Laman Webantu   KM2A1: 4338 File Size: 13.9 Kb *



Mengenali Abd Ghani Haroon
By Spy LUNAS

29/4/2001 2:03 pm Sun

INSAN YANG BERNAMA ABD. GHANI HAROON

Pada 22/4/2001 yang lalu, rombongan Presiden keADILan telah mengunjungi rumah Sdr. Abd. Ghani Haroon di Kulim dan bertemu dengan keluarga beliau. Dr. Wan Azizah dengan diiringi oleh YB Saifuddin Nasution dan YB Abd. Rahman Kadir serta dan keADILan Kedah dan Pulau Pinang, telah menyampaikan sumbangan wang derma dan beberapa barang keperluan harian buat keluarga Sdr. Abd. Ghani. Isteri Sdr. Abd. Ghani, Puan Roslijah, dan ibu kepada Sdr. Abd. Ghani merasa amat terharu dengan keperihatinan Dr. Wan Azizah dan mereka yang hadir serta mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut. Suasana begitu pilu dan sayu tatkala Puan Roslijah memberikan sedikit kata-kata aluan, sehinggakan ada di antara hadirin, terutamanya kaum wanita, yang tidak dapat menahan air mata. Ramai juga yang hadir memberikan sokongan kepada keluarga Sdr. Abd. Ghani pada hari itu. Tidak ketinggalan si siput-siput babi yang asyik membazirkan wang rakyat dengan tidak jemu-jemu mengambil gambar para penyokong yang hadir dari sebuah rumah jiran yang berdekatan. Kalaulah saya tuan rumah jiran tersebut, sudah tentu penyapu saya hadiahkan kepada bangsat-bangsat penjilat mamak tongkang tersebut dari mengizinkan premis saya dijadikan stesen kerja jahanam mereka itu. Larat ke nak mengISAkan semua yang hadir pada majlis tu??!!

Mungkin nama Abd. Ghani Haroon agak asing kepada para penyokong BA. Malah semasa media menjilat, Utusan Meloya, pertama kali melapor dan menyiarkan gambar individu-individu 'the magnificent 7' yang ditahan di bawah ISA, semua kecuali gambar Sdr. Abd. Ghani boleh didapati. Jika begitu asing penampilan Sdr. Abd. Ghani di mata mereka untuk dikaitkan dengan barisan hadapan pahlawan-pahlawan rakyat yang menentang kezaliman di Malaysia ini, mengapa pula nama beliau berada sebaris dengan personaliti-personaliti pemimpin BA, khasnya keADILan, yang telah diISAkan sejak 10/4/200 itu. Tambahan pula beliau adalah di antara mereka yang paling awal sekali 'diculik'. Perkara ini sedikit sebanyak telah menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan pencinta keadilan dan masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak para penyokong BA sekalian mendekati dan menyelami diri seorang pemuda yang bernama Abd. Ghani Haroon itu.

Sdr. Abd. Ghani yang merupakan exco Pemuda keADILan Pusat, juga memegang jawatan di dalam keADILan Pulau Pinang. Di dalam pilihanraya umum 1999, beliau telah diberi peluang bertanding satu kerusi ADUN bagi satu kawasan di Kepala Batas. Biarpun tewas, beliau masih mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di kawasan tersebut sehingga sekarang di mana beliau sering mengambil bahagian di dalam sesi-sesi ceramah di sana.

Sdr. Abd. Ghani seperti rakyat biasa Malaysia yang lain, menjadi 'breadwinner' di dalam keluarganya yang sederhana besar. Mempunyai 5 orang anak : Yang sulung berusia 14 tahun dan yang bongsu berusia 5 tahun manakala isterinya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Selain dari isteri dan anak-anaknya, beliau menetap di Kulim bersama-sama dengan ibu dan 2 lagi adik beradiknya. Bapanya telah meninggal dunia pada tahun 1997.

