Laman Webantu   KM2A1: 4363 File Size: 22.4 Kb *



TJ fM B4: Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi
By freeMalaysia

2/5/2001 6:31 pm Wed

ENIGMA 0401

[Setelah mencecah kemuncak, Daim dilanda masalah yang teramat rumit kerana satu persatu empayarnya runtuh disentuh krisis ekonomi serantau. Kelurusan Anwar menyebabkan Mahathir dan Daim gementar rahsia akan terbongkar. Maka Anwar diaibkan dan disumbat ke dalam penjara agar segala muslihat berjalan lancar untuk membnaiki empayar mereka berdua tanpa bangkangan sesiapa.

Pendeknya Daim dan Mahathir tidak pandai menguruskan ekonomi negara, termasuk ekonomi kroni mereka juga. Tiada langkah pemulihan ekonomi sebenarnya kerana mereka cuma menutup lubang dengan berhutang sakan dan mengorek dana awam. Masalah sebenar tidak selesai - ia cuma dianjakkan dengan harapan krisis tidak berpanjangan. Ini namanya perjudian - tapi sayang tidak ramai yang membantah kerana terasa empuk duduk di tilam sedangkan tiang rumah sudah reput dalam diam.

Jika krisis ekonomi dunia berterusan - rezab yang ada tidak akan cukup untuk membuat kita bertahan. Terpaksalah kita bergadaian dan bermuram panjang - tetapi sesal kemudian sudah tidak berguna lagi kerana kita sendirilah yang sengaja membiarkan mereka berdua bermaharaja gila sesuka hati. Lihatlah Indonesia - kita akan senasib dengannya kerana membiarkan kroni terlalu lama. Nanti kita terpaksa melutut kepada bantuan asing atau menggadai semua yang ada. Bukankah simpanan hari tua kita sudah pun berkurang angkanya angkara mereka berdua? - Editor]



Penterjemah: Penulis R4MAC


http://www.freemalaysia.com/political/daim_part4.htm

freeMalaysia



Daim Enigma: Tersingkapnya Sesuatu Yang Tersembunyi

Bahagian Keempat


PENYELAMAT ATAU PENCETUS HURUHARA? (1984 - )

Daim Zainuddin adalah orang yang bertanggung jawab terhadap polisi ekonomi dalam kerajaan Mahathir iaitu: jualan borong pengswastaan kerajaan Malaysia, "siapa cepat dia dapat". Sesungguhnya kelihatan seperti setiap pengendalian dan perkhidmatan kerajaan adalah untuk dijual dan dalam kes-kes tertentu diberi percuma kepada mereka-mereka dari kalangan rakan-rakan Daim dan Mahathir. Loteri yang dipunyai dan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan, contohnya, diberikan kepada Vincent Tan Chee Yioun, berasaskan tidak lebih dari 1 1/2 muka surat jaminan untuk mengendalikannya secara lebih cekap dan menjanakan hasil cukai yang lebih untuk negara dan ini bukanlah `pemberian' yang terakhir yang bakal dimiliki oleh Tan.

Kenaikan pangkat Daim yang cepat seiringan dengan bertambahnya tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. M dalam partinya, dan juga pada masa yang sama bertambah gawatnya keadaan ekonomi di Malaysia. Pentadbiran pimpinan Mahathir menghadapi kemungkinan akan hancur. Kemungkinan ini akan menjadi nyata sekiranya Dr. M tidak bertindak tegas, tindakan yang selalu diambilnya apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.

Pada Daim, Dr. M telah menemui seorang rakan yang boleh dipercayai. Waktu ini adalah sekitar pertengahan hingga akhir tahun 80an. Daim mungkin bukanlah orang yang paling sempurna untuk tugas itu, tapi dia melaksanakan apa saja yang diperintahkan dan dia adalah seorang yang paling setia dalam keadaan apa sekali pun. Pun begitu, Daim tiada banyak pilihan. Dr. M adalah satu-satunya penaungnya ketika itu.

Daim diberi kebebasan untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia pada tahun 1985-86, sementara Dr. M menangani musuh-musuhnya dalam UMNO. Dia juga mempunyai kepentingan peribadi di dalam memastikan Malaysia pulih dengan cepat daripada resesi (kemelesetan) tahun 1985-86 itu. Nasib Dr. M sendiri bergantung padanya dan juga nasib UMNO dimana aset-aset koporatnya mengalami kerugian yang teruk.


