Laman Webantu   KM2A1: 4333 File Size: 21.0 Kb *



TAG MT 88: Gambaran Kisah
By Harun Rashid

29/4/2001 1:39 am Sun

TAG 088

[Ada banyak sebab tangkapan ISA dibuat pada saat ini. Salah satu puncanya ialah kes pengundi hantu di Lunas yang melibatkan kesaksian mereka yang tertahan ini. Juga kemungkinan pilihanraya Beserah akan menyaksikan tektik pengundi hantu digunakan lagi kerana yang menangkap hantu sudahpun digari dalam ISA. Demikianlah kotornya mainan politik Umno masakini.

Daim yang bercuti itu pula harus diperhati kerana dia kini sedang merancang sesuatu yang amat penting sekali. Lebih penting dari segala-galanya kerana masa depannya amat bergantung dengannya - bukan dengan jawatannya. Seperti biasa, jangan muncul di tengah sandiwara, nanti buruk akibatnya.... Daim sedang menyusun kertas kerjanya untuk mengerjakan seseorang (atau lebih?) yang menggugat dirinya.

*Gambar yang disertakan di dalam rencana ini mungkin diambil di Kulim, tidak di Lunas. Walaupun begitu mesejnya tetap sama - terbongkarnya isu pengundi hantu menyebabkan Umno malu semalunya sehingga menggunakan ISA untuk mengkuburkannya. Tetapi Umno tidak akan berjaya kerana ia sudah tersebar ke seluruh negara untuk mengaibkan Umno selama-lamanya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Gambaran Kisah

(A Picture Story)

Oleh: Harun Rashid


Pihak polis telah melaksanakan beberapa tangkapan, setelah menerima beberapa arahan daripada pakar strategi UMNO. Alasan yang diberikan ialah beberapa demonstrasi jalanan yang sudah dirancang, dianggap satu ugutan kepada keselamatan negara. Mereka yang ditangkap tidak sempat menyertai satu upacara yang mereka turut anjurkan, penghantaran satu memorandum rakyat kepada Suhakam yang meminta beberapa tuntutan.

Upacara itu berlangsung juga seperti yang direncana, walaupun orang yang merancangnya ditangkap untuk masuk penjara. Majlis berlangsung dengan aman, dan semua pihak bersetuju betapa segala penangkapan itu memang tidak perlu.

Namun, mereka yang ditangkap tidak dibebaskan lagi. Penangkapan dibawah akta purba ISA memang sesuatu yang dibenci. Itulah episod yang akan menghenyak UMNO-BN yang sedang berkuasa, kerana akibatnya ialah semakin berkurangnya sokongan rakyat terhadap mereka. Soalnya sekarang, kenapa mereka lakukan tangkapan itu?

Politik ialah satu lagi jenis mainan orang dewasa dimana pihak yang menang merangkul wang dan kuasa. Permainan ini mesti dimainkan dengan penuh helah proses demokrasi. Setiap permainan ada peraturannya, dan pemain yang baik-baik bermain untuk menang mengikut ketetapan peraturannya.

Di dalam politik, permainan mudah tercemar menjadi kelibut. Peraturan diputar-belit sehingga jadi karut. Setiap usaha dilaksanakan untuk menyorokan kenyataan betapa kemudahan yang tidak patut sudah pun dibolot. Ini bertujuan menumpaskan pembangkang yang cuba mengugut.

Secara amnya, adalah tidak adil memenjarakan pemain pasukan lawan untuk diikat tangan dan kakinya dan menghenyaknya untuk disiksa dengan pelbagai cara. Apa gunanya memisahkan mereka daripada kawan dan keluarga, dan mendera sesiapa juga yang datang untuk menolong dan bertanya. Inilah mainan kotor yang sedang dipergiatkan di Malaysia.

