Laman Webantu   KM2A1: 4347 File Size: 12.3 Kb *



TJ MT MGG: Kerajaan Gelabah Dengan Masalah Perubatan Anwar
By M.G.G. Pillai

30/4/2001 6:14 pm Mon

MGG 9801

[Kesakitan Anwar sudah semakin tidak terperi sehingga terpaksa memakai pengekang leher (neckbrace). Kerajaan bertegas mahu beliau dirawat di sini dengan memberi pengakuan 14 doktor pakar. Tetapi tidak seorang pun doktor itu pakar yang diiktiraf antarabangsa atau pakar membius mikro. Kes Anwar bukan kes biasa lagi kerana sudah 5 bulan terbiar (overdue). Ia memerlukan pakar segala pakar. Jika Mahathir sendiri berada di situ sudah lama beliau dihantar keluar negara kerana kepakaran di sini tidak ada. Kita cuma pakar menyulitkan lagi penyakit orang sehingga ia semakin memudaratkan.

Semakin lambat kerajaan menyelesaikan masalah sakit Anwar semakin teruk imej kerajaan tercabar. Ia akan mencetus simpati yang tidak dapat dibendung dengan seratus tipu-tipuan atau pendakwaan lagi. Anwar sanggup berkorban menempuhi satu risiko yang amat perit untuk menyanggah kerajaan yang zalim. Risiko seperti ini jugalah yang mendorong Fauzi bangun dari diam untuk berkorban. Dan ramai lagi akan muncul untuk mengajar Umno dengan penuh kejutan.

Anwar telah merangsang sesuatu dalam diri orang melayu yang jauh terpendam tanpa perlu bercakap berjam-jam. Inilah yang membuat Mahathir dan Umno menggelabah dan tidak dapat duduk diam walaupun Anwar telah dipenjarakan. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Kerajaan Gelabah Dengan Masalah Perubatan Anwar

(Government's Insecurity Over Anwar's Medical Treatment)

Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) merasa terpanggil untuk campurtangan dalam kisah terkini yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Hospital Kuala Lumpur telah memberitahu Anwar betapa dia perlu menjalani pembedahan, jika enggan harus bersedia menghadapi akibahnya. Jabatan penjara risau dengan kos sebanyak RM60,000 (tidak termasuk sabsidi kerajaan yang dibelanjakan) untuk menyediakan bilik wad Kelas Satu di HKL itu. Sebagai perbandingan sesaorang pegawai tinggi kerajaan apabila makan tengahari di hotel Kelas Satu (lima bintang-penterjemah) berbelanja sedikit rendah daripada kos harian memasukkan Anwar di hospital. Sedangkan ada satu kisah songlapan urusan 'bond antarabangsa' yang melibatkan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan yang bernilai US$5 bilion dollar.

Kerajaan telah memberikan taklimat kepada para diplomat termasuk satu perjumpaan yang membabitkan menteri kesihatan Chua Jui Meng yang disertai oleh 14 orang doktor pakar yang kebanyakannya tidak pun tahu-menahu atau pakar dalam penyakit yang dihidapi oleh Anwar. Kehadiran semua pakar itu adalah bertujuan untuk menyokong segala kenyataan kerajaan. Kenyataan Paklah menyerlahkan adanya perikemanusian terhadap Anwar. Kini, terpulang kepada Dato Seri Anwar untuk membuat pilihan layanan perubatan yang macam mana yang Anwar mahukan. Inilah yang Paklah nyatakan kepada ahli UMNO. Namun demikian, lagi kerap dia dan rakan-rakan kabinetnya membuka mulut mengenai perkara ini, lagi kerap pula mereka tidak dipercayai.

