Laman Webantu   KM2A1: 4340 File Size: 12.3 Kb *



TJ MT MGG: Mokhzani Menjual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL
By M.G.G. Pillai

29/4/2001 9:00 pm Sun

MGG 9601

[Mokhzani menjual sahamnya kepada seorang tauke sabun Cina tanpa mendapat izin pihak berkenaan terlebih dahulu. Syarikatnya mendapat kontrek kerajaan antara lain kerana taraf bumiputranya itu. Dengan menjual kepada bukan melayu dia telah mencemarkan kontrek (atau dasar melayu kerajaan) itu. Oleh kerana Daim bercuti dan Mahathir di Dubai, bagaimana Mokhzani boleh membuat pengumuman serta-merta itu?

Telatah Daim yang bercuti sekali lagi menyerlahkan sesuatu yang tidak kena. Beliau mulanya diberitakan letih (oleh sumber rasmi Umno), tetapi bila beliau masih berada di pejabatnya dikatakan mempunyai banyak kertas kerja pula (sumber Umno lagi). Sekarang lagi pelik - beliau masih boleh keluar merasmikan itu ini walaupun banyak kertas kerja di pejabatnya.

Apa yang menarik, sumber Umno itu 'betul belaka' sehingga polis menangkap Ezam kerananya.. kenapa Mokhzani tidak dikenakan tindakkan kerana melanggar peraturan urusniaga? - Editor]


Penterjemah: -MT-


Mokhzani Mahathir Menjual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL

(Mokhzani Mahathir Sells His Stakes In KLSE Companies)

Nampaknya, nasib Dato' Mokhzani bin Dr. Mahathir ada kaitan yang amat bermakna dengan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Dia telah mengumumkan penjualan saham-saham pegangannya di syarikat yang tersenarai di BSKL, untuk melindungi bapanya daripada kegagalan perniagaanya. Lagipun dia mahu menghabiskan masa yang lebih kepada keluarganya dan juga dia beranggapan semua rakyat Malaysia ini adalah bodoh-bodoh belaka. Dia telah menyebut hanya dua nama syarikat -- Pantai Holdings dan Tongkah, kedua-duanya adalah bergiat cergas dalam urusan kesihatan. Tongkah pula bersama sebuah anak syarikatnya telah diberikan kontrak bernilai RM350juta setahun untuk memberikan khidmat sokongan di hospital. Jadi, apakah dia ditolak ataupun sengaja mahu menolak?

Besar kemungkinannya, keadaan tuntutan marjin (margin call) telah memaksa beliau untuk menjual dua syarikat itu. Sebanyak 89 juta saham dalam dua syarikat itu bernilai sekitar RM160 juta. Pada hari dia membuat pengumuman itu, urusan niaga saham itu sahaja merupakan 60% putaran niaga BSKL. Mokhzani telah menjualnya kepada pihak yang tidak pun diumumkan namanya dalam satu 'private deal' (urusan peribadi.) Keupayaannya menguruskan semua itu dalam satu hari perniagaan adalah sesuatu yang menakjubkan. Mungkin yang membeli saham itu seorang tauke Cina pengeluar sabun secara kecilan yang telah bergiat sejak beberapa minggu yang lalu membeli saham itu di pasaran? Apakah penjualan Tongkah itu bererti penguasaan orang Melayu dalam khidmat sokongan di hospital kerajaan juga turut pupus? Benarkah dua syarikat ini sengaja menjadi sasaran supaya khidmat penyeliaan hosptal menjadi perniagaan yang dimonopoli oleh empayar niaga Daim?

Mokhzani berkata dia tidak dapat menghubungi ayahnya, di Dubai, untuk memberitahu akan perkara ini. Sebelum dia boleh menjual saham pegangannya, dia perlu mendapatkan persetujuan BSKL, Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Hanya dua orang manusia (termasuk bapanya) yang boleh memberikan izin itu dengan serta merta, sedangkan bapanya itu tidak pula mengetahui rencana anaknya. Ini bererti orang yang lagi satu itu ialah Tun Daim. Kenapa pula Tun Daim mesti begitu senang membantunya sedangkan beliau sedang mengisytiharkan perang olok-olok terhadap bapanya?

