Laman Webantu   KM2A1: 4362 File Size: 25.6 Kb *



TJ fM B3: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
By freeMalaysia

2/5/2001 7:03 pm Wed

ENIGMA 0301

[Melalui jalinan politik Daim berjaya membina kekayaan juga - itupun setelah agak lama kerana bakatnya memang amat kurang sebenarnya dan kerap tersasul sehingga kelam-kabut jadinya. Krisis ekonomi telah menelanjangkan betapa rapuhnya sentuhan beliau sehingga huru-hara tabung Umno sendiri jadinya. Dia telah tercampur-aduk semua sehingga orang lain pun kepeningan juga. Itulah jadinya bila terlalu banyak kuasa diberikan kepadanya sedangkan dia tidak mahir menguruskannya. Lagipun anak didiknya di Peremba hampir kesemuanya bengap belaka.

Siapakah yang telah memberi sepenuh kuasa dan segala kepercayaan itu jika tidak Mahathir sendiri. Dekad 1979-84 adalah kemuncak kejayaan mereka berdua menggondol kekayaan yang tiada taranya tetapi itu juga yang jatuh menghempap mereka dalam episod seterusnya sehingga tersadai tergangga. Anwar terpaksa dihapuskan jika tidak rahsia mereka berdua akan terbongkar seaib-aibnya. - Editor]



Penterjemah: Penulis R4MAC


http://www.freemalaysia.com/political/daim_part3.htm

freeMalaysia



Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi

Bahagian Ketiga


DAIM MENGAUT KEUNTUNGAN TANPA SEMPADAN (1979-84)

Seperti yang dijelaskan diawal tadi semenjak tahun 1979, Daim mempelajari satu formula yang mudah untuk terus berjaya dalam dunia perniagaan - menguasai ahli-ahli politik yang berkuasa ketika itu dan keuntungan akan datang kemudian dengan sendirinya tanpa penat berusaha. Tetapi Daim juga mula mengesan sesuatu yang kurang melalui pengalamannya dengan Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu. Dia sedar seorang ahli politik tidak akan dapat mengekalkan jawatan atau berada di tampuk kekuasaan untuk selama-lamanya. Oleh itu, ahli-ahli perniagaan yang tamakkan harta sentiasa waspada dan memerhati percaturan politik semasa agar dapat mengambil kesempatan sepenuhnya. Mereka akan sentiasa bersedia untuk menggugurkan mana-mana ahli politik di bawah naungan mereka yang mula merosot popularitinya atau kewibawaannya. Malang bagi Malaysia, strategi perniagaan yang amat mudah tetapi memusnahkan ini telah merebak dengan cepat dan menjadi budaya untuk dicontohi di kalangan ahli-ahli perniagaan Malaysia.

Walaubagaimanapun, Daim mempunyai hubungan yang amat rapat dam istimewa dengan Dr. Mahathir. Masing-masing saling memanfaatkan hubungan ini agar sama-sama dapat mengaut keuntungan politik mahupun ekonomi. Mereka saling bekerjasama untuk menggelapkan sebahagian dari hasil kekayaan negara - Keluaran Kasar Dalam Negeri. Kerjasama merekalah yang telah `berjaya' memperkenal dan menyuburkan budaya kroni-kapitalisme di kalangan masyarakat Malaysia - yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini. Mereka berjaya menyakinkan bahawa tindakan tersebut sebagai satu persaingan pasaran ekonomi yang sihat. Amat mengkagumkan bagaimana keadaaan pasaran ekonomi yang tidak menentu sentiasa dapat mengelabui mata golongan yang rakus untuk mengaut keuntungan demi keuntungan.

Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup buat selama-lamanya. Dalam hal ini, cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju bersaing dengan negara lain akan menemui kegagalan. Ini adalah kerana ciri-ciri empayar perniagaan Daim yang mengamalkan budaya rasuah dan politik naungan tidak selari dengan persaingan terbuka di kalangan negara-negara maju. Kegawatan ekonomi yang melanda negara kini sedikit sebanyak menyingkap realiti sebenar formula kejayaan Daim selama ini. Pun begitu, Daim dan rakan-rakannya memilih meneruskan penguasaan mereka daripada menjernihkan keadaan serta menyusun semula struktur politik-ekonomi yang meruncing.