Daim Bergantung Kepada Cara-cara Lama Di Dalam Menangani Resesi (Kemelesetan) Yang Lalu

Jika ditinjau kembali, pelan pemulihan ekonomi yang digariskan oleh Daim dan disokong sepenuhnya oleh Dr. M adalah berasaskan kepada prinsip ekonomi yang standard dan ortodoks. Pada dasarnya merupakan langkah-langkah memotong perbelanjaan kerajaan, mengecutkan hutang luar negara, dan membuka halangan-halangan perdagangan. Ianya telah didrafkan oleh teknokrat dalam kementerian Daim dan merupakan pendekatan yang biasa kepada musibah yang melanda negara ketika itu.

Akan tetapi untuk memahami bagaimana berbezanya kegawatan sekarang ini ditangani, kita dengarkan respon Daim tentang resesi yang terdahulu :

"Benar, cara yang cepat untuk memulihkan ekonomi boleh dilakukan. Kita cuma perlu pinjam lebih banyak duit, dan mengadakan pertumbuhan yang tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang sebenarnya di Malaysia. Walaupun begitu satu penyelesaian yang lebih bertanggungjawab mestilah mengandungi langkah-langkah jangka panjang dan juga jangka pendek. Ianya mengambil masa untuk menarik minat pelabur-pelabur untuk membina kilang-kilang di sini."

(Sudah tentu ada benteng-benteng yang melindungi projek-projek kesayangan Mahathir pada resesi 80an seperti Program Kereta Nasional supaya ianya tidak mengalami apa-apa kesan. Daim, seterusnya memerah wang dari bank-bank di Malaysia dan KWSP untuk melabur dalam beberapa kaunter di KLSE yang mana ada diantaranya mempunyai kepentingan untuk dirinya sendiri.)

Formula yang sama juga telah digunakan oleh pengganti Daim, Anwar Ibrahim dalam menangani kegawatan hari ini. Tetapi kali ini, Dr. M telah memecat menteri kewangan dan penggantinya itu, menangkapnya dan menuduhnya dengan berbagai-bagai kesalahan dan kemudian mengarah polis memukulnya. Penyelesaian ekonomi yang ortodoks - yang sekarang ini menampakkan hasil (tanpa kawalan matawang yang kompleks dan menakutkan itu) bagi Thailand, Korea Selatan dan lain-lain negara serantau - telah menjadi satu strategi subsersif asing bagi Anwar Ibrahim. Sama-sama fikirkanlah....


Era 90an

Seperti yang dijangka ekonomi Malaysia melonjak kembali pada lewat 80an dan pada tahun 1990 mula menampakkan rekod pertumbuhan yang menakjubkan. Daim dan perniagaan-perniagaan UMNO telah pulih. Kejayaan ini banyak bergantung kepada program pengswastaan di Malaysia. Dia dan kroninya telah mengumpul sebahagian besar manafaat dari program tersebut, termasuklah projek penswastaan terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentangi sepanjang semenanjung Malaysia. Tuduhan-tuduhan yang berasas tentang kronisme dan rasuah - secara halusnya disebut politik wang di Malaysia - membayangi Daim berterusan dari dekad pertama pentadbiran Mahathir sehinggalah kepada tahun 90an. Tetapi kejutan dan kemarahan yang dirasai oleh penduduk Malaysia yang rata-rata mewah itu kemudiannya mula hilang. Mereka mula menerima gejala akibat dari permainan politik dan ekonomi ini sebagai satu hakikat dalam kehidupan.

Dalam keadaan apa sekali pun, hanya sedikit yang dapat dilakukan oleh beberapa orang yang masih melaung-laungkan tentang keadilan. Sistem Kehakiman yang pada suatu ketika dahulu adalah bebas telah dilemahkan pada tahun 80an dan kemudiannya diterimapakai oleh Dr. M. Tuduhan-tuduhan rasuah dan aktiviti jenayah, terutamanya terhadap mereka-mereka yang ada kaitan dengan Mahathir dan Daim, tidak pernah diadili secara adil oleh mahkamah-mahkamah atau melalui penyiasatan terperinci oleh polis, yang mana semua ini di kawalselia oleh Dr. M dan Kementerian Dalam Negerinya.

