Laman Webantu   KM2A1: 4376 File Size: 9.0 Kb *



FlashBack: Ugutan Si Rahim Noor
By CDB

4/5/2001 10:59 am Fri

[Keadaan Rahim Nor di dalam penjara nanti bakal mendedahkan beberapa tembelang lagi yang cuba disembunyikan selama ini. Rahim dikatakan asyik sakit bila muncul tarikh dibicarakan dan kali ini diberitakan baru keluar dari IJN pula bila hukuman penjara rasmi dijatuhkan. Yang peliknya tidak diberitahu dengan terperinci apakah sakitnya itu. (Mungkin sakit hati agaknya?)

Jika Rahim benar-benar sakit kenapa doktor persendirian biasa sahaja merawatnya kerana sudah acapkali dia menunda kesnya. Selalunya sakit yang sebegini memerlukan rawatan di hospital ternama tetapi dia tidak pula diberitakan pergi ke sana. Hanya baru-baru ini sahaja terkeluar berita beliau baru menjalani rawatan di IJN. Mengapa tidak awal-awal dulu? Tidakkah Rahim layak mendapat rawatan terbaik lagi istimewa sejak dulu lagi kerana (kununnya) jasanya yang tidak terkira itu buat negara (sehingga merayu menggunakannya)?.

Sebagai KPN, Rahim Nor memang mempunyai banyak rahsia - lebih-lebih lagi mengenai kegiatan Mahathir. Inilah senjata beliau yang amat ditakuti oleh Mahathir. Rahim Nor seperti tidak bersedia untuk ke penjara sejak awal lagi dengan sakitnya yang entah apa sebagai penunda. Itu seperti ingin menyakitkan Mahathir juga dengan sengaja. Rahim Nor sebenarnya sudah 'memukul' Mahathir juga dengan sedikit lainnya dan Mahathir 'terlebam' sama cuma tidak ramai yang dapat membacanya. Memang dasar kaki pukul nampaknya....
- Editor
]


FLASHBACK: UGUTAN SI RAHIM NOOR

Penulis popular laman-laman reformasi, Hj Amin Sapiro atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Amin di kalangan penyokong-penyokong reformasi pernah mendedahkan pada tahun lepas bagaimana si Rahim Noor yang lebih popular dengan panggilan Si Bapak Anjing itu telah mengugut Mahathir apabila beliau dikenakan tindakan mahkamah kerana mencederakan Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dalam lokap polis di Bukit Aman pada malam 20 September 1998 dahulu. Rahim telah mengugut dan mengancam untuk membongkar segala perbuatan dan penglibatan Mahathir sendiri dalam kes membelasah Anwar separuh mati pada malam itu. Kini, Rahim telah pun dipenjarakan selama 2 bulan dan kita tidak tahu betulkah beliau telah benar-benar berada di dalam sel penjara ataupun masih bebas di luar atau berpura-pura sakit dada untuk mengelak berada di dalam jeriji besi di Penjara Kajang. Sejauh manakah ugutan Rahim itu akan menjadi kenyataan? Marilah kita sama-sama lihat akan episod seterusnya. Atau adakah Rahim akan menerima nasib seperti Jaafar Putih dalam kes Al-Maunah dahulu?

Catatan ringkas saya kali ini hanyalah bertujuan untuk "flashback" kembali pendedahan Wak Amin dahulu berikutan Rahim telah pun dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah (meskipun terlalu ringan dan ala kadar sahaja....). Saya menyerahkan kepada para pembaca untuk merenung kembali pendedahan Wak Amin ini dan mengaitkannya dengan perkembangan terkini Rahim Noor yang telah dijatuhkan hukuman penjara itu. Pada saya, apa yang didedahkan oleh Wak Amin itu merupakan suatu fakta yang benar dan boleh dipercayai. Samada Rahim berani mengotakan kata-katanya atau tidak, hanya masa sahaja dapat membuktikan kepada kita akan keberanian beliau itu. Kita lihat siapa yang lebih 'power' - samada seorang bekas pelindung gangster dan mafia seperti Rahim Noor ataupun si Mahathir yang maha buas maha ganas itu !

Selamat membaca kembali pendedahan Wak Amin dulu,

-Cucu Datuk Bahaman-
4 Mei 2001

(rakaman penghargaan buat Wak Amin yang baru muncul kembali selepas 'senyap' buat seketika)





KES RAHIM NOR - SATU PEMBONGKARAN OLEH SUMBER DIPERCAYAI

DENDA keatas Rahim Nor yang dipersoalkan di Parlimen oleh Wakil BA itu mungkin tidak akan merobah apa-apa.

Rahim Ugut Semua Pihak

Dari beberapa sumber yang diketahui umum, Mahathir sendiri telah diugut oleh Rahim. Sekiranya perbicaraan keatas dirinya melibatkan masalah berpanjangan kepada keselesaan hidupnya - Siang-siang Rahim telah mengugut Mokhtar Abdullah - "I'll make the PM to answer everything. Afterall he is the real culprit. I will ascertain that Mahathir's head will roll, too. Mark my word!!" - kata Rahim kepada Mokhtar.

