Laman Webantu   KM2A1: 4393 File Size: 25.1 Kb *



TAG SP 92: Parti Untuk Para Lanun [Mesti Baca]
By Harun Rashid

6/5/2001 2:39 am Sun

TAG 092

[Malaysia kini dipenuhi lanun yang berpura sepanjang masa yang menggunakan polis untuk mencengkam pendedahan telatah mereka yang sebenarnya. Tetapi internet dan perbicaraan mahkamah telah membongkarnya kerana rakyat sudah bertukar peranan menjadi pemburu berita dan pengintip sukarela. Ini menyebabkan beberapa rancangan ditukar laksana bendera kapal yang berkibar untuk mengelirukan rakyat tetapi ia masih berjaya dikesan.

Kini kerajaan telah menangguhkan beberapa perbicaraan dan menutup beberapa hak penyiaran. Manakala media pula cuba memutar alam tetapi ribut yang datang membuatkan mereka juga tenggelam. Saksi penting penipuan undi di Lunas telah diISAkan manakala mereka di belakang laman web juga telah diISAkan.

Kerajaan begitu takut pendedahan lagi banyak rahsia sehingga terdesak menggunakan ISA dan penjara untuk melindungi dirinya. Bendera palsu akan terus dikibar tetapi itu tidak akan mampu untuk memutar kerana pita perakam turut juga berputar. Kini skandal kapal Petronas, rasuah Mitsui, dan bon di Labuan sudah bergetar. Tidak lama lagi kapal si lanun akan terbakar. Tetapi bomnya hanya tulisan yang tersiar namun bisanya lebih dahsyat dari gigitan si ular. Mungkin ISA lagi yang datang menjalar... - Editor]



Terjemahan: SPAR-05-001


http://home.yqi.com/harunrashid1/64Pirates.html


Parti Untuk Para Lanun

(A Party Of Pirates)

Oleh: Harun Rashid

Mei 4, 2001

Keinginan rakyat untuk mendapatkan kebenaran menjadi semakin ketara, membuatkan kerja-kerja menyimpan rahsia semakin berbahaya. Sememangnya para penjenayah mesti lebih berwaspada memendam kisah jenayah mereka daripada pengetahuan umum. Dalam usaha mengelakkan pengesanannya pelbagai tipu helah digunakan. Satu kaedah yang popular ialah menggelapkan kebenaran itu dengan menggunakan pembohongan. Kaedah ini adalah usaha bersahaja untuk memesongkan pandangan dan fikiran.

Sesuatu rahsia di zaman internet ini memang tidak mempunyai hayat yang panjang. Akan tetapi ia tidak berjaya menyekat mereka yang terlalu haloba untuk menyedari kenyataan yang sebenar. Kini, dasar kerajaan yang songsang telah menjadikan ramai orang mengambil peranan sebagai perisik rahsia dan melaporkan apa juga yang dilihatnya. Seseorang bajingan mudah merasakan lebih banyak paku-paku tajam di atas permaidani yang dilaluinya.

Pengawasan begini tidak pula menghalang usaha-usaha biasa untuk mencari kedutan baru yang mungkin menjelma. Semangat keusahawanan kerap mencari dan meraba segala kelemahan yang mungkin muncul dalam teknologi yang baru. Setiap hari akan muncul seorang insan yang telus ikhlas, yang bersedia dicampakkan ke dalam kancah yang penuh ular berbisa yang terdapat dalam perniagaan antarabangsa. Semua ular yang berbisa itu memang menunggunya.

Kerajaan memang menyimpan banyak rahsia yang diminati kerajaan lain sebagai alat untuk mempertahankan diri. Memang ada menteri kerajaan yang pelahap dan mudah berlagak laksana manusia yang jujur. Mereka merasa tenang berselindug di sebalik Akta Rahsia Rasmi, pengabdian media, dan penyiksaan serta penangkapan mereka yang berani untuk menyanggah.