Bantahan rakyat marhaen semakin meluap. Yang ditangkap dan terpenjara masih belum diberi peluang menunjukkan muka. Walaupun majlis sudah lama terlaksana, orang yang ditangkap masih terpenjara. Para pendakwa raya yang tinggi impiannya dan tinggi pula gaji-bulannya, dan seorang hakim yang telah lama diperas-ugut kini dikerah melakonkan aksi mereka mengikut skrip politik yang sudah tersedia. Keadilan dan undang-undang sudah lama berbau haprak membuatkan seluruh dunia naik jelak.

Para konspirator UMNO-BN menggunakan para strategis yang tidak berbuat perkara lain selain sibuk bermain politik yang menjanjikan kekayaan dan kuasa. Mereka semua mengongsi segala habuan yang muncul walaupun banyak tandatanya mengenai agihannya sudah tersembul.

Para perancang itu memang sudah berjaya, walaupun tangan penuh dosa. Gerakan mereka terlalu nyata untuk memberikan keuntungan segera. Penyelewengan perturan yang ditetapkan menidakkan peluang merangkul kemenangan yang berpanjangan. Mereka sedar kepayahan peperangan jangka panjang, kerana itu dicetusnya tindakan dari arah belakang. Mereka bertahan sedaya mungkin sambil merencana segala kemungkinan sebagai pemangkin. Semua tindakan yang dilaksanakan kini bertujuan melengahkan keadaan tertekan lagi.

Tandatanya semakin latang disuarakan, kenapakah perancang BN UMNO merencana penangkapan dan penahanan tanpa perbicaraan dan menafikan bantuan guaman? Yang pasti mesti ada sebabnya melaksanakan tindkan ini pada mulanya.



Kenapa Penangkapan Dibuat

Cuba bayangkan gambaran ini di mana ceritanya dapat dicari.


Gambar pertama diambil dihari pilihanraya kecil, Lunas*. Orang-orang dalam gambar itu telah menahan beberapa bas yang sarat dengan pegundi upahan untuk mengundi di Lunas. Undi hantu dan undi tipu memang penting untuk memenangi pihanraya yang ditanding.

Perancang UMNO membantah dengan keras apabila pengundi upahan mereka diberkas. Mereka membuat pengakuan betapa para penumpang bas itu hanya para penyokong yang datang untuk membantu. Tetapi, sokongan untuk membantu seperti itu adalah menyalahi undang-undang pilihanraya negara ini.

Para penumpang bas itu mengaku mereka dibayar RM50 oleh pegawai UMNO untuk memangkah kertas undi tipu. Pegawai pilihanraya pula enggan membuat perakuan mengenai pendaftaran mereka. Para penumpang itu bersama para pengupah mereka sudah pun melakukan kerja-kerja jenayah. Tidak seorang pun yang dikenakan tuduhan walaupun polis mempunyai nama dan kesalahan mereka dalam simpanan. Pegawai pilihanraya dilihat sebagai turut bersubahat.

Orang yang digambarkan itu telah menangkap mereka melakukan kesalahan. Dia memberitahu seorang perancang kanan UMNO supaya jangan berhelah lagi. 'Khalil Yaakob, janganlah bohongi saya pula. Bukankah kita faham kebenarannya? Bukankah kita sudah lama bersama merancang perkara yang serupa?'

Orang yang digambarkan telah menahan bas-bas yang sarat pengundi hantu muncul di Lunas. UMNO kecundang pilihanraya di situ. Medreka mengutuk orang ini kerana aksinya. Apabila dia melaporkan bantahan kepada polis mengenai peristiwa bas itu, polis tidak ambil peduli. Sebaliknya apabila pihak lain buat laporan polis mengenai mereka, polis bertindak dan menangkap mereka pula.

Kekalahan Lunas adalah satu pengaiban besar kepada BN dan UMNO. Hancurlah segala keangkuhan yang dilakonkan selama ini. Semua pihak menyaksikan satu pilihanraya yang bersih dan saksama. Terbongkarlah segala penipuan pemilu 1999 dulu. Perdebatan bahawa parti yang sedang berkuasa memenangi suara pilihan majority secara telus dan adil terus terbogel.

