Laman Webantu   KM2A1: 4373 File Size: 14.3 Kb *



TAG SP 89: Bilangan Tanpa Imbangan
By Harun Rashid

4/5/2001 12:22 am Fri

TAG SP089 (SPAR-01-001)

[Setiap insan ada kelemahannya termasuk polis dan tentera. Apabila sanak dan saudara turut menjadi mangsa, kesetiaan mereka kepada pemimpin negara akan terbelah dua jika tidak tiga kerana kita berasal dari bapa yang sama sebenarnya. Polis hanya berani kerana memilikki senjata itupun mereka asyik berkumpul bersama - jika tidak, senjata pun tidak akan mampu menyelamatkan mereka. Kisah di Serbia tentu masih segar dalam ingatan kita bagaimana polis memihak kepada rakyat akhirnya kerana sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Suara keramat telah mengunci picu senjata.

Kekuatan polis atau tentera amat bergantung kepada seorang ketua kerana konsep 'chain of command'. Disinilah terserlah kelemahan yang tiada taranya jika dibolos. Sebab itulah Mahathir kerap mengirim polis yang tidak berugama atau sudah dimabukkannya untuk misi khas memusnahkan sesiapa. Kerana itu juga topeng menghias muka kerana malu juga mereka sebenarnya. Ini pun kelemahan polis juga. Kelemahan seseorang itu sebenarnya tertanam di dalam dirinya sendiri walaupun dia lengkap bersenjata.

Piket MTUC nanti akan mengajar sesuatu yang berguna dan ia mungkin berjangkit merata-rata. Senjata tidak akan menewaskan manusia kerana ada senjata lain yang lebih berkuasa dan ia tertanam nun jauh di dalam jiwa. Fauzi sudah menyerlahkannya dan ramai akan terpaku tidak dapat berkata-kata. Bukankah itu amat hebatnya? - Editor]



Penterjemah: SPAR-01-001


Bilangan Tanpa Imbangan

(An Imbalance of Numbers)

Oleh: Harun Rashid

Kerajaan yang ada sekarang ini semakin tidak diingini dan rakyat amat kepingin mencarikan pengganti. Usaha cara aman untuk menjatuhkan parti yang berkuasa ditentang oleh para menteri UMNO-BN, yang mahu mempertahankan hak memerintah negara sehingga digantikan oleh kerajaan yang ditentukan oleh pilihanraya.

Perdana menteri selaku jurucakap parti yang berkuasa telah bersuara lantang menyatakan betapa baiknya negara diperintah oleh kerajaan diktator. Walaupun kewujudan parti ini terlaksana hasil proses demokrasi, ia semakin berani mencadangkan demokrasi tidak diperlukan lagi.

Hakikatnya kerajaan diktator ini memang sudah lama bertakhta, seperti yang dituliskan dalam tulisan saya pada Oktober 31 dulu. Kini sahlah sudah, Malaysia mempunyai seorang diktator sebagai pemerintah. Soalnya sekarang, apakah sambutan rakyat Malaysia.

Ramai yang berpendapat adalah sudah terlalu lambat untuk berbuat apa-apa, kerana kerajaan diktator ini sudah terlalu tegap untuk dijatuhkan. Ramai yang mempunyai pendapat berbeza. Eloklah kalau diperiksa kekuatan di dua pihak yang bertentangan itu.

Ada sebuah filem sejarah bertajuk 'ZULU' di mana ada satu babak menunjukkan bala tentera muda-muda yang bersenjatakan perisai yang diperbuat daripada kulit kering dan belukang. Mereka muncul daripada semak dan rumput panjang, mengetuk perisai dengan lembing panjang sambil menjerit laungan perang menakutkan askar British yang datang menyerang, walaupun bilangan mereka amat kurang.

Penjajah British, yang angkuh dengan semangat sukan kaum penjajah, menggunakan peluang menembak mereka seolah-olah nyawa pejuang itu adalah mainan sukan juga. Pegawai pemerintah British tidakpun mengerti kenapakah wira-wira pribumi itu nekad berjuang sampai mati. Dia keliru kenapa wira-wira muda itu sanggup mengorbankan nyawa menghadapi seteru yang berbekalkan senapang dan peluru. Seorang pedagang Boar yang sudah banyak pengalamannya menghalakan telunjuknya kepada seorang ketua Zulu yang berdiri megah di atas bukit sambil menyaksikan pertempuran di bawah,: 'Lihat dulu, ketua Zulu itu. Dia sedang mengira semua senjata yang ada lagi dengan kamu.' Adalah amat penting mengetahui berapa banyak senjata yang digunakan dalam permainan itu.

