Laman Webantu   KM2A1: 4369 File Size: 14.5 Kb *



TJ SP MGG: Dato Seri Anwar Ibrahim dan Rahim Noor
By M.G.G. Pillai

3/5/2001 10:22 pm Thu

MGG 1011 (SPAR-01-002)

[Rahim Nor telah membaham Anwar sehingga hampir tidak bernyawa tetapi diberi ikat jamin dan hukuman yang lebih selesa melalui pendakwaan yang sengaja dilembutkan bahasanya. Memanglah - jika tidak Rahim yang mudah panas baran dan tidak dapat mengawal diri itu akan memberontak untuk mendedahkan siapa yang mengarahnya memusnahkan Anwar. Ancaman nyawa itu sudah lama bermula jika tidak mengapa dikirim polis yang bertopeng yang lengkap bersenjata api untuk menyerbu dan memecahkan pintu rumah Anwar. Sebelum itu Anwar cuba dibunuh dengan merosakkan brek kereta dan mensabotaj satu (atau dua?) helikopter. Ini semua kerja professional yang bakatnya hanya ada pada pihak pengganas yang bertopeng itu juga.

Rayuan dengan alasan kata babi dan jasa tidak boleh diterima pakai kerana mata Anwar sendiri ditutup ketika itu dan dia tidakpun menyebut nama Rahim Nor walaupun mengcam dehemnya. Hanya setelah Rahim berbohong kepada dunia barulah Anwar mendedahkan sipemukulnya.

Kerajaan telah memberikan ikat jamin istimewa, pendakwaan lembut yang istimewa dan kini hukuman lembut istimewa juga buat seorang yang cukup berjasa kununnya. Sekarang rakyat akan memerhati lagi layanan istimewa kerajaan kepada Rahim Nor yang sering dikatakan sakit entah di mana itu di dalam penjara. Ini semua akan mencetus kemarahan yang tiada tandingnya yang mungkin menyebabkan rakyat bangkit dan memberontak bila tiba waktunya. Soalnya bila? - Editor]



Penterjemah: SPAR-01-002


Dato Seri Anwar Ibrahim dan Rahim Noor

(Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Rahim Noor)

Mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor, yang memulakan hukuman penjara selama dua bulan gara-gara kalah dalam rayuannya pada 30 April 01. Kes Rahim Nor menunjukkan betapa dahsyatnya pihak polis melayan orang yang ditangkapnya. Memang tidak ada orang yang mahu bercakap mengenainya. Namun dalam setiap pasukan polis, mereka gunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang disyakinya. Kalau seorang yang berpangkat Ketua Polis Negara boleh menyalahgunakan kuasanya dan menghenyak seorang bekas timbalan perdana menteri yang baru sangat ditangkapnya sehinggakan insan itu menjadi lembik hampir tidak bernyawa; apakah jaminan yang orang bawahannya tidak melaksanakan kerja-kerja bajingan yang sama? Tidak ada sesiapa yang merasakan keanihan di waktu Rahim Nor memberitahu seluruh dunia bahawa Anwar sedang sehat bugar sedangkan dia tahu perkara sebenarnya adalah tidak benar. Inilah yang memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mendapatkan pengakuannya yang dia sudah berdusta, sedangkan dialah yang sebenarnya menghenyak bekas timbalan perdana menteri itu sehinggakan lebam matanya. Kisah mata lebam yang sungguh terkenal itu bukannya lambang penangkapan terhadap Anwar tetapi ia adalah lambang keangkuhan pasukan polis diraja Malaysia.

Para peguam memberitahu saya bahawa hukuman itu terlalu berat untuknya. Apabila seseorang itu mengaku bersalah, hukuman patut diringankan sebanyak satu pertiga. Sepatutnya dia dikenakan hukuman untuk satu bulan sahaja. Tetapi, Pendakwa Raya silap menuduhnya melakukan serangan biasa. Itu bukannya kes yang mudah begitu saja. Apabila seorang KPN (IGP) menyerang seorang tahanan yang ditutup matanya dan digari tangannya, itu bukannya satu serangan biasa lagi. Kita tidak perlu ambil pusing apakah dia melakukan semua itu sebagai menurut perintah. Penghakiman Nuremberg (satu kes pengadilan di Nuremberg Jerman, selepas perang dunia kedua dulu - penterjemah) telah mengasaskan satu prinsip perundangan bahawa seorang bawahan terpaksa menanggung hukuman sepenuhnya seandainya dia menurut perintah yang melanggari undang-undang. Dalam hal ini Rahim Nor adalah seorang KPN, dan dia sendiri bertindak untuk melumatkan tahanan itu. Lagipun, tidak ada sebab yang munasabah kenapa dia mesti berada di sisi Anwar pada malam itu.

