubang kecil di bahagian pintu. Saya tidak dibenarkan berkasut, memakai pakaian dalam dan pakaian persalinan untuk ditukar ganti. Pada dua malam pertama saya didera untuk tidur di atas papan lapis, tanpa selimut,' kata Chee.

Che berkata cara mereka menyoal beliau ialah dengan mengetuk meja dan kerusi dan mengguna perkataan yang keji. Ada kalanya mereka melakonkan seolah-olah menyuntik benda beracun, kata beliau.

'Ketika ditahan, kemungkinan untuk kami melihat sanak saudara memang amat bergantung kepada jasabaik penangkap itu. Kemudian, saya terpaksa 'mendapatkan markah' kunjungan mereka secara 'bekerjasama; dan memberitahu apa yang mereka mahu dengar.' Kata Chee, yang kemudiannya dialihkan ke KemTahanan Kamunting selepas tahanan awal 60 hari itu.


Digari Dan Ditutup Mata

Lim telah ditahan pada Oktober 27, 1987. Dia menceritakan bagaimana dia telah diberitahu oleh satu pasukan yang dianggotai enam pegawai plis yang menangkap beliau betapa dia 'berkemungkinan bertindak yang memudaratkan negara.'

'Saya telah diangkut dengan sebuah kereta yang tidak bertanda, dialihkan kepada satu 'Black Maria' (kereta polis khas berwarna hitam) dan kemudiannya dibawa ke satu destinasi yang tidak diketahui di mana saya telah dibogelkan untuk hanya memakai satu pakaian yang longgar. Saya dinafikan kasut dan pakaian dalam dan juga cermin mata yang pernah saya gunakan sejak berusia sembilan tahun,' kata Lim.

Dia menceritakan betapa tangannya digari dan matanya ditutup dengan kain dan disumbat pula dalam satu kamar yang kotor dan kecil tanpa jendela dengan satu pangkin simen dan satu tandas.

'Saya disoal-siasat selama 15jam sehari dan semasa siasatan itu ada satu hembusan angin daripada satu penghawa dingin yang disasarkan kepada tengkuk saya.

'Pada hari yang ke lima belas, saya telah berpeluang berjumpa ahli keluarga untuk 10 minit sahaja. Apabila saya meminta bantuan guaman, para penyiksa saya telah memperlekehkan saya dengan berkata mana ada peruntukan di bawah ISA.

'Saya merana kerana sakit kepala, disebabkan cermin-mata yang dinafikan. Lagipun otot-otot saya menjadi kejang dan sakit kerana duduk terlalu lama di atas satu kerusi yang mempunyai cuma tiga kaki,' kata Lim.

Beliau berkata semua itu dilaksanakan untuk mengaibkan beliau dan penahanan selama 60 hari itu secara bersendirian adalah bertujuan untuk melemahkan moral para tahanan dan menafikan mereka kepada sebarang maklumat.

'Saya bergantung hanya kepaa para penyiksa saya untuk mendapatkan maklumat Saya mahu tahu apa yang sedang berlaku di luar kamar tahanan dan mereka memberitahu saya si polan dan si polan sudah pun tertangkap dan telah membuat pengakuan, yang memang bohong semata-mata.

Mereka memperdayakan saya dengan menyiksa saya sehingga terasa kesakitan apabila mengenangkan keluarga saya. Mereka menyogok maklumat songsang dan memang sukar menyaring kebenaran daripada segala pembongan mereka. Saya berpendapat kuasa yang diserahkan kepada polis di bawah ISA, mesti dihapuskan,' kata Lim.


Menyodok

Dr. Ng menceritakan betapa beliau merupakan orang terakhir ditangkap di bawah 'Operasi lalang'. Saya terlibat dengan satu projek di Jakarta dan sekembali saya itu,saya telah ditahan dibawah ISA kerana dikatakan 'menganjurkan komunisma dan perjuangan kelas menengah'. Semua tuduhan itu sengaja diada-adakan.

'Pembohongan seperti itu akan berterusan sebagai arahan harian di bawah negara yang dijajah oleh seorang diktator yang akan terus berselindung sebalik topeng ISA,' kata Ng, yang tidak pun menceritakan apa yang berlaku semasa dalam tahanan.

Sepuluh orang aktivis reformasi, tujuh daripadanya adalah peimpin Keadilan, telah ditangkap dibawah ISA sejak dua minggu yang lalu adalah Tian Chua, Mohamad Ezam Mohd.Nor, N Gobalakrishnan, Saari Sungib, Lokman Adam, Dr. Badrul Amin Bharom, Abdul Ghani Haroon, Hishamuddin Rais, Raja Petra Raja Kamaruddin dan Badaruddin Ismail.

Satu kenyataan akhbar WAC telah menyebut betapa tiga orang aktivis Shi'ah adalah Norman Batcha, Zainal Taib dan Ahmadi Asab.

Presiden Tenaganita Irene Fernandez yang telah hadir pada persidangan akhbar itu telah meminta Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) menggunakan kuasa mereka 'menyodok jalan rintis' untuk melihat sendiri keadaan mereka yang sedang ditahan itu.



-Zakiah Koya-
Khamis, 26 April 2001.
Malaysiakini


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Jumaaat 27/4/01<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001042612.php3


Thursday April 26

We were tortured under ISA, say former detainees Zakiah Koya

5:19pm, Thu: Four women detained under the Internal Security Act (ISA) during 1987's Operasi Lalang today spoke out on the mental and physical torture they were forced to undergo during their initial 60-day investigative period.