Di Malaysia terdapat 85,000 anggota polis, dan sekitar 100,000 anggota angkatan tentera bersenjata. Jumlah tenaga bersenjata bolehlah dirumuskan sekitar 200,000 orang. Semuanya bersenjata lengkap, sehinggakan setiap kali berlakunya penangkapan, pembunuhan yang ditangkap adalah sesuatu yang mudah kalau yang ditangkap itu dianggap seteru yang mesti dihapuskan.

Dari kacamata parti yang sedang berkuasa, bilangan ini bukannya sesuatu yang memberangsangkan. Kesetiaan anggota polis dan juga angkatan tentera bukannya sesuatu yang boleh dimegahkan. Inilah sebabnya pihak yang berkuasa selalu sahaja tidak tenteram keadaannya. Para pemimpin memang sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka, dan ramai sekutu mereka sudah lama bersara dan melencong di tepian. Setiap kali adanya himpunan manusia, setiap kali itu juga rakyat marhaen menghitung jumlah polis yang digembleng.

Anggota polis boleh dikerah berhimpun di satu pusat untuk memperagakan kekuatan yang ada kalau cukup isyarat untuknya. Mereka akan dihantar dengan trak dan bas daripada berek dan markas. Kalau ramai himpunan manusia itu polis akan mengerahkan meriam pancutan air asid dan kelengkapan gempur untuk menunggu. Inilah senjatanya yang digunakan terhadap rakyat marhaen yang mungkin mempunyai saudara mara di kalangan polis yang cuba meleraikan mereka. Namun, apabila himpunan tenaga polis dipusatkan di satu tempat, kelemahannya di tempat lain ternyata amat ketara.

Sejak beberapa bulan yang lalu, rakyat marhaen telah menganjurkan banyak himpunan rakyat untuk mengemukakan rintihan mereka kepada menteri kerajaan. Masalah mereka tidakpun dilayan. Pada asasnya, semua himpunan rakyat dianggap tidak sah. Parti yang sedang berkuasa lebih rela mencetuskan kemarahan rakyat dalam usaha menunjukkan mereka masih gagah. Rakyat tidak mudah diperbodohkan. Pemimpin UMNO perlu beralah juga ataupun terpaksa berhadapan dengan rakyat yang terus membuat tuntutan yang lebih menakutkan.

MTUC sudahpun menyatakan hasrat melancarkan mogok di seluruh negara. Apabila penunjuk perasaan tidak tertumpu di satu tempat bererti polis dan tenterapun tidak akan dikerah secara berpusat menentang mereka. Perbezaan bilangan akan semakin ketara. Kelemahan sebenar parti yang sedang berkuasa akan terdedah dengan jelas. Itu sebabnya kerajaan berusaha sedaya upaya menyekat sebarang usaha tunjuk perasaan diadakan di merata tempat di seluruh negara.

MTUC bercadang melancarkan mogok seluruh di negara kerana membantah pembaziran dana KWSP. Kepada senarai KWSP itu mungkin juga ditambah bagaimana dana dikawal oleh perdana menteri dan juga menteri kewangan. Malahan dana Tabung Haji pun terlibat sama, memang banyak wang rakyat marhaen yang digunakan untuk projek mega, dan untuk menyelamatkan syarikat yang dipunyai dan dikuasai oleh para pemimpin parti yang berkuasa.

KWSP mempunyai hampir 10 juta ahli, semuanya amat runsing akan keselamatan wang tabungan mereka. Mereka mahu satu penyata akaun daripada pengurus dana, dan mereka mahukan jawapan yang segera. Kalau mereka tidak dilayan dengan memuaskan dalam dua tiga hari lagi, sudah tentu akan dilancarkan mogok seluruh negara. Sepuluh juta ahli dana adalah satu bilangan manusia yang besar. Memang agak sukar untuk polis dan juga tentera menangkap mereka.

Inilah yang amat ditakuti oleh para konspirator. Inilah masalahnya yang mereka merasa tertekan. Memang tidak ada pilihan lagi. Kisah sebenar tentang saham dan kerugian pinjamanpun akan diketahui juga. Apabila rakyat marhaen menyedari betapa berlakunya kerugian yang besar kepada tabung KWSP, mereka akan naik angin. Mereka akan naik berang. Itulah sebabnya mogok seluruh negara itu mahu dielakkan sedaya mungkin.

Fauzi sudah pun meminta secara berhemah agar Anwar Ibrahim dihantar ke Jerman untuk menerima rawatannya. Seandainya permohonan ini ditolak, besar kemungkinan satu pilihanraya kecil Beserah akan berlaku juga. Sudah ada satu senarai panjang merayu agar kerajaan mempunyai sifat perikemanusiaan dalam kisah Anwar itu. Kepada senarai itu tambahkan pula nama Harun Rashid.