Memberikan alasan bahawa Dato' Seri Anwar telah menghinanya dengan panggilan 'babi' memang tidak boleh dipakai lagi. Adalah berpatutan merumuskan bahawa kalaulah Rahim Nor membiarkan saja pegawai yang menangkap Anwar menjalankan tugasnya, dan membiarkan pula urusan penahan terlaksana, adalah tidak mungkin Dato Seri Anwar menggelarnya seekor 'babi'. Dia yang mengundang jeritan itu kalaulah perkara itu sebenarnya pernah berlaku. Rahim Nor telah berbohong terlalu banyak kali sehinggakan tidak ada sebab kenapa kata-katanya itu boleh dipercayai. Dia tidak ada urusan pada malam itu untuk berada di bilik tahanan Anwar dan dia layak dimaki hamun oleh orang yang ditahannya.

Ketika merayu, peguamnya setelah berkata bahawa Rahim Nor telah banyak berjasa kepada negara, oleh itu hukuman penjara adalah terlalu berat untuknya lagi pun dia akan kehilangan pencennya* (sila lihat catatan penterjemah). Dia telah berkhidmat dengan penuh kesetiaan, dan oleh kerana kecuaian dia akan kerugian besar, apa lagi dengan hukuman penjara. Cuba kita fikirkan kisah rayuan ini molek-molek. Kalaulah hujah ini telah diterima-pakai, adakah benar kalau kita katakan cara Dato Seri Anwar dilayan setakat ini adalah satu ejekan terhadap keadilan yang dirayukan itu. Anwar pernah memikul jawatan yang tinggi, dan banyak berjasa kepada negara seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri pada satu ketika. Tetapi, seperti Rahim Nor, Perdana Menteri pun sudah hilang akalnya juga.

Kenapakah Anwar dianggap laksana seorang pesakit kusta, mencegahnya daripada mendapatkan layanan perubatan yang amat diperlukannya, sehinggakan perkara itu dijadikan konfrontasi politik pula? Kenapakah dia tidak dibenarkan ikat jamin sedangkan kesalahannya itu dibenarkan ikat-jamin, seperti yang dibenarkan kepada orang yang berkonspirasi terhadapnya menunggukan rayuan mereka? Kenapakah alasan penghakiman dalam kes Anwar yang kedua tidak lagi dikeluarkan beberapa bulan selepas sabit penghukuman? Inilah yang mencegahnya membuat rayuannya di Mahkamah Rayuan. Lagipun, seandainya seseorang hakim tidak mengemukakan asas-asas mensabitkan penghukumannya dalam masa enam minggu, hakim itu boleh didakwa oleh satu tribunal dan dilucutkan kuasanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Perkara ini harus diamati oleh Ketua Hakim Negara.

Satu kesan daripada serangan Rahim Nor itu ialah kepercayaan yang menyeluruh betapa ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) adalah satu undang-undang zalim dalam proses demokrasi negara ini. Memang ada gunanya menahan sebagai usaha pencegahan. Tetapi, ia boleh dikuatkuasakan apabila negara sedang diancam bahaya dari luar. Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan penggunaannya pada era darurat dulu dan beberapa tahun berikutnya ketika negara masih terancam juga. Tetapi apabila ia dikuat-kuasakan di zaman keamanan, ia menunggu masa sahaja sebelum rakyat marhaen bangkit untuk memberontak. Mata lebam yang terkenal itu adalah pemangkin yang menyemarakkan keresahan itu di Malaysia.

Episod Rahim Nor akan menyulitkan lagi masalah kerajaan yang angkuh dengan propaganda bahawa Dato' Seri Anwar diberikan layanan istimewa dalam penjara. Di manakah nanti Rahim Nor akan menginap? Apakah dia akan dibiarkan bebas dengan banduan biasa ataupun diberikan layanan istimewa? Mestilah dalam satu kamar istimewa! Kenapakah di kamar istimewa seperti Dato' Seri Anwar? Kerana peruntukan begitu memang ada dalam peraturan penjara. Inilah ketentuan yang dipastikan oleh kerajaan. Rahim Nor tidak boleh dibiarkan bebas di kalangan banduan biasa kerana ada saja orang yang sanggup melebamkan dua-dua matanya, seperti cara dia melebamkan mata Anwar dulu. Kalau ini berlaku, sekali lagi kerajaan akan jatuh malu. Tidak lama lagi kita akan tahu bagaimana dia dilayan dalam penjara. Kalau layanan itu tidak sama dengan layanan yang diberikan kepada Dato Seri Anwar, seperti yang disebut oleh menteri hal ehwal dalam negeri, bererti kerajaan terpaksa memberikan penjelasan pula. Kerajaan tidak akan mendapat sanjungan kerana memenjarakan Rahim Nor, dia sudah dimanjakan terlampau amat. Walau bagaimanapun, pemenjaraan Rahim Nor adalah satu lagi kemenangan dalam konfrontasi di antara Anwar dengan musuh ketat dan orang yang pernah dilindunginya, Dr. Mahathir Mohamed.



