Laman Webantu   KM2A1: 4392 File Size: 11.8 Kb *



TAG SP 91: Musuh-Musuh Akhbar (Reuters)
By Andrew Tarnowski

6/5/2001 1:19 am Sun

TAG 091

[Mahathir termasuk salah seorang daripada sepuluh musuh utama akhbar dunia kerana mencengkam media dan wartawan. Mahathir mungkin tidak akan ambil perduli dengan pengistiharan itu. Dia menganggap media mempunyai agenda tertentu untuk menggugat kestabilan negara sedangkan yang dikritik bukan negara tetapi dirinya.

Walaupun begitu peranan golongan wartawan di Malaysia tidak begitu menonjol untuk mendedahkan siapa Mahathir yang sebenarnya. Padahal mereka boleh muncul di laman web untuk membebaskan diri mereka. Kebanyakkan rencana reformasi tidak ditulis oleh wartawan tetapi oleh sukarelawan dengan berbekal sedikit ilmu yang ditimba dan beberapa pengalaman. Bilangan wartawan siber tempatan tidak ramai - khususnya yang menulis dalam bentuk 'investigative reporting' yang tentunya mengancam. Terpaksalah kita terus bergantung kepada lapuran orang asing kerana orang tempatan sendiri tidak berminat untuk mendedahkan penyelewengan.

Apa yang menarik ketiadaan penulis melayu yang dapat menulis dengan serius dan kerap sebagaimana MGG Pillai sedangkan merekalah mangsa dan bangsa yang sedang diputar alam oleh Mahathir. Kita mempunyai ramai sasterawan melayu dan pejuang terbilang sejak dulu tetapi mengapa mereka membisu? Padahal mereka boleh berjuang di laman web tanpa perlu mendedahkan diri. Tragedi yang menimpa negara kini adalah kerana sikap orang melayu sendiri patutlah Mahathir dapat berkuasa sehingga hari ini. Mereka masih malas untuk menulis inikan pula untuk menumbangkan Mahathir yang tentunya lebih sukar lagi.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-04-001



Musuh-Musuh Akhbar

(Enemies of the press)

London (Reuters): Bersempena dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, para pemerhati media telah menamakan berdozen-dozen 'musuh-musuh akhbar' berikutan pendedahan para wartawan tentang lebih dari 1000 rakan-rakan setugas mereka yang telah terbunuh ketika bertugas sejak sedekad yang lalu. Genap 10 tahun sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 3 Mei sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Gabungan Wartawan-Wartawan Antarabangsa (IFJ) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang cukup keras membantah pembunuhan wartawan-wartawan dan mendesak supaya tiada sebarang tolak ansur diberikan kepada keganasan terhadap kebebasan media.

'Para wartawan masih lagi terdedah kepada ancaman yang kejam, dan media-media yang bebas masih terus ditapis. Terdapat banyak tempat di dunia di mana kewartawanan masih merupakan satu bidang yang amat merbahaya,' IFJ yang berpengkalan di Brussels berkata. 'Ramai dari mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan wartawan-wartawan tersebut terlepas dari sebarang pertuduhan. Kita mesti memastikan tiada sebarang tolak ansur terhadap keganasan kepada kebebasan media', katanya lagi.

Di Perancis, para pemerhati Reporters sans Frontieres (RSF) melancarkan satu kempen 'nama-nama yang memalukan' menyenaraikan 'musuh-musuh akhbar' yang merangkumi dari ketua-ketua negara sehingga kepada kumpulan-kumpulan gerila. Senarai hitam tersebut juga meliputi Kumpulan Pemisah Basque ETA, geng-geng culik di Chechnya dan ketua-ketua dari kedua-dua belah kumpulan yang bersengketa di Columbia iaitu di antara kumpulan pemberontak sayap kiri dan kumpulan separa tentera sayap kanan.

Ia juga meliputi ramai ketua-ketua negara dan kerajaan, termasuk Fidel Castro di Cuba, Saddam Hussein di Iraq, Kim Jong-il di Korea Utara dan Joseph Kabila, yang merupakan ketua kerajaan yang baru bagi Republik Demokratik Congo.


