Laman Webantu   KM2A1: 4377 File Size: 21.7 Kb *



TJ SP MGG: Bahana Memutar Teknologi Pintar
By M.G.G. Pillai

4/5/2001 12:30 pm Fri

MGG 1021 (SPAR-01-003)


[Teknologi itu seharusnya digunakan untuk mempermudahkan urusan manusia bukannya untuk menunjuk lebih pandai dan terdahulu dari semua sehingga memaksa orang menganutnya dalam keadaan yang tidak bersedia serta menyusahkan pula. Sebab itulah syarikat berteknologi memikirkan keperluan, masalah dan citarasa pengguna sebelum mencipta apa-apa dengan kos yang sepadan dengan sasaran mereka. Sebab itulah banyak wang dihabiskan untuk mengkaji sahaja kerana di sinilah terletak kunci segala-galanya.

Semua projek hebat di Silicon Valley USA berjaya kerana dikaji teliti dan selalunya ia melibatkan pakar dan graduan terpilih dari universiti. Dengan kata lain teknologi itu tertanam di kepala, bukannya di taman yang gah lagi besar belanjanya tetapi kepakarannya tiada. Dan kepala itu kebanyakkannya berada di pusat pengajian tinggi yang luarbiasa tetapi di manakah MIT di Malaysia setelah sekian lama MSC menjelma? Ia tiada kerana penswastaan lebih mementingkan pembangunan wang dari pembangunan orang - patutlah kita kecundang. - Editor]



Penterjemah: SPAR-01-003


Bahana Memutar Teknologi Pintar

(Smarting from smart technology)

Apakah kemungkinannya seseorang yang tidakpun faham akan sesuatu teknologi itu berupaya mengguna dan memanfaatkannya? Apakah mungkin sebuah masyarakat yang belum bersedia menerima-pakai sesuatu teknologi itu menganutinya tanpa dibebani oleh kesan-kesan dan bahana yang disebabkan persiapan yang songsang?

Para falsafah sejak zaman Hellenik (Yunani Purba) telah bertelagah dan berdebat akan perkara ini. Socrates, Plato dan banyak para ilmuan lagi sejak dulu-dulu masih belum mencapai keputusan mengenainya, sehinggakan perkara itu terus segar bugar hari ini, setelah dicetuskan sejak 2,300 tahun yang lalu.

Apakah sesuatu teknologi itu satu kesenian ataupun sains? Mungkin juga sains adalah jawapannya, tetapi penggunaannya itu sudah pasti satu kesenian. Sejak teknologi menjadi sebahagian budaya dunia moden, segala kepincangannya yang tidak diperdebatkan dengan meluas, menyentuh perasaan kita sehinggakan peranannya dalam budaya kehidupan menjadi satu perkara sumpahan.

Di Malaysia, teknologi merupakan dasar rasmi kerajaan yang disogokkan secara paksa kepada masyarakatnya oleh seorang Perdana Menteri yang amat taksub mengenainya. Ia dipaksa ke atas masyarakat sebuah negara yang belum bersiap sedia, namun diajar untuk berbangga kerana menganuti kesederhanaannya, dengan kepercayaan mereka yang mempunyai markah yang lemah, terutama sekali mereka daripada satu kaum tertentu, diberikan pengiktirafan yang lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai markah yang cemerlang.

Jumlah pelajar Malaysia yang makin ramai tidak diberikan peluang belajar di universiti walaupun mereka memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang sedang menekan tanggapan sejagat daripada sudut politik dan budaya.

Dalam hal ini mampukah Malaysia terus berharap untuk menarik teknologi unggulan sejagat dan juga minda saintifik yang pintar-pintar untuk mewujudkan makmal penyelidikan dalam satu kawasan yang lebih besar daripada Singapura? Setakat ini apa yang sudah dibangunkan tidak membawa makna apa-apa.

Kini, pihak kerajaan sudah pun sedar bahawa mereka yang pintar tidak bersedia datang ke sini tanpa sebarang khidmat sokongan yang mudah diperolehi daripada golongan pakar bawahan dan juga tenaga kerja seperti pembantu makmal yang boleh memberi perangsang untuk pakar-pakar yang pintar datang ke negara ini.


