Laman Webantu   KM2A1: 4391 File Size: 15.9 Kb *



TAG SP 90: Rais Yatim, pakar tunggang-balik
By Fan Yew Teng

6/5/2001 12:38 am Sun

TAG 090

[Telatah Rais Yatim ternyata bercanggah dengan apa yang pernah ditulisnya dulu. Dia memelihara diri sendiri bukannya berkhidmat untuk rakyat negara ini. Dia membela ISA sedangkan itulah yang disanggahnya dulu.

Suhakam kini telah dikritiknya dengan alasan mencampuri tugas polis sedangkan ada akta yang memperuntukkan ia bersuara atau menegur sebarang kezaliman hak seseorang manusia. Ini menunjukkan Rais tidak arif dalam bidangnya itu atau sengaja buat tidak tahu.

Rais adalah seorang yang tidak mempunyai prinsip dan pendirian serta mudah diatur menjadi bahan permainanan oleh Mahathir walaupun mempunyai segulung ijazah di tangan. Dia membakar jambatan tetapi berenang pula kemudian kerana malu bukan halangan jika ada sesuatu menanti di hadapan. Dia seharusnya membakar sahaja ijazahnya itu kerana masih tidak faham bidang kuasa Suhakam. Budak tadika pun lebih faham - bukankah kini zaman wawasan?. - Editor]


Terjemahan: SPAR-03-001


Rais Yatim, pakar tunggang-balik

(Rais Yatim, expert somersaulter)

oleh: Fan Yew Teng


Pada 15 April, sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan Dr. Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, betapa Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) harus membiarkan polis menjalankan tugas sebelum membuat sebarang ulasan.

The Sun ada melaporkan, kenyataan Rais yang mengulas kisah aktivis reformasi yang ditahan baru-baru ini, bahawa pihak polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

'Tujuh tangkapan itu adalah berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam,' kata Rais apabila diminta mengulas permintaan Suhakam agar para tahanan dibebaskan segera ataupun dihadapkan ke mahkamah. Rais menambah penangkapan itu adalah tertakluk kepada Artikel 151 perlembagaan negara dan bersesuaian dengan undang-undang keselamatan dalam negara.


Mengejutkan

Kenyataan Rais itu bukan sahaja mengejutkan malahan amat tragis sekali. Ia mengejutkan kerana Rais, yang merupakan menteri yang bukannya memegang jawatan kementerian kanan merupakan seorang peguam dan politikus berpengalaman - dengan kelulusan kedoktoran undang-undang, seolah-olah tidak arif dengan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999.

Akta ini (Akta 597) telah diluluskan oleh parlimen dan diperkenankan oleh YDP Agong pada 27 Ogos, 1999. Ia diterbit dan digazetkan pada 9 September, 1999.

Apakah kita difahamkan bahawa Rais tidak tahu-menahu kewujudan undang-undang ini? Ataupun, dia tidak menyedari seksyen 4 dalam Akta itu, tentang 'Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya' itu?

Seksyen 4(2) dalam Akta tersebut menjelaskan: 'Bagi tujuan melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menguatkuasakan sebarang ataupun seluruh kuasanya di bawah seksyen 4(2) Suruhanjaya itu mempunyai kuasa, malahan tugas, menasihati Kerajaan dan/atau badan berkanun yang berkaitan rungutan terhadap badan berkanun dan memberikan nasihat ataupun syor-syor kepada Kerajaan ataupun badan berkanun akan peraturan yang perlu diambil'.

Sub-seksyen (e) di Seksyen 4 (2) menyatakan dengan jelas betapa Suruhanjaya itu mempunyai kuasa 'untuk mengeluarkan kenyataan tentang hak asasi manusia, apabila dan jika diperlukan'

Jadi, dari segi apakah Suhakam bertindak silap? Di bahagian manakah mengikut Akta 1999 itu Suhakam tidak dibenarkan ataupun tidak boleh mengeluarkan pendapatnya semasa polis menjalankan tugas ataupun siasatannya?