Kenapa pula Mokhzani menggembar-gemburkan hanya dua daripada begitu banyak syarikat lain dimana dia mempunyai pegangan saham yang besar? Dia adalah ahli lembaga pengarah kepada 93 syarikat, termasuk yang belum tersenarai di mana dia mempunyai pegangan saham yang berpada. Kenapa sebut hanya dua nama syariakt di mana dia sudah pun menjual sahamnya? Kenapakah dia menjual Pantai dan Tongkah, sedangkan Tongkah telah dikurniakan dua daripada tiga kontrak dalam penswastaan penyeliaan hospital yang bernilai RM350 juta setahun? Kontrak yang ketiga telah dianugerahkan kepada Faber, syarikat di bawah Renong yang diuruskan oleh kroni Tun Daim. Bukankah ini bererti penjualan saham pegangan Mokhzani itu berakhir dengan wujudnya kuasa monopoli perkhidmatan sokongan di hospital?

Apakah Mokhzani merupakan satu 'bidak' dalam percaturan berani mati antara Dato Seri Mahathir Mohamed yang menggunakan kuasa Politik Hapraknya dan Tun Daim yang menggunakan kuasa wangnya? Doktor baik itu telah pun menyindir betapa Daim telah mengusahakan halangan kepada Mokhzani menjadi ketua bahagian UMNO Merbok selepas beliau sendiri tidak mengingini jawatan itu. Betulkah Tun Daim mengarahkan bank-bank yang dikuasainya memaksa Mokhzani menjual saham pegangan beliau itu setelah mengetahui beliau sedang terlebih gering? Jika demikian, kenapa Tun Daim tidak menyelamatkannya melalui Danamodal dan Danaharta, seperti yang dilaksanakan kepada para kroni dan rakan niaganya?

Masalah Mokhzani bermula selepas Tun Daim menghantar surat perletakan jawatan dan juga cuti dua bulan. Bagaimana Tun Daim menghabiskan cutinya merupakan spekulasi yang hangat; dia berada di kementerian kewangan dengan tekunnya menyelesaikan kerja-kerja yang lama tertangguh; itulah yang dimaklumkan kepada kita. Namun, dia masih menjalankan tugas seorang menteri kewangan, merasmikan persidangan, bangunan-bangunan dan sebagainya. Apakah benar dia bercuti itu untuk memudahkan kerja-kerja menyiapkan laporan lengkap selama 14 tahun lamanya mengenai pelaburan UMNO, seperti yang diungkitkan oleh seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO? Jika demikian, kenapa pula dia berada di kementerian kewangan? Sepatutnya dia berada di Ibu pejabat UMNO.

Mokhzani telah memperlekehkan kesnya sendiri dengan satu cerita yang tidak meyakinkan dan perilaku yang penuh keangkuhan. Dia beranggapan kalau dia tidak mampu menjelaskan sesuatu, apa juga yang dia katakan mesti diterima tanpa keraguan. Kerjaya niaganya adalah berkait rapat dengan ayahandanya, betapa pun kita kaji perkara itu semuanya. Dia masih belajar di universiti ketika ayahnya menjadi perdana menteri pada 1981. Empayar niaganya membesar secara melonjak dalam masa satu dekad dia menceburkan diri dalam perniagaan. Apabila ayahnya ditanya akan perkara ini dalam mesyuarat kabinet satu ketika dulu, beliau menjawab secara menyindir bahawa masa depan anak-anaknya tidak seharusnya disekat oleh kedudukan jawatannya.