Ketika Sepanyol merupakan kuasa besar di zaman dulu (daripada Sepanyol hinggalah ke Amerika Latin dan Caribbean - penterjemah), terdapat beberapa kapal yang diselenggarakan oleh awak-awak yang tidak berdosa melayari lautan samudera dengan mengibarkan bendera negara sahabat ataupun negara yang berkecuali. Pelayar lain yang melihat dari jauh akan bendera-bendera yang berkibaran itu membiarkan saja kapal-kapal itu berselisih tanpa mencetuskan sebarang keraguan. Kapal-kapal lanun ini mengibarkan panji-panji dan bendera palsu yang berbagai-bagai warnanya sebagai satu helah untuk meyakinkan sesiapa yang melihatnya. Sebaik sahaja kapal yang mendatang itu semakin hampir dalam jangkauan tembakan meriam, bendera dan panji-panji palsu itupun diturunkan dan dinaikkanlah bendera jenis 'Jolly Roger' untuk berkibar di tiang kapal. (Inilah bendera hitam yang berlakarkan tengkorak melopong dengan dua kerat tulang bersilang dikenali di alam Melayu sebagai bendera lanun-penterjemah). Penyungkup meriam pun dibuka untuk mendedahkan muncung meriam yang akan diledakkan.

Beberapa tembakan ke arah kepala sudah memadai untuk melumpuhkan mangsa sebelum didekati untuk diserang. Kapal yang merapat, diserang dan awak-awaknya pun terus ditawan, dan segala muatan yang berharga dipunggah sebelum kapal tawanan itu dibakar untuk ditenggelamkan. Awak-awak yang menjadi mangsa selalunya turut tenggelam dengan kapal yang terbakar itu ke dasar lautan.

Kini, banyak kerajaan yang mengibarkan bendera palsu, dan Malaysia ialah salah satu kerajaan jenis itu. Keseluruhan struktur parti yang sedang berkuasa dipenuhi dengan lanun belaka. Tidak ada seorang pun pemimpin parti yang lebih tinggi pangkatnya daripada ketua kampung yang mampu menangani siasatan rapi. Ini merupakan satu perkara ganjil di alaf baru. Sudah tentu nanti ada orang yang menjerit-jerit bahawa apa yang dinyatakan ini adalah berita palsu.

Di Malaysia, mereka yang membocorkan sesuatu rahsia selalunya dipenjarakan, berasaskan satu teori betapa cerita yang buruk akan matang menjadi hidangan yang menyelerakan. Jarang sekali perkara itu berlaku.

Parti yang berkuasa tidak mahu seluruh dunia mengetahui bagaimana para banduan diberikan layanan. Satu perbicaraan yang paling lama dalam sejarah kehakiman Malaysia melibatkan pendakwaan seorang wanita yang menceritakan pelbagai rahsia. Dia telah didakwa kerana menyebarkan berita palsu. Seorang lelaki yang melaporkan kebajingan beberapa menteri dalam parti secara terbuka sudah pun didakwa secara tidak berkeputusan. Dakwaan itu tidak nampak ada penghujungnya kerana sikap pegawai pendakwa yang berlagak laksana cengkaman kucing kepada parti yang berkuasa.

Bekas menteri kewangan, yang merupakan seorang manusia yang menyimpan banyak rahsia kerajaan telah ditangkap tanpa diberikan jaminan dan dipenjarakan berseorangan. Masalah kesihatannya, yang disebabkan oleh pemenjaraan, telah menyebabkan dia dimasukkan dalam hospital. Akan tetapi, menteri dalam negeri memberikan amaran: 'Kalau dia cakap banyak, dia akan dihantar balik masuk penjara.' Sudah terlambat pun, mantan menteri kewangan itu sudahpun mendedahkan kebenaran yang sebenarnya.

Usaha berterusan untuk mengekalkan kesunyian menambah kepada kehampaan parti yang berkuasa. Keupayaan mereka untuk mempertahankan kuasa sedang digugat oleh kebencian rakyat yang semakin menyeluruh. Episod Anwar Ibrahim sudah bertindak laksana lampu kelip-kelip yang memberi amaran sejagat adanya bahaya. Kebanyakan pelayar sedar memang banyak lanun di perairan Malaysia. Malahan sudah wujud laman web yang sentiasa berfungsi memberikan berita semasa tentang serangan lanun setiap hari di perairan Malaysia itu.

