Laman Webantu   KM2A1: 4399 File Size: 19.6 Kb *



TAG SP 95: Bekerjasama Dengan Kami Kalau Tidak Mahu Mati
By Koh Swee Yong

7/5/2001 5:21 am Mon

TAG 095

[Koh Swee Yong, seorang mangsa ISA yang ditahan begitu lama (9 tahun) menceritakan pengalaman ngerinya disiksa secara fizikal dan mental sehingga diugut nyawanya. Sampai hari ini dia tidak pun dibicarakan apa-apa kerana kesalahannya memang tiada - tetapi kesalahan kerajaan memang ada dan boleh mengaibkan kerajaan sendiri jika dibicara secara terbuka.

Koh telah mengabadikan pengalamannya di dalam sebuah buku berbahasa Cina. Buku ini tidak dipertikaikan pun kesahihannya oleh pihak berkuasa - sekaligus membayangkan ianya benar belaka. Semua pemimpin pembangkang dan Umno sendiri harus bersedia untuk menghadapi ISA yang mungkin menjerut mereka juga kerana Dahlia sudahpun mendedahkannya.

Penangkapan ISA kali ini sedikit berbeda kerana ia seperti menguji taring beberapa pihak - PAS, Suhakam dan pemimpin Umno sendiri. Beberapa pemimpin keaADILan yang ditangkap itu adalah saksi penting kes undi hantu di Lunas yang perlu diterbalikkan (turn-over). PAS memang teruji dan ternyata ia kurang menyerlah di sini. Suhakam kelihatan berjaya kerana mampu memalukan Rais dan mendesak kerajaan membuka sedikit pintu ISA. Mengikut beberapa sumber Ummno, Musa Hitam mungkin orang yang kedua yang amat ditakuti oleh Mahathir selepas Anwar.

Suhakam nampaknya semakin bersinar walaupun masih pudar. Mahathir sebenarnya sudah tidak mempercayai hampir semua orang sekarang sebab itulah beliau mengugut untuk menggunakan ISA untuk politik wang juga. Itu adalah sindiran buat sesiapa yang berani menyingkirkannya kerana polis bertopeng memang berada di belakang Mahathir sehingga Dollah Badawi pun bagai tidak tahu menahu semua tindak-tanduknya. Dollah dan Rais kini seperti berlaga dengan Musa Hitam sedangkan Mahathir baru 'meminang' Ku Li selepas bercerai 'talak satu' dengan Daim. Tetapi dia mungkin kawin semula kerana hati masih cinta dan perlu berlakun semoga selamat semuanya. Ini cuma analisis sahaja... tetapi mungkin ada benarnya.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-03-004

(Artikel asal di Malaysiakini Jumaat 4/5/01)


Kehidupan Dicengkam ISA:



Bekerjasama Dengan Kami Kalau Tidak Mahu Mati

(Cooperate Or We Will Gun You Down)

Oleh: Koh Swee Yong - Bendahari PRM & Mangsa ISA 1976-1985


Pada zaman persekolahan menengah saya dulu, salah seorang rakan sekelas telah mengejek saya; 'Hubaya, hubaya Seksyen 8 ISA'. Saya tidak faham apa maksudnya yang sebenar.

Saya pernah mengalami peristiwa penangkapan oleh Polis Cawangan Khas (SB: Special Branch) ke atas anak lelaki jiran saya yang menjadi ahli Parti Rakyat ketika itu. Sebaik sahaja mendengar anaknya tertangkap, bapanya yang sudah tua itu menjadi pucat lesi. Dia berlari terus ke rumah untuk membuang segala barang-barang kepunyaan anaknya. Dia menjadi takut dan terlalu gugup. Apakah yang ditakutkannya itu? Dia takut dengan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)

Apa maknanya ISA? Kenapakah orang terlalu takut akannya? Kenapakah mereka terlalu mencemuhnya? Kenapakah mereka mahukan ISA dihapuskan? Ketika itu saya masih samar dengan perkara yang berkaitan dan tidak pun tahu apa salahnya. Seolah-olah ada sesuatu yang mudah lekang daripada ingatan.