Meninggalkan kesan kemusnahan yang sukar dibaikpulih

Jejak-jejak kerjasama Daim-Dr. Mahathir umpama mesin pencetak wang yang sentiasa mengaut keuntungan telah pun beroperasi lebih daripada 17 tahun. Sebenarnya mereka tidak memerlukan jangka masa sedemikian lama untuk mencipta empayar yang mereka miliki sekarang. Terdapat sedikit halangan-halangan yang melewatkan kejayaan mereka. Kes-kes yang diheret ke mahkamah dan juga percaturan politik yang tidak diduga adalah antara faktor-faktor yang menggagalkan perancangan jangka panjang mereka. Selain itu keputusan-keputusan pengambilalihan syarikat yang tidak mencerminkan kapisiti sebenar yang dibuat oleh pengurus-pengurus yang tidak berpengalaman tetapi lebih didalangi oleh pertimbangan-pertimbangan politik seperti Pembuatan Industri Besi dan Keluli, Pembinaan Empangan dan Lebuh Raya, syarikat Penerbangan Nasional, dan Pengeluaran Kereta Nasional serta banyak lagi.

Untuk memulihkan kepincangan-kepincangan ekonomi dalam industri-industri yang tidak dapat dimanfaatkan oleh negara, Daim terpaksa menyelamatkan syarikat-syarikat yang tenat dan melakukan penyusunan semula operasi syarikat berkenaan. Ada ketikanya Daim sendiri terperangkap dalam kemelut kewangan yang amat membebankan dan mengelirukan. Itulah yang akan terjadi sekiranya seseorang itu mencampur adukkan harta persendirian dengan harta kerajaan dan kemudiannya kepentingan korporat UMNO seperti apa yang telah dilakukan oleh Daim.

Jaringan korporat Daim telah berkembang dengan baik pada tahun 1979 setelah beliau mengasingkan diri di California. Ketika itu, Menteri Perusahaan Awam, Manan Osman dengan persetujuaan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah meminta Daim untuk mengambil alih Operasi Lembaga Kemajuan Bandar (UDA). UDA sebagai salah satu badan pelaburan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan penglibatan golongan Melayu dalam ekonomi, pada ketika itu berada dalam keadaan yang tenat dan perlu penyusunan semula.

Daim pada mulanya menolak tawaran tersebut. Ini tidaklah menghairankan memandangkan gaji pegawai kerajaan amat kecil jika dibandingkan gelaran jutawan yang telah dimilikinya ketika itu. Lagipun UDA terlalu kecil untuk diputar belitkan oleh Daim. Sebaliknya beliau memujuk pihak berkuasa untuk menubuhkan Peremba Sdn Bhd. Yang kemudiannya menjadi syarikat pembinaan swasta dan senjata api komersil dan Daim bertindak sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.


Peremba - Pusat Latihan Peribadi Daim

Di Peremba sebagai pusat latihan peribadi di mana Daim telah memilih dan melatih pelapis korporat muda untuk mengemudi perniagaannya. Pelapis-pelapis muda ini akan menyokong beliau dan Mahathir bagi meneruskan penguasaaan di setiap ruang dunia perniagaan Malaysia. Kebanyakan daripada orang suruhan Daim kini telah pun mencipta nama sebagai golongan elit korporat seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Mohd Razali Abd. Rahman, Hassan Abbas, Samsudin Abu Hassan, Abdullah Mohd Yusof dan lain-lain. Sebilangan kecil merupakan ahli perniagaan tulen .. tetapi .. kebanyakannya .....