Sesuatu yang menarik tentang beliau adalah sifat berani dan suka menolong orang yang telah tertanam di dalam dirinya sejak zaman remaja lagi. Sewaktu bertugas di sebuah kilang di Kulim dahulu, beliau sering menjadi pembela dan memberi semangat kepada teman-teman sekerjanya untuk menyuarakan segala rasa tidak puas hati di dalam menghadapi tugas seharian. Sifat keberaniannya itu saling tak tumpah seperti arwah ayahnya yang pernah mewakili Malaysia di dalam sukan tinju Sukan SEAP semasa bertugas di dalam pasukan tentera British. Bukan itu sahaja, jiwa berjuang yang mengalir di dalam darah arwah ayahnya turut mengalir di dalam dirinya. Arwah ayahnya yang merupakan orang kuat PAS kawasan pada masa itu telah mengizinkan beliau untuk menyertai UMNO semata-mata untuk mendapatkan 'kemudahan' bagi disalurkan kepada masyarakat setempatnya. Dan itulah yang sebenarnya beliau lakukan. Sebarang kemudahan mahupun keuntungan dari urusan-urusan yang ditaja oleh UMNO, beliau tidak akan lupa untuk menyerahkannya kepada arwah ayahnya bagi disalurkan untuk kepentingan masyarakat setempat. Salah satu darinya adalah projek mendirikan sebuah masjid di Air Merah yang diuruskan oleh beliau. Kini masjid tersebut berdiri megah tidak jauh dari tempat kediamannya dan aktif di dalam segala kegiatan keagamaan untuk masyarakat setempat. Biarpun terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan akan perolehan dari projek masjid tersebut, kenyataanya adalah beliau terpaksa menggadaikan sebidang tanah arwah ayahnya demi menyempurnakan pembinaan masjid tersebut. Begitu juga semasa belaiu menjadi salah seorang ahli JKKK di kampungnya itu, usaha dan sumbangan beliau untuk kemajuan kampungnya tidak boleh dipandang ringan.

Di penghujung riwayatnya bersama UMNO, beliau berpeluang menikmati sedikit kesenangan hidup dengan mempunyai beberapa orang pekerja menjalankan perniagaan sendiri. Namun segala-galanya berakhir apabila beliau secara terbuka menentang penyingkiran DSAI pada tahun 1998. Jiwa berjuang yang telah sebati dengan dirinya tidak mengizinkannya untuk bersekongkol dengan kezaliman yang begitu ketara itu. Tidak mungkin beliau akan belot terhadap prinsip yang dipegang teguh oleh arwah ayahnya. Siapalah Anwar Ibrahim kalau hendak dikaitkan dengan dirinya.

Dengan penyertaannya di dalam Parti Keadilan Nasional selepas peristiwa pemecatan DSAI, satu demi satu sumber pencarian hidupnya terpaksa dikorbankan. Dari kereta pajero, beberapa buah lori dan beberapa pekerja sendiri, semuanya terpaksa dilepaskan. Sehingga pada satu peringkat beliau terpaksa menjual nasi ayam masakan isterinya di sebuah gerai kecil di Kulim. Namun semua itu tidak pernah beliau kesali.

Biarpun menetap di Kulim, beliau tidak pernah ketinggalan menyertai sebarang perhimpunan dan demonstrasi aman di Kuala Lumpur sejak tahun 1998 lagi. Malah beliau adalah di antara orang yang terlibat dengan demonstrasi keracunan arsenik di Masjid Negara serta pernah menjadi buruan anjing-anjing kurap. Sepak terajang dan kezaliman anjing-anjing kurap sudah menjadi asam garam kehidupannya. Kali terakhir beliau mengalami keganasan anjing-anjing itu adalah semasa perhimpunan di luar mahkamah Kulim, pada 18/2/2001, sebagai sokongan moral kepada Sdr. Ezam, YB. Azmin, Sdr. Ruslan Kssim, Sdr. Tian Chua, Sdr. Gobalakrishnan dan beberapa aktivis BA menghadapi pendakwaan di Mahkamah Majestrit Kulim. Di dalam peristiwa hitam yang mewarnai sejarah Kulim itu, beliau dan seorang gadis telah diseret dengan kejamnya oleh anjing-anjing belaan mahataik itu.

