Laman Webantu   KM2A1: 4388 File Size: 3.9 Kb *



Senarai tangkapan ISA sebenar....
By Dahlia

5/5/2001 8:45 pm Sat

[Rencana ini telah disiarkan di FGR tetapi ramai agak sangsi kebenarannya. Tetapi sedikit risik di KM2 mendapati ada betulnya mengikut sumber tertinggi dalam Umno sendiri.

Sila maklum Mahathir dijangka menukar tektik dengan pendedahan penangkapan yang amat ramai ini. Beliau turut membaca apa yang terpapar di laman-laman pro-reformasi sebab itulah Raja Petra FAC dan Pak Din Komentar ditangkap baru-baru ini.

Mahathir sedang menunggu beberapa reaksi pemimpin PAS dalam waktu terdekat ini. Tampak jelas PAS tidak begitu menonjol ketika rakannya ditangkap sebanyak ini kerana PAS sendiri sudahpun digari dan masih cuba mengikut saluran demokrasi. PAS sepatutnya menyerang Mahathir habis-habisan melalui tangkapan ini tetapi cara ia memprotes agak lembik dan kurang berkesan - tidak seperti pemimpin keADILan. Besar kemungkinan Mahathir akan menggunakan ini sebagai satu isu untuk memusnahkan pakatan BA menjelang perhimpunan agung nanti.

Sekurang-kurangnya PAS sepatutnya mengadakan solat hajat yang berjadual yang semakin kerap dari hari ke hari. Mungkin dilakukan seminggu sekali dulu. Kemudian 2 kali seminggu. Dan seterusnya.... Ini akan dapat menyedarkan semua.

Pemimpin PAS seharusnya lebih menonjol dalam penulisan siber juga. Sejak September 98, terlalu kurang bahan oleh pemimpin PAS sendiri. Kebanyakan tulisan bersemangat tidak datang dari PAS - tetapi dari pejuang-pejuang yang tidak dikenali dan mungkin juga tidak berparti. Parti mereka adalah parti reformasi yang tidak perlu didaftarkan untuk dikenali namun mereka tetap hidup sampai hari ini. - Editor]


Senarai tangkapan ISA sebenar....

Mon Apr 30 11:22:36 2001


Saya mendapat tahu dari sumber yang sangat dipercayai bahawa senarai nama yang akan ditangkap di bawah ISA seperti tangkapan ke atas 8 pemimpin BA/pejuang reformasi yang lalu adalah seramai 98 orang.

Beberapa pemimpin PAS juga termasuk dalam senarai tersebut. Tangkapan itu dibuat untuk mengelakkan "kecelaruan" kepada Mahathir untuk menumpukan perhatian kepada strategi memperkukuhkan kedudukannya.

Mahathir benar-benar gelabah gilerrr you! Benar-benar gelabah, paling menyakitkan hati beliau ialah ekoran daripada kekalahan kroninya dalam pemilihan Bahagian umno serta "tohmahan" ke atas anaknya Mokhzani. Beliau marah!! Marah juga dengan perangai Daim yang diam.... tapi bervisi.

Beliau juga marah apabila para pemimpin umno lain hanya berdiam diri dari membela beliau dan anaknya, kecuali Dato Hasan Harun ( KUB).. aparaaaa! Mana beliau tak kecil hati. Kroninya tak boleh buka mulut sebab ramai yang dah tewas. Yang boleh bukak mulut macam Hasan tu pun tak ada kredibiliti dalam umno. Siapa lu??? Hahaha.. malu dia. Siapalah nak dengar cakap Hasan ni. Tak apalah, ada juga dari tak ada langsong.


Lainlah kalau Pak Lah ke, Rais ke, Muhyidun ke, Najib ke yang buat kenyataan membela Mokhzani, baru lega hati Mahathir. Buatlah satu interview satu muka suratpun, kalau orang dah meluat, meluat juga. Tak payahlah nak ditegakkan benang yang dah basah.

Senarai 98 berkenaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat agar rakyat tidak terkejut sangat. Kununnya. Pada asasnya penangkapan itu dibuat untuk memastikan agenda Mahathir seterusnya tidak akan terganggu, apatah lagi dengan persengketaan beliau dan Daim.

Beliau ingin pastikan bahawa pemimpin BA diberkas, kalau tidak pun sehingga pilihanraya akan datang, sehingga beliau benar-benar boleh kembalikan kepercayaan rakyat dan ahli umno terhadap kepimpinannya.

Slumber punyer PM!

Wassalam,
Dahlia/KL