Namun begitu kejayaan mereka sebagai usahawan bukanlah berpunca dari hasil kerja keras dan ketokohan mereka. Kecuali Wan Azmi, kebanyakannya adalah usahawan ciptaan. Mereka berada di tahap sekarang adalah disebabkan oleh Daim dan mereka akan kekal disitu hanyalah sebagai penjaga korporat Daim dan Dr. Mahathir. Isu kontroversi menyelamatkan Renong adalah sebenarnya usaha menyelamatkan Halim dan pelaburan Tajuddin di Penerbangan Malaysia adalah sekadar dua contoh daripada pelbagai lagi kes yang mencurigakan. Kita menjangkakan beberapa lagi operasi sedemikian di masa akan datang. Operasi menyelamat ini hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu yang mempunyai hubungan politik sahaja. Manakala sebahagian besar ahli korporat lain dibiarkan begitu sahaja mencari jalan penyelesaian sendiri untuk keluar daripada kemelut ekonomi yang mendesak kini.

Daim mengambil masa yang lama untuk mengukir namanya semenjak zaman sebelum era Mahathir lagi. Di luar kelompok sektor harta tanah dan pasaran saham, nama Daim tidak begitu dikenali ketika awal pemerintahan Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri. Itulah yang diingini olehnya dan jika boleh beliau ingin kekal begitu.

Publisiti tidak banyak membantu operasi pelaburan Daim yang banyak bergantung kepada maklumat dalaman, jaringan politik yang kukuh dan kemurahan hati kerajaan negeri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid beberapa tahun dulu, "Daim telah berada di belakang tabir UMNO semenjak zaman Tun Abdul Razak lagi. Daim berada di mana-mana tetapi anda tidak dapat melihat beliau ."


Kejayaan yang menarik perhatian

Walaupun begitu, Dr. M mempunyai perancangan yang lebih besar untuk Daim dan perancangan tersebut memerlukan Daim ditonjolkan sebagai tokoh yang lebih dikenali umum. Ini berlaku tidak berapa lama kemudian.

Pada tahun 1980, setahun selepas Dr. M menjadi Perdana Menteri, Daim telah dilantik ke Dewan Senat, satu badan kehormat yang secara kebiasaannya menerima tindakan-tindakan legislatif yang telah diluluskan di Dewan Parlimen dan tidak pernah melakukan apa-apa secara tersendiri. Harus diingat bahawa Mahathir sendiri telah dibawa ke Senat apabila mula-mula diterima masuk semula ke dalam UMNO pada awal tahun 70an. Penghantaran ke situ bermaksud samada sebagai batu loncatan kepada jawatan politik yang lebih tinggi atau tempat persaraan bergaji kepada ahli-ahli parti yang setia. Bagi Daim ianya adalah yang terdahulu.

Dua tahun kemudian, Daim telah meneroka lebih jauh. Dengan sokongan dari Dr. M, dia telah dilantik ke Parlimen. Akan tetapi penglibatan dalam politik tidak menghalangnya dari bergiat cergas dalam hal-hal perniagaanya. Malahan ianya menjadi sebagai aset kepadanya pada tahun itu.

Lesen-lesen perbankan adalah amat susah untuk didapati di Malaysia kerana kerajaan telah menghentikan pengeluarannya bertahun-tahun yang lalu. Jadi apabila satu-satunya dikeluarkan ianya menjadi rebutan secara rakus. Daim, walaupun tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam sektor perbankan, telah berjaya mengenepikan percubaan dari badan koporat gergasi yang lain dalam mendapatkan sebahagian besar saham dalam Malaysian French Bank.

1982 merupakan tahun yang amat bertuah bagi Daim. Dan ianya bakal menjadi lebih baik lagi. Perdana Menteri Mahathir yang baru setahun memegang jawatan merasakan amat perlu meletakkan orangnya sendiri untuk bertanggung jawab mengendalikan aset-aset koporat kepunyaan parti UMNO. Dr. M telah menggunakan Daim untuk menyelia salah satu harta milik utama UMNO iaitu Fleet Holdings Sdn. Bhd. Fleet menguasai syarikat media terbesar di Malaysia, yang merupakan rangkaian penerbitan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sebelumnya ianya telah dikendalikan oleh sekumpulan eksekutif yang dilantik atas dasar penglibatan politik mereka dan mereka ini tidak jelas kesetiaannya kepada perdana menteri baru ini. Daim dengan segera telah memberhentikan mereka.