Buta-huruf Teknologi

Inilah hakikatnya. Kejayaan MSC (Koridor Raya Multimedia) dan Siberjaya diasaskan kepada kenaikan harga tanah dan bukannya kepada kualiti dan mutu penyelidikan yang diusahakan.

MSC dan Siberjaya menunjukkan bagaimana sesuatu idea yang bernas itu boleh dihancurkan oleh orang-orang yang tidak faham makna teknologi. Kakitangan kerajaan sebagai satu kelas manusia sememangnya tidak memahami apa erti teknologi sebenarnya.

Teknologi ialah budaya kerja yang menentukan kelicinan pergerakan sesuatu sistem. Tidak ada satu pendekatan yang serius untuk sama-sama memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan pengenalan teknologi secara skala yang luas yang akan membawa kesan kepada pembangunan masyarakat Malaysia itu.

Masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan tentang internet adalah satu contoh bagaimana sesuatu perkara itu menjadi mencelaru.

Apa sahaja yang terbaru yang diperkenalkan di Malaysia dan juga dunia luas seolah-olah teknologi itu secanggih teknologi menghiris kepingan roti yang terkini. Sesiapa juga yang mencabar pendekatan ini dicop sebagai anti-nasional dan bermacam tohmahan buruk lagi.

Kerajaan memang sudah mempunyai jawapan kepada soalan yang bakal dikemukakan. Sesiapa yang menyoal kerajaan dianggap tidak tahu menahu apa yang sepatutnya dilakukan. Inilah kecelaruan yang menebal di minda pegawai kerajaan kerana tidak mampu berfikir kenapakah dunia luar mengenepikan MSC. Kerajaan selama ini beranggapan setiap kali ia mempunyai satu rancangan, pihak yang lain akan bergerak dan menyesuaikan diri kepada tempatnya.

Adalah sama silapnya untuk membuat andaian apabila MSC ditubuhkan, apa juga usahasama yang difikirkan tanpa penuh serius tentang teknologi pintar itu (tidak kiralah apa maknanya frasa itu) ia akan menjadikan taraf hidup orang Malaysia itu bergerak maju tanpa masalah lagi.


Usahasama pintar

Eloklah kita ambil beberapa contoh bagaimana kerajaan memperkenalkan pelbagai teknologi kepada rakyatnya. Cuba kita ambil lessen memandu sebagai contohnya.

Kita telah diberitahu betapa teknologi istimewa adalah ciri yang penting, di mana ciri-ciri tulisan istimewa tidak mudah dijual di Malaysia, untuk mengeluarkan satu lessen memandu yang tidak boleh ditiru. Kad pintar istimewa bersama mesinnya telah ditempah. Tetapi apabila kita pergi balik untuk memperbaharui lesen memandu itu, mesin untuk memperbaharui maklumat belum tiba lagi.

Kini, kita berbalik semula kepada kad cara lama, yang membabitkan masalah menekan maklumat dengan menggunakan komputer.

Kita pernah memasang kamera pintar, seperti jenis yang digunakan di negara barat, untuk menangkap pemandu yang melanggar lampu isyarat. Berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kamera canggih ini dan memasangnya. Kini, tidak ada satu pun kamera ini yang berfungsi kerana kos menyelianya tidak pernah diambil-kira. Harganya terlalu tinggi dan kerana itu sistem kamera itu pun ditanggalkan.

Pasport pintar ialah satu lagi contoh iltizam kita kepada teknologi moden. Masalahnya, pasport itu memerlukan mesin khas untuk membaca maklumat di dalamnya. Takkanlah negara asing terpaksa memasang mesin mahal seperti itu semata-mata untuk membaca maklumat yang terkandung dalam pasport rakyat Malaysia yang masuk untuk bercuti sahaja.

Oleh kerana maklumat dalam pasport Malaysia itu hanya boleh dibaca oleh mesin khas, dan bukan dengan penglihatan mata manusia, ramai rakyat Malaysia yang teraniaya.