-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

Selasa1 Mei,2001


Catatan Penterjemah*: Hujah dan alasan Rahim Nor akan kehilangan pencennya adalah tidak relevan dan boleh dianggap satu pembohongan. Ketika Rahim Nor melebamkan mata Anwar dia bertugas sebagai pegawai kontrak kerana khidmatnya disambung selepas khidmat rasminya tamat dan dia dikira sudah layak menerima pencennya.

Diterjemahkan oleh: SPAR-01-002 Khamis 3/5/01.





Rencana Asal:


Dato' Seri Anwar Ibrahim And Tan Sri Rahim Noor

The former Inspector-General of Police, Tan Sri Abdul Rahim Noor, who began his two months jail sentence yesterday (30 April 01), after losing his appeal, showed how badly the police treat those it arrests. No one talks about it, but in every police force in the world third degree methods on suspects to extract information. That the Malaysian Police does is now in no doubt. If the Inspector-General of Police can take the law into his own hands and beat up the just detained deputy prime minister into a pulp, then what guarantee is there that those lower down do not? No one thought it unusual at the time that Tan Sri Rahim could tell the world Dato' Seri Anwar is well when he knew he was not. It took a Royal Commission of Inquiry to elicit the admission he lied, that he did beat up the former deputy prime minister. The infamous black eye, which highlights not so much Dato' Seri Anwar's ill-treatment after arrest as police arrogance.

Lawyers tell me the punishment is too heavy. When a man admits guilt, he gets one third off. He should have been sentenced only to about a month. But the Public Prosecutor was wrong to have charged him with a simple assault. It was not simple. When the IGP assaults a detainee who is handcuffed and blindfolded, it is no more simple assault. It does not matter if he was carrying orders. The Nurenburg Trials established the principle that a subordinate will pay the full penalty if he obeys an order which breaks the law. But he is head of the police force, and he took it upon himself to beat up the man. He had, besides, no business to be where he was that fateful night.

Saying that Dato' Seri Anwar called him a "pig" is neither here nor there. It is fair to assume that if Tan Sri Rahim had left the arresting officer to do his job, and let detention procedures follow, Dato' Seri Anwar would not have called him a "pig". He invited the retort, if such a retort was made. Tan Sri Rahim told so many lies to mask the truth, that one must, as a matter of course, disbelieve what he said in his defence. He had no business to be where he was, and he deserved what reaction he got from the prisoner as he got.

In mitigation, his counsel said he had contributed so much to the nation that a custodial sentence is too much; besides, he would lose his pension. He had served the country well, and this moment of abberration would cost him much and would worsen with a prison sentence. Let us take this appeal on its head. If this argument had been accepted, would it not be fair to say that how Dato' Seri Anwar is treated so far is a traversity of that mitigation. He held high office, contributed much to the nation, as the Prime Minister himself have testified in years past before, like Tan Sri Rahim Noor, he lost his head.

Why then is the man treated like a leper, preventing him from getting the medical treatment he so desperately needs, turning it into a political confrontation. Why is he not on bail for what is a baillable offence, as his alleged co-conspirator was, pending an appeal. Why has not the grounds of judgement in the second Anwar trial been released months after conviction. This prevents him from appealing to the Court of Appeal. Besides, if a judge does not give his grounds for the conviction within six weeks, he could be brought before a tribunal and removed from office, as the Constitution provides. The chief justice should look into this.

One unintended consequence of the Rahim Noor assault is the widespread belief that the ISA is tainted law in the process of democracy. There is a case for preventive detention, but it is within narrow well-defined limits when the country is under threat from outside. No one questioned its use during the Emergency and in the years that followed when the country was under threat. But when it is used in peace time and wholesale arrests made, it is a matter of time before the people rebel against it. The infamous black eye provided that spark in Malaysia.

The Rahim Noor affair would throw out another confrontational claim of the government: that Dato' Seri Anwar is given special treatment. Where would Tan Sri Rahim be lodged? With the ordinary prisoner, or in a special cell? In a special cell, of course! Why in a special cell, as Dato' Seri Anwar is? Because the prisons regulations provides for it. It is the government that raised this. If Tan Sri Rahim is not in the general cell with prisoners who could assault him as he did the former deputy prime minister, the government loses again. Especially, we would know soon where and how he is treated in prison. If it is not as the home minister says Dato' Seri Anwar should be, it would have some explaining to do. The government cannot gain kudos for putting Tan Sri Rahim in jail, He was too softly treated. When all is said and done, Tan Sri Rahim in jail is yet another victory in his confrontation with his nemesis and former protege, Dato' Seri Mahathir Mohamed.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my