Apa yang tidak diketahui sangat ialah kerajaan Malaysia yang ditadbirkan oleh parti yang berkuasa merupakan satu konspirasi di kalangan satu kumpulan lanun juga. Parti yang berkuasa di Malaysia adalah merupakan beberapa menteri yang tugasnya seharian ialah menggembar-gemburkan segala berita yang dianggapnya sebagai kejayaan besar untuk seluruh dunia mendengar, betapa semua itu adalah kejayaan yang menjadi kebanggaan sedangkan usaha itu sebenarnya bertujuan menudung segala penipuan yang ada. Semua ini adalah laksana panji-panji palsu yang bersedia diturunkan untuk digantikan dengan bendera lanun yang berlambangkan kepala tengkorak rompong itu semula.

Satu contoh kecilan memadai untuk merasakan getaran yang sedia ada, Biarlah kegagalan parti yang berkuasa menangani pelbagai masalah yang menghantuinya dianggap sebagai perakuan tentang sahihnya segala pendapat yang samar itu.


.....


Laporan berita hari ini mengungkit rahsia bagaimana Korea Selatan memberikan subsidi kepada pembikinan kapal laut. Pembikinan kapal menggunakan banyak tenaga manusia, selain memerlukan pelbagai sumber utama seperti besi waja. Pembikinan kapal adalah satu perniagaan besar. Malaysia memang membeli kapal. Dengan itu adalah peluang yang tersedia.

Pengerusi perusahaan minyak nasional, Petronas, dianggap sebagai seorang eksekutif yang cekap. Dia juga diberikan tugas mengawasi pembuatan kereta nasional, penerbangan negara, syarikat perkapalan negara, dan banyak lagi perusahaan yang lain. Dia dianggap sebagai seorang pakar lambung-melambung.

Dia juga terkenal sebagai Pak Turut. Di bawah penyeliaannya parti yang berkuasa telah mengalihkan sebahagian besar bayaran royalti yang merupakan hak salah sebuah negeri di Pantai Timur. Di negeri ini terletaknya Perwaja Steel, sebuah perusahaan kesayangan parti yang berkuasa. Di sinilah telah ditimbunkan banyak wang rakyat marhaen untuk ditukar dan disalurkan kepada beberapa akaun persendirian dan juga parti yang berkuasa.

Satu usaha siasatan menyelidik dana yang hilang ini telah sengaja dilecehkan oleh parti yang berkuasa. Kerja melengah-lengahkan sesuatu adalah satu petua melindungi rahsia daripada didedahkan secara terbuka. Apabila siasatan itu diumumkan, ia disusuli oleh beberapa laporan yang berjuraian datangnya secara tersekat-sekat sehinggakan perkara itu bergelumang dengan tahinya sehinggakan baunya semakin menusuk kerana terlalu busuk.

Kerajaan PAS yang baru berkuasa di Terengganu enggan memperuntukkan wang rakyat lagi untuk menyelamatkan Perwaja, kerana itu wang royalti Petronas sudah disalurkan ke situ sebagai gantinya. Pengerusi Petronas tidak pun merungut akan hal itu kerana dia terlalu sibuk dengan kerja lambung-melambungnya sehinggakan ketiadaan masa lain untuk mengambil tahu.

Apabila kontrak pembinaan lima kapal baru untuk kegunaan Petronas dibuka, peluang untuk mengaut wang sogokan pun turut terbuka sama. Beberapa temu-janji diatur dengan menggunakan talian telefon yang memang dirakam oleh Petronas. Wang tunai telah dikirimkan dengan utusan khas ke Kuala Lumpur, dialihkan ke dalam beg rasmi di sebuah restoran sambil yang terbabit makan malam bersama menjamu selera. Semua itu sudah diperhatikan. Beberapa eksekutif Petronas menyumpah seranah kerana kehilangan wang peruntukan bonus mereka.

