Laman Webantu   KM2A1: 4398 File Size: 14.3 Kb *



TJ SP MGG: Apakah Anwar Dimasukkan Semula Ke Penjara?
By M.G.G. Pillai

6/5/2001 1:41 pm Sun

MGG 1041

[Kerajaan memang banyak kali tergagap-gagap keputusan menangani sakit Anwar. Sekejap boleh, sekejap lagi tidak boleh. Kini Anwar diberi pilihan tetapi Mahathir pula yang menjawabnya seolah-olah Mahathir yang menjadi pesakitnya pula. Sekaligus ini mendedahkan kerajaan memang tidak ikhlas dan sengaja membuang masa sehingga sakit Anwar sudah bertambah teruk jadinya. Makin teruk kerana terpaksa berkerusi roda dan berbekang dilehernya. Padahal ini boleh dielakkan jika Anwar dibiarkan mendapat rawatan luar mengikut pilihan sendirinya dan kerajaan tidak perlu bising atau mengeluarkan sebarang belanja kerana dunia reformasi mampu mengongkosnya.

Helah sakit Rahim Nor terbongkar jua bila IJN tidak menerimanya - sudah tentu kerana memang tiada penyakit berbahaya dalam dirinya - jika tidak sudah lama dia ke sana atau menginap di wad hospital kerana serius penyakitnya. Dia hanya dilapurkan keluar dari IJN disaat terlalu hampir dengan penghukuman keatasnya sahaja. Sebelum itu dia bersandarkan kepada doktor peribadinya cuma - ini tentulah kerana sakitnya tidaklah seteruk mana atau sakit mengada-ngada. Bukankah Rahim pernah berbohong kepada dunia bahawa Anwar sihat dan sejahtera selepas dilebamkan olehnya sampai hampir tidak bernyawa?

Chua, Hamid Albar, Dollah Badawi dan kini Mahathir mahu berlagak sebagai doktor. Patutlah Anwar masih terbiar kerana mereka semua bukan doktor pakar tetapi doktor politik yang preskripsinya selalu bertukar. Akibatnya pesakit semakin kritikal sehingga terpaksa dibekang leher dan berkerusi roda. Jika lumpuh nescaya rakyat akan mengejar semua doktor ini yang kurang ajar. - Editor]


Terjemahan: SPAR-01-004


Apakah Anwar Dimasukkan Semula Ke Penjara?

(Is Dato' Seri Anwar Going Back To Prison?)


Apabila kerajaan bertegas dengan sesuatu tindakannya, ia tidak bererti ia sudah mencapai kata muktamad seperti yang selalu dijangkakan cuma ia merupakan satu cara untuk mencari kaedah lain pula. Tidak kiralah kalau ia mahu menguatkuasakan lampu brek ketiga di semua kenderaan ataupun menghantar balik Dato' Sri Anwar daripada 'kenikmatan' wad yang penuh kemewahan di Hospital Besar Kuala Lumpur kepada kamar berjeriji di penjara Sungai Buluh. Setelah diberitahu dengan kesatnya dia akan dipulangkan ke penjara itu seandainya menolak untuk dibedah, Anwar menolaknya juga dan inilah yang membuatkan Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng tergagap apabila ditanya mengenainya. 'Satu sidang taklimat telah diberikan kepada para diplomat, Parlimen dan juga media. Perkara ini amat jelas dan ketara,' jawab beliau dengan selamba semacam tidak ikhlas sahaja. Tetapi, apakah kaitan jawapan itu dengan kata dua tentang masalah pembedahan yang dijawab oleh Dato' Seri Anwar?

Seperti biasa kerajaan terjebak dengan muslihat teka-teki yang dipasangnya. Kerajaan gagal mendapatkan sokongan rakyat marhaen bahawa Anwar sengaja melakonkan kesakitannya. Jika muslihat kerajaan disokong tentulah akhbar utama dibanjiri pelbagai surat yang menyerlahkan perasaan rakyat marhaen. Setelah mengizinkan seorang pakar endoskopik Belanda memeriksa Anwar, kerajaan menjadi gugup memutar belitkan apa yang dikatakannya, dan melaporkan kalau pembedahan itu boleh dilaksanakan di negara ini, dia sudah pun bersedia. Akan tetapi, Dr. Hoogland enggan melakukan pembedahan dalam keadaan dan suasana bilik bedah yang baru sahaja diada-adakan dan dengan keadaan iklim politik yang tidak menyelerakan. Kini, Dato' Seri Anwar diberikan pilihan tentang keadaan penyakitnya, dan dia menolak pilihan itu. Dia diberitahu akan dihantar kembali ke penjara. Kini, kerajaan mengumumkan betapa ia mengkaji semula perkara itu dan belum lagi membuat keputusan selanjutnya, kata Chua (yang memenangi pilihanraya dengan undi orang Melayu Johor - penterjemah)..

