Laman Webantu   KM2A1: 4356 File Size: 14.5 Kb *



TJ MT MGG: Siapa Menyebabkan Banjir Kilat di Kuala Lumpur?
By M.G.G. Pillai

1/5/2001 9:43 pm Tue

MGG 9901

[Masalah banjir kilat di Kuala Lumpur sudah lama tetapi usaha mengatasinya hampir tiada. Sebaliknya usaha mengajaknya pula yang tiba bila pokok ditebang sewenang-wenangnya dan sungai disekat arusnya oleh pembinaan lebuhraya. Penswastaan telah menghasilkan banyak masalah kerana ia diberi tidak berdasarkan kepakaran tetapi lebih kepada ketamakkan nafsu nafsi peribadi. Akibatnya banjir kilat semakin menjadi-jadi, jalan semakin berlubang, stadium asyik rosak, stor peluru merekah, pelabuhan lengang dan lain-lain masalah yang semakin memiskinkan negara.

Apa yang menarik ia berlaku ditempat yang kuat Umnonya atau BNnya. Mangsanya termasuk pengundi BN sendiri yang merasa kerajaan sedia ada perlu disokong kerana tidak merosakkan hartabenda dan menjamin keselamatan. Sekarang bagaimana? Bukankah kerosakkan kemurkaan alam itu lebih dahsyat dari kerugian (seandainya ada) akibat perjuangan reformasi? Bukankah bukan sebiji dua kereta menjadi mangsa, malah rumah pun tergugat sama. Esuk lusa melayanglah nyawa barulah tahu siapa yang menjahanamkan negara sebenarnya. - Editor]


Penterjemah: -MT-



Siapa Menyebabkan Banjir Kilat di Kuala Lumpur?

(Who Caused The Flash Floods In Kuala Lumpur?)

Kita boleh menjangkakan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur minggu lalu akan berulang lagi. Ini merupakan dendam alam maya yang perlu diterima oleh sesiapa yang memperlekehkannya. Tetapi kerajaan masih beranggapan ia masih mampu main agak-agak sahaja. Ketika sebahagian ibukota ditenggelami air, ia merupakan satu amaran awal betapa kita boleh dibalun musibah seandainya kita memperlekehkan tuntutan alam maya. Malahan Menteri Alam Sekitar beranggapan mereka boleh bersikap sambil lewa. Cuba perhatikan kes empangan Bakun, di mana kesan persekitaran alam jangka panjang diabaikan kerana tamak haloba. Lihat pula Pelabuhan Kuantan yang dibina kerana pilihan politik dan terdedah kepada hambatan alam lagi. Ia menelan belanja yang lebih besar untuk memperbaikinya daripada kos membinanya dulu. Sehingga kini ia belum digunakan lagi semaksima kapasitinya.

Banjir kilat muncul apabila Sungai Gombak melimpah tebingnya waktu air pasang dengan segala sampah sarap yang berkumpul dan berserabut di sekeliling tiang-tiang simen yang tertanam di pinggir sungai untuk menyokong pembikinan lebuh raya swasta yang berada di bahagian atasnya. Lebih lagi apabila pihak berkuasa memandai-mandai memikirkan adalah tidak perlu mengaut segala sampah sarap yang terapung di permukaan air sungai itu. Tidak ada sebarang penjelasan kenapa keadaan ini dibiarkan berterusan walaupun rakyat marhaen dituduh bersalah kerananya. Apabila sampah tidak lagi dikutip sekerap mungkin seperti yang dilaksanakan oleh bandaraya satu ketika dulu dan sebelum kerja-kerja itu diswastakan, tentulah berlaku musibah seperti ini. Tidak payahlah kita membincangkan projek membersihkan sungai seluruh negara apabila sungai tempatan dibiarkan berselut dan tersumbat oleh sampah dan sarap. Sesuatu dasar negara hanya didapati berkesan kalau segala peraturannya diamalkan. Di Malaysia memang jarang sangat penekanan diberikan terhadap perincian kerja sehinggakan hasilnya memang membawa kecewa.

Rancangan pembasmian banjir negara, seperti juga masalah setinggan selepas tercetusnya tragedi Kampung Medan memberikan gambaran yang kelam mengenai rancangan jangka panjang kerajaan. Satu tindakan berupa dasar negara direncana apabila sesuatu yang dibiarkan begitu saja sebegitu lama meledak menarik perhatian umum. Saya berani kata, kerajaan tidak akan memikirkan satu dasar negara berkaitan setinggan tanpa episod Kampung Medan dan kerajaan tidak mungkin memikirkan dasar banjir negara tanpa banjir besar minggu lalu. Kita terlalu sibuk berangan-angan mengimpikan mahligai mega di angkasa raya tanpa mempunyai masa tunduk ke bumi melihat rekahan di jalan raya. Hanya selepas itu baru terdengar teriakkan yang melolong apabila rekahan jalan itu sukar ditampung kerana terlalu besar melopong.