10 Musuh Paling Utama Akhbar :

'Pemangsa-pemangsa kebebasan akhbar ini mempunyai kuasa untuk memenjarakan wartawan-wartawan, menculik mereka, menyiksa dan, di dalam kes-kes yang lebih teruk, membunuh mereka,' Setiausaha Agong RSF Robert Menard memberitahu di dalam satu kenyataan.

Di New York, Jawatankuasa Untuk Melindungi Wartawan-Wartawan (CPJ) telah menamakan beberapa ketua-ketua negara yang terkenal sebagai di antara 'Sepuluh Musuh Paling Utama Akhbar Untuk Tahun 2001'. Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengepalai senarai hitam 'Penzalim-Penzalim Akhbar'.

CPJ menggelar Khamenei sebagai 'Orang yang memulakan kempen tanpa henti sehingga menyekat akhbar reformis negara yang bersemangat melalui penutupan berdozen-dozen akhbar dan pemenjaraan wartawan-wartawan yang lantang bersuara'.

Nama-nama lain adalah Presiden China Jiang Zemin, Charles Taylor di Liberia, Robert Mugabe di Zimbabwe, Vladimir Putin di Russia, ketua separa tentera Carlos Castano, Presiden Ukraine Leonid Kuchma, Castro di Cuba, Presiden Tunisia dan Perdana Menteri Malaysia.

'Sama ada ianya dilakukan secara bersembunyi atau terang-terangan, matlamat setiap pemimpin-pemimpin ini adalah untuk terus memegang kuasa dengan mengawal maklumat dan kritikan-kritikan yang kedengaran,' Pengarah Eksekutif CPJ Ann Cooper berkata. 'Kami berharap dengan menamakan sepuluh penzalim Akhbar ini, kami boleh menarik perhatian dunia terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan, dengan mendedahkan mereka, sesuatu perubahan akan dapat dilihat.'

Di Cairo, Gabungan Wartawan-Wartawan Arab (FAJ) memberitahu tangkapan yang meluas, serangan-serangan dan penapisan telah menyekat bidang kewartawanan di dunia Arab dan melemahkan langkah-langkah sementara menuju demokrasi.


Wartawan-wartawan Arab diburu :

Setiausaha Agong Salaheddin Hafez berkata tiada sebarang peningkatan yang ketara pada kebebasan akhbar Arab di dalam tahun 2000. 'Alasan yang paling tepat adalah langkah-langkah sekatan yang terus dikenakan oleh politik, undang-undang dan pentadbiran terhadap kebebasan mengeluarkan pendapat dan pernyataan dan kebebasan untuk mengeluarkan akhbar-akhbar di kebanyakan negara Arab? kata Hafez. Beliau menarik perhatian kepada hukuman penjara yang dijatuhkan kepada para wartawan sebagai 'satu ancaman terhadap masa hadapan kewartawanan Arab dan perkembangan demokrasi secara umum'.

Gabungan tersebut mengkritik tentang penggantungan akhbar pihak pembangkang Mesir, al-Shaab, serangan fizikal terhadap wartawan-wartawan Yemeni dan penyingkiran penyunting al-Hadath, Nidal Mansour, dari Sindiket Wartawan Jordan. Ia juga membidas Israel kerana bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan di kawasan-kawasan yang didiami oleh orang-orang Palestin.

Gabungan tersebut telah mengira sebanyak 72 kejadian yang melibatkan tindakan ganas Israel terhadap wartawan-wartawan dan akhbar-akhbar sejak rakyat Palestin memulakan pemberontakan (intifadah) terhadap pendudukan Israel di Tebing Barat dan Gaza pada bulan September yang lalu. Ia memberitahu terdapat beberapa pejabat akhbar yang telah dibom.

'Tujuannya adalah untuk menghalang mereka (pemberita-pemberita) dari menceritakan kejadian-kejadian yang sebenar dan mendedahkan serangan terancang Israel yang melampau terhadap orang-orang awam Palestin,' FAJ berkata.