Calling for the immediate release of the 10 ISA detainees arrested over the past two weeks and also three others who were arrested for allegedly professing Shi'ite beliefs, the four women said their own experiences had taught them not to believe statements issued by the authorities on the ISA.

The four women, who spoke at a press conference organised by the Women's Agenda for Change (WAC), said the fact that families were denied from visiting the recent detainees leads to the belief that those arrested are being tortured.

The four are Universiti Putra Malaysia retired assistant professor Dr Cecilia Ng, women's issues activist Lim Chin Chin, founder member of the Women's Development Centre (WDC) and All Women's Action Society (Awam) Dr Chee Heng Leng and Sahabat Wanita's Irene Xavier.

No mercy

Xavier said that during her first 60 days, she was subjected to physical torture including holding up her foot so that she could be beaten.

'Detention under ISA is secret and detainees need not appear before magistrates, thus eliminating safeguards for the safety of detainees,' she said.

Xavier, who was arrested by the Singapore police and then sent across the causeway to Malaysian police, said that she was quite taken aback by the 'solidarity'of the two countries in her arrest.

'I was at the mercy of the police, but that would be wrong for me to say, for the police has no mercy whatsoever.

'I was then on medication for a condition called endometriosis but I was not given my medication until after a month I was arrested. There is only one word to describe the interrogation - violent,' said Xavier.


She said that she was humiliated and it was her first time experiencing violence as 'not even my father had laid his hand on me'.

'To get new underwear, I had to show my soiled sanitary pad. I was beaten and during those particular sessions, no policewomen would be present. They would ask me to choose whether I wanted to be beaten by a metal piece or a wooden piece.

'Without me stating my preference, they would beat me hard on the legs and on my soles. During these beatings, I was required to hold my foot up to be beaten,' said Xavier.

She said that she does not believe that the 10 arrested under the ISA over the past two weeks are safe.

'Prove me wrong - even if they have to be produced before judges who have endeared themselves to the police,' she added.

Poisonous substances

Dr Chee said that she was one of the first to be arrested under the Operasi Lalang in 1987, an operation launched by the government on religious leaders, NGO leaders and opposition party members in the wake of the economic and political turmoil then.

'The way a person is arrested under ISA is designed to intimidate and instil fear and terror,' said Chee.

'I was made to feel totally defenceless and the ISA allows for this. They ransacked my house for three hours before they took me away and put me through a non-stop 72-hour interrogation.

'I was handcuffed, made to wear blacked-out spectacles, and put in a windowless cell, through which food was sent in through a small opening in the door. I was deprived of footwear, underwear and change of clothes. For the first two nights, I had to sleep on a plywood, without a blanket,' said Chee.

She said that they would interrogate her by banging on tables and chairs and using abusive language. At times they pretended to inject her with poisonous substances, she added.

'During detention, the possibility of us seeing any family member is totally dependent on the captors. Later, I would have to 'earn' these visits by 'cooperating' and telling them what they wanted to hear,' said Chee, who was moved to the Kamunting Detention Camp after the initial 60-day period.

Handcuffed, blindfolded

Lim, who was arrested on Oct 27, 1987, said she was told by the team of six police officers who arrested her that she was 'likely to act in a manner prejudicial to the country'.

'I was taken in an unmarked car, transferred into a Black Maria, then taken to an unknown destination where I was stripped of everything and made to wear loose clothing. I was deprived of footwear and underwear and even my spectacles, which I had been wearing since I was nine,' said Lim.

She said she was handcuffed and blindfolded and put in a small, filthy, windowless cell with a cement bunk and a toilet.

'I was interrogated for more than 15 hours a day and during the interrogation there would be a powerful air conditioner blowing down my back.

'On my 15th day, I was able to meet my family but only for about 10 minutes. When I requested legal assistance, my interrogators ridiculed me saying there was no such provision under the ISA.

'I suffered from headaches - due to my spectacles being taken away - besides muscle cramps and pains from sitting on chairs with three legs,' said Lim.

She said that all this was done to humiliate her and the 60-day confinement in isolation was to demoralise the detainee by cutting off all access to information.

'I depended solely on my interrogators for all information. I wanted to know what was going on outside and they told me that so and so has been arrested and has confessed, which was all untrue.

'They played on my guilt and the pain I had brought upon my family. They fed me with misinformation and it was impossible to discern the truth from lies.

'In view of the powers vested to the police under the ISA, it must be abolished,' said Lim.

'Bulldoze their way'

Dr Ng said that she was the last person to be arrested during Operasi Lalang.

'I was away for a project in Indonesia and when I returned, I was arrested under the ISA for allegedly 'promoting communism and middle-class struggle'. All the charges were fabricated.

'Such lies will continue to be the order of the day under this dictatorial state, which continues to hide behind the insidious mask of ISA,' said Ng, who did not relate what happened during her ISA detention.

The 10 reformasi activists, seven of them Keadilan leaders, who were arrested under the ISA over the past two weeks are Tian Chua, Mohamad Ezam Mohd Nor, N Gobalakrishnan, Saari Sungib, Lokman Adam, Dr Badrul Amin Baharom, Abdul Ghani Haroon, Hishamuddin Rais, Raja Petra Raja Kamaruddin and Badaruddin Ismail.

A WAC press statement said the three arrested for Shi'ite activities were Norman Batcha, Zainal Talib and Ahmadi Asab.

Tenaganita president Irene Frernandez, who was also present at the press conference, called on the National Human Rights Commission (Suhakam) to use their powers to 'bulldoze their way through' and to see to the conditions of those detained.