Laman Webantu   KM2A1: 4349 File Size: 26.8 Kb *



TJ fM B2: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
By freeMalaysia

30/4/2001 10:36 pm Mon

ENIGMA 0201

[Daim pernah gagal untuk memenuhi hasrat Mahathir beberapa kali di saat khidmatnya diperlukan. Hubungan antara mereka timbul tenggelam mengikut keadaan. Masing-masing tahu dan sibuk merancang untuk mengecapi sesuatu yang diidam-idamkan dengan penuh muslihat. Daim hanya mendampingi Mahathir setelah beliau dipuncak kekuasaan. Oleh itu Daim mendampingi Harun Idris untuk membolot harta-karun di Kuala Lumpur dalam bentuk tanah dan projek perumahan. Kemudian beliau menghilang bila Harun disabitkan rasuah hanya muncul kemudian bila mengetahui dia tidak dilibatkan. Lantas dia mendesak Harun di bebaskan sebagai membalas jasanya menjadikan Daim seorang hartawan. Setelah itu Harun dilupakan kerana dia sudah tidak mampu memberi projek yang diimpikan.

Pendeknya Daim pandai menggunakan orang untuk mencapai cita-citanya dan cepat-cepat menghilang bila krisis menjelang. Hari ini beliau seperti mahu menghilang dengan bercuti diam-diam tetapi masih kepejabat untuk membuat kerja yang tidak dinyatakan. Seolah-olah beliau sedang bermasalah kerana ini tektik lama bila kesempitan.... Tetapi yang pastinya beliau akan berpaut di seluar sesiapa sahaja yang mampu menjadi jambatan untuknya membina kekayaan. Mungkin Dollah Badawi sudahpun perasan?
- Editor
]



Penterjemah: Penulis R4MAC


http://www.freemalaysia.com/political/daim_part2.htm

freeMalaysia



Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi

Bahagian Kedua


AHLI KORPORAT TEMUI KEJAYAAN AWAL (1971-79)

Mahathir Mohamed bukanlah pilihan pertama Daim Zainuddin sebagai penaung dan pelindung politiknya pada tahun-tahun 60an dan awal 70an. Sesungguhnya bakal perdana menteri itu bukanlah pilihan langsung bagi Daim. Sementelahan ketika itu beliau masih muda, sekadar seorang doktor dan bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Namun adalah pasti pada tahun 60an bintang Dr. Mahathir dikala itu sedang bersinar. Tetapi disebabkan sifatnya yang menyengat dan kritikannya yang tidak berselindung terhadap pemerintahan campuran Tunku Abdul Rahman telah menampakkannya, terutama kepada kebanyakkan penganalisa politik ketika itu sebagai seorang tokoh politik yang tidak akan bertahan lama. Pandangan seperti ini amatlah tepat dan benar terutamanya di kalangan ahli perniagaan yang mencari tempat bernaung dengan penaung politik yang mempunyai daya tahan untuk berkuasa. Oleh sebab pada waktu itu, Dr. Mahathir kelihatan seperti menuju ke arah pergeseran dengan `political establishment', hal ini telah menimbulkan ketakutan di kalangan bukan Melayu, terutamanya masyarakat perniaga berbangsa Cina. Jadi walaupun Daim telah mengenali Dr. M semenjak 1953 - mereka mula diperkenalkan oleh ipar Dr M dan salah seorang saudara Daim - mereka tidak menjadi kawan rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain sehinggalah lewat 70an. Malahan setelah 13 tahun berlalu selepas mereka mula diperkenalkan barulah kedua-dua anak jati Kedah ini (jarak umur 12 tahun) bertemu kembali. Daim yang lebih muda, ketika itu bekerja dengan Kesatuan Pengangkutan terlibat dalam satu kes perundangan yang dimulakan oleh Dr. Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai penasihat kepada biro pekerja UMNO. Daim telah kalah dalam kes ini, bertepatanlah dengan reputasinya yang tidak menyerlah di dalam kerjayanya sebagai peguam. Keputusan mahkamah ini menyebabkan lebih kerenggangan antara mereka dan mengecewakan Dr. M.