Pada tahun 1991, Daim bersungguh-sungguh hendak meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan menumpukan sepenuh masa terhadap dunia perniagaannya yang penuh dengan rahsia itu. Jawatannya di Kementerian Kewangan hanya melembabkan pergerakannya. Dia tidak mahu ketinggalan dalam mengejar nikmat kemewahan ekonomi yang sedang meletup dan perebutan dalam pasaran saham yang secara pasti memihak kepadanya, terutamanya apabila waktu itu kesemua rakan perniagaannya berada di sektor-sektor penting ekonomi. Perniagaan keluarga yang dulunya menghadapi masalah kewangan telah mula stabil semula. Dan yang lebih menekan lagi, dia mempunyai beberapa isteri dan bekas isteri, juga teman-teman wanita yang mana gaya hidup mewah mereka perlu disara kerana mereka semua telah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

Tetapi sebelum meletak jawatan, Daim memastikan yang penggantinya tidak akan mengganggu gugat kedudukannya dengan membongkar kesemua jaringan yang telah di buatnya. Adalah pasti, dia tidak menginginkan seorang pengganti yang akan menaja kepada kader-kader yang akan bersaing dengan jaringan ahli politik dan ahli perniagaan yang telah dimilikinya.


Daim Memilih Anwar dan Meyakini Anwar Tidak Akan Menggugat Kedudukannya

Daim memilih Anwar atas sebab penggantinya ini, mempunyai sedikit latarbelakang perniagaan dan tidak menunjukkan minat untuk mengembangkannya. Lebih-lebih lagi, Anwar adalah penyokong kuat Dr. M, terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas kerjaya politiknya dan juga kenaikannya dengan cepat dalam barisan UMNO. Daim juga yakin Mahathir tidak akan membangkang pilihannya itu. Tetapi untuk betul-betul yakin, Daim mengekalkan kedudukannya sebagai Bendahari UMNO.

Pertukaran itu telah berjalan lancar, memastikan gelaran media terhadapnya kekal iaitu, "Penyelamat Ekonomi Malaysia" dan lebih pentingnya, kuasa di belakang tabirnya tidak terjejas. Tetapi setelah masa berlalu, keadaan menjadi lebih jelas kepadanya, Dr. M dan juga kuncu-kuncunya, iaitu Anwar mempunyai pendiriannya sendiri. Lebih membimbangkan Anwar mula bertanya - mula-mula secara tertutup dan kemudiannya secara terbuka - tentang rasuah, kronisma dan nepotisma dan juga tentang nepotisma yang telah berakar umbi dalam jaringan ekonomi di Malaysia.

Sehinggalah kepada permulaan krisis kewangan di Asia, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Daim dan Mahathir untuk menghalang cita-cita Anwar, di samping hakikat yang tidak ada orang lain yang berpotensi sebagai pengganti kepada Mahathir. Anwar adalah pengganti yang pasti. Beliau adalah ahli UMNO yang paling popular dan kelihatan sebagai pemimpin paling layak. Dan beliau telah berjaya membina hubungan yang teguh dan mesra dengan pemimpin dunia yang berkuasa, samada di negara membangun dan juga negara maju. Kesimpulannya, beliau adalah pengganti yang paling layak dan bakal menggantikan Dr. M sebagai Perdana Menteri.


"Kesilapan" Yang Sukar Dibersihkan

Daim tidak memerlukan Dr. M untuk meyakinkannya yang Anwar adalah merupakan ancaman kepada jaringan koporat yang telah ditubuhkannya jika sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kegawatan ekonomi yang menyerang Asia ketika ini. Anwar telah menggunakan penyelesaian yang sama yang telah di pakai oleh Daim ketika memerangi resesi pada pertengahan 80an dahulu. Tetapi ada satu perbezaan ketara yang telah digunapakai oleh Anwar : Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah penyebab utama krisis yang melanda, jadi penyebab-penyebab ini mesti dihapuskan!

Samada Anwar dapat melakukannya adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Ancaman yang digambarkan ini sudah cukup untuk membuatkan Daim dan Dr. M bangun menentangnya, sepertimana yang Daim telah secara terbuka menyatakan yang dia akan menghancurkan musuh-musuh penaungnya pada dekad yang telah lalu.

Pada tahun-tahun yang lampau, bangunan besar koporat Daim yang rapuh telah diancam dengan berbagai-bagai pergolakan ekonomi . Tanpa bantuan kerajaan yang berterusan, ianya pasti telah ranap. Adalah nyata, yang perniagaan yang dibina hanya dengan sokongan kerajaan akan musnah apabila bantuan itu telah tiada lagi.