Kesedaran Yang Rapuh

Pihak polis mungkin mempunyai sedikit ruang mengikut Seksyen 73(1) ISA tetapi ini tidak bererti ISA secara amnya dan Seksyen 73(1) khasnya, sebagai bersifat menghormati moral dan adil.

Di bawah undang-undang apakah di Malaysia ini, yang membabitkan Suhakam ataupun sesiapa saja rakyat Malaysia, tidak boleh membuat komen ataupun mengkritik tangkapan yang dikatakan berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam?

Apakah kesedaran hati nurani manusia di sebalik semua tangkapan itu begitu lemah dan rapuh sehingga ia mampu berdiri menjadi sasaran renungan awam dan penelitiannya?

Rais sememangnya berhak untuk berkata bahawa semua tangkapan di bawah ISA itu adalah sah; lagipun kalau dia mahu terus menjadi seorang menteri, dia tidak ada pilihan lain daripada akur dengan pendirian kerajaan.

Tetapi, sudah tentu ini tidak bererti Suhakam mesti berfikir seperti Rais dan kerajaan. Lagipun sudah terlalu banyak robot dalam negara ini. Soalan apakah Suhakam bertindak secara prejudis ataupun berpihak-pihak tidak timbul langsung.

Rais memang berhak untuk merumuskan betapa penangkapan ISA itu tidak mempunyai unsur-unsur yang mencemar hak asasi manusia. Ini tidak bererti pihak lain, termasuk Suhakam, mesti meniru pandangannya yang terlalu berbaur politik dan amat menjijikkan itu.

Suhakam sudah pun mempamerkan kematangannya tentang undang-undang dan segala proses perundangan itu. Sebenarnya Rais yang secara mengecewakan kita telah gagal memahami peruntukan asas yang terdapat dalam Akta 1999 Suhakam itu.

Rais harus sedar tidak ada sesiapa yang berkata bahawa artikel 151 dalam perlembagaan tidak membenarkan tangkapan di bawah ISA. Sememangnya wujud peruntukan itu. Tetapi ini tidak semestinya bererti peruntukan Artikel 151 itu sesuatu yang adil dan saksama.


Kezaliman Eksekutif

Peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang tidak adil adalah perundangan yang tidak sepatutnya dikekalkan. Kenyataan Rais memang sesuatu yang tragis sekurang-kurang disebabkan satu hal. Pada 1995, Rais telah menerbitkan satu hasil kajiannya yang terkenal berjodol 'Freedom under Executive Power in Malaysia.' (Kebebasan di bawah kuasa eksekutif di Malaysia).

Sememangnya dia tidak silap mendedikasikan buku itu 'kepada semua yang telah menanggung azab sengsara daripada kezaliman salahguna kuasa eksekutif.'

Dalam rumusan beliau kepada satu bab yang panjang tentang 'Penahanan Tanpa Perbicaraan di bawah ISA' (Bab 5, muka surat 187-304), Rais mencatatkan: 'Pemimpin eksekutif mempunyai kebebasan untuk menuduh, mendakwa dan menzalimi orang-orang yang diangggap 'menggugat ketenteraman awam ataupun keselamatan negara Persekutuan', inilah satu frasa perlembagaan yang dipermudahkan yang menyeluruhi satu jaringan yang lebar untuk mengambil kira pemikiran politik dan aktivitinya yang mungkin dianggap tidak sealiran dengan pemikiran pihak ningrat yang berkuasa dalam kerajaan.'

Rais selanjutnya memberi amaran: 'Seseorang eksekutif yang tidak mahu dirunsingkan oleh penelitian penghakiman terhadap segala tindakannya dalam Akta Parlimen seperti ISA sudah tentu, setidak-tidaknya di satu tempoh tertentu di masa hadapan, mahu menggantikan hukum perundangan itu sama sekali. Dalam hal menyangkuti Malaysia, kecenderungan ini adalah menunggu masa sahaja dan mahkamah-mahkamah tidak mungkin lagi menjadi satu penghalang yang berkesan untuk menyekat kemungkinan berlakunya tindakan itu.'