Hubungan erat yang terjalin di antara beliau dan Sdr. Ezam, Ketua Pemuda keADILan Malaysia, tidak perlu dipertikaikan lagi. Mungkin di atas dasar perjuangan yang sama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau telah menyatukan mereka. Sesungguhnya beliau adalah di antara golongan pemuda yang sangat cekal, yakin dan berani menghadapi perjuangan yang penuh dengan cabaran ini. Kebolehannya berucap dengan cara tersendiri dipergunakan sepenuhnya untuk mendedahkan sebarang kepincangan di dalam sistem pemerintahan mahafiraun. Kelantangannya itu kadang-kadang menggerunkan para pendengar, namun prinsip 'berani kerana benar' telah sebati dengan dirinya. Jika Sdr. Ezam dilihat sebagai anak didik Anwar Ibrahim, tidak keterlaluan jika dikatakan Sdr. Abd. Ghani pula adalah anak didik Sdr. Ezam. Keberanian dan keikhlasan Sdr. Ezam telah menjadi pendorong kepada Sdr. Abd. Ghani untuk bersama-sama memikul tugas yang amat berat itu. Selain Sdr. Lokman dan Sdr. Zahid, boleh dikatakan 'di mana ada Ezam di situ ada Ghani' bagi menunjukkan betapa kuatnya ikatan di antara pemuda-pemuda harapan bangsa ini.

Mendekati isteri Sdr. Abd. Ghani pula, Puan Roslijah, membuatkan diri ini insaf akan penderitaan yang dilalui oleh seorang isteri yang setia dan begitu mencintai suaminya. Beliau adalah seorang wanita yang berhati lembut dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pengurusan rumah tangga yang telah terbina sekian lama. Malah beliau tidak pernah terlibat dengan aktif bersama-sama Sdr. Abd. Ghani di dalam aktiviti-aktiviti politiknya kecuali semasa berkempen sebagai isteri calon yang bertanding dahulu. Dengan kata lain, beliau kurang terdedah tentang permainan politik regim mahazalim masa kini. Lantaran itu semasa mendapat berita tentang penahanan Sdr. Abd. Ghani di bawah ISA itu, beliau hampir-hampir hilang pertimbangan. Tambahan pula melihat ibu Sdr. Abd.Ghani meratapi nasib yang menimpa anak lelakinya itu. Dicekalkan hatinya untuk turun seorang diri ke KL yang begitu asing buatnya dan berkumpul bersama-sama isteri para tahanan ISA itu. Di sana barulah beliau menyaksikan sendiri betapa api perjuangan yang telah sebati dengan suaminya itu tetap membakar dan diteruskan oleh para sahabat dan keluarga mangsa sendiri. Ternyata dirinya tidak dibiarkan keseorangan menghadapi saat-saat yang amat memilukan itu. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak semasa beliau di KL tempoh hari telah banyak membantu beliau untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang.

Jadi, di mana letaknya kedudukan Sdr. Abd. Ghani di dalam kerakusan regim laknat madey mengISAkannya bersama-sama dengan teman-teman lain yang kini telah menjangkau bilangan ke 10 itu? Beliau tidak boleh dikatakan sebagai pemimpin barisan pemuda yang paling hadapan jika hendak dibandingkan dengan Sdr. Mustafa Kamil, Sdr. Hamdan Taha, Sdr. Zahid dan lain-lain. Selama ini nama beliau tidak pula menjadi igauan dan mimpi buruk sebagaimana nama Ezam, Dr. Badrul Amin, Tian Chua buat madey dan kroni-kroni yang sebangsat dengannya. Segala macam kemungkinan boleh difikirkan dan mungkin juga salah satu dari yang berikut :



  1. Keberanian dan kelantangan beliau semasa memberikan ceramah. Beliau telah ditahan di Sarawak di mana sebelum itu beliau telah terlibat dengan aktifnya di dalam memberikan maklumat dan berita-berita politik semasa di dalam ceramah-ceramah umum yang dianjurkan di sana. Mungkinkah SESEORANG sedang di dalam KETAKUTAN yang AMAT SANGAT dan bimbang akan TAKHTANYA yang bakal TUMBANG menjelang pilihanraya yang tidak beberapa hari lagi itu?