Tempat yang Gelap dan Sunyi

Saya mahu ceritakan empat perkara berkaitan dengan pengalaman saya di tahan di bawah ISA.



  1. Ketika saya ditahan pada 1976, saya telah diperap dalam satu lokap reman bersama dua orang adik-beradik yang telah lama diperap di kamar itu. Salah seorang memberitahu betapa dia telah ditangkap dan dipukul dengan teruknya kerana mengutip sehelai risalah yang terbengkalai di bumi untuk membacanya dalam perjalanan pulang selepas sarapan pagi. Dia merungut dan menyatakan bahawa pihak polis mengetahui betapa mereka tidak pun bersalah.

    Sudah beberapa kali, beberapa pegawai polis datang menjenguk kamar tahanan kami (sel) dan kehairanan 'kalian ada di sini lagi!'. 'Kenapa polis tidak membebaskan kami?' soalnya yang sungguh menyedihkan hati. Peristiwa itu mengingatkan saya kepada satu laporan akhbar mengenai penangkapan dua orang mangsa yang ada kaitannya dengan pembunuhan seorang IGP (Ketua Polis Negara). Siapakah pembunuh itu? Apakah dua beradik itu disyaki sebagai membunuhnya? Saya tidakpun tahu jawapannya. Tetapi daripada reaksi polis terhadap mereka, saya yakin mereka tidak bersalah dalam melakukan sebarang jenayah.

  2. Saya telah diganyang ketika dalam tahanan dan semasa disoal-siasat seterusnya. Saya telah dihenyak dengan teruk sekali dan diugut ketika berada di khemah tahanan. Apabila polis menggeledah bilik saya, mereka tidak membenarkan saya mengikuti mereka. Saya tidak dibenarkan membawa apa bendapun ketika ditangkap. Kerana itu saya tidak mempunyai tuala mandi, berus gigi, sabun dan apa juga pakaian persalinan bersama saya.

    Selama lebih 30 hari saya telah mengenakan pakaian yang sama. Saya memakainya selepas mandi walaupun badan saya masih basah lagi. Saya memakai pakaian itu daripada saya berkeadaan basah sehinggalah menjadi kering dan daripada keadaan kering sehinggalah menjadi basah. Bertimbal-balik dan berulang-kali. Pernah ketika saya disoal siasat, pegawai polis telah bertanya kenapa saya berbau busuk. Dia duduk di hujung meja yang jaraknya adalah empat kaki jauhnya.

    Saya menjawab: 'Awak tidak beri saya peluang membawa sebarang benda dan berjumpa dengan sesiapa di kalangan ahli keluarga saya. Saya belum lagi memberus gigi, mandi dengan menggunakan sabun, membasuh baju saya dan menukarnya kerana ketiadaan pakaian ganti sejak tiga puluh (30) hari. Hanya selepas itu barulah saya berjumpa ahli keluarga dan mendapatkan keperluan peribadi.

    Kesihatan saya terus terganggu disebabkan tidak ada pakaian lain sebagai ganti ketika ditahan separuh daripada tempoh 60 hari dalam sel reman pihak polis.'

  3. Pada satu malam, pegawai penyiasat yang sama telah bercakap kepada saya, "kalau kamu tidak bekerjasama dengan kami, kami akan heret kamu ke satu tempat yang gelap dan sunyi. Kami akan tembak kamu di situ. Kemudian kami akan buat kenyataan bahawa kamu ditembak kerana cuba melarikan diri." Saya menjadi gugup terus ketika itu.