Kuasa UMNO-BN ditentukan melalui penguasaan kerusi terbanyak di parlimen. Para calon telah diberi jaminan betapa kerusi mereka itu adalah selamat dan sebaik sahaja sesaorang calon itu dicadangkan oleh UMNO-BN, kejayaannya di pemilu itu sudah terjamin. Perkara ini ada kebenarannya yang terang selagi proses pengundian itu diputarbelit semacam wayang. Janji-janji itu berasaskan keupayaan menipu, kehadiran jumlah besar pengundi hantu dan kepintaran para pegawai pilihanraya yang sama membantu.

Lunas membuktikan bahawa kemenangan melalui penipuan bukannya satu jaminan. Para calon tidak boleh bergantung-harap kepada bas yang datang lagi. UMNO-BN kini diserang pemberontakan yang sungguh menyeluruh. Mereka sudah merasa tergugat diparlimen, malahan kerajaan negeri pun pasti runtuh.

Fauzi telah menjadikan keadaan itu sebagai sesuatu yang amat jelas dan cerah. Kejelekannya terhadap sikap UMNO mengenepikan saki-baki penyokong Anwar dalam UMNO mendesak nalurinya agar terjadi pilihanraya kecil di Beserah. Dia telah kemukakan tuduhan terhadap Khalil yang dianggap sebagai orang halimunan dalam gambar itu. Tetapi Khalil tidak pun dikenakan sebarang tuduhan kerana perkara itu mahu diperamkan saja oleh parti yang berkuasa.

Dulu, UMNO-BN mengimpikan istirehat sebaik sahaja pemilu sudah selesai. Lima tahun dianggap tempoh yang sesuai untuk bersantai. Fauzi mengejutkan mereka dengan kenyataan tugas-tugas yang belum selesai. Para penyandang kerusi kini boleh memeras-ugut parti untuk disalai.

Keyakinan betapa sesuatu pemilihanraya itu dapat dimenangi mesti dipulihkan semula. Rencana baru mesti dibuat menentukan bas-bas seperti dulu boleh masuk tanpa dihambat. Orang-orang yang menahan bas-bas itu mesti disimpan dulu. Kalau mereka dipenjarakan bererti pilihanraya boleh dimenangi dan parti boleh bersorak lagi: 'Lihat, bukankah kami buat jaminan bahawa kemenangan tetap dalam tangan?' Orang-orang yang menahan bas dulu sudah pun terperuk di kamar berjejari besi, masalah mereka belum diselesaikan lagi. Tetapi, berapa ramai lagi anak-anak muda yang menunggu dengan ghairahnya menyambung perjuangan mereka? Inilah yang belum menjadi satu kepastian. Sokongan sebenar perlu diukur dulu sebelum diisytiharkan pemilu yang terbaru.

Kemelut Beserah mesti diperpanjangkan sedaya mungkin. Begitu juga dengan pilihanraya di Sarawak. Pilihanraya tidak boleh dibenarkan selagi kemenangan tidak terjamin. Itulah strateginya, apakah ia boleh berjaya?

Rakyat sudah semakin pintar berpolitik dan banyak kerusi parlimen dan negeri yang akan jatuh tergolek. Para penyandang jawatan kerusi parlimen dan negeri UMNO-BN sudah semakin galak bertukar haluan dan mengubah selera untuk bertanding semula sebagai calon parti BA pula nanti.

Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian tidak berjalan licin seperti yang diharapkan. Memang ada muka baru yang tidak boleh diharapkan menggantikan yang lama. Mereka yang dikaitkan dengan Awnar sudah pun jatuh diketepikan. Inilah yang menakutkan golongan lama yang berada di peringkat atasan. Seorang ketua percencana, menteri kewangan (yang mempunyai banyak kepentingan) telah bertindak untuk bercuti daripada terus mengemudi. Dia bercuti daripada jawatan rasminya untuk menumpukan masa dan tenaga kepada peperangan yang lebih besar di luar medan perang.