Perniagaan yang sebegini, tidak kira berapa banyak duit yang dihasilkan dan tidak kira berapa banyak urusniaga yang dilakukan, tidak dapat tidak, akan menjadi tidak cekap berbanding dengan perniagaan yang sebenarnya. Ianya mempunyai terlalu banyak kepentingan yang hendak dijaga. Perniagaan sebegini memang tidak layak untuk menjalankan apa-apa perniagaan, satu pengajaran kenapa ahli-ahli politik yang tamak harus dijauhkan daripada mana-mana perniagaan bagi sesebuah negara.

Ini juga menunjukkan kenapa Abdul Daim bin Zainuddin tidak layak menjadi seorang ahli perniagaan dan juga seorang pegawai kerajaan kanan. Namun alangkah bernasib baiknya dia di bawah pentadbiran Dr. M. dan alangkah malangnya ekonomi Malaysia walaupun apabila dia telah tidak lagi berada dalam kerajaan Malaysia.


....TAMAT....




Rencana Asal:

Daim: The Enigma Unmasked - Part Four

FIREFIGHTER, OR FIRE STARTER? (1984-)

Daim Zainuddin became the point man for what probably has been Dr. M's most disturbingly profound economic policy initiative: the government's "first come, first serve" wholesale privatization of Malaysia. Indeed, every government service and operation seemed to be up for sale or, in some cases, given away to the first bidding friend of Daim and Mahathir. The Finance Ministry's owned and operated lottery, for instance, went to Vincent Tan Chee Yioun, based on little more than a 1½-page pledge to run it more efficiently and to generate increased tax revenue for the state. And this wasn't to be the last privatization award to come Tan's way.

Daim's rapid ascendancy coincided with the mounting political threat Dr. M faced within his own party and the increasingly perilous state of Malaysia's economy. Mahathir's administration faced a very real possibility of disintegration. And it probably would have fallen by the wayside, if Dr. M hadn't resorted to the strong-arm, if not dictatorial, measures he typically invokes when backed against the wall.

In Daim, Dr. M found a trusted ally during this period of the mid-to-late 1980s. Daim may not have been perfect for the job, but he did what he was ordered to and was loyal to a fault. Then again, he had little choice. Dr. M was his one - and only - patron at that time.

In exchange, Daim was given a free hand to help pull Malaysia out of the 1985-86 recession, while Dr. M outmaneuvered his UMNO opponents. He also had a personal interest in making sure Malaysia recovered swiftly from the 1985-86 recession. For his own fortune was at stake, as were UMNO's near-crippled corporate assets.


Daim relied on orthodox methods in the last recession

In hindsight, it's hardly surprising that Daim's economic recovery blueprint, backed fully by the politically embattled Dr. M, was based largely on standard and orthodox economic principles. It consisted primarily of slashing government spending, shrinking the nation's foreign debt, and dismantling some protectionist trade barriers. Drafted by technocrats in Daim's ministry, it was a straightforward approach to the country's ills.

But to throw a stark light on how differently the current recession is being managed, listen to Daim on the response to Malaysia's previous recession:

"Sure, a quick fix would have done it. Just borrow some more money, create artificial growth. A responsible solution, however, must comprise long-term as well as short-term measures. It takes times to interest investors to build factories."

(Of course, the barriers protecting Mahathir's pet projects in the 1980s recession, such as the national car program, remained firmly in place. Daim, in turn, exhorted Malaysia's banks and the country's national pension plan to invest in a number of battered KLSE counters, several of which he had a personal interest in.)

The formula essentially was the same straightforward approach to economic recovery promoted by Daim's successor, Anwar Ibrahim, to cope with today's current recession. But this time, Dr. M fired his finance minister and heir apparent, had him arrested and charged with an array of improbable misdeeds, and then had him beaten by the police. The orthodox economic response - one that is now working without frighteningly complex capital controls in Thailand, South Korea and other regional countries - had somehow become a subversive foreign stratagem in Anwar's hands. Go figure.


The 1990s - hitting high gear, but what's that smoke?