Rakyat Malaysia terpaksa membayar, melalui Petronas, lebih 20 persen lagi harga sebenar lima buah kapal yang mahu dibeli oleh Petronas itu. Caj lebihan ini merupakan wang sogokan yang dibalun oleh menteri-menteri dan pegawai perbendaharaan parti yang memerintah. Kerja-kerja songlapan sudah diketahui oleh ramai warga Petronas. Oleh itu Pengerusinya tidak boleh berlagak pura-pura tidak tahu-menahu. Dia tidak mengemukakan sebarang rungutan, mungkin kerana dia mahukan butir-butir songlapan itu terus menjadi rahsia perniagaan. Rahsia syarikat memang mesti diawasi. Petronas adalah di bawah kawalan menteri kewangan, yang juga berperanan sebagai bendahari parti. Dia juga mempunyai kepentingan perniagaan peribadi.


.....


Penipuan di tempat mengundi merupakan tonggak utama yang menyangga parti yang berkuasa. Ahli parti yang dulunya amat dipercayai untuk kerja-kerja putar-belit di hari mengundi sudah pun melompat parti untuk menukar haluan berpolitik dan membawa segala pengetahuan putar-belit itu bersama mereka Rahsia yang ada pada mereka sungguh menggugat sehingga mereka terpaksa ditangkap untuk dipenjara daripada dibiarkan bebas dengan rahsia yang ada. Ini adalah dasar mengekang rahsia yang dikendalikan oleh para lanun dalam parti yang berkuasa. Parti ini sudah pun tua kerana ciptaan zaman lama dan tidak mampu menikmati perubahan keadaan politik alaf baru. Mereka tidak faham betapa kapal lanun mereka mudah dikesan radar antarabangsa, jelas dirakam oleh satelit yang berbentuk pelbagai ragam di seluruh dunia.

Memang banyak lagi yang diketahui. Cuma belum didedahkan lagi. Kumpulan yang kaya raya sedang menjemput yang berani dan berupaya, tawaran lumayan menjadi wartawan penyiasatan. Wartawan begini menjadi musuh ketat lanun-lanun di banyak negeri. Mereka bertugas dengan berbekalkan harapan menegakkan keadilan dan proses demokrasi. Apa yang diperlukan ialah keinginan membara dan sebuah mesin komputer. Memang wujud keseronokan dan juga bahaya. Inilah peluang kepada si pintar menjalankan peranannya. Tarikannya memang menakjubkan, bahananya pula memang menyeronokkan.

Media di Malaysia berstatus Pak Turut juga. Ini adalah disebabkan keperluan mendapatkan permit tahunan yang memang mencekik keinsanan. Kumpulan kader suruhan wartawan profesional ditekan untuk menjadi khadam mengelirukan konspirasi. Mujurlah pasaran terus jatuh merudum secara bebas dan parti yang berkuasa mesti mendapatkan dana untuk menjentik pasaran hadapan agar bergerak mengikut rentak yang dipalsukan.

Di Malaysia rahsia episod sogokan Mitsui dan kemelut bon kerajaan bernilai lima billion dollar yang disalurkan melalui system songlapan Labuan (Labuan Island international Money Laundering And Fraud Center) masih lagi belum terbongkar. Namun, semua rahsia mengenainya akan didedahkan juga. Kerja-kerja merompak di zaman ini mudah ketara dan terlalu jelas kesannya.

Mereka yang memberitahu kebenaran tidak boleh terus diugut agar berdiam dengan cara memenjarakan mereka berseorangan. Menteri-menteri purba masih berkeyakinan bahawa teknik lama menzalimi orang secara mengurung mereka masih boleh dikuatkuasakan lagi. Inilah yang ditentang oleh ahli parti golongan muda yang lebih memilih dasar terbuka, kejujuran dan keinsanan. Inilah jurang generasi dalam tamaddun Malaysia kini.

Masyarakat lanun mengekalkan sejarah panjang akan kegiatan mereka di Selat Melaka. Malaysia sudah pun memiliki kapal ronda yang baru serta laju untuk membendung nafsu-nafsi mereka. Namun, lanun yang hebat-hebat masih lagi melayari tujuh samudera yang ada. Mereka masih mengekalkan nafsu kepada judi, balak dan minyak. Nafsu serakah inilah yang mewarnai panji-panji Malaysia yang mesti diketahui oleh sesiapa yang berminat dengan perairan niaga Malaysia. Memang, Malaysia sentiasa menyimpan satu lagi jenis bendera yang bersedia untuk dikibarkannya.