Hindi-Arab

Pasport terbaru Malaysia menyebabkan ramai pegawai imigeresen luar negara berfikir bahawa orang India di Malaysia adalah keturunan Arab. Ini berpunca apabila ada beberapa 'bahlol' yang sengaja memisahkan kod 'anak lelaki' (A/L) dengan tidak memasukkan lambang sempang,, menjadikan nama si pemegang pasport itu mempunyai perkataan AL. Macam orang Arab sekejaplah pemegang pasport seperti ini.

Oleh kerana ramai pegawai imigeresen luar negara tidak mempunyai maklumat sebenar amalan di Malaysia, mereka memikirkan si pemegang pasport yang mempunyai kod 'AL' itu adalah berketurunan Arab. Kalau nama si bapa mesti dimasukkan kenapakah tidak dimasukkan secara berasingan supaya dapat digunakan untuk semua rakyat Malaysia?

Kad pengenalan 'pintar' yang terbaru dikatakan mempunyai maklumat yang menyeluruh butir-butir peribadi seseorang itu termasuk lesen memandu dan banyak lagi maklumat yang bersifat peribadi.

Tetapi, pihak imigeresen tidak menerimanya kerana cop jari yang tersorok. Dan jabatan itu tidak mempunyai mesin untuk mengesan cop itu. Kerana itu terpaksa dikeluarkan satu kad pengenalan berasingan yang mengandungi cop jari orang yang membawa kad pengenalan pintar itu.

Di masa dulu, kalau kita melanggar peraturan lalu-lintas, kita diberikan saman dalam masa yang terdekat. Kini, dengan adanya sistem berkomputer, ia memakan masa sehingga empat tahun. Saya baru sahaja menerima saman kerana salah letak kereta (parkir) pada tahun 1997.

Kadangkala, saya dikenakan caj telefon yang saya gunakan satu ataupun dua tahun terdahulu. Memang tidak ada gunanya kita merungut kepada orang telekom. Kerani di meja pembayaran itu pun turut bingung semacam saya. Kelecehan untuk menyelesaikan perkara itu membuatkan kita mudah mengalah dan membayar tunggakan itu dan membisu sahaja.


Teknologi Yang Menyusahkan

Jadi kita mula menyoal, apakah gunanya semua ini akhirnya? Rakyat marhaen menjadi kelam-kabut tidak tentu hala. Apa gunanya kita menggunakan teknologi yang tidak difahami oleh orang ramai ataupun tidak ada gunanya langsung. Tetapi inilah caranya Malaysia bergerak ke hadapan dengan teknologi pintar berkomputer.

Banyak soalan yang pokok tidak pernah terjawab. Kita mulakan sistem komputer dengan komputer peribadi yang menggantikan mesin-taip dan mesin memproses.

Beberapa mesin tertentu dibawa masuk untuk kegunaan pakar tertentu dalam pelbagai bidang, sedangkan komputer itu digunakan oleh kakitangan yang tidak pun faham apakah sebenarnya mesin canggih yang mereka gunakan itu. Mereka mengendalikan mesin itu dengan cara amalan dan ingatan sahaja tanpa memahami kenapa kerja itu dikendalikan.

Sesiapa yang merungut setiap kali berlakunya kesilapan daripada maklumat komputer itu diberitahu bahawa komputer tidak pandai menipu.

Tidak ada pun badan atau pertubuhan khas di Malaysia yang menilai kemajuan penggunaan teknologi pintar. Setiap kementerian dan jabatan kerajaan mempunyai sistem komputer tersendiri, selalunya tidak serasi antara satu sama lain. Setiap jabatan terlalu cemburu dengan apa yang dipunyainya.

Kerana itu, tidaklah mudah untuk bertukar-tukar data dan maklumat melainkan dengan cara lama dengan orang perantaraan, pos dan telefon, Kadangkala emel pun digunakan juga. Tidak menghairankan kalau ada benda yang tidak dapat berfungsi, malahan perkara semacam itu harus dianggap sebagai perkara biasa sahaja.

Kini, cerita-cerita yang menakutkan bagaimana rakyat Malaysia terkandas di negara orang, dan menghadapi masalah untuk menggunakan kad pengenalan pintar untuk mendapatkan pasport baru yang pintar, akan terus didengar secara melambak dan berulang-ulang.

Apabila Malaysia menganggap meritokrasi adalah berbahaya dan satu kepercayaan anti-nasional, sehingga memaksa rakyatnya keluar negara untuk mencari pekerjaan mereka, yang akan rugi akhirnya ialah Malaysia juga.


