Laman Webantu   KM2A1: 4364 File Size: 9.5 Kb *



TJ KTK 12: fM: Ting: Tergelincir Oleh Bakun Sehingga Terpelanting
By freeMalaysia

3/5/2001 1:21 am Thu

KTK 1201

[Ting adalah seekor lagi buaya buas ternakkan Mahathir yang cepat menggondol licin hutan untuk balak dan begitu pantas membina sesuatu yang diilhamkan Mahathir. Tetapi dia menyusahkan diktator itu juga kerana apa yang dibinanya itu tidak tahan dan mudah runtuh kerana dibuat bersambil lewa sahaja kerana terlalu mengejar keuntungan dan masa.

Raja balak haram ini telah dihadiah projek Bakun yang membolehkannya menggondol licin hutan yang mungkin seluas Singapura banyaknya sehingga dia teralpa untuk membina empangan yang memang bukan bidang kepakarannya. Ini menyebabkan dia berkrisis dengan kontraktor utama Bakun dan terus tergelincir lalu terpelanting dengan kerugian berjuta-juta di saat hartanya sudah tiada ada dan sahamnya tiada nilainya. Memang menggelepar beliau seketika kerana malu tidak terkira sehingga menyalahkan orang lain seperti menyaman MGG Pillai tidak tentu hala.

Dengan Bakun dibangunkan semula, dia mungkin hidup kembali tetapi dengan muka yang sedikit berbeda kerana malu yang tidak terhingga. Segala-galanya boleh sahaja asalkan ada wangnya - itulah falsafah seekor buaya ternakkan diktator Malaysia. Jika lingkup belakang kira... - Editor]


Terjemahan: -KTK/9-

http://www.freemalaysia.com/rogues/ting_pek_khiing.htm

freeMalaysia


Ting Pek Khiing: Tergelincir Oleh Bakun Sehingga Terpelanting

(Tripped up by the Bakun Thing)

Hidup begitu baik dan menguntungkan buat Ting Pek Khiing sejak beliau berdamping erat dengan berpaut kepada seluar Dr M. Tetapi melihat kepada keadaan yang begitu bercelaru yang menimpanya kini, beliau mungkin amat berharap masa berada lebih jauh dan panjang lagi untuk kembali bersama orang tua itu.

Ting meloncat-loncat di sekitar bumi daratan Sarawak yang cukup berguna dalam karier niaganya. Beliau adalah seorang sab-kontraktor pembinaan yang sanggup mengambil keuntungan yang agak sedikit untuk kerja-kerja pembinaan di ceruk Borneo sebagaimana sanggupnya beliau berenang bermain dengan satu dua kes bangkrap peribadi. Seorang pria harus membuat duit - dan dalam kes Ting, lebih dari duit diperlukan untuk memuaskan hati isterinya yang turut juga pelahap sepertinya itu.

Ting meredah dengan penuh giat dan minat di dalam perniagaan yang kotor lagi jijik itu sehingga memecahkan beberapa rekod pembinaan dengan dahsyatnya bila dahaja muncul peluang. Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang telah lama mentadbir negeri itu seolah-olah segala-galanya adalah harta persendiriannya belaka itu akhirnya ternotis gelagat Fuzhou yang begitu bertenaga itu. Dan dari situ, Ting terus melompat masuk ke dalam skrin radar Dr M.

Ting yang berusia 53 tahun itu adalah seorang usahawan yang bolehlah dikatakan cukup lasak-dan-bersedia untuk memenuhi sebarang citarasa Dr M. Hanya "Can Do" (Boleh) sahaja yang mahu didengar oleh Mahathir dari semua buaya bangsat koporatnya bila beliau terlintas fikiran untuk membikin sesuatu projek yang maha hebat. Dan kebetulan "Can Do" (Tentu Boleh Sahaja) adalah antara perkataan pilihan yang disukai oleh Ting juga yang memang agak terhad penguasaan bahasa Inggerisnya itu.

Memang terperanjat Taib dengan kepantasan kilat Ting menggondol licin beberapa projek konsesi balak yang di sokong oleh kerajaan negeri itu. (Ting telah membawa masuk anak-anak ketua menteri sendiri sebagai pemegang saham minoriti - patutlah ia dilakukan begitu cepat sekali)

Konsesi-konsesi yang diperolehi itu dan pembesaran operasi mengilang papan telah menjadi kunci penting kepantasan proses pembinaan Ting itu. Komponen-komponet penginapan chalet kayunya kini dibuat siap di kilangnya sendiri dan dipasang di tapak pembinaan di atas asas tapak yang sudah tersedia. Memang jadi punya pusat penginapan pasang siap di dalam hutan ini. Dan ia memang murah. Tetapi siapa perduli jika ia ranap selepas beberapa kali musim hujan monsun? Apatah lagi jika sesuatu yang laju sepantas raja pecut Ting Pek "Speed" Khiing.