Orang tahanan tidak akan dibebaskan daripada penjara kerana terlalu banyak pengetahuannya. Mereka sanggup mengambil segala risiko untuk menahan bas-bas yang dulu. Sesiapa juga yang melangkah ke depan membantu keluarga mereka akan ditangkap juga. Rencananya ialah memisahkan para tahanan daripada sanak sekeluarga, sambil mengugut mereka agar mengalah untuk membisu dan menyerah.

Semua ini tidak akan berjaya. Sebab musababnya akan kita bincang di lain masa. Memang banyak alasannya. Sementara itu jangan lupa mengikuti pergerakan menteri kewangan yang sedang bercuti. Dialah orangnya yang disebut dalam kemelut Anwar sebagai bapak konspirasi. Kini dia mempunyai peluang meneliti pergerakan pasaran saham dengan penuh hati-hati. Berwaspada dengan gerak lonjakan 'rally' yang berpada. Dialah orangnya dan bukannya menteri dalam negeri yang mengkotak-katikkan pasukan polis kita. Tangan halimunannya jugalah yang selama ini mencekik leher rakyat marhaen.


-Harun Rashid-
Jumaat 28/4/2001


>>>>>>>>>>>>>>>>MT Sabtu 28/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:

http://home.yqi.com/harunrashid1/62Picture.html


Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary

A Picture Story

by Harun Rashid

The national police, acting under directions of the Umno party strategists, have made a number of arrests. The reason given is that street demonstrations were planned, and these were a threat to national security. They were arrested prior to a planned event, the delivery of a memorandum to the Human Rights Commission requesting certain reforms.

The affair happened as planned, even though the men who planned it were incarcerated. The event was a peaceful one, and all present agreed there was no necessity for alarm or peremptive arrests.

Yet the men have not been released. The arrests under the ancient ISA law are very unpopular. The episode is a very costly one for the Umno-BN party-in-power, as it most assuredly has cost them majority support. The question then, is why did they do it?

Politics is another variety of adult game, in which the winner gets money and power. The game must be played under the subterfuge of democratic processes. Games have rules, and good game players learn how to win within the rules.

In politics, however, the game often gets dirty. The rules are twisted until they become unrecognizable. Every effort is made to conceal the fact that unfair advantage has been taken. This is done in an effort to disarm potential opponents.

In general, it is not fair to incarcerate members of the opposing team. To bind him hand and foot. To submit him to various types of torture. To separate him from friends and family. To harass any and all who might come to help. This is the "dirty pool" being played in Malaysia today.

There is great public outcry against the arrests. Yet those arrested have not been released. The event is long past, but the men have not been released. The ambitious well-paid public prosecutors and the poor black-mailed judge have been pressed into action as political pawns again. Justice and the law have been made odorous. All throughout the world are nauseated.

The Umno-BN conspirators employ strategists who do nothing but devise means to play the political game for wealth and power. All share the spoils, though there is great inequity in the distribution.

The strategists are successful, if somewhat heavy-handed. Their moves are too transparent for anything but a temporary advantage. Departure from the rules has cost them the ultimate victory. They know they have lost the long term war, so the present strategy is to wage a rear-guard action. To hold on as long as possible, making plans for all eventualities. All current events thus must be seen in the perspective of a delaying action.

The question arises why the Umno-Bn strategists made plans to arrest these men, and to hold them without trial or counsel. Why have they accepted the loss of all future support? Certainly there is a reason this move was felt necessary.


Why The Arrests Were Made

Look at this picture. It tells the story well.


The picture was taken the day of the election in Lunas. The man in the picture has intercepted a number of buses bringing illegal voters into Lunas. The illegal votes are crucial to win the election, though by fraudulent means.