Kerajaan terlalu taksub dengan anggapan bahawa kerja yang terbaik hanya mampu dibuat oleh sektor swasta. Kalau kerja-kerja itu dilaksanakan dengan cermat hasil pemberian tender yang dikendalikan secara terhormat, tidaklah kerja-kerja itu boleh dipertikaikan sangat. Nampaknya kerja-kerja itu diberikan kepada mereka yang rapat dengan pihak yang berkuasa sehingga menghasilkan kerja yang sambil lewa kerana yang diberikan tender itu tidak berpengalaman untuk melaksanakan kerja yang berkesan. Kerja-kerja membersihkan Sungai Kelang di Shah Alam akan diswastakan tidak lama lagi. Kontraktor yang melaksanakannya akan mendapat hak menggunakan tanah yang luas di tepi tebing sungai itu. Kontraktor yang diberikan kerja itu bukannya pakar pembenterasan banjir. Tetapi dia diharapkan mampu menjalankan kerja untuk menghindarkan banjir. Perhatikan sahaja Kompleks Sukan yang dibina khas untuk Sukan Komanwel 1998. Penswastaannya diuruskan dengan memberikan sebidang tanah berharga mewah di Lembah Kelang. Struktur yang dibuat untuk kompleks itu adalah bersifat ala kadar sahaja. Inilah yang dikatakan membuat banyak duit dalam pembikinan projek penswastaan.

Cuba perhatikan cara pokok ditebang dengan sewenangnya di Kuala Lumpur. Pokok-pokok di negara tropika menyerap air sehinggakan bersamaan dengan 25 peratus berat badan pokok itu, untuk mengeluarkan semula secara berdikit-dikit. Inilah yang menyekat berlakunya banjir besar. Pokok-pokok yang tegak megah sejak tiga puluh tahun dulu, sudah lama dipotong menyembah bumi. Apabila pokok ditebang habis, selut pun bertapak di dasar sungai memerlukan pengorekan untuk mendalamkannya. Tetapi, ini pun sengaja tidak diambil peduli. Keadaan ini diburukkan lagi oleh perancangan haprak dan sikap songsang betapa setiap kerja yang diswastakan itu boleh berjaya. Lagipun kerakusan membina sesuatu dengan apa harga sekali pun diberikan keutamaan daripada keperluan rakyat marhaen. Jadi, apa saja yang menjolok mata diswastakan, dan kalau kita ambil iktibar apa yang sudah berlaku, projek yang diswastakan itu akan dibeli kembali oleh kerajaan satu hari nanti untuk mengelakkan kontraktor berkenaan daripada bangkrap.

Banjir kilat menjadikan projek gila-gila 'Linear City' sepanjang Sungai Kelang itu satu projek yang meragukan. Kalaulah projek itu sudah dimulakan dan keadaan sungai berada seperti sekarang ini, sudah tentu penghuni ibukota hidup dengan sengsara. Mujurlah, orang yang diberikan kontrak membina Bandar gila-gila itu sedang dibanjiri masalah peribadi, berkemungkinan projek itu tenggelam begitu sahaja. Alam maya adalah sebaik sahabat kita tetapi boleh bertukar menjadi musuh yang berbahaya. Tetapi kerajaan beranggapan ia mampu menipu alam ini dan terpaksa menanggung bahananya kini. Kalau sesuatu tidak dilakukan sebagai langkah yang berkesan, Kuala Lumpur haruslah bersedia kebanjiran selalu seperti minggu yang lalu. Apabila ia dibandingkan dengan banjir tahun 1929 dan 1971 adalah sesuatu yang menakutkan. Banjir yang terbaru ini adalah satu musibah alam kerana memperlekehkannya.

Yang pelik ketika banjir itu terjadi, tidak ada sebarang kenyataan rasmi menerangkan apa penyebabnya. Rakyat marhaen tertanya-tanya kenapa dan terpaksa berusaha sendirian menyelamatkan nyawa dan harta benda. Penjelasan muncul hanya setelah banjir itu reda. Ini menunjukkan pihak yang berkuasa turut terkejut sehingga otak turut senggugut Bayangkan ribuan kereta yang terkandas dan terapung yang akan berulang lagi selagi tindakan menghindarinya tidak dirancang. Tetapi Bandar Raya tidak mampu melaksanakannya. Kalau ia tidak mampu menyediakan khidmat municipal yang berkesan, apakah ia mampu merancang masa depan yang lebih meyakinkan? Inilah bayangan kecuaian, keangkuhan, keengganan memahami hukum alam, ketaksuban bahawa hanya penswastaan yang boleh menghasilkan kerja yang berkesan yang menyumbang kepada banjir yang sungguh pantas tetapi sungguh menakutkan. Tidak ada sesuatu pun yang menjanjikan kehidupan masa depan yang menceriakan. Lebih banyak lagi banjir kilat yang akan muncul walaupun tidak sedahsyat yang muncul minggu lalu.