Masalah Anwar menjadikan kerajaan sentiasa goyang. Pemimpin UMNO, terutama sekali mereka dalam kerajaan, mesti berbincang hal itu, seolah-olah memberi keyakinan diri betapa mereka sudah melakukan sesuatu yang betul. Sebaliknya mereka telah terperangkap di satu sudut yang menghenyak diri sendiri. Inilah yang memaksa mereka membuat keputusan yang menyulitkan mereka akhirnya. Keadaan penyakit yang ditanggungi Anwar memang merupakan sesuatu yang serius. Kini, dia mengenakan pengekang leher untuk meredakan kesakitan yang menghunjam lehernya. Dia bergerak dengan kerusi roda. Sekarang, kerajaan mahu menghantarnya kembali ke penjara Sungai Buloh, melainkan dia bersetuju menjalani pembedahan yang berkemungkinan besar menyebabkan dia menjadi lumpuh. Jika dia tidak bersetuju juga, dia terpaksa menaggung risiko dan tanggungjawab apa yang terjadi kepada diri sendiri akhirnya.

Malangnya, kerajaan tidak menyedari betapa perkara itu bukannya semudah yang dianggapi. Kerajaan mahu terus menonjolkan isu Dato Seri Anwar ini. Kerajaan bertindak meneruskan lima lagi tuduhan berkaitan salahlaku dan korupsi terhadap Dato Seri Anwar. Kes itu sepatutnya dibuka semula hari Sabtu lalu tetapi tertangguh kerana dia menanggung kesakitan yang amat sangat. Dia terpaksa disorong dalam kerusi roda ketika mahkamah duduk dengan selesa. Rakyat akan membuat perbandingan dengan keadaan dia mula-mula hadir di mahkamah. Secara lahiriah ia berjaya mengalihkan tumpuan daripada dirinya kepada penyakit yang menyiksa. Sekarang, tumpuan beralih kepadanya semula.

Mungkin juga ini semua sengaja diada-adakan. Jumlah manusia yang bersimpati dan menyokong beliau sudah pun bertambah berlipat kali ganda. Bukannya disebabkan fahaman politik tetapi kerana perasaan kemanusiaan. Setiap kali kerajaan bertindak untuk mendera beliau, setiap kali itulah kerajaan kehilangan sokongannya. Kerana itu pemimpin UMNO kerap menyebut nama Anwar setiap kali mereka bertemu rakyat marhaen. Dalam politik Malaysia hari ini, hanya satu perkara yang diberikan tumpuan: Konfrontasi Mahathir-Anwar. Yang lain jatuh di tangga nombor dua.

Kerana itu kerajaan menilai masalah Dato Seri Anwar dari kacamata politik sambil meniru pendekatan tindakan yang beliau pilih. Cuma ada satu perbezaannya: Anwar sudah nekad menaggung risiko tindakannya. Kerajaan tidak punyai pilihan lagi selain menjadikannya isu politik juga. Setakat ini, tindakan kerajaan itu menghala ke jalan buntu Dato' Seri Anwar menerima hakikatnya betapa dia boleh terus lumpuh ataupun cacat anggota, dan memilih satu bentuk peperangan yang berkemungkinan besar menjatuhkan Mahathir dan kerajaannya. Setiap kali Anwar diganyang, setiap kali itulah dia bertindak balas dalam percaturan ketahanan diri dan kebijaksanaan berpolitik yang menyerlahkan siapa yang menang dan siapa pula yang kecundang. Menteri-menteri kabinet dan juga pemimpin UMNO terlalu takut untuk kehilangan kedudukan mereka sedangkan rakyat marhaen percaya Dato Seri Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak pernah gerun berjuang sehingga sanggup berkorban nyawa.

Inilah yang membuatkan UMNO bergelut dengan tali-temali kesyaitanan yang menghantuinya. Pemilihan jawatankuasa bahagian UMNO kini, berkemungkinan besar diwarnai oleh lebih ramai penyokong Anwar daripada yang pernah dilihat di waktu yang silam. Episod Fauzi Abdul Rahman di Kuantan, membuktikan lebih ramai lagi penyokong Anwar dalam UMNO yang sanggup berkorban dan menyerlahkan nekad mereka. Kesannya memang amat membahayakan sehingga setiausaha agong UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob mungkin terpaksa melepaskan jawatan. Perdana Menteri kini dikatakan sedang berura-ura melantik seorang MP yang diiktiraf penyokong Anwar untuk menjadi anggota kabinet. UMNO tidak akan dapat melayari gelora politik kalau-kalau sesuatu musibah mengenai Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua itu. Inilah getaran kerungsingan yang sedang bergegar dalam UMNO.