Seterusnya kisah yang menceritakan hubungan awal mereka berdua ialah sewaktu Daim menolak permintaan Mahathir untuk menerbitkan bukunya "The Malay Dilemma", buku yang telah melonjakkan Mahathir ke peringkat atasan barisan UMNO dan kepada penonjolan politik serantau. Pada tahun 1969, Dr M telah menunjukkan satu draf buku tersebut kepada anak saudaranya, Ahmad Mustapha dan Daim yang sewaktu itu memiliki sebuah perniagaaan penerbitan yang kecil secara bersama. Tetapi disebabkan ekonomi yang lemah pada ketika itu iaitu selepas rusuhan kaum pada 13 Mei, mereka berdua telah mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan buku itu kerana takut rugi dan bimbang pada tekanan politik. Jadi Mahathir telah mendapatkan penerbit lain dari Singapura. Buku itu, seperti yang dijangkakan telah diharamkan di Malaysia untuk beberapa tahun, namun begitu telah dibaca secara meluas oleh masyarakat di Malaysia.


Mahathir Bukanlah "Buah Hati" Daim Yang Pertama

Seperti yang tersebut di bahagian pertama, Daim menjadi pemaju hartanah selepas kegagalan pembabitannya dalam bidang pembuatan. Dia menubuhkan Syarikat Maluri Sdn. Bhd. pada tahun 1971 untuk mengendalikan pembabitannya dalam bidang tanah untuk masa mendatang. Ketika inilah Daim mendapat peluang menjalinkan hubungan rapat dengan seorang penaung politik yang sangat berkuasa. Hubungan politik-perniagaan inilah yang telah memulakan penonjolannya sebagai salah seorang ahli perniagaan yang terkaya dan mempunyai hubungan/jaringan paling baik dengan ahli-ahli perniagaan. Tanpa hubungan ini, Daim berkemungkinan hanya akan menjadi tidak lebih dari seorang peguam, ahli perniagaan yang biasa dan seorang pemain badminton yang aktif.

Daim menempelkan perniagaannya dengan bekas Menteri Besar Harun Idris, ahli politik UMNO yang dikenali sebagai orang yang memulakan rusuhan kaum berdarah pada tahun 1969. Ianya bermula dari kediamannya di Kuala Lumpur di sekitar kawasan Kampong Baru dimana sekumpulan perusuh Melayu yang miskin dan begitu meluap-luap kemarahannya telah dihasut oleh Harun untuk menyerang kawasan perniagaan Cina yang berdekatan di sekitar kawasan Chow Kit. Mereka telah menyembelih berdozen-dozen bukan Melayu yang tidak mengesyakki apa-apa tentang perkara tersebut. Ramai lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam penganiayaan berdarah yang berikutnya, sehinggalah keamanan dikembalikan melalui pengisytiharan dharurat.

Pembabitan Harun di dalam insiden berdarah itu tidak menghalang Daim daripada menjalinkan hubungan rapat dengan Menteri Besar Selangor itu. Ini adalah kerana kedudukan Harun itu dapat membantunya untuk mencapai hasrat yang sangat-sangat diidam-idamkannya - tanah yang baik di Kuala Lumpur, yang mana dikehendakkinya untuk melancarkan kerjaya hartanahnya.

Tanah idamannya itu terletak dipinggir Kuala Lumpur iaitu di Cheras. Dan di situlah, pada tahun 1973, Daim akhirnya dapat mempengaruhi penaung barunya itu, Harun, untuk menjual sebahagian besar dari tanah daerah negeri itu kepada Syarikat Maluri, 60% dipunyai oleh Daim dan 40% selebihnya, dibahagi sama rata diantara rakan kongsi perniagaannya iaitu Low Kiok Boo dan Thamby Chik.


Daim Temui Kejayaan

Selepas empat tahun kejadian rusuhan, ekonomi Malaysia mula berkembang kembali. Di antara sektor ekonomi paling apung ialah sektor perumahan. Terdapat kekurangan rumah yang teruk pada awal 70an, terutamanya di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, dimana sektor pembuatan yang telah lama diabaikan telah menerima lonjakan melalui suntikan kewangan kerajaan, iaitu melalui Dasar Ekonomi Baru. Secara tabiinya Syarikat Maluri memasuki sektor perumahan ini untuk mendapat habuan kewangan yang cepat.

