Laman Webantu   KM2A1: 4350 File Size: 4.4 Kb *



SKM 2: Rahim Nor Masuk Jel?
By Jihad29

1/5/2001 7:51 am Tue

[Ada banyak sebab Rahim Nor dipenjarakan sekarang. Salah satu darinya adalah untuk menumpulkan sedikit kemarahan rakyat akibat simpati kepada Anwar yang semakin teruk keadaan sakitnya. Tetapi ada satu sebab lain yang mungkin lebih utama.

Rahim Nor adalah seorang yang tidak stabil, panas baran dan sukar mengawal dirinya bila tertekan. Keadaan politik masakini serta nasib yang menimpa Anwar telah menekan bukan sahaja hidupnya malah se isi keluarganya. Keaiban itu tiada ubatnya sampai bila-bila.

Dengan memasukkannya ke penjara selama 2 bulan (yang kebetulan di saat Anwar amat memerlukan pembedahan dan Daim bercuti panjang) ia menggambarkan terdapat kebimbangan Rahim Nor akan mendedahkan siapa yang mengarahkan nyawa Anwar ditamatkan di Bukit Aman. Tetapi Tuhan Maha Kaya, Anwar tidak mati walaupun telah pengsan. Rahim Nor manyangka beliau dapat lari tetapi lupa dehemnya itu telah dicam oleh Anwar. Sejak hari itu dia seperti hilang sabar sehingga menghalau wartawan luar ketika sidang akhbar. Rahim Nor akhirnya mengaku juga memukul Anwar kerana sudah tiada lagi jalan keluar. Ini mendedahkan sikap Rahim Nor yang membimbangkan Mahathir jika semua rahsia terkeluar.

Rahim Nor diberitakan sakit beberapa kali sehingga kerap menangguhkan perbicaraan. Soalnya mengapa beliau sakit sedangkan dulu segar bugar? Ada pendapat mengatakan Rahim Nor akan dibunuh secara professional dengan racun yang lambat bertindak serta tidak dapat dikesan. Tentu kita masih belum lupa kisah Jaafar Puteh yang mengadu sakit perut atau Anwar yang keracunan.... Rahim Nor mungkin mendapat rawatan di hospital milik anak Mahathir yang sudah berundur itu tetapi ubat apakah yang diberi di situ?
- Editor
]

SIRI KELENTONG-MENGELENTONG: 2


Rahim Nor Masuk Jel?

Alahai, akhirnya orang yang pertama digelar 'Bapak Anjing' terpaksa menerima hukuman dunia. Dia akan memulakan hukuman penjara selama dua bulan kerana melebamkan mata dan menyebabkan tulang belakang mangsanya terselisih. Dia telah lakukannya ketika tangan mangsa digari di belakang, dengan 'pukulan maut' yang bertubi kali. Itu adalah pukulan 'karate' yang dipelajari untuk mempertahankan diri. Mengikut sumpah dan ikrar semasa mempelajari pukulan-pukulan itu, ia hanya boleh dilaksanakan ketika kita mempertahankan diri.

Begitulah dayusnya seorang yang satu ketika dulu mempunyai kuasa yang amat gah di negara ini. Dalam masa negara aman, dia dikira mempunyai kedudukan number empat dibelakang PM, TPM, Menteri Kewangan. Di negara barat seorang Ketua Polis Negara mempunyai martabat yang sungguh tinggi, sama tarafnya dengan timbalan perdana menteri. Di Malaysia, sikap gelojoh Rahim Nor mahu memuaskan nafsu seorang perdana menteri yang sudah sewel membuatkannya melakukan kerja jijik terhadap seorang pejuang ilmuan yang bertaqwa yang sanggup mengenepikan harta kekayaan untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Rahim Nor kini menerima padahnya.

Dengan masuknya Rahim Nor secara rasmi ke penjara, ia membuka lembaran baru dalam sejarah bangsa. Ini adalah titik permulaan kepada ramai lagi manusia yang bergelar pemimpin yang akan mengikuti jejak Rahim Nor. Bersedialah kalian warder-warder, untuk mengucapkan selamat tiba kepada bajingan bedebah ini dan ramai lagi yang akan mengikutinya. Hanya masa yang akan menjadi penentunya. Kita sedar Rahim Nor akan masuk pintu penjara dan keluar semula untuk menerima rawatan hospital selama dua bulan lamanya. Inilah Penjara Sandiwara namanya dalam 'Hikayat Malbari Moden Alaf Baru'. Tidak mengapa, dia dicatatkan sebagai Ketua Polis Negara pertama dalam dunia berdemokrasi yang dipenjarakan. Inilah musibah pertama 'Melayu bolih' mengikut acuan mamak malbari yang direstui oleh orang-orang Melayu dalam UMNO Baru(a)!!!! Esok, dictator malbari akan berkata: 'di Malaysia kita amalkan demokrasi sehingga KPN pun masuk penjara'. Ingat, dia masuk penjara, bukannya dipenjarakan!!!!!

Jihad29.

30/4/2001.