Laman Webantu   KM2A1: 4335 File Size: 14.9 Kb *



TJ MT MGG: UMNO Perlekehkan Yang Kaya Raya !!
By M.G.G. Pillai

29/4/2001 7:03 am Sun

MGG 9501

[Orang kaya menjadi sasaran baru Mahathir untuk mengemis popularitinya yang sudah pudar itu. Rakyat termasuk akar umbi Umno sendiri sudah benci dan mula mempertikaikan kekayaan luar biasa pemimpin Umno sedangkan gaji tidaklah seberapa dan kepandaian berniaga tidak ada. Mereka kaya melalui Umno bukannya melalui usaha.

Malang bagi Mahathir, belum apa-apa Rafidah Aziz telah memecahkan tembelangnya itu. Umno mahu menguasai kerajaan, bukannya sebaliknya. Ini bermakna Umno berada di atas segala-galanya sehingga kerajaan (seperti BPR) tidak mampu berbuat apa-apa.

Sampai kini pemimpin Umno termasuk Mahathir sendiri tidak mengisytiharkan semua harta setelus-telusnya dan BPR seperti tidak bekerja sedangkan indeks korupsi negara semakin teruk angkanya. Nampak sangat indah khabar dari rupa.... Bank di Singapura tentu menyimpan banyak rahsia siapakah pemimpin Umno yang sebenarnya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal muncul di HARAKAH terkini, 01-15 Mei 2001)



UMNO Perlekehkan Yang Kaya Raya !!

(Dr: UMNO does not want the filthy rich!)

Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, terpaksa mundar-mandir meraih simpati dalam UMNO agar tidak tersingkir. Keghairahan kaum wanita memasukki Keadilan dan PAS telah mendesak beliau menubuhkan Puteri UMNO khas untuk mereka berumur bawah 35 tahun. Dia mahu bincangkan hal perpaduan Melayu dengan PAS untuk menumpulkan bisa Keadilan. Kini dia mahu membawa reformasi dalam UMNO dengan menghalang yang kaya raya memegang jawatan dalam parti.

Setiap langkah yang dianjurkannya adalah bertujuan untuk mengekalkan dominasinya ketika ahli UMNO lebih selesa untuk mengecutkan kuasanya itu dan menghumbannya daripada parti. Setelah memimpin UMNO melakukan segala tindak tanduk yang mengaibkan parti itu kini, dia sedar betapa sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama memencilkan diri. Satu prinsip yang menyebabkan ketidakpuasan itu bukanlah disebabkan kuasa wang tetapi kerana munculnya orang kaya baru yang berbelanja sakan untuk melonjak naik ke persada jawatan.

Perkara ini memang tidak diperakui tetapi ia jelas terpampang sebelum berlakunya pengundian UMNO lagi, apabila para pemimpin mengeluarkan ugutan hukuman berat seandainya wang digunakan untuk berpolitik, dan ugutan itu memang jarang sangat dipraktikkan. Tiba-tiba, tuntutan Mahathir agar yang kaya raya tidak diberi tempat untuk mewarnai heiraki UMNO menunjukkan ia bukanlah usaha untuk menyegarkan parti tetapi untuk membantu mempupuskannya.

Apa yang dia mahu memang tidak mempunyai apa-apa erti lagi. Siapakah yang kaya raya itu? Bagaimana menafsirkan siapa yang kaya dan siapa yang kayap? Apakah mereka yang membalun kekayaan melalui "penjimatan yang berhemah ketika bertugas'" - itulah jawapan mereka setiapkali disoal BPR bagaimana mereka menjadi kaya raya - dinafikan hak memegang jawatan dalam UMNO?

Apabila menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pergi bercuti untuk dua bulan, Rancangan Malaysia Kedelapan sedang diperkenalkan. Dr. Mahathir telah melantik secara tergesa-gesa seorang penasihat ekonomi istimewa. Ini memberikan kiasan betapa perpisahan mereka berdua bukan berlaku atas dasar suka sama suka. Dr. Mahathir menafikan adanya perbalahan, tetapi apabila dia menafikan adanya perbalahan dengan mantan timbalan perdana menteri, enam hari sebelum beliau diaibkan pada 1998 dulu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akhirnya terpenjara dan terseksa begitu rupa.

Akar umbi UMNO memang marah, jelak dan meluat melihatkan betapa para kroni dan sekutu niaga Dr. Mahathir dan Tun Daim naik melonjak dalam dunia perniagaan. Cara dana kerajaan digunakan untuk menyelamatkan para kroni dan sekutu niaga melalui Danaharta dan Danamodal telah dihenyak lagi oleh cara kerajaan menyelamatkan Tan Sri Tajuddin Ramli, seorang anak-didik Daim, dalam kemelut MAS. Begitu juga dengan penggunaan dana kerajaan dan dana wang amanah pencen untuk menyokong TimeDotCom yang dikuasai Tan Sri Halim Saad.