Orang kaya hartanah, pengurus bank, usahawan media dan... pegawai kerajaan?

Jadi bermulalah campuran aset korporat Daim yang rumit - peribadi, kerajaan dan parti - yang melaluinya dia mula `merompak' KLSE sepertimana yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang di Malaysia sebelum ini dan tidak mungkin dilakukan oleh sesiapa pun. Adalah sesuatu yang menakjubkan bagi seorang yang tidak pernah terbukti sebagai pelabur bebas yang bijak atau seorang pengurus yang cekap.

Melihat kepada skop perniagaan yang dikuasainya, Daim menghasilkan hanya sedikit peluang pekerjaan di dalam perniagaannya yang besar itu. Malah, bukti menunjukkan yang matlamat dan cita-citanya adalah untuk menjana kenaikan harga saham dalam pasaran yang berasaskan kepada khabar angin di Malaysia. Kenaikan keuntungan di atas kertas secara lumrahnya akan menolak naik keuntungan atas apa yang telah dimilikinya. Tetapi yang lebih penting lagi, Daim telah mengangkat nilai harta koporatnya dengan mendapatkan saham-saham dalam syarikat tambahan melalui hutang, pertukaran saham atau melalui kombinasi hutang dan saham.

Sebagaimana yang banyak di catatkan oleh penganalisa kewangan, Daim mengangkat bentuk "perusahaan kertas" kepada satu seni yang halus terutamanya dalam pasaran saham. Tetapi struktur kewangan yang di peloporinya terbukti agak rapuh. Ianya tidak mampu untuk menjadi asas kepada binaan satu empayar koporat. Ini menjadi semakin ketara setelah bertahun-tahun operasi menyelamat dan `bailout' semakin menjadi-jadi terutamanya apabila pasaran menjadi lembab.


Lahirnya tokoh ekonomi

Kepada kebanyakan rakyat Malaysia, adalah terang dan jelas, Daim adalah `orang Mahathir' pada bila-bila masa jua pun. Jadi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila pada tahun 1984 dia telah diberikan lebih kuasa dalam mengendalikan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. Dia telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan juga bendahari bagi UMNO.

Sehingga saat itu, percampuran antara harta keluarga Daim dengan harta kerajaan dan juga harta parti telah sampai ke satu tahap yang membimbangkan, dengan percanggahan kepentingan yang pelbagai dan ada di antaranya lebih teruk lagi. Sebagai contoh, dia telah mengarahkan Fleet Holdings yang tumpuan pelaburannya adalah media dan pada satu ketika, adalah stabil kewangannya supaya terlibat dalam rangkaian perniagaan hartanah (yang hampir-hampir ranap) dan pelaburan dalam sektor perhotelan, di mana beberapa darinya Daim ada mempunyai kepentingan peribadi.

Tapi dalam tahun 1984, selepas mendapat dua daripada potfolio yang paling berkuasa, Daim telah sampai ke satu tahap di mana tidak ada sesiapa pun yang mampu menyekat tindakan-tindakannya. Ini adalah kerana dialah `pengawal' pasaran kewangan di Malaysia dan jika sesiapa yang ingin mengadakan apa jua urusniaga di sini, dialah orang pertama yang akan tahu tentangnya. Dan selalunya dia sendiri akan menjadi sebahagian daripada perniagaan tersebut melalui jaringan perniagaan yang pantas berkembang dan juga kroni politiknya.

Kearah mana tujuan Malaysia? Ikuti bahagian akhir.




Rencana Asal:



Daim: The Enigma Unmasked - Part Three

HE THRIVES AND KNOWS NO BOUNDS (1979-84)

By 1979, Daim Zainuddin finally had his simple formula for financial success down pat: Latch onto the political kingpin of the day and all else will take care of itself. But as he learned from his relationship with former Selangor Chief Minister Harun Idris, hitches do arise. Kingpins don't remain on top forever. So the savvy patronage hustler always must keep an eye out for the next rising politico and be prepared to dump spent patrons. Unfortunately for Malaysia, this efficiency-sapping strategy has become a model for corporate success.