    Beberapa malam kemudiannya, selepas disoal-siasat, dia telah mengeluarkan selaras pistol dan meletakkannya di atas meja. Saya menjadi begitu takut dan gementar. Rakan tahanan sekamar dengan saya telah menceritakan bagaimana beberapa orang tahanan telah dibunuh oleh polis. Setelah dibunuh, polis sengaja meletakkan senjata-api dan peluru di sisi mereka.. Kemudian polis membuat kenyataan betapa tahanan itu memiliki senjata api dan telah dibunuh kerana melawan.

  4. Saya telah ditahan tanpa bicara daripada 1976 hingga 1985. Saya telah dipenjara secara berseorangan di sebuah kem tahanan khas di Batu Gajah, Perak selama lima tahun daripada 1873 hingga 1983. Dalam tempoh 1981 hingga 1982 saya ditukarkan ke Kuala Lumpur dan diperam bersendirian dalam satu kamar kecil berukuran 8 kaki x 10 kaki untuk satu tahun lamanya. Sekali sekala adalah pegawai polis yang datang menjenguk saya. Mereka cuba mencuci otak saya dan memutarkan minda saya.

    Apabila saya dibawa balik ke kem tahanan Batu Gajah, saya kerap merasakan betapa orang lain berada jauh daripada saya walaupun mereka hadir di depan mata saya. Perasaan begini menghantui saya lebih satu tahun lamanya.



Wajah Momok ISA

Banyak cerita ngeri yang saya dengar daripada tahanan lain ketika saya berada di kem tahanan. Semua cerita ini ada kaitannya dengan penyiksaan fizikal dan mental yang dihenyak ke atas para tahanan. Selepas saya dibebaskan, muncul satu semangat untuk menulis satu buku menceritakan segala kisah ngeri itu. Saya mahu semua orang tahu kisah sebenar betapa zalimnya ISA itu. Saya mahu dedahkan wajah momok ISA.

Masih ramai orang dalam masyarakat kita yang memikirkan ISA adalah sesuatu yang O.K. kerana ia digunakan ke atas puak komunis dan anasir subversif. Mereka terlalu jujur, mungkin ISA telah disalahgunakan sejak ia dikuatkuasakan pada 1960 untuk menekan dan menghapuskan para pembangkang ahli politik yang memerintah dan juga kumpulan yang menentang.

Ia merupakan satu alat yang sungguh kebal kepada elit yang memerintah untuk mengekalkan kuasa. ISA bukan sahaja tidak demokratik dan zalim, ia juga tidak mempunyai ciri-ciri keinsanan dan amat menghina manusia. Orang-orang yang mempunyai perasaan peri kemanusiaan memang tidak akan merelakan kewujudan ISA secara berterusan.

Selama sembilan tahun saya telah dipenjarakan secara kejamnya kerana 'jenayah' dan tuduhan kerajaan BN yang tidakpun berani mereka dedahkan pada satu mahkamah terbuka. Penangkapan terbaru terhadap sepuluh orang pemimpin dan aktivis parti Keadilan Nasional dan pergerakan reformasi adalah satu lagi pengaiban kepada negara. Seandainya mereka itu bersalah merancang demonstrasi militan, mereka seharusnya dikemukakan kepada perbicaraan terbuka yang adil. Jika tidak, ia hanya menunjukkan betapa BN adalah satu koalisi pengecut dan bersikap diktator.

Rakyat marhaen semakin sedar akan hak mereka untuk berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan. Pemuda UMNO pun telah menunjuk perasaan di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Menggunakan kuasa ISA untuk menekan tunjuk perasaan secara aman semakin tidak dapat diterima dan dikutuk oleh keseluruhan masyarakat yang ada. Kerajaan BN sedang kerugian dan kalah peperangannya untuk memikat hati dan minda rakyat dengan cara menggunakan ISA.