Pada pertengahan dekad itu, Taman Maluri, estet perumahan pertama syarikat itu telah menjadikan Daim seorang jutawan. Dia dengan cepat telah membahagikan sebahagian daripada kekayaan yang baru diperolehinya itu kepada `dermawan' UMNO dan kroni-kroni yang telah membantunya dahulu, demi menjamin layanan dan kerjasama yang baik dari mereka di masa akan datang. Bertahun kemudian, dia telah membuat pengakuan kepada Cheong Mei Sui dan Adibah Amin, penulis-penulis buku "Daim : The Man Behind The Enigma", yang dia telah memberi derma politik yang besar kepada UMNO - RM 100,000 pada tahun 1974. Namun dia tidak pernah mendedahkan, jumlah duit (yang kita boleh mengandaikan tentunya lebih besar jumlahnya) yang diberikan kepada Harun sebagai membalas kemurahan hati Harun dan juga untuk manafaat politik masa akan datang.

Beberapa projek perumahan lain di atas tanah milik kerajaan sebelumnya juga telah mengikut jejak kejayaan Taman Maluri. Satu contoh yang begitu menonjol ialah Taman Melawati, sebuah taman perumahan disebelah timur ibu kota berdekatan dengan Zoo Negara. Di situlah Daim telah membina istana kediamannya, di atas bukit yang kedudukannya dan pandangannya menghala ke arah satu taman perumahan bagi golongan kelas-pertengahan.


Daim Beralih Arah Ke Pasaran Saham

Dengan keuntungan yang begitu cepat dikautnya daripada pembabitan dalam sektor hartanah, dia mula mengalihkan tumpuannya kepada membuat duit dengan cara yang lebih mudah iaitu bermain saham, yang melaluinya dia akhirnya dapat mengawal wang pertaruhan dalam beberapa syarikat `public listed'. Akan tetapi, sebagaimana juga denga hartanah, dia mula-mulanya menyediakan barisan pakatan rakan-rakan dari golongan politik dan ahli perniagaan yang dapat memastikan perniagaan sahamnya dapat membuahkan hasil. Daim tidak pernah bercakap banyak mengenai keuntungan melalui urusniaga perniagaan dengan menggunakan `orang dalam' secara berleluasa. Tetapi dia hampir-hampir mendedahkannya sebagaimana akan dapat dilihat dalam Bahagian 3 nanti. Bagaimana lagi yang dapat ditafsirkan apabila dia mengeluarkan kenyataan berikut kepada Cheong dan Adibah?

"Selagi mana anda ada penyokong yang terus menyokong anda, ke kaunter mana pun anda masuk, anda akan buat duit", katanya. "Tetapi anda mesti kongsi keuntungan dengan mereka. Kebanyakkan orang adalah terlalu tamak. Mereka tidak mahu berkongsi keuntungan dan satu hari, mereka bangun dari tidur dan mendapati mereka tidak ada apa-apa lagi. Segala-galanya telah musnah dan tiada siapa yang sanggup membantu. Sebab itu saya sentiasa memberitahu uasahawan-usahawan muda hari ini supaya jangan tamak."

Pada tahun 1977 , Daim tiba-tiba menghilang diri dari Malaysia. Dia hilang dari pandangan dunia perniagaan negara secepat dia muncul sebagai ahli pernigaaan negara yang terulung, walaupun sebagai sorang ahli perniagaan bumiputera yang begitu berahsia. Ketika itu, dia memberitahu kawan-kawannya yang dia telah membuat duit yang cukup dan dia mahu berehat seketika daripada dunia perniagaan. Jadi dia bertolak ke California dan mendaftar ke program `urban planning' di Universiti of California, Berkeley dimana dia berada di situ selama lebih kurang dua tahun.

Daim sebenarnya tidak berterus terang @ menipu. Dia tidak pernah memberi apa-apa tanda yang menunujukkan duit yang ada sudah cukup untuk memuaskannya. Apa yang amat pasti adalah sukar untuk mempercayai minat yang secara tiba-tiba untuk menambah pengetahuan di bidang akademik. Cerita sebenar disebalik pemergiannya yang secara mendadak itu adalah kerana dia perlu merantau secepat mungkin - yang pastinya bukan rehat dari perniagaan. Penaung politik utamanya dan pelindungnya, Harun telah terjerumus ke dalam satu kemelut undang-undang dan telah diserang hebat oleh oleh lawan-lawannya dari UMNO. Dan Daim bukanlah orangnya yang mahu sama-sama tenggelam dalam `kapal' Harun yang semakin mahu terbenam itu.


