Laman Webantu   KM2A1: 4344 File Size: 11.8 Kb *



TJ MT MGG: Mokhzani Nafi Terima Kontrak Kerajaan
By M.G.G. Pillai

30/4/2001 5:55 am Mon

MGG 9701

[Mokhzani mengatakan tohmahan beliau membolot kontrak kerajaan yang lumayan adalah palsu. Tetapi bagaimana projek penswastaan itu dihadiahkan kepadanya sedangkan kepakaran dan turnover syarikatnya tidak termampu untuk mengauk projek berjuta-juta itu. Kroni Daim tentu cemburu gagal di situ sehingga Mokhzani dihalang dari menjual saham Bank Phileo Allied oleh Daim satu ketika dulu (FEER 3/5/2001)

Sejarah mencatat dia memperolehi kontrak selama 15 tahun (untuk menyelia 20 buah hospital di seluruh negara) pada tahun 1997 ketika Ali Abul Hasan mejadi pengarah EPU. (freeMalaysia) Inilah pengarah EPU yang di dalam lacinya ditemui wang tunai ratusan ribu oleh bekas pengarah BPR, Datuk Shapei Yahya yang telah bersaksikan penemuan itu di mahkamah dan kesaksiannya itu tidak berani dipertikaikan oleh kerajaan sehingga hari ini.

Pertembungan bisnes Daim-Mokhzani ini akan membongkarkan banyak rahsia yang tidak enak didengar yang akan menjerut Mahathir yang sedang terumbang-ambing di tampuk kuasa. Daim tidak perlu bimbang kerana beliau sudah 'tidak bekerja' tetapi Mahathir tidak boleh lena kerana beliau mahu bekerja sampai mati untuk menjawab semua isu yang akan timbul untuk mengaibkan dirinya. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Mokhzani Nafi Terima Kontrak Kerajaan

(Mokzani Denies Getting Government Projects)

Anak lelaki PM yang kedua, Dato Mokhzani Mahathir telah memberikan penjelasan kenapa dia mengundurkan diri daripada dunia korporat. Dia berkata: 'Kebelakangan ini terlalu banyak fitnah membabitkan saya dengan projek-projek kerajaan. Tohmahan itu adalah palsu dan saya rasa ini adalah satu usaha yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar nama saya dan juga ayahanda saya.' Sepatutnya dia sanggup bercerita sedikit bagaimana Tongkah diberikan penswastaan khidmat sokongan di hospital. Ketika tender dibuka, tiga syarikat telah disenaraikan untuk dipertimbangkan keatas tiga buah kontrak -- bahagian utara, tengah dan selatan: Faber, Readycare, Hicom.

Hicom telah mengemukakan tawaran yang terbaik. Tetapi, secara tiba-tiba berlaku pula penilaian semula dan beberapa kriteria ditukar oleh Unit Perancang Ekonomi negara yang ketika itu diketuai oleh satu nama yang cukup terkenal: Tan Sri Ali Abul Hassan (yang kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Gabenor Bank Negara dan kini menjadi penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri). Hicom telah digugurkan dan Tongkah telah terpilih sebagai pengganti.Pada waktu itu 'turnover' perniagaan Tongkah hanya RM12 juta, setelah diberikan kontrak khidmat sokongan hospital itu turnover Tongkah melonjak menjadi RM175 juta.

Mokhzani mengaku sudah keluar daripada kegiatan syarikat yang tersenarai dengan BSKL, dengan terjualnya segala saham pegangannya dalam Tongkah dan Pantai. Tetapi dia tidak pun menyebut nama syarikat lain di mana dia masih memegang sahamnya. Kenapa tidak? Dia telah memberikan wawancara kepada New Sunday Times (dan juga Utusan Mingguan - penterjemah) yang mencetuskan lebih banyak soalan berbanding jawapannya. Dia bertegas supaya rakyat Malaysia menghormati tindakannya. Tetapi tidak pun memberi ruang untuk kehormatan itu diberikan kepadanya apabila dia bercakap dengan penuh angkuh mahukan penghormatan kepada segala tindakannya. Dia berbohong apabila mengatakan ayahandanya tidak pun tahu akan perbuatannya itu. Orang yang membeli sahamnya yang bersamaan 32.9 persen saham syarikat, ialah seorang tuanpunya kilang sabun bernama Mr. Lim Tong Yong. Tauke ini telah mengaku betapa dia telah menghabiskan masa yang agak lama, berbulan lamanya, untuk membeli semua pegangan saham Mokhzani itu. Tetapi, secara tiba-tiba pula Mokhzani mencuba menelefon si bapa untuk memberitahu apa yang dilakukannya.

Dia mengungkit kisah anak-anak Suharto yang menjadi kaya raya. Mereka menerima kekayaan itu kerana ayah yang sungguh sayang dan memanjakan mereka. Dalam kisah Mokhzani, beliau mempunyai seorang ayah yang garang yang melarang anak-anaknya terlibat dalam urusniaga kerajaan. Inilah cerita yang beliau hamburkan kepada para wartawan yang mudah dimanjakan dan mengharapkan kita semua mempercayainya. Kalau dia dan semua malaun yang setongkang dengannya tidak membenarkan orang luar menyelongkar muslihat putarbelitnya, sudah tentu segala motif tindakannya boleh diragukan. Masanya tindakan itu dilaksanakan adalah memang amat bertepatan. Dia masih tidak memberikan penjelasan kenapa dia angkat kaki daripada projek kontrak hospital yang bernilai RM350 juta setahun.

Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku semasa dia mengambilalih Pantai yang sudah menjadi satu isu perbalahan? Dia pernah meceritakan kepada seorang bekas wartawan 'The Sun' bagaimana pengambilan Pantai dilakukan menerusi sebuah syarikat di Hongkong di mana semua pihak adalah pemegang saham syarikat Hong Kong itu. Inilah pendedahan yang menjerat kaki Mokhzani sekarang. Wartawan itu sudah pun disingkirkan oleh majikannya kerana menulis cerita itu. Tidak lama lagi, Mokhzani akan muncul sebagai seorang saksi di Mahkamah Arbitration Industri (Industrial Arbitration Court) pada bulan hadapan.

Terlampau banyak benang-benang halus yang tidak jelas dalam rentangan kain kelentongan korporat ini. Mokhzani ialah sebiji bidak dalam percaturan peperangan politik antara ayahandanya dan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. Seperti yang berlaku kepada keluarga Suharto, kabilah Bin Mahathir akan terhumban di tepi jalan keaiban sebaik sahaja muncul satu regim yang baru menggantikan Dr. Mahathir. Seperti juga dengan perniagaan Darulboleh, para kroni, juak, anak-pinak dan sukusakat golongan ningrat, telah naik kaya raya dan menjalin empayar jaringan niaga yang mendapatkan bantuan pegawai kerajaan mengikut arahan. Sistem perbankan negara adalah satu contoh bagaimana mereka berjaya bertindak secara gelojoh. Begitu juga dengan Danamodal dan Danaharta. Pada satu ketika tiga-tiga anak lelaki perdana menteri in menanggung beban hutang di Malaysia dan Singapura bernilai berbilion ringgit, banyaknya.

Alangkah peliknya apabila hanya Mokhzani yang sibuk-sibuk mengenai maruah ayahandanya. Tidak pun ada cerita daripada abang dan adiknya yang cuba mencontohi tindakannya. Kalau mengikut undang-undang yang disebutkan Mokhzani, dia boleh menganggotai lembaga pengarah kepada lima syarikat sahaja. Bagaimana pula kisah 88 syarikat swasta lain yang dikuasainya? Kalau dia mahu keluar daripada sinario korporat apakah dia akan menjual habis keseluruhan empayar perniagaannya? Apa cara pun Mokhzani harus dilihat bersih dan telus. Tetapi, janganlah dia mengharapkan rakyat Malaysia mengalu-alukan tindakannya itu dengan tangan terbuka. Sebenarnya ada muslihat terselindung di mana juga. Kalau anda bersenang lenang dalam rumah kaca, anda mesti bersedia menerima lontaran batu ataupun bata.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Ahad 29/4/2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT. Ahad.29/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Mokhzani Denies Getting Government Projects

The Prime Minister's second son, Mr Mokhzani Mahathir, in his alleged withdrawal from the corporate scene, said: "Lately there have been many wild allegations linking me with government projects or mega projects which are not true, and I feel this is an irresponsible move to tarnish my name and that of my father." Perhaps he would care to say how Tongkah came to get the privatisation of hospital support services. When the bids were open, three companies were shortlisted for the three contracts -- for the northern, central and southern regions: Faber, Readycare, Hicom.

In fact, Hicom had the best bid; somehow, after a re-evaluation, with the criteria changed midway by the Economic Planning Unit under the skilful guidance of one Tan Sri Ali Abul Hassan (who went to higher heights as Bank Negara Governor and is now economic adviser to the Prime Minister), Hicom was dropped and Tongkah chosen in its place. At that time, Tongkah's turnover was RM12 million, after this hospital support services contract, it rose to RM175 million.

He admits only to getting out of Tongkah and Pantai while saying he is out of all listed companies in which he had a stake. He does not mention what they are. Why not? He has "full" tell-all interview in the New Sunday Times today, which spawns more questions than answers. He insists upon being respected by Malaysians for what he did, but leaves no room for that when he talks as a spoilt brat, insisting he demands respect for what he did. He lied about his father not knowing about it. The man who bought his 32.9 per cent shares, a soap-manufacturer named Mr Lim Tong Yong, says he had been negotiating for the stake for months. Yet Mr Mokhzahi tried to call his father in Dubai to tell him what he did.

He is even dismissive of how the Suharto clan acquired its wealth. That was given to them by a doting father; in his case, a stern father prevented his children from involving themselves in government business. We are expected to believe these assertions said to fawning journalists. When he and his ilk would not allow an introspective look at what he has done, his motives must be suspect. The timing could not be worse. He still does not explain why he walks away from the hospital support services and its RM350 million a year.

Has his decision got to do with what could happen if how he acquired Pantai be a matter of dispute? What he told a former Sun journalist about how it was done through a Hongkong company in which all parties were shareholders could put him in hot water. The journalist was dismissed for writing it. Mr Mokhzani is due to appear as a witness in that journalist's action in the Industrial Arbitration Court next month.

Too many strands cannot be explained in this alleged corporate seppukku. He is a pawn in a larger political battle -- that of his father and the finance minister, Tun Daim Zainuddin. Like the Suharto family, the Bin Mahathir clan would fall by the wayside under a new regime, whoever succeeds Dato' Seri Mahathir. Like all Bolehland business men cronies, courtiers and siblings of the Establishment, they spun a business empire with all official help at their command. The Malaysian banking system is testimony to their avarice. So Danamodal and Danaharta. At one time, the three sons of the Prime Minister had debts, in Malaysia and Singapore, of billions of ringgit.

It is curious that only Mr Mokhzani is bothered about his father's reputation. There is no talk of his other two siblings doing what he did. As for Mr Mokhzani, by law he can sit on five listed company boards. But what about the 88 private companies he controls. If he is out of the corporate scene, is he disposing of his business empire a well. Either way, he should come clean. But he should not expect a grateful Malaysia welcoming his decision with open arms. There is a catch in it somewhere. If you insist on living in a glass house, you must expect to be stoned.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my