  2. Hubungan rapatnya dengan Sdr. Ezam dan ciri-ciri 'anak didik' Sdr. Ezam itu begitu ketara untuk tidak diambil pusing. Sebagaimana usaha mereka yang terpaksa berhempas pulas untuk menjatuhkan Sdr. Ezam sebagai anak didik DSAI yang amat berbisa itu, mereka juga tentu tidak mahu melalui kesengsaraan yang sama untuk menghilangkan 'keturunan DSAI' yang kini mengalir di dalam diri anak didik Ezam yang bernama Abd. Ghani itu. Dengan kata lain, Abd. Ghani perlu dilenyapkan bersama-sama dengan gurunya bagi menjamin kejayaan misi kejam mereka itu.

  3. Musuh dalam selimut??? Desas-desus juga ada berbunyi tentang kemungkinan ada SESEORANG yang tidak senang dengan Sdr. Abd. Ghani secara peribadi, telah bersubahat dengan yang dikatakan 'intelligence' goblok sang KPN yang memberikan maklumat dengan mengaitkan nama Sdr. Abd.Ghani.


Untuk menentukan jawapan yang mana satu dari yang disebutkan di atas tidaklah semudah untuk meneka jawapan soalan objektif sambil memejamkan mata. Semuanya akan tetap tinggal sebagai satu misteri selagi Haji KPN (kalau jenis tak malu nak mengaku gelaran suci tersebut!) dan kuncu-kuncunya masih buta hati dan perasaan ataupun Haji Madey belum bertemu buku dengan ruas. Namun yang pasti jawapannya adalah ..bukan berkaitan dengan Black 14, gerakan ala militan, memiliki atau merancang memiliki rocket launcher/ bom molotov c##ktail/ bazooka hatta merancang MEMBUNUH SANG MAHARAJAH yang sebenarnya sudah separuh mampus itu!

Peristiwa yang kejam ini tidak akan hilang dari sejarah Malaysia. Biarpun mereka tidak akan mencatatkan kisah yang sebenarnya secara rasmi di dalam buku-buku teks ataupun mengarkibkan ke dalam khazanah sejarah Malaysia, setiap rakyat Malaysia yang cintakan keadilan akan menyimpan kemas peristiwa ini di dalam kotak memori mereka sehingga ke anak cucu mereka. Regim zalim ini mungkin boleh melakukan apa sahaja pada masa ini kerana mereka berkuasa penuh dengan dokongan yang tidak berbelah bagi dari anjing-anjing penyembah mahataik itu. Tetapi mereka terlupa satu perkara dan rakyat tidak pernah lupa..kata-kata keramat 'KALAU TIDAK HARI INI, HARI ESOK....KALAU TIDAK MINGGU INI, MINGGU DEPAN DAN KALAU TIDAK TAHUN INI, TAHUN ??!!!'

Semoga para wira kita di dalam sana akan terus tabah dan dilindungi Allah s.w.t sepanjang masa. Marilah kita pula meneruskan perjuangan mereka di luar sini bermula dengan mengambil tanggung jawab menjaga kebajikan keluarga-keluarga mereka yang ditinggalkan. Sumbanglah semampu yang boleh...bukan sekali tetapi sehingga para wirawan kita itu dapat menghirup kembali udara yang nyaman di luar sini!

ALLAHUAKBAR!


-Spy LUNAS-

(lampiran gambar-gambar yang diambil semasa kunjungan Kak Wan ke rumah Sdr. Abd. Ghani pada 22/4/2201)