Memang kepantasan itulah yang Dr M perlukan dan Ting telahpun teruji beberapa kali. Mahathir pernah menjemput beberapa gergasi besar dan hebat industri penerbangan antarabangsa untuk satu pertunjukkan udara di Langkawi secara tergesa-gesa. Tetapi melihat pada kadar kepantasan pusat penginapan pertunjukkan itu di bina, semua tetamu akan tidur di pantai sahaja dengan jejaring penghadang nyamuk pula.

Dengan saranan Taib, Ting membina pusat penginapan itu dalam masa tiga bulan untuk menyelamatkan Mahathir dari keaiban. Itu sudah memadai untuk menjamin Ting meraih satu "kontrak urusniaga yang terhebat pada abad ini" oleh media.

Kontrak urusniaga yang terhebat itu tentulah projek empangan hidroelektrik Bakun dan projek transmisinya yang bernilai RM15 bilion banyaknya. Ia dibalun mudah dari semua pesaingnya dengan ehsan pertolongan Daim dan Dr M juga. Mereka tidak perduli langsung apakah Ting yang pakar pasang-siap itu memang tahu menahu bagaimana mahu membina sebuah empangan gergasi dan menyalurkan 2,000 km panjangnya kabel transmisi di atas darat dan di dasar laut yang tentunya rumit juga. Ting boleh membina apa sahaja - hanya itu sahaja yang mereka kisahkan.

Mungkin ya tetapi mungkin tidak juga. Ting tidak menyangka beliau telah terjerut oleh satu kemelut undang-undang dengan kontraktor utama Asea Brown Boveri. Dan yang lebih dahsyat lagi, ia tercetus disaat krisis kewangan rantau ini. Dr M terpaksa membekukan projek Bakun, mungkin untuk selamanya (tetapi mahu dihidupkan semula pada tahun ini - Penterjemah) untuk membiarkan Ting tercekik mampus dengan hutang. Ting hanya memilikki kilang pasang siap dan operasi pembalakan sahaja sebagai tempat pergantungan. Tetapi, di zaman kemelsetan ekonomi ini, siapakah yang memerlukan benda yang haprak itu semua?

-freeMalaysia-

Terjemahan KTK9




Rencana Asal:


http://www.freemalaysia.com/rogues/ting_pek_khiing.htm


Tan Sri Ting Pek Khiing:

Tripped up by the Bakun Thing


Life had never been so good for Ting Pek Khiing as when he hooked up with Dr. M. But given the mess he's in now, he may long for a more distant time.

Ting bounced around the Sarawak hinterland the better part of his business career, a construction subcontractor picking up low-margin building jobs in the outback of Borneo, as well as ducking a brush or two with personal bankruptcy. A guy's got to make a buck - and in Ting's case, more than a buck for a wife who would settle for no less.

Ting muscled his way into business notoriety with ass-kicking bravado and record-breaking construction exploits. Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud, who rules the state as if it were his personal fiefdom, finally noticed the energetic Fuzhou. And from there, Ting made the leap onto Dr. M's radar screen.

The 53-year-old Ting is the sort of rough-and-ready entrepreneur who appeals to Dr. M's instincts. "Can do" is all Mahathir wants to hear from his little corporate rascals whenever he conjures up an audacious project idea. And can do just happen to be among the favorite words in Ting's limited English vocabulary.

Dazzling Taib with the speed of his state-backed construction projects, Ting latched onto several coveted timber concessions. (It helped that Ting brought on the chief minister's sons as minority shareholders.)

The concessions and his subsequently expanded milling operations added key components to Ting's speed-driven building process. The components of his wooden chalets now were finished at his plant and assembled at the construction site on top of already laid foundations. They were a cinch, these pre-fab jungle resorts. And they were cheap. Who cared if they crumbled after a few monsoon seasons? Not Ting Pek "Speed" Khiing.

It was speed that Dr. M needed; he was in a pinch. Mahathir had invited the high and mighty of the aerospace industry to kick off his inaugural international air show on Langkawi. But at the rate his convention resort was being built, his guests would be sleeping on the beach under mosquito netting. Ting, with a recommendation from Taib, slapped the resort together in about three months, saving Dr. M from certain embarrassment. That was enough to pave the way for Ting to secure what the press billed as the "deal of the century."

The deal, of course, was the RM15 billion Bakun hydroelectric dam and transmission project, which Ting snatched away from competitors with the help of Dr. M and Daim. Little did they mind that Ting, the prefab wizard, knew nothing about building dams and laying nearly 2,000 kilometers of land and sea transmission cables. Ting could build anything, as far as they were concerned.

Perhaps. But Ting hadn't reckoned on a stroke, a legal tussle with main contractor Asea Brown Boveri and, worst of all, the onslaught of the financial crisis. Dr. M was forced to shelve Bakun, maybe permanently, leaving Ting's empire choking in debt. Ting only has his prefab and logging operations to fall back on. But in a recession, who needs the stuff?