Laman Webantu   KM2A1: 4358 File Size: 5.0 Kb *



TJ KTK 11: Siulan Diktator Sialan
By Tsu Nam

2/5/2001 7:01 am Wed

KTK 011

[Mahathir bisa menjadi sesiapa sahaja kerana salah kita juga yang sengaja berdiam diri membiarkannya berbuat apa saja. Hari ini kita semakin kehilangan hak bersuara padahal kita mampu maju dan aman tanpa cengkaman sebegitu. Bukan sahaja di luar malah di dalam parlimen sendiri kerana tuan speaker enggan membenarkannya dan wakil kerajaan cuba mengelak dari menjawabnya tanpa dikenakan tindakkan apa-apa.

Banyak negara membenarkan kebebasan bersuara tidak tergugat pun apa-apa kerana ia menyebabkan kerajaan semakin perihatin dan tidak berkhidmat bersambil-lewa. Hanya kerajaan yang memang bersalah amat takut kepada pendedahan bicara sebagaimana yang terserlah di negara kita. Menukar demokrasi kepada kediktatoran akan semakin merosakkan suasana kerana diktator itu adalah kejahatan mencuri hak dan kuasa sedangkan Islam menyeru dipulangkan hak kepada yang berhak walaupun dia musuh kita. Soalnya ugama apakah yang terpendam di dada diktator Malaysia sehingga 'berfatwa' sebegitu rupa? -Editor]



Penterjemah: KTK10


Siulan Diktator Sialan

Cadangan Mahathir bahawa pemerintahan diktator yang baik adalah lebih baik daripada sebuah kerajaan berdemokrasi di kalangan negara membangun tentu sekali mengejutkan ramai orang. Dan kejutan itu mungkin disebabkan kelantangan cadangannya yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu kejujuran darinya. Kenyataan itu memberikan gambaran yang lebih luas akan orang yang celupar itu daripada personanya dari kacamata sains politik.

Sesaorang tidak memerlukan kepintaran yang berlebihan untuk mengesan kecacatan dalam konsep diktator yang baik. Siapakah yang menentukan mana satu yang 'baik' dan sebaliknya kalau bukan si diktator itu.

Sudah menjadi hukum alam dan pengajaran kepada sejarah tamaddun manusia tidak ada satu masyarakat bangsa yang boleh mengharapkan nasibnya di tangan kerajaan yang diketuai oleh diktator, yang sememangnya mempunyai kelebihan untuk bertahan kerana sukar digulingkan.

Demokrasi yang memberi ruang kepada sistem pengawasan dan pengimbang diolah begitu rupa untuk membendung sikap rakus dan gelojohan manusia. Inilah sistem yang dilumpuhkan oleh Mahathir dalam demokrasi Malaysia. Lebih lagi dengan memperkuatkan bidang kuasa eksekutif untuk melemahkan kuasa Parlimen dan penghakiman. Media massa yang dikenali sebagai 'tiang keempat' sudah pun dicengkam dengan sungguh berkesan.

Ketidakupayaan untuk memainkan peranan menyelia dan mengimbang, Parlimen, jabatan kehakiman, dan media massa menjadi tukang chop, dan diperalatkan untuk menekan dan menyibarkan propaganda bagi pihak ekskutif. Di zaman pemerintahan Mahathir, Majlis-Raja-Raja telah pun kehilangan apa juga kuasa lebihan yang masih mereka kecapi dulu.

Dengan terungkainya rangka-kerja demokrasi, menyebabkan kerapnya berlaku pembaziran dan salah guna kuasa. Kita telah melihatnya ketika Anwar Ibrahim dihancurkan dan kita sedang menyaksikannya betapa 20 orang ditahan di bawah ISA dengan alasan yang paling samar.

Dimanakah pengawasan dan perimbangan? Tuan Speaker enggan membenarkan Parlimen membincangkan sesuatu perkara, sedangkan media sanggup membisu sahaja dan kehakiman sanggup melentur hukumnya untuk menyokong ekskutif. Sebagai menyakitkan hati, Mahathir mengalukan penangkapan itu sebagai membawa kebaikan kepada negara. Inilah yang membuktikan dia memang berseronok dengan panggilan 'diktator baik' itu.

Mahathir memang begitu pintar mmenyatukan kuasanya sehinggakan dia mampu melepaskan dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Dia boleh membatalkan pemilu 2004 seandainya kekalahan semakin ketara - tidak kiralah apa pun alasannya kerana Parlimen akan memberikan keizinannya, media akan menggembar-gemburkan krisis negara yang memang sengaja diada-adakan sementara pihak kehakiman akan mengisytiharakan kesahihannya. YDP Agong hanya akan beresemayam sambil menunggu untuk diberitahu oleh mamak bendahara dengan tipu helanya.

Terlalu lama kita berdiam diri membiarkan Mahathir mecuri satu persatu hak kita berdemokrasi. Penangkapan dengan kuasa ISA yang terbaru membayangkan betapa dayusnya sebahagian besar masyarakat Malaysia terhadap salah guna kuasa.

Sebaliknya mereka yang terus berdiam diri mungkin juga memeram suaranya yang meninggi. Hakikatnya sekarang, kita sudah lama kehilangan demokrasi kerana merelakannya pergi.

-Tsu Nam-
30/4/2001


-Terjemahan KTK10-





Rencana Asal:

Belum ditemui.... mungkin ia menyorok supaya dicari walaupun gelapnya sinar di malam hari.