-MGG Pillai-
Isnin 30 April, 2001.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Isnin 30 April, 2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:

Who Caused The Flash Floods In Kuala Lumpur?

The flash floods in Kuala Lumpur last week one should expect more frequently in the future. It is Nature's revenge. Anyone who defies Nature must pay a terrible price. But the government believes it can second guess it. When parts of Kuala Lumpur was submerged in water, it was an early warning signal of the wreckage Nature can cause when defied. Even the environment ministry believes Nature can be trifled with: Look at the Bakun dam, whose long term environmental damage must take second place to greed. Look at Kuantan Port. It was built on a site chosen for political reasons, and nature wrecked a terrible price: it cost as much to repair it as to build it. And it is still not used as it was meant to be.

The flash floods came when the Gombak River overflew its banks at high tide, helped by the jetsam and flotsam collected around the huge pylons on the river for the privatised highway above; and compounded by an authoritarian belief that all would be okay if it does nothing to clear the debris that floats in it. Maintenance is privatised, and is haphazard. The newspapers today is full of photographs of the terrible state of the river. No explanation is given why it is in this condition, although people are blamed for it. When you do not collect rubbish as regularly as City Hall once did, and municipal services are privatised, something must give. It is no use talking of cleaning up the rivers nationwide, when local rivers are left as dirty and full of rubbish and debris. A national policy can only work if it oversees the details. In Malaysia, there is no attention to detail. Nothing will come out of it.

The national flood prevention scheme, like the problem of squatters after the Kampung Medan clashes in Petaling Jaya, is a frightening indictment of government's long-term planning. A national policy is formulated when what it has ignored over the years bursts into the public eye. There would not be, I dare say, a national policy on squatters without Kampung Medan and a national flood policy without last week's floods. We are so busy building castles in the air to be bothered about cracks on the roads. And cry found when the cracks widen into an unrepairable chasm.

The government believes that its work is best done by the private sector. If it is done with due diligence and one the basis of competitive tenders, it would not be so bad. It seems to me that the contracts are given to those close to the establishment with no experience in handling the work privatised. The cleanup of the Klang River along Shah Alam is about to be privatised, the contractor doing it in return for the lucrative land along its banks. This belief that the contractor would genuinely do a good job is misplaced. He is not a flood alleviation expert. Look at the condition of the stadia Malaysian private enterprise built for the Commonwealth Games in 1998. They were built in exchange for rich land in the Klang Valley. Makeshift facilities were built for the land. Nothing more, nothing less. And so in making money out of the privatisation exercises.

One quick fix done in Kuala Lumpur is to cut down trees. Trees in tropical countries absorb as much as 25 per cent of its bodyweight in water, and releases them gradually. This helps prevent all but the worst floods. The trees that once graced Kuala Lumpur only 30 years ago are no more. When trees are cut, silt fills up rivers and constant dredging is needed to keep the river flowing. This is all but ignored. Compounding this is the poor planning and the belief that anything privatised works well, and the need to build at whatever cost takes precedence over people's needs. So, everything within sight is privatised, and if the present is any guide to the future, the government would buy it back to prevent the contractors going bankrupt.

The flash floods would make the crazy Linear City along the Klang River moot. If one is built and rivers tended as badly as now, it would make the life of the people in Kuala Lumpur worse. Mercifully, it looks as if the man who has the contract is so immured in his own problems that it would not go any further. Nature is a good friend but a fearsome enemy. But the government felt it could cheat Nature, and we now pay the price. If nothing is done to correct it, Kuala Lumpur must brace itself for more and more floods as worse as last week's more often. That it is already compared to the floods of 1926 and 1971 frightens. Nature let off steam, as it were, in 1926 and 1971; last week's floods the fallout from defying nature.

What is curious about this flood is that no official was on hand to explain what happened. People were left to their own devices, and the explanations only came after it was all over. This suggests the authorities were caught flatfooted. The thousands of cars caught in the rising waters is a harbinger of what is to come if serious remedial works is put in place. But City Hall is not about to do that. When it cannot provide normal municipal services, how can it look at the long-term remedial works that must be done. It is neglect, arrogance, refusal to understand Nature, the misplaced belief in privatisation as in Malaysia all contribute to the floods. There is nothing in the horizon to suggest better times are head. More flash floods, not necessarily as last week in the city centre, are on the cards.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my