Kerajaan sengaja melecehkan perkara in kerana dua sebab: Dato' Seri Anwar sudah pun memakai pengekang leher dan kalau keadaan belakangnya tidak diberikan rawatan dia akan menjadi lumpuh ataupun mendapat siksaan yang lebih teruk lagi. Dia bergerak dengan sokongan kerusi roda. Mata lebam yang dihidapnya setelah dihenyak dengan pukulan maut karate yang begitu kejam oleh bekas KPN Rahim Noor, ketika tanganya digari dan matanya dipekap rapat, sebaik sahaja Anwar ditangkap, adalah sesuatu yang mengaibkan. Apabila dia dibenarkan memakai pengekang leher dan duduk disorong dengan kerusi roda untuk menjawab soalan mahkamah dalam pengadilan terhadap tuduhan korupsi dan kelakuan sumbang (yang sengaja dikonspirasikan -penterjemah) sudah tentu semua itu akan menyedarkan betapa besarnya fitnah seorang perdana menteri terhadap seorang banduan. Alasan kedua membabitkan pemenjaraan minggu lalu yang dikenakan terhadap Rahim Nor. Dia telah diberikan layanan istimewa, sehingga menaikkan lagi kesangsian rakyat terhadap peranan kerajaan dalam perkara itu.

Apabila rayuannya ditolak, minggu lepas, Rahim Nor telah dibawa ke dalam sebuah bilik mahkamah yang kosong dan bukannya ke dalam lokap mahkamah. Dia tidak pun digari seperti peraturan yang semestinya. Pada jam 2 petang, sebaik sahaja mahu dibawa ke penjara dalam sebuah 'Black Maria' dia mengadu sakit dada dan tidak pula dihantar ke Hospital Besar tetapi dibawa terus ke IJN (Institut Jantung Negara). Doktor di situ enggan memasukkannya ke dalam wad dan lima jam kemudiannya dia dibawa ke penjara Kajang. Apakah keistimewaannya layanan semua itu kepada seorang manusia yang telah menghitamkan pasukan polis diraja yang dipimpinnya, kerajaan yang pernah diberikan khidmatnya dan mata orang yang pernah dimangsakannya? Dia diberi layanan istimewa sedangkan Dato' Seri Anwar sedang mengerang kesakitan memerlukan pembedahan mengikut pilihannya sendiri seperti yang pernah dijanjikan oleh kerajaan tetapi menafikannya di saat terakhir. Menteri Chua harus membuat penjelasan kenapakah kerajaan membenarkan Dr. Hoogland memeriksa Dato' Seri Anwar kalau kerajaan tidak mempunyai sebarang niat untuk membenarkan beliau pergi ke luar negara untuk pembedahan itu? Kenapakah perkara ini tidak diperjelaskannya di tahap awal lagi, sebaliknya dia terus mengetatkan peraturan hari demi hari sebagai mempertingkatkan konfrontasi?

Apabila Perdana Menteri memberikan kata muktamad untuk menutup segala pilihan sehari sebelum banduan itu membuat pilihannya, perkara itu menjadi satu pengetahuan umum sebagai agenda politik. Sama ada kerajaan suka ataupun tidak kesihatan Dato' Seri Anwar adalah merupakan tanggungjawab kerajaan. Masalah kerajaan bukan sahaja menyangkuti tanggungjawab menjaga keselamatan banduan tetapi kini menjadi perkara hangat di mahkamah rakyat terbuka. Kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rencana bagaimana mahu mengekang kedegilan Anwar. Kini, sikap berdegil ini sudah menjangkit di segenap aspek dasar kerajaan dan pendiriannya. Malahan, keupayaan kerajaan dan juga Perdana Menteri untuk terus bertahan memegang tampuk kuasa banyak bergantung kepada bagaimana banduan istimewa ini ditangani. Kerajaan sudah mengasak Dato' Seri Anwar ke satu sudut di mana melangkah ke belakang bererti kemusnahan diri dan pergerakan yang telah dipeloporinya.

Anwar tidak boleh mundur secara politik, moral, dan peribadi, kerana prinsipnya -- melainkan mencemar dirinya sendiri. Ini adalah sesuatu tindakan yang tidak akan dilakukan oleh Anwar sendiri. Mahathir telah menuduh Anwar kerana mempolitikkan penyakitnya itu. Apakah yang telah beliau dan kerajaannya lakukan? Yang membuakkan ketegangan dalam iklim politik Malaysia sekarang ini ialah Konfrontasi antara Banduan dengan Perdana Menteri. Inilah kemelutnya yang membuatkan kerajaan berada di satu situasi yang kaku dan kelam, berkemungkinan akan mereput dari dalam. Daripada kamar penjaranya, pembangkang yang berprinsip ini telah mendesak dan memaksa kerajaan untuk beralah ke satu tahap yang tidak mungkin diberikan pertimbangan sebelum 2 September, 1998. Yang lebih menyenakkan Perdana Menteri, tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim betapa wujudnya satu konspirasi terhadapnya, yang telah dinafikan sekeras-kerasnya (oleh Perdana Menteri musibat itu - penterjemah), kini sudah semakin ketara akan kebenarannya. Lebih banyak getaran akan bergegar, bukan untuk Dato' Seri Anwar tetapi untuk Perdana Menteri. Kepada seorang Banduan istimewa itu kematian bererti kebebasan daripada kesakitan yang ditanggunginya. Kepada seorang Perdana Menteri ia adalah laksana satu keazaban yang dihayati oleh bangkai yang masih bernyawa.