Mazhab Lebih-kurang

Baru-baru ini ketua satu perbadanan kewangan Hong Kong telah tiba melawat Malaysia. Memanglah tidak ada yang istimewa mengenai lawatan itu. Cuma orang ini pernah menjadi seorang pegawai tinggi Bank Negara sehinggalah dia disekat untuk naik lebih tinggi lagi. Dia telah berkhidmat dengan Bank Dunia dan kini berkhidmat dengan Kerajaan Hong Kong. Pangkatnya tersekat ketika di Malaysia kerana dia tidak tergolong dalam mereka yang dikira ahli mazhab sederhana yang lebih-kurang sahaja keupayaannya. Ramai lagi manusia di Malaysia yang serupa dia masalahnya.

Seharusnya, ketaksuban memberi keistimewaan kepada kumpulan yang sederhana keupayaannya mendedahkan kepada kepincangan menggunakan segala alat teknologi pintar yang diimport oleh kerajaan. Alat yang canggih itu bukannya untuk memperagakan kecanggihan jabatan kerajaan semata-mata, ataupun memuaskan selera ketua jabatan itu. Kepintaran menggunakan alat teknologi pintar mesti diserap oleh ketua jabatan sehinggalah menyeluruh dan menurun ke tahap pembantu rendah am (PAR) jabatan itu.

Kalau kemajuan ini tidak dilaksanakan, bererti kita hanya bercelupar mengenainya dan terus dicukai untuk membiayainya. Cuba perhatikan apa yang sedang berlaku di Bangalore. Di sana tidak ada pun MSC yang canggih-manggih, tetapi ratusan ribu pakar komputer sedang berlegar-legar di sana dan menarik seluruh dunia mengetuk pintu makmalnya.

Sebenarnya manusia yang berotak dan bukannya taman teknologi haprak yang menentukan segala-galanya. Apakah kita mempunyai segala tenaga kepintaran itu? Tidak pun.


MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my
Khamis Mei 3,2001.

Terjemahan: SPAR-01-003





Rencana Asal:

malaysiakini

Thursday May 3 01


Smarting from smart technology


CHIAROSCURO
MGG Pillai

11:31am, Thu: Could one who understands not technology, use it widely and wisely? Could a society unprepared for technology's reach, embrace it and not fall on its ill-thought out assumptions?

Philosophers since Hellenic times have argued and debated this. Socrates, Plato and philosophers through the ages have come to no conclusion, and it is as alive today as it was 2,300 years ago.

Is technology an art or a science? Science most probably, but its application is surely an art. And since technology becomes part of the culture of the modern world, its setbacks, while not debated widely, hits one in its most mundane form-and with its growing role in culture, is doubly damned.

In Malaysia, technology is official policy forced on to the public domain by a Prime Minister obsessed with it. It is superimposed on a country unprepared for it, prides itself in embracing mediocrity, believes those with poor grades, especially of one race, rates higher than those with brilliant results.

The large number of Malaysian students denied entrance to universities despite their superlative results underscores this political and cultural worldview.

In such circumstances, can Malaysia hope to attract the world's technological and scientific brains to set up research shops in an area larger than Singapore? That it has done is neither here nor there.

As civil servants find out, these brains would not come here if there is no support available, the lower ranking specialists and such necessary workers as lab attendants to give them an incentive to come.

Technologically illiterate

And so it turns out. The success of the Multimedia Super Corridor (MSC) and Cyberjaya is based on escalating land prices, not the quality of research done.

Both MSC and Cyberjaya show how a good idea can be destroyed by people who do not understand technology. And technology, Malaysian civil servants, as a class, do not understand.

By technology here, I mean the culture that makes it possible for a system to work. There is no serious thinking about what this large scale introduction of technology into our lives affects how Malaysian society would develop.

The problem the government has with the Internet is one small example how matters can go awry.

Everything new is proudly introduced to Malaysians and the world as the neatest discovery since sliced bread. Anyone who challenges this is deemed an anti-national and worse.

The government has all the answers, and those who question it do not understand what it wants to do. That confusion abounds in official minds about why the world does not rush to the MSC. It believes that once it has a plan, everything else will fall into place.