Jadi, Dr. Mahathir terpaksa menggunakan sesuatu untuk mengekalkan sokongan orang Melayu. Dia pun bertindak terhadap sesuatu yang sepatutnya dilaksanakan lebih satu dekad dulu. Kaedah memutar balik jam sejarah itu tidak akan memberikan kejayaannya, kerana tidak semudah itu membetulkan kerja-kerja tipu-menipu. Kini dia meminggirkan mereka yang kaya raya dengan tohmahan mereka adalah segala punca kemalapan UMNO, tanpa menyebutnya.

Masalah yang lebih besar, generasi peniaga era DEB memang sudah jelek dengan UMNO dan tidak mahu lagi melibatkan diri dengan parti itu. Kekuasaan sebenar putra-putra UMNO itu adalah berdasarkan keakraban mereka dengan orang yang sedang berkuasa. Betapa pun pemimpin UMNO termasuk Mahathir menafikannya, sebenarnya yang membuatkan UMNO bernafas ialah WANG. Inilah yang diulang-ulang setiap kali UMNO bersidang, terutama sekali apabila pemilihan datang menjelang. Seorang Melayu yang berminat dengan kerjaya politik mempunyai peluang yang lebih baik dalam keadilan dan PAS: dalam UMNO dia mesti berusaha untuk menjadi kaya raya dulu.

Apakah cadangan Mahathir ini cara beliau menentukan siapa yang sepatutnya memegang jawatan dalam parti? Akar umbi sudah sibuk dengan angin kencang betapa tiga orang menteri besar yang akan tumbang disebabkan terlalu banyak wang. Begitu juga dengan beberapa menteri kabinet. Mereka telah membalun terlalu banyak harta dan terpaksa pergi juga. Setiap kali BPR menjengah mereka untuk menyiasat kekayaan sesaorang menteri kabinet, adalah sesuai mengandaikan betapa menteri itu adalah antara mereka yang memang terlalu kaya mengikut tafsiran perdana menteri, seperti orang lain yang disyakki menjadi begitu.

Apakah keadaan perdana menteri menyerang golongan kaya itu merupakan satu rencana jangka panjang beliau untuk menjadikan UMNO lebih penting daripada kerajaan yang dipimpinnya?** Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz telah pun membuka tembelang rencana itu apabila dia bertegas baru-baru ini bahawa UMNO mesti sentiasa menguasai kerajaan, dan bukan pun sebaliknya.

Memang ada sedikit kebenaran kepada kenyataan itu tetapi ia juga bertujuan untuk menyekat tindakan mereka yang meyokong para penentangnya dan juga pencabarnya. Tengku Razaleigh Hamzah bukanlah termasuk dalam kategori ini. Saya telah diberitahu bahawa dua manusia ini kerap menghabiskan masa yang lama berbincang melalui telefon setiap hari. Nampaknya mereka lebih akrab lagi daripada keadaan Mahathir dengan menteri kewangan yang terpisah itu. Tun Daim, kini bercuti dengan segala kemungkinan untuk menghilang daripada kabinet. Semua gerak dan aksi ini adalah bertujuan untuk menentukan keunggulan presiden parti dalam kerajaan dan juga parti. Rafidah telah terpicit telur tembelang dengan mengulas muslihat gerakan itu. Beberapa cadangan telah diutarakan: bahawa Majlis Tertinggi diperbesarkan melebehi 43 ahli dan akan melantik seorang presiden daripda kalangan ahli majlis itu, seakan-akan kaedah yang diamalkan oleh Majlis Peguam memilih ahli jawatankuasanya. Presiden kemudiannya melantik perdana menteri. Satu lagi cadangan ialah tidak membenarkan menteri kabinet menganggotai majlis tertinggi seperti yang diamalkan oleh BJP di India.

Seorang pegawai kerja parti telah berpendapat bahawa semua ini masih samar lagi, kerana yang paling dirunsingkan oleh para pemimpin apakah Persidangan UMNO akan mengizinkan perubahan ini. Apabila pemimpin UMNO mencuba memansuhkan peraturan yang melarang jawatan presiden UMNO dicabar dalam satu persidangan khas dulu, usul itu telah ditolak dengan kerasnya. Masalah itu masih berkekalan. Cadangan Mahathir untuk menyekat orang kaya raya itu adalah sebahagian bisikan hatinya mengenai cara untuk memperteguhkan UMNO. Tetapi, dia mula-mula sekali perlu meyakinkan UMNO yang dia memang serius dalam hal ini, dan bukannya sengaja berhelah untuk terus berkhidmat secara kesumat sampai kiamat.

-MGG Pillai-

Jumaat 27 April,2001.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Jumaat 27/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<

Rencana Asal:

Harakah

01-15 May 01


Dr M: UMNO does not want the filthy rich!

