Laman Webantu   KM2A1: 4378 File Size: 13.4 Kb *



TJ SP MGG: Pembohongan Yang Melindungi Kebenaran
By M.G.G. Pillai

4/5/2001 6:02 pm Fri

MGG 1021 (SPAR-02-001)


[Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab dan musababnya. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskannya tanpa sebarang keraguan, jika tidak jawapannya akan dicari walaupun khabar angin asalkan logiknya padan dan keresahan menghilang.

Kes Daim yang bercuti tetapi lewat seminggu dimaklumkan dan masih pergi bekerja pula ketika bercuti memang menganihkan. Begitu juga kes Anwar yang sudah 5 bulan sakit tanpa menerima rawatan (terbaik) - melainkan serangan yang bertambah-tambah untuk terus mengaibkan dirinya. Apabila DS Wan Azizah memberikan taklimat keadaan sebenar kesihatan Anwar, kerajaan terus menggelabah mencari alas dan sokongan - sekaligus menampakkan kebenaran itu cuba diselimutkan.

Sakitnya Anwar yang sengaja tidak diendahkan kerajaan menyebabkan 'Anwar saga' tidak padam-padam. Kerajaan telah teraib oleh sikap kerajaan sendiri untuk memadamkan Anwar. Anwar sekali lagi merangsang rakyat walaupun tidak berpeluang bercakap berjam-jam seperti Mahathir. Kemunculan sasterawan negara dari persembunyian itu menjadi tanda siapakah yang semakin kencang dan siapa yang akan padam dalam keaiban. Sesungguhnya kebenaran itu tidak akan padam walaupun cuba diselimutkan dengan pembohongan kerana ia akan terbongkar juga satu hari kemudian.... - Editor]



Penterjemah: SPAR-02-001



Pembohongan Yang Melindungi Kebenaran

(Malaysiakini - Chiaroscuro: The lies that guard truth)

Kebenaran adalah sesuatu yang amat berharga sehingga pengawal pembohongan perlu untuk melindunginya. Itulah yang pernah disuarakan oleh Winston Churchill bagi menggugat keharmonian sewaktu perang dunia kedua. Prinsip yang penting ini turut digunakan sepenuhnya di dalam perang saraf Malaysia untuk menghancurkan, dengan kejayaan yang terhad, Parti Komunis Malaya semasa Darurat.

Ianya memerlukan usaha yang luar biasa, matlamat-matlamat yang jelas, pendirian yang teguh, keyakinan, kepandaian menghalusi sesuatu perkara, kebolehan berfikir dengan baik. Keangkuhan, penghinaan, kemarahan, sikap panas-baran adalah membahayakan. Kerajaan sepatutnya tidak menggunakannya terhadap rakyat sendiri. Apa yang boleh digunakan untuk mengalahkan pihak musuh tidak semestinya boleh menghasilkan kesan yang sama kepada pengikut sendiri.

Di Malaysia, perkara ini dilakukan dengan penuh biadap, merosakkan dengan begitu ketara sekali, dan membolot untuk diri sendiri menyebabkan ia tidak lagi boleh dipercayai. Ia tidak tahu atau peduli dengan apa yang hendak diperkatakan, dan seringkali memperbodohkan dirinya sendiri. Dengan semua ini timbullah satu keangkuhan yang tidak boleh diterima. Begitu juga dengan dunia korporat, dengan tindakan-tindakan yang memalukan untuk menyembunyikan kebenaran, namun ianya terbongkar juga. Kini apabila kedua-duanya memerlukan pertolongan, tiada seorang pun yang tampil untuk menghulurkan bantuan.

Apabila ahli-ahli politik dan gergasi-gergasi korporat perlu menyatakan kebenaran, mereka sebaliknya menyatakan pembohongan. Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamed, amat tidak menyenangi wartawan-wartawan sehinggakan beliau lebih suka mempermain-mainkan mereka dari menjawab soalan yang diajukan. Pengunduran anak lelakinya, Mokhzani, dari dunia korporat pula gagal untuk membersihkan namanya.

Dr. Mahathir dengan marah telah bertanya kepada para wartawan pada bulan Ogos 1998 adakah beliau perlu mencium timbalannya pada masa itu, Anwar Ibrahim, bagi membuktikan bahawa tiada sebarang masalah yang timbul. Enam hari kemudian, Anwar telah disingkir di dalam satu konfrontasi yang Mahathir pasti harapkan tidak pernah berlaku itu. Jadi, sekarang isunya adalah dengan Menteri Kewangan, Daim Zainudin. Itupun beliau katakan tiada sebarang masalah yang timbul.


Tegang dan Mencemaskan :

Rakyat Malaysia dan lain-lainnya terpaksa bergantung kepada khabar-khabar angin untuk mendapatkan maklumat. Adakah KPN telah mencederakan Anwar dengan teruk selepas penahanannya di bawah ISA? Tidak, kata kerajaan. Ya, kata khabar-khabar angin. Ternyata, beliau memang telah melakukannya.

Apabila Menteri-Menteri Kabinet dan ahli-ahli politik bercakap sesuatu yang tidak benar atau mencadangkan agar mereka yang bertanya soalan-soalan yang sedemikian memeriksa kepala mereka, terutamanya jika ia adalah untuk mengesahkan khabar-khabar angin yang didapati benar, itu membuatkan mereka kelihatan bodoh. Kedudukan Mahathir di dalam kerajaan semakin tergugat setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan. Dirinya sendiri menjadi musuh yang paling dahsyat apabila beliau mengeluarkan kata-kata yang begitu berhati-hati tetapi memedihkan bertujuan untuk meyebabkan seseorang itu merasa terhina ataupun dianggap bodoh.

Daim mengatakan yang beliau menjadi mangsa kepada khabar-khabar angin. Apabila sebuah kerajaan menyebarkan perkara-perkara yang separuh benar dan pembohongan yang tulen, khabar-khabar angin akan mengisi ruang kosong di dalam maklumat.

Alam semulajadi bencikan ruang kosong. Jika kerajaan tidak akan mengisinya dengan maklumat-maklumat yang sahih dan tidak dapat meyakinkan rakyat terutamanya menjelang pilihanraya umum, apa yang hendak disampaikan, walaupun penting, tidak akan dipercayai lagi.

Apabila kebenaran itu diambil mudah, kerajaan akan kehilangan kuasanya. Mula-mula, ia berpatutan dengan kebenaran tentang masalah kesihatan Anwar Ibrahim. Kemudian suasana menjadi tegang dan mencemaskan apabila isteri Anwar membuat penjelasan tentang hal tersebut kepada para diplomat.

Ini telah mencetuskan kemarahannya, dan Menteri Luar, tidak yang lebih rendah dari itu, membuat penjelasan kepada duta-duta asing. Itupun masih tidak mencukupi. Menteri Luar dan Menteri Kesihatan, bersama-sama dengan 14 pakar perubatan, kemudiannya memberikan penjelasan kepada para diplomat sekali lagi.


Dakwaan-dakwaan baru :

Kerajaan terperangkap di dalam masalah ini kerana tangan kanannya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kirinya. Ia mahu maklumat tentang kesihatan Anwar sampai kepada orang-orang asing tetapi tidak rakyat Malaysia. Beberapa siri tindakan yang diambil oleh kumpulan pro Anwar telah mengalihkan perhatian dari dirinya kepada penyakit yang dialaminya. Ini menyebabkan peluang kerajaan untuk mengembalikan isu itu kepada Anwar tidak akan berhasil.

Sukar untuk dijelaskan, beliau akan didakwa sekali lagi di atas tuduhan-tuduhan liwat dan rasuah yang seterusnya. Sepatutnya pendakwaan tersebut dijalankan pada 28 April tetapi ditangguhkan ke 12 Mei disebabkan Anwar tidak sihat. Namun gambaran Anwar di atas kerusi roda akan memberikan kesan yang mendalam sebagaimana penampilan mata lebamnya yang mahsyur itu.

Kini, kerajaan mengeluarkan amaran pula sekiranya beliau tidak mahu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, beliau akan dihantar semula ke penjara untuk menjalani rawatan secara konservatif. Secara tidak langsung ini telah membawa semula fokus ke atas diri Anwar.

Apa yang kita lihat adalah hasil dari pandangan ini bahawa hanya kerajaan mempunyai jawapannya, manakala yang lain semuanya bodoh dan sewajarnya diperlakukan sedemikian. Keperluan untuk berbohong inilah - atau lebih sopan lagi, untuk tidak menyatakan kebenaran - yang menjadikannya defensif.

Setiap yang disentuhnya akan menjadi abu. Apabila apa yang diperkatakannya tidak lagi dipercayai, apa yang dilakukan juga akan dipersoalkan. Namun ia tetap tidak berubah. Inilah yang menjadi sebab mengapa hanya segelintir yang mahu mengambil tahu tentang sejauh mana perbalahan di antara Dr. Mahathir dan Daim; kerana bagi mereka, ianya seperti cerek mengatakan periuk itu hitam. Kebenaran, oleh yang demikian, adalah musibahnya yang paling utama.


- MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my
Khamis Mei 3,2001.

Terjemahan: SPAR-02-001




Artikel asal:

http://202.56.157.37/Column/2001/05/2001050101.php3


malaysiakini

01 May 01


COLUMN


The lies that guard truth

CHIAROSCURO

MGG Pillai

9:00am, Tue: Truth is so precious a bodyguard of lies must protect it. Winston Churchill said so to destabilise Germany during World War Two. This important principle in psychological warfare Malaysia used to great effect to break, with limited success, the Malayan Communist Party resolve during the Emergency.

It needs superhuman effort, clearly defined aims, resoluteness, confidence, subtlety, commonsense. Arrogance, superciliousness, anger, tantrums is dangerous. A government should not use it against its own peoples. What can defeat an enemy could not your own side.

In Malaysia, it does impudently, so patently mangled and self-serving that it defies belief. It does not know or care what it wants to say, and puts its foot into its mouth as often. With this comes an arrogance that cannot be justified. So the corporate world, with its defamation actions to prevent the truth, such as it is, is being discovered. Now that both are in need of help, no one comes to help.

When politicians and corporate tycoons have to tell the truth, they tell lies instead. The prime minister, Dr Mahathir Mohamed, is so dismissive of reporters that he pokes fun at them instead of answering the question. His son, Mokhzani, withdrew from the corporate world and can only fall flat on his face.

Dr Mahathir angrily asked reporters in August 1998 if he should kiss his then deputy prime minister, Anwar Ibrahim, to show all is well. Six days later, Anwar was dismissed in a confrontation that Dr Mahathir must wish never happened. So, now his issue is with his finance minister, Daim Zainuddin. He says all is well.

Highly strung

Malaysians and others rely on rumours to keep them informed. Did the Inspector-General of Police grievously assault Anwar after his arrest under the Internal Security? No, said the government. Yes, said the rumours. He did.

When cabinet ministers and politicians speak untruths, or suggest that those who ask such questions should have their heads examined, especially if it is to confirm rumours that turn out true, it makes them look stupid. Dr Mahathir's hold on the government loosens with every statement he makes. He is his own worst enemy when he utters his carefully chosen but ill-advised words to pour scorn or assume he talks to idiots.

Daim says he is the victim of rumours. When a government spews half-truths and downright lies, rumours would fill the vacuum of information.

Nature abhors a vacuum. If the government would not fill it with verifiable information and take people into its confidence especially in between general elections, what it wants to say, however important, would be disbelieved.

When it ignores the truth when it should not, the government loses ground. First, it was economical with the truth about Anwar Ibrahim's medical problems. Then it got highly strung when his wife briefed diplomats about it.

It got angry, and the foreign minister, no less, briefs the ambassadors. That was not enough. The foreign and health ministers, along with 14 medical specialists, then briefed the diplomats again.

Fresh charges

The government is caught in this mess because its right hand does not know what its left hand does. It wants to keep the foreigners, not Malaysians, informed of Anwar's medical condition. A series of miscues by the Anwar bandwagon diverted attention from the man to his illness. It was too good a chance for the government to force the issue back to Anwar.

Inexplicably, he is to be charged afresh on further s###my and corruption charges. That was to have been on April 28, but is now postponed to May 12 because Anwar is ill. But the spectacle of Anwar in a wheelchair would have an impact as effective as his infamous black eye.

Now, with the government warning him that if he does not undergo an operation at the Hospital Kuala Lumpur he would be sent back to prison for conservative treatment. And brings the focus back on the man himself.

What we see is the outcome of this view that the government alone has the answers, and all others are idiots and so treated. This need to lie - or to put it genteelly, not to tell the truth - is what makes it defensive.

Anything it touches turns to ash. When it is disbelieved in what it says, what it does is also questioned. But it does not change. Which is why few are bothered about how serious the quarrel between Dr Mahathir and Daim is; for all they care, it is the kettle calling the pot black. Truth, therefore, is its most important casualty.


Ends MGGP