Tidak Betul

Oleh kerana saya adalah seorang mangsa ISA dan pernah mengalaminya sendiri kezaliman ISA, saya tidak mahu melihat Akta itu menzalimi orang lain lagi. Setiap manusia mempunyai hak kepada perbicaraan yang terbuka dan adil. Adalah tidak betul untuk menuduh seseorang melakukan jenayah dan menghumbannya ke dalam penjara tanpa perbicaraan. Banyak negara lain yang telah menghapuskan undang-undang yang menyerupai ISA di negara mereka

Saya pernah menyusun satu buku yang merakamkan semua peristiwa mengenai tahanan ISA daripada 1960 hingga 1996. Buku itu telah diterbitkan pada 1999 dan berjodol 'Empat Puluh Tahun Dicengkam ISA'. Setakat ini hanya versi Bahasa Cina yang disediakan.

Buku ini adalah satu usaha saya yang tidak seberapa untuk menjentik kesedaran rakyat terhadap ISA agar mereka memahami kejijikan dan kezaliman akta itu. Hanya apabila lebih ramai manusia menyebutkan 'Hapuskan ISA' yang membolehkan ISA itu dihapuskan.

---------------

KOH SWEE YONG ialah ahli beberapa pertubuhan hak asasi manusia; SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), HAKAM (Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia) dan Amnesty International Malaysia (AIM). Dia telah berkempen tanpa penat untuk penghapusan ISA dan telah menganggotai Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk meneruskan perjuangannya dengan wadah lain pula. Kini, dia adalah Bendahari PRM.


Terjemahan: SPAR-03-004




Artikel asal di Malaysiakini:

http://202.56.157.37/News/2001/05/2001050404.php3



Friday May 4

Life under ISA: 'Cooperate or we will gun you down'

by Koh Swe Yong

11:49am, Fri: During my secondary school days, one of my classmates once mentioned teasingly, 'Beware of Clause 8 of the ISA'. I did not understand what he said then.

I had also come across an arrest by the police Special Branch of my neighbour's son, who was a Parti Rakyat member. On hearing of his son's arrest, the aging father's face turned pale.

He ran straight home to get rid of all his son's belongings indiscriminately. He was fearful, very fearful indeed. Why was he so fearful? Because of the ISA (Internal Security Act)!

What is the ISA? Why are people so scared of it? Why are they critical of it? Why do they want it to be abolished? I was unclear then and did not know what was wrong with it. Somehow it slipped my mind.

Later, soon after my graduation from the University of Malaya, I was detained under the ISA for nine years. My nine years? experience has taught me why the ISA, which has been so often criticised and condemned, must be abolished.

'Dark and quiet place'

I would like to give a brief account of four instances with regard to my experience under the ISA.



  1. When I was detained in 1976, I was kept in the same police remand cell together with two brothers who had been locked up for quite a long time. One of them told me that they were arrested and bashed up because they picked up a leaflet from the ground to read while on their way home after their breakfast. He complained and claimed that the police knew that they were innocent.

    In several instances, some police officers coming to inspect the cell remarked surprisingly, 'You are still here!' 'Why don't the police let us go?' he retorted sadly. The incident reminded me of a newspaper report regarding the arrest of two suspects related to the murder of the IGP (Inspector General of Police). Who were the murderers? Were the two brothers the suspected murderers? I did not know. But from the police officers' reaction towards them, I was sure they were innocent of committing any crime.

  2. I was assaulted at the time I was detained and during the subsequent interrogations. I was also beaten up and threatened at the detention camp. When the police ransacked my living room, they did not allow me to follow them. I was forbidden to bring anything with me when under arrest. So I did not have any towel, toothbrush, soap and extra clothes with me.

    For more than 30 days, I wore the same old clothing. I wore it after bathing even though my body was still wet. I wore it from wet to dry and from dry to wet, over and over again, day after day. During one interrogation session, the police officer questioned why I was so smelly. He was sitting at the other end of the table about four feet away.