By M.G.G. Pillai


The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, runs hither and thither to avoid being marginalised UMNO. The rush of young women into Keadilan and PAS forced him to set up Puteri UMNO for the under-35s. He wants talks on Malay Unity with PAS to neutralise Keadilan. And now he wants to reform UMNO by barring the filthy rich from party positions.

In every one of these moves, he does this to ensure his dominance at a time when UMNO members would rather diminish his stature and have him out of their hair. After encouraging UMNO to be what it is today, he finds the Malay ground slipping away from him. One principle cause of that dissatisfaction is the importance of not money but the suddenly rich who bought their way into party positions.

This is not admitted, but is clearly evident before UMNO elections, when leaders threaten severe punishment, rarely carried out, if money is used to be elected into office. But Dr Mahathir's sudden, inexplicable demand that the very rich have no place in the UMNO heirarchy suggests not an attempt to revitalise the party but to help it along to its irrelevance.

What he wants means nothing. Who are the filthy rich? How do you define who is rich and who is not? Would those who acquired their wealth through "shrewd investments in office" -- the usual justification when ACA asks them to explain away their new found wealth -- be denied positions in UMNO?

When the finance minister, Tun Daim Zainuddin, went on leave for two months, when during that period the Eighth Malaysia Plan was introduced, and Dr Mahathir immediately appoints a special economic adviser, it suggests the parting is not cordial. Dr Mahathir denies a rift, but then he denied a rift existed between him and the now jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, six days before he was dismissed from office in 1998.

The UMNO ground seethes in frustration and anger at the rise to prominence of Dr Mahathir's and Tun Daim's cronies and business associates. The use of government funds to bail out the cronies and business associates through Danaharta and Danamodal was made worse by the government bailing out Tan Sri Tajuddin Ramli, a Daim acolyte, from MAS and the use of government and employee pension funds to support Tan Sri Halim Saad-controlled TimeDotCom.

So, Dr Mahathir had to do something to staunch the Malay support. So he makes the moves he should have more than a decade ago, and tries to turn the clock back. That is well nigh impossible, as matters stands. He now alienates those UMNO made rich by suggesting that they are the cause, without saying so, of all that is wrong with UMNO.

The bigger problem though is that the NEP generation of businessmen are so disenchanted with UMNO that they want nothing to do with UMNO, and seek a political umbrella under PAS or Keadilan. UMNO does not accept this view, but when PAS formed a branch in Ampang Jaya, Selangor, recently, a few hundred turned up and willingly contributed to pay its way. The leading light in that is a former UMNO state executive councillor. This is not an isolated incident.

The surest way to remove UMNO from the Malaysian political landscape is to bar the rich from office. The very essence of the power of the UMNOputras is their closeness to power. However much Dr Mahathir and UMNO leaders would deny it, money is what makes UMNO run. It comes into blatant play in every UMNO meeting, especially in elections. A Malay who wants a political career would have a better chance in Keadilan or PAS; in UMNO he should expect to be rich first.

So is this proposal his way to remove those he does not like or want from office? The grapevine is full of rumours of three mentris besar being the first victims of this "filthy rich" policy. A few cabinet ministers could also. They have acquired, so the rumours go, wealth beyond their wildest dreams. Whenever the ACA is called in to investigate the wealth of a cabinet minister, it is fair to assume he is one of the "filthy rich" Dr Mahathir talks of. All the suspects have been.

Does Dr Mahathir target the rich as part of a long-term plan to make UMNO more important than the government it leads? The UMNO Wanita leader, Datin Rafidah Aziz, gave the game away when she insisted recently that UMNO must always control the government, not the other way around.

There is some truth in it, but it is also to restrict the actions of those who support his opponents and challengers. Tengku Razaleigh Hamzah is not in this category. I am informed that the two men have long conversations over the telephone daily, and are closer than Dr Mahathir ever was to his estranged finance minister, Tun Daim Zainuddin, now on leave with his resignation from the cabinet all but certain.

These moves come within moves to ensure the primacy of the party president in government and party. Rafidah gave the game away with her comments. Several suggestions are offered: that the supreme council be expanded beyond the present 43 and which would elect the president from amongst the members, somewhat how the Bar Council elects its office bearers. The president would then appoint the prime minister. Another suggestion would have cabinet ministers out of the supreme council, as in the BJP in India.

One party appartchik said however all this is still vague, the biggest worry amongst the leaders is if the UMNO General Assembly would agree to the changes. When UMNO leaders wanted to remove the highly-restrictive election procedures enforced to prevent the UMNO president from being challenged, a special general assembly refused to. That problem remains. His proposal to bar the filthy rich is part of his thinking-aloud views on how UMNO can be strengthened. But he first has to convince UMNO he is serious, and not peddle this just to continue in office.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my