Memperbaharui Hubungan Dengan Mahathir

Harun telah didakwa dengan tuduhan rasuah, sebahagian besarnya jenayah pecah amanah, dan akhirnya dia di dapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 250,000 dari Hong Kong & Shanghai Bank. Tetapi sementara Harun merengkok dalam penjara - rakan niaganya selamat dan selesa di kawasan San Francisco Bay, hidup dengan kekayaan yang telah dikumpulkan dulu - Daim kemudiannya telah memperbaharui persahabatannya dengan Dr. M, yang pada ketika itu telah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sewaktu ini mereka berdua sudah pun mempunyai persamaan yang dapat mengikat hubungan antara mereka. Dan persamaan ini adalah faktor Harun!

Sebagaimana yang telah diketahui, Harunlah yang membantu Daim mendapatkan kekayaan yang banyak. Sedangkan bagi Dr. M pula, Harun jugalah yang membuka jalan untuk kemasukkan semula Mahathir ke dalam UMNO, selepas Tunku Abdul Rahman menendangnya dari parti pada tahun 1969 kerana kedegilan yang melampau. Sebenarnya jika tidak kerana Harun, Mahathir mungkin tidak akan dapat bergiat semula dan meneruskan penglibatannya dalam parti untuk menandingi ahli-ahli parti yang senior bagi merebut jawatan Perdana Menteri.

Sewaktu kunjungan balik ke Malaysia pada tahun 1979, Daim memastikan pertemuannya dengan Dr. M. Dia mendesak Mahathir supaya mempengaruhi Perdana Menteri ketika itu, Hussein Onn untuk tidak mendakwa Harun dengan tuduhan rasuah, dan selepas didapati bersalah, supaya membebaskan Harun dari penjara. "Saya merasakan yang saya terpaksa melakukan sedemikian untuknya kerana saya terhutang budi padanya," Daim memberitahu Cheong dan Adibah. "Apabila dia meluluskan penjualan tanah di Taman Maluri, secara tidak langsung dia telah membuka jalan bagi kejayaan saya. Jadi saya fikir inilah paling kurang yang saya dapat lakukan untuk membalas jasanya."

Walaupun begitu Dr. M telah gagal untuk memujuk Hussein untuk membebaskan Harun hingga kini, masih tidak jelas samada Mahathir telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menolongnya. Ini disebabkan hubungan antara mereka berdua adalah tidak jelas.

Pada lewat 60 an dan 70 an, Mahathir dan Harun dilihat sebagai seteru politik dalam memenangi hati dan pemikiran anak-anak muda Nasionalis Melayu ketika itu. Mereka ini mahukan kerajaan di bawah pemerintahan UMNO ini melaksanakan matlamat penstrukturan ekonomi dan sosial yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dengan lebih bertenaga dan mengurangkan tumpuan terhadap suku kaum minoriti yang lain. Sebenarnya, dakwaan-dakwaan rasuah terhadap Harun dan hukuman penjara itu adalah bersesuaian sekali masanya bagi Dr. M.

Kemungkinan juga sikap sederhana dan kejujuran Hussein Onn telah tidak memperdulikan Harun yang angkuh dan korup itu, di samping mendapati ahli politik yang bercita-cita tinggi itu sebagai satu elemen yang mengganggu keharmonian dalam UMNO. Dr. M amat menyedari perasaan bosnya ini terhadap Harun dan kerana itulah Dr.M tidak beria-ia dan terlalu menekan supaya Harun dibebaskan dari penjara.

Walaupun begitu, salah satu tindakan Dr. M setelah selamat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 adalah mendapat pengampunan penuh dari Yang Di Pertuan Agong untuk Harun. Tetapi pada waktu ini Daim sudah tidak memerlukan bekas Menteri Besar ini lagi. Harun sudah tidak ada kuasa politik lagi dan mempunyai hubungan dengan beberapa orang-orang tertentu sahaja.

Lagi pun Daim sudah memulakan hubungan dengan penaung politik.





Rencana Asal:


Daim: The Enigma Unmasked Part Two


THE CORPORATE PLAYER TASTES HIS FIRST SUCCESS (1971-79)

Mahathir Mohamad wasn't Daim Zainuddin's first choice for a political patron and protector in the 1960s and early 1970s. Indeed, it's quite likely that Malaysia's future prime minister was no choice at all for Daim, certainly not in the early days when he was a young and still unsuccessful businessman on the make.

