Laman Webantu   KM2A1: 4341 File Size: 8.2 Kb *



TJ Baz NST: Selangor Berjaga-jaga Wabak Denggi
By Annie Freeda Cruez

29/4/2001 10:57 pm Sun

[Sejak Anwar diaibkan negara menghadapi pelbagai bencana yang bagai ingin memberi amaran kepada rakyatnya yang masih tidur sedangkan kezaliman berleluasa. Setiap kali ia melanda, terkorban beberapa nyawa yang sebelum ini nampak selamat dan sihat-sihat sahaja.

Kali ini Selangor dilanda wabak denggi setelah Johor diserang penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Dulu kita digemparkan dengan virus JE Nipah yang membunuh manusia dengan dahsyatnya sehingga lengang bagai puaka Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan. Sesungguhnya tuhan mengirim sesuatu dengan tragedi-tragedi itu agar manusia belajar dan insaf akan hidupnya yang boleh ditamatkan serta-merta dalam keadaan yang amat terleka.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari penyakit ini kerana sejarah merakam tuhan mengirim bala kepada umat yang berdiam diri kepada kezaliman dan ia menghempap semuanya sekali kerana masih berdegil untuk memperjuangkan ugama dan maruah yang dinodai. Bila itu berlaku segunung harta pun tidak akan mampu menyelamatkan apa-apa lagi.
-Editor
]


Penterjemah: Bazooka


26hb. April, 2001

Selangor di dalam keadaan berjaga-jaga untuk wabak denggi

4 menemui ajal di dalam tempoh 113 hari Lebih kurang 1400 orang dimasukkan ke hospital

Oleh : Annie Freeda Cruez

Selangor telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga untuk wabak denggi apabila penyakit itu telah mengorbankan 4 nyawa di dalam masa 113 hari tahun ini.

Dalam pada itu, sejumlah 1,383 orang telah dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan dan swasta selepas dijangkiti penyakit itu di antara bulan Januari dan kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo berkata Kerajaan Negeri memandang serius pertambahan jumlah kes dan telah mengarahkan semua jabatan-jabatan kerajaan tempatan dan jabatan-jabatan kesihatan daerah untuk segera bertindak mengawal wabak tersebut melalui langkah-langkah yang proaktif sebelum lebih banyak nyawa yang terkorban.

Beliau memberitahu bahawa kawasan-kawasan yang paling teruk dilanda penyakit tersebut adalah Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Kajang.

Kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam berada di senarai teratas paling banyakdengan 458 kes-kes denggi termasuk 1 kematian, diikuti oleh Majlis Perbandaran Klang dan Daerah Klang dengan 227 kes dan 2 kematian, Majlis Perbandaran Subang Jaya (266), Majlis Perbandaran Selayang (108), Majlis Perbandaran Kajang (100), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (82), Sepang (55), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (40), Kuala Langat (22), Kuala Selangor 12 dengan 1 kematian, Hulu Selangor (11) dan Sabak Bernam (2).

Selain dari memantau indeks aedes, Dr. Mohd. Khir berkata, pegawai-pegawai penguatkuasa telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan di semua kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes seperti tapak-tapak pembinaan, kawasan pelupusan sampah, longkang-longkang yang tersumbat dan kawasan-kawasan perumahan.

"Orang-orang awam juga perlu memainkan peranan yang proaktif di dalam menghalang penyakit tersebut dari merebak. Mereka hendaklah memastikan rumah dan kawasan sekitar rumah sentiasa di dalam keadaan yang bersih," tambahnya.

Pemilik-pemilik rumah telah digesa untuk memusnahkan semua bekas-bekas kosong, plastik dan apa sahaja yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk-nyamuk aedes.

Bekas-bekas seperti baldi-baldi atau tong-tong mestilah bertutup rapat dan abate digunakan pada air yang disimpan selain dari sentiasa menukar air pada tapak pasu-pasu bunga dan dulang-dulang serta membersihkan pepalung pada bumbung rumah.

Dr. Mohd. Khir berkata denggi boleh dikawal hanya dengan kerjasama para penduduk.

Pegawai-pegawai jabatan kesihatan negeri menjelaskan bahawa mereka telahpun memulakan operasi-operasi di seluruh negeri dengan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di samping menjalankan gotong-gotongroyong, program-program pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti foging (penyemburan asap ubat untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes) di semua kawasan yang dilanda wabak denggi.

Pegawai-pegawai penguatkuasa juga telah diarahkan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang didapati membiak nyamuk-nyamuk aedes.

Kecuaian di dalam memeriksa keadaan-keadaan tempat pembiakan nyamuk boleh didakwa di bawah Akta Pemusnahan Penyakit Bawaan Serangga 1975 yang membawa kepada denda sebanyak RM1000.00 tau penjara 3 bulan atau kedua-duanya.

Mereka yang bersalah juga boleh didenda tidak melebihi RM50 sehari sehingga kawasan yang berpotensi dimusnahkan. Seseorang yang didapati bersalah juga boleh dikenakan denda segera tidak melebihi RM100 tanpa sebarang amaran.

********************

Terjemahan Bazooka




Rencana Asal:

http://www.nstpi.com.my/Current_News/NST/ Thursday/Frontpage/20010426161441/Article/

26 Apr 2001

Selangor on dengue alert

Four dead in 113 days, about 1,400 hospitalised

by Annie Freeda Cruez

Selangor has been put on dengue alert when the disease claimed the lives of four people within 113 days this year.

In addition, a total of 1,383 people have been hospitalised in Government and private hospitals after being infected by the disease between January and yesterday.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo said the State Government viewed the increase in the number of cases very seriously and had directed all local authorities and district health departments to swing into action to contain the outbreak through proactive measures before more lives were lost.

He said the worse hit areas were Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang and Kajang.

Shah Alam City Council area topped the list with 458 dengue cases including one death, followed by Klang Municipal Council and Klang District with 227 cases and two deaths, Subang Jaya Municipal Council (266), Selayang Municipal Council (108), Kajang Municipal Council (100), Petaling Jaya Municipality (82), Sepang (55), Ampang Jaya Municipal Council (40), Kuala Langat (22), Kuala Selangor 12 with one death, Hulu Selangor (11) and Sabak Bernam (two).

Besides monitoring the aedes index, Dr Mohd Khir said, enforcement officers had already been directed to carry out checks at all potential aedes mosquito breeding grounds such as at construction sites, dumpsites, clogged drains and housing estates.

"Members of the public have also got to play a proactive role in curbing the spread of the disease. They must ensure that their houses and surroundings are clean at all times," he added.

Houseowners have been urged to destroy all empty containers, plastics and whatever that could contain water that can lead to breeding of aedes mosquitoes.

Containers such as pails, urns or drums must be tightly closed and abate must be used in stored water besides the changing of water in flower pots and trays regularly and cleaning of the roof gutters.

Dr Mohd Khir said dengue could be controlled only with the co-operation of the people.

State health officials said that they have already stepped up operations throughout the State with emphasis in high-risk areas besides the carrying out of gotong-royong, health education programmes and fogging activities in all dengue outbreak areas.

Enforcement officers have also been directed to take stern action against all those found breeding aedes mosquitoes.

Carelessness in checking conditions for the breeding of mosquitoes could lead to prosecution under the Destruction of Disease Bearing Insect Act 1975 where the penalty is a fine of RM1,000 or three months' jail or both.

Offenders can also be fined not more than RM50 per day until the potential site is destroyed. An offender can also be immediately compounded not more than RM100 without warning.