    I replied, 'You didn't allow me to bring anything with me and to see anyone from my family. I haven't brushed my teeth, have taken baths without soap, haven't washed my clothes and haven't had any extra clothes to change for more than 30 days'. Only after that did I get to see my family members and had my daily essentials.

    My health was badly affected as a result of no extra clothes to change during the early half of the first 60 days in the police remand cell.

  3. One night, the same interrogation officer talked to me, 'If you do not cooperate with us, we will bring you to a dark and quiet place. And we will gun you down there. And then we will say that you are killed for trying to escape.' I was completely stupefied.

    A few nights later, after interrogation, he took out a gun and put it on the table. I was terrified like hell. My fellow detainees had told me about the killings of some detainees by the police. After being killed, the police planted guns and bullets on them. The police then claimed that these detainees carried firearms and were killed for resisting arrest.

  4. I was detained without trial from 1976 to 1985. I was imprisoned solitarily at the special detention camp at Batu Gajah, Perak for five years during 1977 to 1983. During 1981-82, I was transferred to Kuala Lumpur and was held in solitary confinement in a small room, eight feet by 10 feet, for more than a year. Occasionally, the police officers came to see me. They tried to brainwash me and turn me over.

    When I was brought back to the Batu Gajah detention camp again, I often felt that people were far away from me even if they stood right in front of me. This kind of feeling lasted for more than a year.



ISA's ugly face

I heard many horrible stories about the sufferings of the other detainees while I was held in the detention camp. These stories are mainly about physical and mental tortures inflicted on the detainees. After my release, I felt a strong urge to produce a book telling these stories. I wish to let all the people know from real stories how inhuman the ISA is. I want to expose the ugly face of the ISA.

There are people in our society who still think that ISA is okay, so long as it is used on the communists and the so-called subversive elements. They are too naive. The ISA has been abused right from its introduction in 1960 to suppress and wipe out political opponents as well as dissidents.

It has been a powerful tool for the ruling elite to maintain its power. ISA is not only undemocratic and draconian, but also inhuman and immoral. There is no way people with conscience can condone the continued existence of the ISA.

For nine years I had been unjustly incarcerated for a 'crime' that the BN (Barisan Nasional) government dared not put me in front of an open and fair trial. The recent ISA arrests of ten leaders and activists from the Parti Keadilan Nasional and the reformasi movement are another disgrace to the country. If they were guilty of planning militant demonstrations, then put them before open and fair trials. Otherwise, it only goes to show that the BN is cowardly and dictatorial.

Increasingly, people are aware of their rights to peaceful assembly and demonstration. Umno youths have themselves demonstrated in front of the Selangor Chinese Assembly Hall. The use of the ISA to suppress peaceful demonstrations is increasingly unacceptable and being condemned across all sections of the society. The BN government is losing the battle to win the hearts and minds of the people by resorting to the ISA.

Not right

Because I am an ISA victim and have experienced for myself the cruelty of the ISA, I do not wish to see it doing any more harm to others anymore. Everyone has the inalienable right to an open and fair trial. It is not right to accuse someone of committing a crime and throw him or her into prison without trial.

What more when it is used to crack down one's political opponents. It was intolerable in ancient societies and is also deplorable now to detain someone without trial. Many countries have already done away with laws akin to the ISA.

I have compiled a book that documents all the instances of ISA arrests from 1960 to 1996. It was published in 1999 and titled Forty Years under ISA. So far only the Chinese version is available.

The book represents my humble attempt to raise the people's consciousness on the ISA so that they can understand the wickedness and cruelty of it. It is when more and more people utter 'I Say Abolish' to the ISA that it will be abolished one day.

--------

KOH SWE YONG is now a member of human rights organisations Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Hakam (Human Rights Society Malaysia) and Amnesty International Malaysia (AIM). He has been campaigning relentlessly for the abolition of ISA and has joined Parti Rakyat Malaysia (PRM) to continue his struggle on another platform. He is currently the PRM Treasurer.