Terjemahan SPAR-04-001

**********




Artikel Asal:

ENEMIES OF THE PRESS


Enemies of the press named on Press Freedom Day

By Andrew Tarnowski

LONDON (Reuters) - Media watchdogs marked World Press Freedom Day by naming dozens of "enemies of the press" as journalists said more than 1,000 colleagues had been killed on the job in the past decade.

Marking 10 years since the United Nations declared May 3 World Press Freedom Day, the International Federation of Journalists (IFJ) issued a hard-hitting statement protesting against the murder of Journalists and calling for "zero tolerance" of violence Against press freedom.

"Journalists are still routinely subject to brutal intimidation, and independent media continue to be censored. In many parts of the world, journalism remains a desperately dangerous business," the Brussels-based IFJ said on Thursday.

"Many of those responsible for killing journalists are getting away with murder. We must have zero tolerance of violence against press freedom," it said.

In France, media watchdog Reporters sans Frontieres (RSF) launched a "name and shame campaign" fingering 30 "enemies of the press" ranging from heads of state to guerrilla groups.

The blacklist included the Basque separatist group ETA, kidnap gangs in Chechnya and leaders on both sides in a conflict between leftist rebels and right-wing paramilitaries in Colombia.

They were cited with more than a score of heads of state and government, including Cuba's Fidel Castro, Saddam Hussein of Iraq, North Korea's Kim Jong-il and the Democratic Republic of Congo's new leader, Joseph Kabila.

TEN WORST ENEMIES OF THE PRESS

"These predators of the freedom of the press have the power to imprison journalists, abduct them, torture them and, in the worst cases, have them bumped off," RSF Secretary-General Robert Menard said in a statement.

In New York, the Committee to Protect Journalists (CPJ) named prominent world leaders among its "Ten Worst Enemies of the Press for 2001".

Iran's Supreme Leader, Ayatollah Ali Khamenei, headed the blacklist of "press tyrants".

The CPJ called Khamenei "the instigator of a relentless campaign that has shuttered the country's vibrant reformist press by closing dozens of newspapers and jailing outspoken journalists."

Other named were Chinese President Jiang Zemin, Liberia's Charles Taylor, Zimbabwe's Robert Mugabe, Russia's Vladimir Putin, Colombian paramilitary leader Carlos Castano, Ukraine's President Leonid Kuchma, Cuba's Castro, and the presidents of Tunisia and Malaysia.

"Whether they are sly or blatant, the goal of each of these leaders is to hold on to political power by controlling information and muffling criticism," CPJ executive director Ann Cooper said.


"We hope that by naming these 10 press tyrants we can focus world attention on their deeds and, by exposing them, bring about change."

In Cairo, the Federation of Arab Journalists (FAJ) said widespread arrests, attacks and censorship stymied journalism in the Arab world and undermined tentative steps towards democracy.

ARAB JOURNALISTS HOUNDED

Secretary-General Salaheddin Hafez said there had been no fundamental improvement in Arab press freedom in 2000.

"The foremost reason is the continued imposition of political, legal and administrative restrictions on freedom of opinion and expression and freedom to issue papers in most Arab countries," Hafez said.

He singled out the use of prison sentences to punish journalists as "a threat to the future of Arab journalism and the future of democratic development in general".

The Federation criticised the suspension of Egypt's opposition al-Shaab newspaper, physical attacks on Yemeni journalists and the expulsion of editor Nidal Mansour of Jordan's al-Hadath from Jordan's Journalists' Syndicate.

It also slammed Israel for violence against journalists in the occupied Palestinian territories. "aggression" against journalists and newspapers Since Palestinians began an uprising against Israeli occupation in the West Bank and Gaza last September.

The Federation counted 72 incidents of Israeli It said some newspaper offices had been bombed.

"The aim is to prevent them (reporters) from revealing the facts and exposing planned indiscriminate Israeli aggression against Palestinian civilians," the FAJ said.

===