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Ahad, 29 April,2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Ahad 29/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:


Government Insecurity Over Anwar's Medical Treatment

The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, does not want to leave well enough alone. The Hospital Kuala Lumpur has told his jailed precedessor, Dato' Seri Anwar Ibrahim, he must have his operation or face the consequences. The prison department is worried it has cost RM60,000 so far (and this does not cost the government subsidies involved) to keep him at the HKL, in a first class ward to boot. To put matters in perspective, one lunch at a first class hotel of senior civil servants was just short of what it has cost to keep him in hospital so far. And the fake bond scam involving high ranking officials a mere US$5 billion.

The government has briefed diplomats, including one last week where the health minister, Dato' Chua Jui Meng, and 14 specialists, most of whom not specialists in the medical problem Dato' Seri Anwar has, held forth. Even the specialists he consulted are brought to back up the government's claims. Now, Dato' Seri Abdullah justifies the humane treatment it metes out to him. It is for Dato' Seri Anwar to decide on how he would be treated, he assures UMNO members. But somehow the more he and his colleagues talk about it, the more they are disbelieved.

For the Anwar problem is what destabilises the government. UMNO leaders, especially in government, must talk about it, as if to convince themselves that they have done the right thing. But they paint themselves into a corner. It takes decisions that can redound on them. Dato' Seri Anwar's medical condition is serious. He now wears a neck brace to ease the pain which has gone to his neck. He moves about in a wheelchair. Now, the government wants to send him back to Sungei Buloh prison, and would if he does not agree to an operation with a greater chance of being paralysed. And it he does not, he takes full responsibility for what happens thereafter.

Unfortunately, for the government, it is not that simple. It insists on keeping Dato' Seri Anwar in the public eye. The government proceeds with the other five charges of s###my and corruption against him. It was to have been mentioned on Saturday, but he was in excruciating pain. He would be brought in a wheel chair when the court sits in a fortnight. People would compare this with how he was the last time he appeared in court. It had, in a sense, succeeded in diverting attention from him to his ailments. Now it brings him into the focus.

This is perhaps deliberate. If anything, the numbers that now sympathise with the jailed deputy prime minister is more than it every was. Not in political, but in human, terms. Every action the government takes to put him into a strait jacket, it loses more support. That UMNO leaders must talk about Dato' Seri Anwar whenever they address an UMNO meeting indicates the problem. In Malaysian politics today, only one thing matters: the Mahathir-Anwar confrontation. Everything else takes second place.

The government therefore looks upon his medical problems politically, echoing what Dato' Seri Anwar has done. But with this one difference: he is prepared to face the consequences of his action; the government has no option but to turn it into a political issue. So far, it does not succeed. Dato' Seri Anwar accepts he could become paralysed or even a quadriplegic, and fights a different battle, knowing that if he does, both Dato' Seri Mahathir and the government loses. He turns every confrontation into a political test of wills in which the outcome has a clear winner and a clear loser. The government is forced to respond, but losing ground with every step. The cabinet and UMNO leaders are afraid of losing their positions, Dato' Seri Anwar, in the public belief, is not afraid to die.

It ties UMNO in diabolical knots. The UMNO divisional elections would probably have more Anwar supporters elected than in the previous. The Fauzi Abdul Rahman affair in Kuantan showed that there are Anwar supporters in UMNO prepared to stand up and be counted. The fallout of that is so severe that the UMNO secretary-general, Tan Sri Khalid Yaakub, could well resign. Rumour has it that Dato' Seri Mahathir demanded his resignation. The Prime Minister considers appointing a known Anwar-supporting MP into the cabinet. It is now abundantly clear that whatever happens, UMNO will not have a smooth ride if He Who Must Be Destroyed At All Cost is. I note a hint of desparation in UMNO.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my