Laman Webantu   KM2A1: 4370 File Size: 6.8 Kb *



TJ KB IHT: Levi Untuk Halang Penghijrahan Dana
By Thomas Fuller

3/5/2001 10:08 pm Thu

IHT: CUKAI LEVI DIMANSUHKAN

Rezab negara yang semakin merosot dan ekspot yang terus berkurang itu menyebabkan kerajaan menghapuskan cukai levi 10% untuk mengelakkan modal terus keluar meninggalkan negara. Cukai tersebut dikenakan dulu untuk mengelakkan kemusnahan ekonomi akibat 'wang-panas' jangka-pendek beredar. Sudah lebih $3 bilion dana keluar dari pasaran saham pada suku kedua tahun 2000.

Para broker saham mengadu langkah kerajaan menyusahkan mereka kerana asyik menukar-nukar. Undang-undang untuk mengelakkan wang dari dalam negara keluar masih diketatkan tetapi bank di Singapura mencatat begitu banyak wang dari Malaysia terhimpun di sana. Siapakah yang menyimpan itu jika tidak hartawan dalam Umno sendiri. Bukankah Halim Saad beristerikan orang Singapura - tentunya kerana asyik ke sana untuk membilang harta yang bertimbun banyaknya. Begitu jugalah karenah beberapa pemimpin Umno yang menyimpan gundek di sana dengan kerana JAIS tentunya tidak akan menerkam di sana.


KOMEN: KITA SUDAH TIADA BENDA

Langkah terkini kerajaan menggambarkan semua yang dirancang sudah tidak mengena. Dulu pernah pakar ekonomi Krugman menyarankan agar ia dilaksanakan cuma sementara sahaja kerana kesan jangka panjangnya amat ketara - tetapi Mahathir tidak memperdulikannya. Malaysia tidak mempunyai permintaan domestik yang tinggi untuk menyangga ekonomi dan matawangnya - tidak seperti negara Cina. Tanpa modal luar, kita akan kepupusan dana. Lihatlah apa yang berlaku kepada tabung simpanan hari tua kita - ia sudah dikoyakkan dan ditebuk oleh Mahathir, Daim dan juak-juaknya. Bulan ini kita melaksanakan satu dagangan besar dengan Cina dengan menukar benda (barter trade). Tidakkah itu satu tanda matawang kita sudah tidak laku sebenarnya?. Bukan di Cina sahaja malah di India juga. Pada ketika yang sama harga minyak kelapa sawit masih tidak kemana sehingga peneroka FELDA terpaksa mencari lain kerja. Hanya negara yang bermasalah wangnya menggunakan sistem tukaran benda. Kita sudah memasuki kategori negara ala-Rusia yang rubelnya tidak berbenda di negara luar.

Baru-baru ini Mustapha Mohd mengatakan ekonomi semakin pulih. Tetapi mengapa Zetti meramalkan anggaran kadar pertumbuhan kepada sekitar 5% sahaja sedangkan sebelumnya beliau menjangkakan sekitar 5-6%.


IHT: 24% SUSUT ITU PULIH APA?

Kerajaan amat bimbang penurunan sebanyak 24% rezab matawang asing sejak tahun lepas. Rezab bank negara kini sekitar $26.29 bilion pada pertengahan April, susut dari $34.5 bilion setahun sebelumnya. Malaysia memerlukan rezab yang tinggi untuk mengekalkan kredibiliti kawalan ringgit kepada dolar Amerika.

Pelabur masih skeptik dengan perkembangan terbaru itu. Bagi mereka faktor lain lebih perlu ditangani segera - ekonomi yang melembab dan persepsi pengurusan koporat yang amat lemah.


KOMEN: MALAYSIA MENJEJAKKI KANCAH INDONESIA?

Mahathir sedang menjerumuskan kita kekancah kemuflisan yang paling dahsyat yang akan menghempap semua rakyat Malaysia. Ia sudah merosakkan dana simpanan hari tua kita. Tidak lama lagi lebih banyak yang akan ditebuknya. Malangnya kita masih lali dan teralpa sedangkan wang kita sudah semakin tiada. Kita mungkin akan menjejakki negara Indonesia yang huru-hara politik, sosial dan ekonominya. Tiada sesiapa yang dapat membaiki negara itu dengan segera di saat semua masalah muncul menjelma. Terpaksalah mereka menunggu masa yang amat lama untuk kembali senyum semula - tetapi ramainya yang terkorban dalam proses itu akan menghantui hidup mereka sampai bila-bila.


-Terjemahan/Ulasan Ringkas Kapal Berita-





http://www.iht.com/articles/18661.htm

Malaysia Scraps Last Tax on Gains by Foreigners

Thomas Fuller International Herald Tribune

Thursday, May 3, 2001

10% Levy Is Abolished to Curb Capital Flight

Malaysia on Wednesday abandoned the last vestiges of a system designed to control the flow of foreign investors' money leaving the country, scrapping a tax on stock gains that was imposed during the economic crisis in 1998.

The stock market in Kuala Lumpur reacted positively to the news, rising 4.6 percent, but the market remains down 10 percent for the year.

The government's move did away with a 10 percent levy on foreign investors' stock-market profits that are repatriated within a year of the initial investment. The rule was intended to encourage investors to keep their money in the country for longer periods, amid concern that short-term flows of "hot money" were damaging the economy.

"The abolishment of the levy today is the culmination of a series of gradual steps toward full liberalization which began in February 1999," the Finance Ministry said in a statement.

Analysts said the controls were abolished partly because they were encouraging precisely what they were meant to prevent: capital flight. Government figures show that investors pulled nearly $3 billion from the Malaysian stock market in the second half of 2000.

The government is also concerned about a 24 percent drop in Malaysia's foreign currency reserves over the past year. The central bank had reserves of $26.29 billion in mid-April, down from $34.5 billion a year earlier. Malaysia needs high reserves to maintain credibility for its currency peg to the dollar.

As part of the package of capital controls imposed during the crisis, the ringgit was pegged at 3.8 to the dollar in 1998, a level that has recently come into question given a falling trade surplus and the prospect of slower economic growth.

At the time, supporters of the controls called the measures an innovative way to isolate Malaysia from the regional economic crisis. Critics called them overly restrictive and easy to skirt.

Brokers complained that the controls complicated bookkeeping, especially since they were modified several times. Rules restricting Malaysians from transferring money abroad are still in place.

The government said it had scrapped the levy on foreigners after meeting with fund managers. But analysts remained skeptical. "It is positive news for the market," Yuen Chak of Merrill Lynch was quoted as saying by Agence France-Presse. "But there are some lingering concerns among foreign investors - a slowing economy and the perception of weak corporate governance."