MGG Pillai
Sabtu 5 Mei, 2001.




Rencana Asal:

Is Dato' Seri Anwar Going Back To Prison?

When the government firmly decides on a course of action, it is not an act of finality as one would expect, but to find ways to vary it. It does not matter if it has to do the third brake-light on motor vehicles or the return of the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, from his "luxurious" ward at the General Hospital to spartan quarters at Sungei Buloh prison. After he was brusquely told he would if he did not agree to a surgical option he rejects, the health minister, Dato' Chua Jui Meng, dilly dallies when asked when. "A detailed briefing has been given to diplomats, the Parliament and the media. The records are clear," he said airily and offhandedly. What, pray, has this to do with the ultimatum on his surgery Dato' Seri Anwar was given?

As usual, the government is caught in a conundrum of its own making. It could not get public support for its view that Dato' Seri Anwar fakes his illness. If it had, the mainstream would have outrageous letters about it. After allowing the Dutch endoscopic surgeon to examine him, it got cold feet, misrepresented what he had to say, and said if the surgery could be done locally, he could. But Dr Thomas Hoogland refuses to operate in strange conditions in makeshift operating theatres in a hostile political climate. Now, Dato' Seri Anwar is given options about his medical condition, and he rejects it. He is told he would be sent back to prison. The government now claims it has to study the matter further and has not decided upon its next move, says Dato' Chua.

The government drags its feet for two reasons: Dato' Seri Anwar is in a neck brace and if his back condition is untreated, he could be paralysed and worse. He is in a wheelchair. The infamous black eye, after the then Inspector-General of Police, Tan Sri Rahim Noor, confronted a shackled and blindfolded just arrested Dato' Seri Anwar Ibrahim with deadly karate chops, was bad enough. That he is brought in a neck brace and wheel chair to answer the remaining charges of s###my and corruption against him throws more calumny on the Prime Minister more than the Prisoner. The second is the jailing last week of Tan Sri Rahim for two months. He is given special treatment, raising even more doubts about the government's role in it.

When his appeal was dismissed last week, Tan Sri Rahim was taken to an empty court room instead of the court lockup. He was not handcuffed, as rules required. At 2 pm, just before he was to be taken to prison in a Black Maria, he complained of chest pains and rushed not to the General Hospital but to Institiut Jantung Negara. But doctors there would not admit him and five hours later was sent to Kajang Prison. Why this special treatment for a man who blackened the police force he led, the government he served under, the eye of the man he beat up? He is treated with kid gloves while Dato' Seri Anwar is in intense pain, needs immediate surgical care but wants one of his choice, led up the garden path and then denied him. Dato' Chua should explain why the government allowed Dr Hoogland to examine him when it had no intention to allow him to go overseas for the operation? Why did he not make this clear at the outset, instead of tightening rules as he went along to step up the confrontation?

When the Prime Minister closed all options the day before the Prisoner was to decide, the matter became publicly and irrevocably political. Whether it likes it or not, the question of Dato' Seri Anwar's health is the government's responsibility. Not in the custodial sense it has over every prisoner, but in the court of public opinion. The government did not at any time have a plan how to contain the Anwar rebellion. It now spills over into every aspect of government policy and decision. Indeed, the government, and the Prime Minister's, survival depends now on how the Prisoner is handled. It forced Dato' Seri Anwar into a corner from which retreat destroys him and the movement he spawned.

He cannot back down -- politically, morally, personally, on principle -- except at unacceptable cost to himself. Dato' Seri Mahathir can accuse him of politicising his ailments. What does he and his government do? The underlying tension in Malaysian politics is this Prime Minister-Prisoner confrontation, which has brought the government to a standstill, and is breaking up from within. From his prison cell, his principled opposition forces the government to concede much that it would not have even considered before 2 September 1998. Even worse for the Prime Minister, Dato' seri Anwar's allegation of a conspiracy against him, hotly denied, now seems to be true. More shocks are in the cards, not for Dato' Seri Anwar but for the Prime Minister. For the Prisoner, death is his release from his pain. For the Prime Minister, a living death.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my