For sure, Dr. M was a rising, though unorthodox, political star in the 1960s. But it was his prickly nature and unvarnished criticism of Tunku Abdul Rahman's ruling coalition that made him appear to many political analysts of that period more a passing political gadfly than a future premier. This view held especially true in the eyes of businessmen looking to place their bets on budding patrons with political staying power. For in those days, Dr. M appeared to be heading toward an inevitable clash with the political establishment, while frightening non-Malays, especially the country's Chinese business community, in the process. And that's precisely what happened.

So while Daim had known Dr. M since 1953 - they were first introduced by a Mahathir brother-in-law and one of Daim's brothers - they didn't begin to form a close friendship and mutual dependency until the late 1970s. In fact, it wasn't until some 13 years after their initial introduction that these two sons of Kedah, born 12 years apart, met again. The younger Daim was acting on behalf of a transport union chapter in a legal action instigated by Mahathir, who was then acting as an advisor to UMNO's labor bureau. Daim, in keeping with his lackluster legal career, lost the case. And the court's decision did little to endear him to a disappointed Dr. M.

Even more telling about their early relationship and Daim's search for a reliable political patron, Daim declined to publish Dr. M's "The Malay Dilemma," the book that eventually catapulted Mahathir up into the senior echelon of the United Malays National Organization and into regional political prominence. In 1969, Dr. M showed a draft of the controversial book to his nephew, Ahmad Mustapha, and Daim, who together owned a small publishing business. But because of a weakening economy after the May 13th racial riots, they decided against publishing the book for fear of financial loss and political reprisal. So Mahathir found another publisher in Singapore. The book, as expected, was banned in Malaysia for many years, but nonetheless remained required reading for many Malaysians.


Mahathir wasn't Daim's first "sweetheart"

As noted in Part One, Daim became a property developer after his dismal manufacturing failures. He incorporated Syarikat Maluri Sdn. Bhd. in 1971 to handle his future land ventures. It was about this time that Daim snared his first close relationship with a powerful political patron. It was this politico-business relationship that set the stage for his eventual emergence as one of Malaysia's wealthiest and best-connected businessmen. Without this crucial link, Daim probably would have amounted to little more than an itinerant lawyer, haphazard businessman and spry badminton player.

Daim hitched his business wagon to the then Selangor Mentri Besar (Chief Minister) Harun Idris, the UMNO politician most closely identified with instigating the bloody race riots of 1969. It was from his Kuala Lumpur residence in the city's Kampong Baru area that the first enraged and economically deprived Malay mobs, incited to violence by the racially charged Harun, stormed the neighboring Chinese business enclave of Chow Kit and butchered dozens of unsuspecting non-Malays. Many more Malaysians were murdered in the bloody mayhem that followed, until an uneasy calm finally was restored under a state of emergency.

Harun's association with the bloodiest incident in modern Malaysian history didn't deter Daim from cementing a close relationship with Selangor state's chief minister. For Harun was in a position to deliver what Daim desperately needed - prime land in Kuala Lumpur, upon which to launch his property career.

The coveted land was on the outskirts of Kuala Lumpur, in Cheras. And it was there, in 1973, that Daim finally persuaded his new-found patron, Harun, to sell a huge parcel of state terrain to Syarikat Maluri, 60 percent of which Daim owned and the remaining 40 percent evenly split between his original business partners, Low Kiok Boo and Thamby Chik.


Daim finally hits paydirt

By this time, now four years after the riots, Malaysia's economy again began to blossom. And among the most buoyant economic sectors was housing. There was a severe housing shortage in the early 1970s, particularly in Kuala Lumpur and the surrounding Klang Valley, where the long-neglected manufacturing sector was being given its biggest boost through government financial incentives, much of which was filtered through its New Economic Policy. So it naturally was into housing that Syarikat Maluri ventured into for quick financial rewards.

By the middle of the decade, Taman Maluri, the company's first housing estate, made Daim a millionaire several times over. And he was quick to spread some of his new-found wealth among his UMNO benefactors and cronies, if only to guarantee future favorable treatment and cooperation. Years later, he admitted to Cheong Mei Sui and Adibah Amin, authors of "Daim: The Man Behind the Enigma," that he made his first significant political donation to UMNO - 100,000 Malaysian ringgit in 1974. He never disclosed, however, the larger amount that one must assume he gave personally to Harun for his earlier generosity and for his future political benevolence.