Daim, however, has had an extended and very lucrative run with Prime Minister Mahathir Mohamad. Theirs is a relationship of mutual political benefit and the joint economic extraction - some might say embezzlement - of a significant portion of Malaysia's gross domestic product. And together, they have pushed the envelope of crony capitalism to lengths and breadths seldom, if ever, witnessed. All this in what had been perceived as a seemingly healthy market economy. It's remarkable what a sustained bull-market run can excuse ... and how it can blind those who benefit from its blatant and debilitating excesses.

But like all scams, it could only last so long. In Malaysia's case, the requirements of advancing as a competitive, post-industrial nation proved to be incompatible with the sort of graft and corruption that was the regular diet of Daim's bloated financial empire. But rather than shed some of these practices, rather than reform the politico-business structure, Daim and his companions chose to run the economy into the ground.


Leaving a messy trail to sanitize

The Daim-Mahathir moneymaking machine has been more than 17 years in the making. It needn't necessarily have taken so long to construct. But there were obstructions along the way, representative democracy being among the least of the problems that delayed their game plan. Occasional court battles and political blowups were far more threatening to their long-term agenda. There were also the many costly corporate screw-ups that naturally occur when inexperienced and incompetent managers were tapped by their political masters to oversee their newly acquired, complex enterprises, such as steel manufacturing, dam and highway construction, a national airline, car manufacturing, etc. The list is long.

To undo the embarrassing messes they often made, sometimes in industries Malaysia could not conceivably benefit from, Daim repeatedly had to mount salvage and restructuring operations. Sometimes it was to untangle his own unsustainable and labyrinthine financial engineering. That's what happens when someone begins to mix their private assets, as Daim did, with government and later UMNO's corporate interests.

Daim's rather humble corporate network expanded considerably after he returned to Malaysia in 1979 from his self-imposed exile in California. At that time, former Public Enterprise Minister Manan Osman, with the blessing of then Deputy Prime Minister Mahathir, asked Daim to take over the day-to-day operations of the Urban Development Authority. UDA, one of the government investment vehicles started under the New Economic Policy to increase Malay participation in the economy, was in shambles and in desperate need of an overhaul.

Daim, however, balked at the initial offer. A government, salaried post wasn't for him, already a millionaire many times over. It would have been too restrictive for his type of wheeling and dealing. Instead, he persuaded the authorities to create Peremba Bhd., which effectively became UDA's privatized construction and commercial arm, with him as non-executive chairman.


Peremba - Daim's private training ground

It was at Peremba that Daim recruited his young corps of bumiputera corporate commanders. This handful of men would serve him for years to come, as he and Dr. M's tentacles reached wider and deeper into nearly every crevice of the Malaysian business scene. Many of these Daim minions have today joined the nation's so-called corporate elite - the likes of Wan Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Samsudin Abu Hassan, Tajudin Ramli, Hassan Abas, Abdullah Mohd. Yusof, Mohd. Razali Abdul Rahman and others. A few were to prove solid businessmen, but most, well ....

But their success as entrepreneurs is really immaterial. Other than perhaps Wan Azmi, none have ever really become their own men. They are where they are today because of Daim; and they remain where they are only because they continue as Daim's and Mahathir's corporate caretakers. The recent and controversial Renong bailout, ostensibly to save Halim, and the questionable efforts to salvage Tajudin's investment in Malaysian Airlines are only two examples among many. And more are certain to come. These ongoing rescue operations only help the politically privileged, while the rest of corporate Malaysia has been largely left to its own devices to work out of the current recession.

Daim certainly has come a long way since the pre-Mahathir era. Outside of his small property and stock market coterie, Daim still was little known in Malaysia even during Dr. M's early days as prime minister. And that's just how he liked it and would still like it today, if only that were possible.

Publicity is of little use for Daim's type of investing, heavily dependent on inside information, political connections and state largess. As Kedah Chief Minister Sanusi Junid said a few years ago: "Tun Daim has been around behind the scene working for UMNO from the days of Tun Razak.... Tun [Daim] is everywhere, but you cannot see him anywhere."