Predictably, Malaysia's economy rebounded smartly by the late 1980s and by 1990 began recording a string of record-setting growth rates. Daim's and UMNO's business prospects likewise recovered, thanks in large part to Malaysia's privatization program. He and his cronies garnered the lion's share of the program, including the largest privatization project up until that point, the North-South Highway spanning the entire length of peninsular Malaysia.

The well-founded charges of cronyism and corruption - the euphemism in Malaysian has been money politics - that dogged Daim throughout the first decade of the Mahathir administration continued into the 1990s. But the shock and outrage felt by the increasingly prosperous Malaysian population eventually started to wane. They largely resigned themselves to the prevailing political and economic ills as facts of life.

In any event, there was little those few still calling for justice could do about it anyway. The once independent Malaysian judiciary had been emasculated in the 1980s and then co-opted by Dr. M. Charges of corruption and criminal activity, especially against figures associated with Mahathir and Daim, never again received a fair hearing in the courts or even a thorough investigation by the police, which are overseen by Dr. M and his Home Ministry.

By 1991, Daim was keen to leave formal government service and resume full time his more secretive former business life. His day job at the Finance Ministry was just slowing him down. He didn't want to miss out on the looming economic boom and near-certain stock market rally, especially now that all his business proxies were in place in the economy's most vital sectors. His once ailing family enterprises also were on a firmer financial footing, with help from the government and the economic recovery. And just as pressing, he had a growing number of former and current wives, as well as girlfriends, to maintain in a lavish lifestyle, to which they had grown accustomed.

But before tendering his resignation, Daim had to be as certain as possible that his successor wouldn't rock his corporate boat by dismantling his all-encompassing insiders network and privileged government access. For sure, he didn't want a successor who would sponsor his own cadre of competing business-political backers.


Daim pushes for Anwar, believing he's no threat to the "machine"

Therefore, Daim pushed for Anwar, primarily because his successor had scant business background and had shown little inclination to develop one. Moreover, Anwar was among Dr. M's firmest supporters, owing his political career and rapid rise up UMNO's ranks to the prime minister. Daim also was certain that Mahathir wouldn't object to his chosen heir. But just to make sure, Daim retained his position as head of UMNO's treasury.

The transition went smoothly enough, assuring Daim that his media title of "Economic Savior of Malaysia" and, more important, his behind-the-scenes, king-making powers would remain intact. But over time, it became increasingly clear to him, Dr. M and their cohorts that Anwar would become his own man and call his own shots. More unsettling for them was that Anwar began to question - first privately and later publicly - the pervasive corruption, cronyism and even nepotism that had lodged itself into the economic fabric of the Malaysian economy.

Until the onset of the Asian financial crisis, there was little that Daim and Mahathir immediately could do to thwart Anwar's ambition, besides the fact that there was no other potential heir in contention. He was Dr. M's anointed successor. He clearly was UMNO's most popular and visibly capable future leader. And he had successfully cultivated warm and enduring friendships among other powerful world leaders in both the developed and developing world. In short, he was prime minister material and a seemingly sure bet to secure Dr. M's post.


It's proving much harder to sanitize this "mistake"

Daim, no doubt, required no convincing from Dr. M about the threat Anwar posed to their ubiquitous corporate network if he were to become prime minister while Malaysia was being buffeted by the Asian contagion. Anwar committed himself to the same orthodox, recession-fighting program that Daim had adopted in the mid-1980s. But there was one critical difference Anwar added: Corruption and mismanagement were causative variables in the crisis, and, therefore, they had to be rubbed out.

Whether Anwar would have been able to do so is moot. The perceived threat was enough to prompt Daim and Dr. M to move against him, just as Daim has publicly stated that he offered his services to crush his patron's opponents in the previous decade.

Over the years, Daim's flimsy paper corporate edifice repeatedly was threatened by periodic, normal economic fluctuations. Without persistent government assistance, it would have crumbled. It goes without saying that a business venture built solely on government patronage amounts to nothing once the patronage is gone.

Such a string of enterprises, no matter how much money they make and no matter how much business they do, cannot help but be less efficient than real, organic businesses. They have too many interests to tend to. These ventures had no business being in business in the first place, a key lesson on why avaricious politicians should be kept far away from the nuts and bolts of a country's day-to-day business.

It also goes to show why Abdul Daim bin Zainuddin had no business being a businessman and senior government official in the first place. Still, what a blessed existence he has had under Dr. M! And what an economic mess Malaysia will have to overcome well after he's finally gone.

....THE END....