Several other housing projects on formerly government-owned land soon followed the success of Daim's Taman Maluri development. One outstanding example was Taman Melawati, an estate along the capital city's eastern outskirts near the National Zoo. It was there that Daim eventually built his massive mansion in the 1980s on the hills overlooking the sprawling middle-class estate.


Daim turns to the stock market

With the profits Daim quickly amassed from his property ventures, he turned his attention to making even easier money - playing the stock market, through which he eventually acquired controlling stakes in a number of publicly listed companies. But as with property, he made sure to first line up friendly political and business collaborators to ensure that his stock-trading picks would perform. Daim has never admitted in so many words to profiting through extensive insider-trading transactions. But he has come close, as Part Three of this profile will show. Still, how else can you interpret his following remarks to Cheong and Adibah?

"As long as you have supporters who keep on supporting you, whichever counter you go in, you will make money," he said. "But you must share the profits with them. Most people are too greedy. They will not share their profits and one fine day, they wake up to find they have nothing left. The bottom has fallen out as they have no one to support them. That is why I always tell the young entrepreneurs of today not to be greedy."

In 1977, Daim suddenly disappeared from Malaysia. He literally dropped out of the country's business scene nearly as quickly as he emerged as the country's leading, though secretive, bumiputera businessman. At the time, he told friends that he had made more than enough money and wanted a break from the rigors of the business world. So he left for California and enrolled in the urban planning program at the University of California, Berkeley, where he remained for nearly two years.

Daim was being less than truthful. He has never since given any indication that there is enough money to satisfy him. And, certainly, it's hard to trust his sudden thirst for academic knowledge. The actual story behind his hasty departure was that he needed a comfortable and quick exile - certainly not a business break. His main political patron and protector, Harun, was in deep legal trouble and under severe attack from his UMNO opponents. And Daim wasn't about to go down with Harun's sinking political ship.


Time to renew ties to Mahathir

Harun had been brought up on corruption charges, largely criminal breaches of trust, and eventually was convicted of accepting a RM250,000 bribe from Hongkong & Shanghai Bank. But it was while Harun was in prison - and his business proxy safely ensconced in the San Francisco Bay area, living off his quickly amassed riches - that Daim again renewed his acquaintance with Dr. M, who was by then Deputy Prime Minister. For it was in Harun that Daim and Mahathir finally had something truly in common, something to eventually bond them.

As already noted, it was Harun who helped Daim make his early millions. As for Dr. M, it was Harun who paved the way for Mahathir's readmission into UMNO, after Tunku Abdul Rahman had booted him out of the party in 1969 for gross insubordination. In fact, if it weren't for Harun, Mahathir probably never would have been able to regain his earlier political momentum and then race past more senior party contenders to the premier's post.

During visits back to Malaysia and after his return to the country in 1979, Daim made a point of meeting with Dr. M. He urged Mahathir to prevail upon then Prime Minister Hussein Onn not to charge Harun with corruption and, after his conviction, to release Harun from prison. "I felt I had to do this for him, as I felt obliged to him," Daim told Cheong and Adibah. "When he approved the sale of land in Taman Maluri, in a way he paved the way for my success. So I thought this was the least I could do for him."

Dr. M failed, however, to persuade Hussein to release Harun. But to this day, it's still not clear whether Mahathir tried very hard. For their relationship wasn't so clear cut.

During much of the late 1960s and 1970s, Mahathir and Harun were viewed as potential rivals for the hearts and minds of younger Malay nationalists, those who wanted the UMNO-controlled government to push through the economic and social restructuring goals embodied in the New Economic Policy with greater zeal and far less concern for Malaysia's ethnic minorities. So, actually, Harun's corruption charges and imprisonment couldn't have come at a better time for Dr. M.

It's also likely that the mild-mannered and upright Hussein Onn didn't care for the brash and corrupt Harun, besides finding the ambitious politician a disruptive element within UMNO. Dr. M was well aware of his boss's feelings toward Harun and probably didn't overly press his case for a quick furlough from prison.

Nonetheless, one of Dr. M's first actions once safely ensconced as premier in 1981 was to secure from the king a full pardon for Harun. But by this time, Daim had no use for the former chief minister. Harun was a spent force politically and could pull few, if any, strings on his behalf. Besides, Daim had already begun nesting with the biggest political patron of all - Dr. M.

To read the rest, see:

Part Three - HE THRIVES AND KNOWS NO BOUNDS.