Itulah yang sebenarnya!!! Malahan, yang lebih dianggap satu tragedi ialah orang yang sama bernama Dr. Rais ini, pernah menjadi pemimpin parti pembangkang Semangat 46, dan sejak 1996 melompat balik (pada jambatan yang telah dibakarnya - penterjemah) untuk menganggotai UMNO semula.

Sememangnya Rais berhak kepada hak asasi kemanusiaan yang asas untuk lompat-melompat bertunggang-balik daripada parti pembangkang kepada parti yang memerintah.

Sungguh menyedihkan dan alangkah sayangnya, apabila Rais tidak menyatakan nasihatnya itu kepada rakyat Malaysia sama ada pandangannya tentang ISA seperti yang ditulisnya dalam buku itu dulu sudah juga turut tertunggang-balik.


Kemestian

Memang memedihkan apabila Rais sanggup mengenepikan 'semua mereka yang telah menanggung kesengsaraan daripada kezaliman eksekutif yang menyalah-gunakan kuasanya' dan kini beliau menjadi satu alat kemestian kepada lembaga yang sungguh zalim itu, sehingga mudah menonjol di atas pentas sebagai 'His master's Voice' (satu gramofon purba - penterjemah) kepada Mahathir.

Perdana menteri kita yang memarahi rakyat Malaysia kerana tidak bersyukur dan kini seolah-olah dihinggapi penyakit gila-gila betapa dia sudah disalah-anggap persis T.E. Lawrence dalam sebuah filem Hollywood bertajuk 'Lawrence of Arabia.' Itulah manusia yang sungguh dimegahkan oleh Hollywood satu ketika dulu.

Siapa boleh sangka satu hari nanti kita akan membikin filem keluaran Bodowood yang memperagungkan Mahathir dengan satu filem cereka diberi nama 'Mahathir of Dystopia'. Saya tidak akan terkejut kalau Rais dipilih sebagai pengarah filem epik itu.

Mengenai hadiah oskar pula!!! Bayangkanlah sahaja!!.


-Fan Yew Teng-

Terjemahan: SPAR-03-001




Sumber asal:

Malaysiakini http://202.56.157.37/News/2001/05/2001050403.php3

Friday May 4


Rais Yatim, expert somersaulter

Fan Yew Teng

11:42am, Fri: A newspaper of April 15 carried a statement of Dr Rais Yatim, Minister in the Prime Minister's Department, that the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) should let the police carry out their duty before airing its views.

According to The Sun, Rais said the police, in relation to the recent detention of reformasi activists, were allowed a certain latitude under Section 73(1) of the Internal Security Act (ISA).

'The seven arrests concern security and public order,' Rais said when asked to comment on Suhakam's call for the detainees to be released immediately or charged in court.

Rais had added the arrests were allowed under Article 151 of the Constitution and were in accordance with the law concerning internal security.

Most shocking

At best Rais's statement is most shocking, and at its worst, it is tragic. Shocking because Rais, although a minister in the prime minister's department, albeit a relatively junior post, but nonetheless a senior politician and lawyer - with a doctorate in law no less - seems to be ignorant of the Human Rights Commission Act 1999.

This piece of the legislation (Act 597) was passed in parliament, and received the Royal Assent on Aug 27, 1999. It was published in the Gazette on Sept 9, 1999.

Are we to understand that Rais did not know about the existence of such a law? Or that, if he did, was he ignorant of section 4 of the Act, in regard to the 'Function and powers of the Commission'?