Thrust into the limelight

Nonetheless, Dr. M had bigger plans for Daim. And those plans required that his future Mr. Fix-it and moneyman - a useful figure for most politicians - had to be given a higher public profile. This happened soon enough.

In 1980, a year before Dr. M became prime minister, Daim was appointed to Malaysia's Senate, an honorific body that routinely accepts the approved legislative measures of Parliament's elected lower house and never initiates anything of its own. Remember that it was to the Senate that Mahathir first went after he was readmitted to UMNO and politically rehabilitated in the early 1970s. A posting there amounts to little more than a stepping stone for higher political office or a retirement sinecure for party faithful. For Daim, it was the former.

Two years later, Daim made deeper political inroads. With Dr. M's backing, he was elected to Parliament. But elective politics didn't slow his corporate maneuvers. If fact, it became an asset the same year he was elected.

Banking licenses have always been hard to come by in Malaysia, primarily because the government stopped issuing them decades ago. So whenever one becomes available, the bidding and jockeying usually is ferocious. Daim, though not having any prior banking experience, beat out a bevy of other bids from established corporate heavyweights and state-backed concerns to acquire a majority stake in Malaysian French Bank.

All in all, 1982 was a very good year for Daim. And it would get better still. Prime Minister Mahathir, one year into his new job and keen to put his own man in charge of his party's corporate assets, tapped Daim to oversee one of UMNO's prime corporate holdings, Fleet Holdings Sdn. Bhd. Fleet controlled Malaysia's largest media holding company, with an array of English and Malay language publications. But until then, it was run by a group of politically appointed executives not directly loyal to the new premier. Daim promptly had them dislodged.


Property magnate, banker, media baron and ... public official?

So began Daim's convoluted and conflict-prone mix of corporate assets - personal, government and party - through which he began to commandeer the Kuala Lumpur Stock Exchange like no other Malaysian ever has, or probably ever will again. It was an incredibly fortuitous twist of fate for a man who had never proven himself an astute independent investor or even a particularly competent manager. Far from it. And this hasn't changed in the ensuing years.

Considering the scope of the businesses under his control, Daim generated surprisingly little added value or additional jobs within his vast operating concerns. Rather, the evidence strongly indicates that his overriding goal and ambition was to generate rising share prices in Malaysia's rumor-driven market. Increased paper profits naturally drove up his already considerable net worth - almost as much as the less-tangible promise of future corporate expansions. But perhaps more importantly, Daim leveraged the appreciated value of his corporate holdings to acquire stakes in additional companies through debt, share swaps, or a combination of debt and shares.

As financial analysts have widely noted, Daim raised this form of "paper entrepreneurism" to a fine art, especially in bull markets. But the financial structure he engineered proved quite flimsy. It was not meant to be a structure upon which to build an enduring corporate empire. This became painfully clear as the years of salvage operations and bailouts wore on, especially whenever the market took a turn for the worse.


The economic czar is born
But the die had been cast. It had become evident to most Malaysians that Daim was Dr. M's man for all seasons. So it wasn't entirely a surprise that in 1984 he was handed even more control - as near to total control that a single individual can acquire - over Malaysia's entire economy. He was appointed both Finance Minister and treasurer of the country's dominant political party.

By then, the mingling of Daim's family assets with those of the government and the party had begun to reach alarming levels, with multiple conflicts of interest and worse. For instance, he directed the once financially sound, media-focused Fleet Holdings into an array of near-disastrous property and hotel investments, several of which Daim had a prior direct interest in.

But in 1984, after acquiring the country's two most powerful economic portfolios, Daim had reached a point where there no longer were bounds to - nor checks on - his market machinations. In short, there was no one to say: No, enough already. For he became the chief regulator of a barely regulated financial market. If anyone wanted to do business in Malaysia, it became Daim's business to know all about it and, often, to become part of it through his rapidly expanding network of business and political cronies.

Where does this lead Malaysia? Read the final chapter:

Part Four - FIREFIGHTER, OR FIRE STARTER?