Itulah bendera lanun berlambangkan tengkorak yang melopong mulutnya.


Harun Rashid
Jumaat 4/5/2001

Diterjemahkan oleh: SPAR-05-001




Rencana Asal:

A Party Of Pirates

by Harun Rashid

There is a natural hunger to know the truth. This makes keeping secrets difficult. Criminals must be especially vigilant to prevent their crimes from becoming widely known. In an effort to prevent detection and disaffection, a number of standard subterfuges are used. A popular method is to conceal the truth by cleverly camouflaging it in the clothing of a lie. This method is a blatant attempt to trick the innocent eye (mind).

A secret, in this age of the internet, has a short life. This fact does not act as a deterrent to those whose greed obscures any appreciation of present realities. Today misguided government policies have put everyone into the position of the spy, and reports are promptly put forth for all to see. A crook finds more tacks in the carpet now-a-days.

Such vigilance does not prevent routine and regular attempts to find new wrinkles. The entrepreneurial spirit is constantly probing for new technological weaknesses. There is a new honest man born every day, innocent of the world's wiles, bravely stepping forth into the snake pit of international business. The snakes are waiting.

Governments have secrets to keep, and other governments are interested in those secrets as a means of self-protection. There are governments whose malicious ministers parade as honest, truthful men. They feel safe behind the Official Secrets Act, subjugation of the media, and the intimidation and arrest of those bold enough to publicise.

In the days of the Spanish Main there were ships outfitted as innocent merchantmen, flying the flags of a friendly and neutral country. Other merchantmen, spying the flag at a distance, allowed these vipers to approach without suspicion. The pirate ships flew false colors from the mainmast in order to gain confidence that allowed for a successful deception. Once the range closed, the false flag was lowered, and the skull and crossbones of the Jolly Roger were hoisted. The gunports were opened to reveal hidden cannon.

A few shots across the bow were usually sufficient to bring the victim about for a final approach and boarding. The captured vessel and crew were quickly despoiled, and once the more valuable cargo was transferred the unsuspecting ship was usually burned. The crew often disappeared with the burning hulk into the depths of deep sea silence.

Some governments today fly false colors. Malaysia is one of them. The entire structure of the party-in-power is filled end-to-end with pirates. There is not a party member holding a position above that of village head who can stand close investigation. This is a strange thing to find in the new millenium, and certainly there will be loud protestations that this is false news.

In Malaysia those who tell secrets are put into prison, on the theory that bad news ripens into something more palatable. It seldom does.

The party-in-power does not wish the world to know of the treatment of prisoners. The longest trial in Malaysian history is the on-going prosecution of a woman who told these secrets. She is charged with false news. A man who reported the misdeeds of party ministers publicly has been prosecuted interminably, and there is no end to his persecution by the prosecutors, acting as the cat's paw of the party-in-power.

The ex-finance minister, who of all people knows many secrets, has been arrested without bail and kept incommunicado. His medical problems, brought about by imprisonment, have forced him to be hospitalised. But the home minister warns, "If he talks too much he goes back to prison." It is too late. The ex-finance minister has already revealed the truth of the matter.

The continuing attempts to maintain silence add greatly to the frustrations of the party-in-power. Their ability to remain in power is threatened by widespread public discontent. The Anwar Ibrahim incident has been a flashing beacon that warns the world there is danger. Most mariners know there are pirates in Malaysian waters. There is a even a real-time website devoted to news of the daily pirate attacks in Malaysian waters.

What is not so well known is that the Malaysian government as operated by the party-in-power is itself a conspiracy composed of a band of pirates. The party-in-power in Malaysia, in the persons of its ministers, daily truts its imaginary achievements before the commercial world, proudly boasting of trivial triumphs in an effort to conceal the underlying deceit. These are seen as nothing more than the false colors. The Jolly Roger is ready at hand.