-Harun Rashid-
Rabu 2 Mei, 2001.

Terjemahan: SPAR01 - Rabu 2 Mei 2001





Artikel Asal:

http://home.yqi.com/harunrashid1/63Numbers.html

An Imbalance of Numbers

By: Harun Rashid


May 2, 2001

The present government is not a popular one, and the majority of Malaysian citizens want to replace it. The peaceful removal of the unpopular party-in-power is opposed by the ministers of the Umno-BN coalition, who claim a right to rule until replaced in a new democratic election.

The prime minister, speaking for the party-in-power, has openly advocated a shift to a dictatorship. Having been installed by a democratic process, it is unseemly that he would now propose to thwart its intent.

The reality is the dictatorship is already in place, a view that was the subject of a column on October 31, It's Official, Malaysia Is A Dictatorship. The question now is what is to be the response of the Malaysia's people.

Many feel that it is too late, that the party-in-power is too well entrenched to be removed. Others hold a different view. It is well then to examine the forces on each side.

In the historical movie, Zulu, there is a scene in which the brave young warriors, armed with only leather shields and spears, rise from the tall grass to bang their weapons and shout battle chants to taunt the barricaded, but badly outnumbered British.

The British, in their colonial manner of good sportsmanship, sieze the opportunity to shoot them down. The British officer-in-charge cannot understand what seems to him a meaningless sacrifice. A seasoned old Boar trader points out the Zulu chief on the far cliff. "He is counting your guns," he says. It is important to know just how many guns are in the game.

In Malaysia there are around 85,000 policemen in the national police force. There are another 90-100,000 men in the military. The combined forces in uniform are thus approximately 200,000. All are armed. To the extent the police and military will arrest and kill the discontented people of Malaysia, they are considered to be the enemy.

Malaysia has a population of 22-23 million. A conservative estimate of the population potentially active in a movement to recapture the democracy turned over by the British is about five million. The five million people of Malaysia outnumber the police and the military by a factor of 25-to-one. Put another way, there are over five million people against 200,000.

These are not hopeful numbers from the perspective of the party-in-power. The loyalty of the military and the police is not at all certain at this point. This is another good reason for them to be nervous. The leaders are painfully aware of the basic weakness in their position, and many of their associates have chosen to retire to the sidelines. Every time there is a public meeting the people have another opportunity to count the police.

The police can be brought to a central point for a show of force if there is adequate notice, conveyed there by government bus and truck from distant camps and barracks. In the event there is a large public turnout, the police may use water cannon and riot equipment to disperse and control the crowds. But a concentration in one location betrays a weakness in all others.

In the past few months the people have held more and more public meetings to present their grievances to the government ministers. There has been no response. Basically all public meetings to express opposition or discontent are declared illegal. The party-in-power appears willing to risk mounting public displeasure in an effort to give the appearance of strength. The public is not fooled, and the Umno leaders must begin to make concessions or the people will become more and more forceful in their demands.

The MUTC has called for a nationwide strike, with emphasis placed on the "nationwide." If the strikers are not concentrated, that means the police and military cannot be concentrated against them. The imbalance in numbers will be obvious. The fundamental weakness of the party-in-power will be revealed to all. That is why the government will go to any lengths to prevent a general show of discontent on a nationwide basis.

The MUTC has called a nationwide strike to protest the waste of the EPF funds. To this list might be added the other funds controlled by the prime minister and the finance minister. Even the Tabung Haji fund is involved, using the public's money to fund questionable mega-projects, and to bail out the companies owned and controlled by the leaders of the party-in-power.

The EPF has almost ten million members, all of whom are concerned about the safety of their money. They want an accounting from the fund managers, and they want it now. If there is no satisfaction in the next few days, there is to be a nationwide strike. Ten million members is a large number, and there is no way the combined police and military can intimidate or arrest them.

This is what the conspirators are afraid of. It is on this very issue that they must yield. There is no choice. The true story of the share and loan losses will become known. When the people of Malaysia become fully aware of the enormous losses to their EPF fund, they will be angry. Very angry. That is why the nationwide strike is to be avoided at whatever cost.

Fauzi has asked politely that Anwar Ibrahim be sent to Germany for treatment of his injury. The implication is that a Beserah by-election follows a refusal. To the list of names of those making this humanitarian appeal let there be added another ... that of Harun Rashid.


Link Reference : May 2: An Imbalance Of Numbers - Harun Rashid