Oleh itu apa juga alasan yang diberikan oleh Mokhzani perlu dinilai sewajarnya. Kalau dia benar-benar perihatin dengan maruah ayahnya sepatutnya dia sudah bertindak lama dulu lagi. Sebaliknya pula, ibunya pernah berkata dalam satu wawancara akhbar betapa ayah Mokhzani tidak pernah membantu anak-anaknya, dan beliau memang tidak senang hati mengenai perkara ini! Nampaknya banyak lagi kisah Episod Mokhzani daripada yang dimaklumkan. Lagi banyak kita nilai episod ini, lagi banyak ulat-ulat yang akan muncul. Semua itu tidak perlu muncul daripada koridor mahkamah. Memadai dulu daripada pertelagahan antara dua sahabat ikrab. Seolah-olah muncul ulang-tayang satu episod bersejarah yang tercetus pada 1998 dulu.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Sabtu 28/4/2001


>>>>>>>>>>>>>>>MT Sabtu 24/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Mohkzani Mahathir Sells His Stakes In KLSE Companies

The Prime Minister's son, Mr Mokhzani Mahathir's fate is inextricably linked with the finance minister, Tun Daim Zainuddin. He sold his stake in KLSE-listed companies, so he claimed, to protect his father for his business failings, he wanted more time with his family, and thinks, without doubt, that all Malaysians are fools. He names but two companies -- Pantai Holdings and Tongkah, both in the healthcare business, and after Tongkah and a subsidiary got contracts worth RM350 million a year to provide hospital support services. So, was he pushed or did he jump?

More likely, a margin call forced him to sell the two companies. The 89 million shares in these two companies is worth RM160 million. On the day of his announcement, this represented 60 per cent of the KLSE's turnover. He sold it to an unnamed party in a private deal. That he could find one in a day is remarkable indeed. Could the buyer be the small-time Chinese soap manufacturer who has, in recent weeks, buying steadily into the two counters? Does this sale of Tongkah mean non-Malay control of hospital support services? Was these two counters targetted so that the hospital care services would then be a monopoly in the Daim business empire?

He says he could not contact his father, in Dubai, to tell him about it. Before he could sell his shares, he needed KLSE, Securities Commission, and Foreign Investment Committee approval. Only two men could give than approval so quickly, and his father did not know of his son's plans. So, it must be Tun Daim. Why must Tun Daim be so solicitous of him when he is waging a phony war against his father?

Why should he highlight just two of the dozen and more shares in which he has a stake? He is on the boards of 93 companies, many unlisted, in which he has sizeable shareholdings, but mentiones just two from which he has withdrawn. Why? Why did he sell Pantai and Tongkah, the latter getting two of the three contracts for the privatised hospital services worth RM350 million a year? The third went to Faber, in the Renong stable run by a crony of Tun Daim. So, would the sale of Mr Mokhzani's stake in the two companies result in a monopoly of hospital support services?

Is Mr Mokhzani a pawn in the battle-unto-the-death of Dato' Seri Mahathir Mohamed's Raw Political Power and Tun Daim's Money? The good doctor already smarts that Tun Daim did not ensure his son be UMNO division head of Merbok after the finance minister did not want it. Did Tun Daim ask the banks his empire controls to force Mr Mokhzani to sell, knowing he is highly geared? If he was, why did not Tun Daim rescue him through Danamodal and Danaharta, which did his cronies and partners?

Mr Mokhzani's problems begin after Tun Daim sent in his resignation and took two-months leave. How Tun Daim spends his leave is the subject of intense speculation: he is in the finance ministry assiduously to clear files, so we are told. Yet, he performs, on leave, functions as finance minister, opening conferences, buildings. So, is he on leave so he could present a full report in 14 years on UMNO's investments, one UMNO supreme councillors now demand? If so, why is he in the finance ministry? He should be at UMNO headquarters instead.

Mr Mokhzani spoiles his own case with his unconvincing and arrogant performance. He believes that when he cannot explain, anything he says will be believed. His business career is linked to his father, however you look at it. He was an undergraduate when his father became Prime Minister in 1981. His business empire grew by leaps and bounds within a decade he ventured into business. When his father was asked about it in cabinet at that time, he said testily that his children's future should not be constrained by his position.

So, one must discount his official reason for wanting out. If he was so concerned of his father's reputation he would have years ago. His mother, on the other hand, said in a newpaper interview his father did not help the children, and she was not happy about that! There is more to the Mokhzani affair than we are told. The more one looks into it, the more cans of worms surface. Not necessarily from his bailliwick, but in the public dispute between two friends, a replay of what happened in 1998.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my