Section 4(2) of the Act stipulates that: ' For the purpose of discharging its functions, the commission may exercise any or all of its powers. Under sub-section 4(2), the Commission has the power, indeed the duty, to advise the Government and/or the relevant authorities of complaints against such authorities and recommend to the Government or such authorities appropriate measures to be taken ...'

Sub-section (e) of the same Section 4 (2) states very clearly that the commission has the power 'to issue public statements on human rights as and when necessary ...'

So, in what way has Suhakam acted inappropriately? Where under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 does it say that Suhakam cannot or should not air its views while the police are carrying out their duty or investigations?

Fragile conscience

The police may have a certain latitude under Section 73(1) of the ISA, but that does not make the ISA in general and its Section 73(1) in particular, any more moral or just.

Under which law in Malaysia is Suhakam, or for that matter, any Malaysian, prohibited from commenting or criticising arrests purportedly related to security and public order?

Is the conscience behind such arbitrary arrests so weak and fragile that it cannot and must not stand the glare of publicity and scrutiny?

Rais is, of course, entitled to his opinion that those ISA arrests were legitimate; after all, if he wants continue as a minister, he has hardly any choice but to toe the government's line.

But, surely, that doesn't mean that Suhakam has to think exactly like Rais and the government. After all, there are already enough robots in our country. Thus, the question of Suhakam acting in a prejudicial or partial manner does not arise at all.

Again, Rais is fully entitled to his opinion or conclusion that the ISA arrests were not human rights abuses. But then again, that doesn't mean that others, including Suhakam, must follow his highly political and jaundiced view.

Suhakam has shown that it understands the process and the law. It is Rais, most disappointingly, who has failed to understand the elementary provisions of the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999.

Rais should realise that no one is saying that article 151 of the Constitution does not allow those ISA arrests. Of course it does. But that does not necessarily make Article151 morally justified.

Executive tyranny

Laws and constitutional provisions which are unjust are morally unsustainable. Rais' statement is tragic in at least one sense. In 1995 he published his well-researched book Freedom under Executive Power in Malaysia.

He, quite rightly, dedicated the book 'to all who have suffered from the tyranny of executive abuses'.

In the conclusion to a lengthy chapter on 'Detention Without Trial Under The ISA' (Chapter 5, pages 187-304), Rais states: 'The executive has been fully equipped and free to allege, prosecute and incarcerate at will persons ministerially deemed to be 'prejudicial to public order or the security of the Federation', a constitutional catch-phrase that has cast a very wide net so as to include political thoughts and activities that may be unsuited to the thinking of the power elite in government.'

Further on, Dr Rais warned:'An executive not having to worry about judicial scrutiny over its actions in an Act of Parliament such as the ISA will almost certainly, at least at some stage in the future, want to replace the rule of law completely. In the case of Malaysia, this tendency is only a matter of time and the courts may not be an effective barricade to such an eventuality.'

Indeed! Indeed! However, what a tragedy that the same Dr Rais, who in 1995 was a leader of the opposition Semangat 46 party, has since 1996 rejoined Umno.

Rais is, of course, entitled to his fundamental human right of political somersaulting from the opposition to the ruling party.

How pathetic and what a pity, though, that he did not publicly advise the Malaysian people whether his view on the ISA as contained in his book have also somersaulted.

Part and parcel

And how sad indeed that Dr Rais has deserted 'all those who have suffered from the tyranny of executive excesses? and become part and parcel of that very tyranny itself, often strutting about the stage as 'His Master's Voice' for Mahathir.

Our prime minister who scolds Malaysians for being 'ungrateful' and who now seems to suffer from the delusion that he is as misunderstood as the legendary TE Lawrence, the so called 'Lawrence of Arabia', who was so much glorified by Hollywood many years ago.

Who knows, our very own Follywood might one day immortalise Mahathir with a full length feature film perhaps to be called 'Mahathir of Dystopia'. I won't be surprised if Rais was to be chosen as the director of such an epic.

The Oscars, oh, the Oscars! Just imagine ...