Umno planners have objected to their illegal voters being prevented from voting. They argue that the passengers are just ardent supporters, volunteering to help in the election. Such help on election day is illegal in Malaysia.

The people on the bus confess they were paid RM50 by Umno officials to cast an illegal vote. The election officials refused to confirm or deny their registration. Both the passengers and those who paid them have committed a crime. Neither passengers nor their paymasters have been charged, though their names are known to the police. The election officials and the police are seen as accomplices in the act.

The man in the picture has caught them in the act. He is telling a senior Umno strategist not to talk nonsense to him. He is saying, "Khalil Yaakob, don't lie to me. You and I both know the truth, because we both have planned many, many of these same operations ourselves."

The man in this picture stopped the buses carrying phantom voters to Lunas. Umno lost the Lunas election. They hold this man responsible. When he filed a police report over the bus incident, alleging electoral fraud, the police ignored it. Instead they filed a police report against him, along with others also active. They have been arrested, too.

The loss of Lunas was a disaster for Umno-BN. The facade of invulnerability was destroyed. All saw an election won by fair means. The fraud of the 1999 general election was exposed. The argument that the party-in-power is the choice of the majority was seen to be a lie.

The power of the Umno-BN is exercised through control of the parliament seats. The candidates have been assured that the seats are safe, and that once Umno-BN choses a candidate, his success at the polls is assured. This is true so long as the electoral process is suborned. The promise depends on the ability to rig the elections. The phantom voters play a large role, alongside election officials who cheat in various ways.

But Lunas showed that victory by fraud is not a guarantee. The candidates cannot depend on the buses anymore. Umno-BN is threatened with wholesale revolt, losing not only parliament but states as well.

Fauzi made the situation plain. His resentment at the Umno-BN attempt to close ranks by eliminating any remaining Anwar supporters led him to threaten a by-election in Beserah. He has brought charges against Khalil, the unseen man in the picture. Khalil has not been charged. The matter is being hushed up within the party.

After the last election the Umno-BN thought they could sit back and rest easy for five years. Fauzi has shown them this is not the case. Now the seats are all in question. The seat holders can now blackmail the party. If the party doesn't pay up, the seat holder will force a by-election, and threaten to join the opposition.

Confidence that an election can be won must be restored. To do this it must be shown that the buses can get through. The men who stopped the buses must be kept in the penalty box. If they can be kept in jail, then the election can be won, and the party can again say, "Look, we can still guarantee your seat." The young men who stopped the buses are in jail. But the issue is still not certain. How many more are waiting in the wings to step into their shoes? That is the great uncertainty. The depth of support must be determined before another election can be held.

Beserah must be delayed as long as possible. Ditto for Sarawak. No election can be allowed until victory is a certainty. That is the strategy. Will it work?

The people have become more politically astute, and many state and parliament seats will certainly fall to the BA in any coming election. The Umno-BN politicians holding precariously to their state and parliament seats, have begun to opportunistically change sides, preferring to present themselves as a BA party candidate in the next election.

Umno branch and division elections have not all transpired as hoped. There are new faces, not dependable, replacing the old. Many who are responsible for the unjust treatment of Anwar were defeated. This is frightening to the old guard at the top. One chief strategist, the finance minister (with much at stake), has felt it necessary to take leave in order to direct the battle. He is on leave from his public post in order to better concentrate his time and energies on the greater battle behind the scenes.

The men are not to be released from prison. They know too much. They are willing to risk all to stop the buses. Any who come forward to help them or their families will also be subject to arrest. The strategy is to isolate the detainees and their families, intimidating the opposition workers into acquiesence and silence.

It will not work. Why it will not work is the subject of another column. There are many reasons.

In the meantime, watch the on-leave finance minister. He was named in the Anwar trials as the mastermind behind the conspiracy. He is now free to devote all his attention and energy to the stock market. Beware a low volume rally. He, not the home minister, gives strategic direction for the police force. It is his not-so-hidden hand that grasps the throat of the people.

Link Reference : Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary