Laman Webantu   KM2A1: 4386 File Size: 2.9 Kb *



Taufan Beserah, Siapa Terlanda?
By tv3

5/5/2001 10:46 am Sat


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI


Masih kedengaran ditengah Laut China akan deruman ribut taufan. Seolah olah akan memukul pantai Beserah, Batu Hitam Balok dan terus keCerating. Kelihatan juga langit kehitaman menuju pantai. Bilakah agaknya akan isian langit akan dicurahkan? Dan kemana?


Didalam episod ADUN Beserah, bermacam andaian terus dibisik oleh hampir kesemua yang prihatin akan pergolakan semasa politik tanahair. Baik dari BN (khasnya PKMB), mahupun BA (khasnya keADILan). Baru baru ini diseliputi pula dengan janji (manis) Dollah B, yang (cuba) meyakinkan sesiapa yang berminat bahawa tidak akan ada sebarang ?cover-up? akan dilakukan didalam menangani episod Datuk Fauzi Rahman.


Peka dengan era penipuan, pembohongan, pemfitnahan, pengaiban yang dipraktikkan dengan gigih oleh regim Fir?aun (zaman Musa Hasan), sementara disokong kuat oleh fatwa yang disahkan oleh Hamid Osman, Hamid Zainal dan Desuki (antara lain), Unit Risik tv3 mengambil berat akan kata kata Dollah B, spesifiknya, ?tidak akan ada sebarang ?cover-up? akan dilakukan?!?


Sebagai yang diduga, sudah ada terdengar (terus menerus dari PWTC) akan rancangan untuk ?mendedahkan? keaiban Datuk Fauzi, yang saling tak tumpah dengan apa yang diperlakukan terhadap DSAI. Dengan kata lain, kami di tv3 terdengar akan wujudnya satu lagi konspirasi yang sensasi supaya ?tidak ada cover-up?.


Diantara ?keaiban? Datuk Fauzi yang disebut sebut akan didedahkan ialah:


  1. Penglibatan beliau dengan artis betina ketika bertugas sebagai SU Parlimen diAngkasapuri

  2. Penglibatan beliau dengan kontrak kerajaan diatas arahan DSAI ketika menjadi TPM

  3. Penglibatan anak anak beliau dengan masaalah sosial. Contoh penglibatan dengan najis dadah.

  4. Hutang piutang beliau sama ada dengan pihak swasta (bank) atau Kerajaan (JHDN)


Perlu diingatkan bahawa keempat empat perkara diatas bukan muktamad. Hanya membayangkan kemungkinan. Pembaca seharusnya sentiasa terpaku didalam kepala otak bahawa, kita berhadapan dengan SYAITAN. Syaitan tak pernah kenal batas! Entah apa lagi kemungkinan pada mereka fikirkan, hanya Allah yang Maha Mengatahui!


Tentu sekali, andaikata terlaksananya rancangan ini ?production team? sudah sedia ada:


Skrip dan pengumpulan bukti kukuh - Musa (anak pendita Hasan)
Pendakwa - Ghani (anak 4 tahil) Hakim - Wahab (declare tak boleh),
Hakim Gula Gula Hacks atau Arifin (anak Joker)


Mungkin ada yang mengaggap bahawa tulisan tv3 ini hanya satu gurauan. Sesuatu yang mustahil. Sayugia diingatkan, apa yang dialami DSAI, satu ketika dahulu, adalah juga satu yang difikirkan MUSTAHIL!