Mokhtar AG terus berjumpa Mahathir dan berbincang. Mahathir menggigil. Mulutnya terkaku. Mahathir tahu bahawa Rahim tidak takut dengan ugutan. Mahathir tau, Rahim meant business. Rahim ada kaki boleh 'bunuh' Mahathir anytime kalau dia mau!!

Rahim juga ada beberapa fail penting yang boleh buat Mahathir sendiri akan terjerat. Rahim ada pita rakaman suara Mahathir bercakap di talipon, di pejabat, perbualan empat mata antara Rahim-Mahathir, Rahim-Daem, Rahim Megat Joned, Rahim-Moktar Abdullah, dll.

Itu semua bahan bokti yang BOLEH memperosokkan Mahathir ke dalam kancah 'cess-pool jenayah berat' yang memungkinkan orang UMNO sendiri akan menyingkirkan Mahathir. Rahim adalah anggota polis yang seasoned dan terlatih dengan kerja Special Branch dan espionage!! Mahathir kecut!!

Dalam tangan Rahim ada banyak kes jenayah Rasuah, Penyelewengan, Rogol, Tangkap Basah menteri UMNO, arahan jahat dan jenayah pemimpin UMNO dan komponen BN. Sebelum pencen, Rahim sudah angkut dan simpan disatu tempat. Boleh jadi '6-Kotak' juga?

Pendek kata, Rahim Nor sudah cukup bokti untuk menggegarkan seluruh kebusukan kerajaan Diktator Mahathir!! Ini, Mahathir cukup takut, gentar, kecut dan TERPERANGKAP!! Kata sumber maklumat itu.

Perbicaraan Cuma 'Formality'

Rahim tau, perbicaraan keatasnya cuma satu formaliti mudah. Hukumannya tidak lebih dari 'jangan tidak' saja. Rahim sudah demand mana ganjaran berjuta yang dijanjikan. Mana perlindungan kepadanya!! Rahim sekarang at the 'upper-hand'. Mahathir sudah mula takut.

Mahathir menjanjikan sejumlah juta ringgit sebagai ganjaran menyimpan rahsia. Rahim sudah simpan dalam akaun Rahim di Singapura, London, US dll. Daem telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak di Brussels, Beligium. Rahim sekarang adalah jutawan!!

Beberapa anggota polis berpangkat tinggi telah berikhtiar menyiapkan beberapa dokumen supaya Rahim mendapat perlindungan diplomatik diluar negara. Semua itu diketahui oleh Mahathir. Rahim ada 3 paspot antarabangsa dengan nama berlainan.

Janji Mokhtar Abdullah

Mokhtar, Ghani Patail, Eusoff Chin, telah berbincang untuk memberi kelepasan kepada Rahim. Keputusannya: Mokhtar telah mengobah-pinda tuduhan keatas Rahim kepada 'simple hurt' dengan pertimbangan undang-undang dengan menilai alasan-alasan peguam Rahim kepada Peguam Negara.

Pendekar Amin Mulia (sepatutnya Rais Yatim) diarah menjawap soalan Parlimen Pembangkang. Pandikar Amin Mulia, Menteri di JPM tidak lebih dari budak upahan yang tidak tahu apa-apa. Dia adalah sebodoh-bodoh manusia kerana pertama kali menjejak kaki sebagai Menteri. Mokhtar sendiri menengking beliau kerana kebodohannya menunjukkan marah kepada Pembangkang.

Mahathir Naik Berang

Yang paling menggegarkan ialah: Mahathir telah mendapat ugutan langsung dari Rahim kerana Mahathir mahu Rahim mengaku bersalah. Mahathir berkata, 'Kalau you tak mengaku salah, they all will dig the case. You'll be in hot soup'.

Rahim jawab, 'Am only a smallman Datuk Seri, but you must understand the whole police force know your involvement. You were arround while I hit Anwar. I will field all my witnesses. It's now left entirely to your choice!!'.

Mendengar itu, Mokhtar intervened. Akhirnya, keputusan pejara diterima dengan syarat bahawa Rahim tidak akan dipenjarakan. Dia akan berlepas keluar negara - ke satu destinasi yang tidak dipastikan untuk bercuti atas perbelanjaan Mahathir-Daim, menggunakan paspot palsu!!

Berita terkini menyebut, Rahim akan berlepas dengan private jet ke sebuah pulau di lautan India. Dari sana baru beliau akan beredar jauh. Maknanya Rahim tidak akan dipenjarakan langsung!! Rahim akan dibenarkan pulang selepas tempoh 6 bulan jika beliau mahu.

Penjenayah Elit UMNO

Begitulah nasib penjenayah dibawah perlindungan Mahathir - pasti akan selamat (di dunia). Itu sebab kita nampak bagaimana Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Megat Joned, dan beberapa penjenayah UMNO terlepas dari cengkaman undang-undang!! Mereka tidak akan menunjukkan muka rongseng atau takut dengan tindakan undang-undang.

Kata seorang Pegawai kanan Polis, 'Mahathir is the law, and he owns everything from the Police, the judges, the BPR, the Banks, etc..etc etc' Kata sumber itu, 'It takes a thief to catch a Thief..!!'

Kita sekarang berhadapan dengan cengkaman seorang Diktator yang menggunakan jenayah sebagai 'rule of the game'!! Tapi sampai bila?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)