A small example suffices to reveal the general tone. Let the failure of the party-in-power to bring a quick resolution to these matters act as confirmation of the accuracy of this admittedly jaded view.

News reports today complain South Korea secretly subsidises the building of ships. Shipbuilding employs large numbers of people, utilises major resources such as steel. Shipbuilding is big business. Malaysia buys ships. Therein lies opportunity.

The chairman of the national oil company, Petronas, is thought to be a capable executive. Under his care has been put the national car corporation, the national airline, the national shipping company, and numerous other less weighty enterprises. He is thought to be a capable juggler.

He is also compliant. Under his watchful eye the party-in-power has removed a major royalty payment to one of Malaysia's northern states. Located within this state is Perwaja Steel, a favorite enterprise of the party-in-power, into which enormous sums of public money have been converted into useful private and party accounts.

A fraud investigation into missing funds has been delayed by the party-in-power. Delay is a principal means of protecting secrets. An investigation is announced, a scattering of progress reports is issued intermittently,
then the matter is left to digest in its own feces. The smell, however, grows and grows.

The new PAS government in the northern state of Terengganu refuses to drop further public money into the Perwaja Steel rat hole, and the royalty payment from Petronas has been diverted as replacement. The Petronas chairman has not vigorously complained. He is apparently distracted by the large number of enterprises he juggles.

When contracts for five new ships were let by Petronas, an opportunity for large kickbacks was opened. Arrangements were made on the recorded telephone lines of Petronas. The cash was duly delivered to Kuala Lumpur by courier, transferred to an official bagman in a local restaurant over dinner. All was observed. Petronas executives cursed the loss of their bonus money.

The Malaysian public, through Petronas, must now pay for the five ships a generous 20% overcharge, which went into the pockets of the ministers and treasury of the party-in-power. The transaction is widely known throughout Petronas, and the chairman cannot be ignorant. He does not complain, perhaps preferring the details of the transaction remain a trade secret. He is a good, compliant executive. Company secrets must be kept. Petronas is controlled by the finance minister, who also serves as party treasurer. He has private business interests.

Electoral fraud is the principal prop to the party-in-power. Trusted party members previously responsible for gerrymandering and voting day irregularities have changed sides, taking their knowledge with them. Their secrets are such a threat they have been incarcerated. It is part of a keep-the-secrets policy put in place by the pirates of the party-in-power. The party-in-power is old, of another time, and there is little appreciation of the new millenium. They do not see that their pirate ship is on international radar, constantly visible by satellite to all, everywhere in the world.

Many more secrets are known, yet to be told. The rich lore calls out to the bold and the brave, offering a career of investigative journalism. The journalist is thus the foe of the pirate state, carrying forward mankind's hopes for justice and democratic processes. The entry fee is low. All that is needed is desire and a computer. There is excitement and danger. Just the thing for the bright to bite a tooth into. The allure is magnetic, the reward rapturous.

The media in Malaysia is compliant also, with an annual permit acting as a boot on the throat. The cadre of professional journalists is suborned to cover-up the conspiracy. Happily, the market for their fickle fiction freely falls, and the party-in-power must find funds to finance future falsity.

In Malaysia the secrets of the Mitsui bribe and the five billion US dollar government bond scam funneled through Malaysia's Labuan Island International Money Laundering And Fraud Center are still hidden. But these secrets, too, will be told. Piracy today is too obvious, too transparent.

Those who tell the truth cannot be silenced by threats of solitary confinement. The ancient ministers still believe the old strategy of cruel solitary confinement will still work. The younger party members, however, do not, opting instead for a policy of honesty, openness and humanity. That is the modern Malaysian generation gap.

Pirates have a long history in the Straits of Malacca. Malaysia has new fast patrol boats to curb their appetite. But the big pirates still sail the seven seas. They have a special appetite for gambling, timber and oil. Their colours are the ensign of Malaysia. Let commercial interests of the world's waters beware. There is another flag in Malaysia's locker, waiting to be flown.

It is the Jolly Roger.



Link Reference : Harun Rashid Worldview: Party Of Pirates