It is equally wrong to presume that with the MSC, its own ill-thought-out ventures in introducing ?smart? technologies (whatever that phrase means) into the lives of Malaysians would work seamlessly.

Smart ventures

Let us take a few examples of how the government ventured into introducing technology into the public place. Driving licenses, for instance.

Special technology was important, so we were told, with special typefaces that would not be sold in Malaysia, for a foolproof driving licenses. The special cards and machines were ordered. But when you went back to renew the licenses, the machinery for updating it had not arrived.

Today, we have gone back to an ordinary card, the only computerisation involved is how the details are printed.

We had ?smart? cameras, the type in use in the West, to summon motor cars that beat traffic lights. Millions were spent on buying and installing them. Today, none is in use. The running costs were not worked out, the cost was prohibitive and the system is quietly dismantled.

The ?smart? passport is yet another proof, so we are told, of our commitment to technology and modernity. The only problem is, it requires special machines to read them and it is too much to expect foreign countries to have special systems installed to read the passport of the Malaysian who decides to go on holiday there.

The contents are machine-readable, not by human sight. And the Malaysian runs into trouble.

Indian Arabs

It modifies current practices, as we now hear, so that foreign immigration officials think Indian Malaysian are Arabs. This is because some brilliant spark decided that the ?anak lelaki? (written as A/L, for ?son of?) in their names does not have the slash.

Many overseas, without the hindsight of Malaysian practice, think this means the man is an Arab! If the father's name must be included in the passport, why could not that be inserted separately, one which could by widely used for all Malaysians?

The new ?smart? identity card, we are told, would include all one's personal details, driving license and other information that should normally be kept in a safe place.

But the immigration would not accept it because the thumb print is hidden, and it does not have the machine to read it. So, a temporary identity card with the thumb print clearly marked is needed for it.

In the old days, when you commit a traffic offence, you are issued with a summons within months. Today, with computerisation, it is four years. I got a summons the other day for a parking offence in 1997.

Sometimes, in my telephone bills, I am charged for calls I made a year or two earlier. Talking to them is no use. The clerks at the counter are as clueless as I am about it. The hassle you go through is enough for you to pay and shut up.

Inconvenient technology

So, we come to the question: What is the point of all this if at the end of the day ? It is the public that is put to great inconvenience. One should not run ahead with technology that people cannot comprehend or come to terms with. But this is how Malaysia moves smartly into computerisation.

Fundamental questions are not addressed. Computerisation in Malaysia begins with the personal computer, which replaces the typewriter, and the data processing machine.

Some specialised equipment is brought in for the specialists in every field, but they are used by an indifferent workforce not knowing what they are for. It is work by rote, with no understanding why it is done.

Those who complain about it when it shortchanges are told, by rote, the computer does not lie.

No single body in Malaysia looks into this march into ?smart? technology. Each ministry and department has its own computer system, usually at odds with every other. Each guards its own turf.

So, exchanging data and information is out, except in the old fashioned way - by courier, post, telephone. Sometimes, even the e-mail is used. So, one is not surprised when it does not work. One, indeed, expects it not to.

So, the horror stories of Malaysians traveling overseas, and of difficulties in using the new ?smart? identity card to obtain a new ?smart? passport, would come in droves.

When Malaysia believes that meritocracy is a dangerous anti-national belief, and forces Malaysians to depart elsewhere for their bread and butter, it is Malaysia which loses.

Mediocrity cult

Recently, the head of the Hong Kong monetary system was in town for a talk. Nothing unusual about it. Except that the man was once a high ranking official in Bank Negara Malaysia, went to the World Bank, when the ?glass ceiling? hit him as it does any who are not mediocre, and is now in Hongkong. He is not the only one.

Necessarily, the cult of mediocrity Malaysia espouses is inimical to an intelligent use of technology. It is not enough for technologically savvy heads of department. That must seep through the system to the office boy.

If it does not, then all we do is to pay lip service-and pay heavily for it. Look at Bangalore. There is no fancy MSC there, but hundreds of thousands of computer specialists work there, with the world beating to its door.

It is people, not the technological parks, that eventually would turn the tide. Do we have them? No.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my