Laman Webantu   KM2A1: 4400 File Size: 19.2 Kb *



TJ SP MGG: Para Pelajar dan Duta-Duta Malaysia
By M.G.G. Pillai

7/5/2001 5:20 am Mon

MGG 1051

[Mahathir mahu duta-duta kerajaan mendekati pelajar di luar negara sedangkan tugas duta sudahpun berjuta-juta dan tidak terkejar semuanya kerana makan-minum, bermain, jemput menjemput, dan berkepit pun tugas juga. Tugas yang masih ada itupun masih banyak cacat dan celanya inikan pula untuk mendidik pelajar yang tentunya lebih pintar dari mereka kerana lebih banyak membaca dan lebih aktif dalam isu semasa. Kerajaan sebenarnya memerlukan satu kumpulan penggempur sepenuh masa yang lebih hebat dari pelajar semua - malangnya tiada sesiapa pun layak untuk menghadapinya. Malah Mahathir sendiri terpaksa mengawal soalan dan peserta kerana bimbang teraib di seluruh dunia diserang kata-kata cuma.

Hujah Umno tidak bermaya dan lebih sesuai untuk wargatua sahaja sedangkan pelajar sudah jauh kedepan dari segala. Sampai hari ini tidak ada pemimpin Umno yang sanggup berdepan dengan pelajar dalam suasana terbuka melainkan dikawal pengunjungnya. Ini adalah kerana pemimpin Umno semuanya dungu-dungu belaka - jika tidak Mahathir sendiri tidak akan melantik mereka kerana nanti tergugat pula dirinya. Salah Mahathir sendiri sebenarnya. ]


Terjemahan: SPAR-02-002



Para Pelajar dan Duta-Duta Malaysia

(Students And Malaysian Ambassadors)


Perdana Menteri, Dato' Seri Mahathir Mohamed, berkata bahawa pelajar-pelajar di luar negara 'sukar untuk diuruskan kerana terdapat rakyat Malaysia yang lain datang mengganggu mereka'. Siapakah 'rakyat Malaysia yang lain' yang dikatakannya itu? Mengapa pula pelajar-pelajar perlu percaya dengan apa yang disampaikan oleh 'rakyat Malaysia yang lain' itu dan tidak pula percaya dengan apa yang dikatakannya mengenai dasar-dasar Malaysia? Apa yang telah berlaku kepada 'kakitangan-kakitangan yang mencukupi' untuk mengendalikan jabatan hal ehwal pelajar di Kedutaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi? Mengapa mereka cuba menawan hati pelajar-pelajar? Lebih dari itu, kenapa baru sekarang beliau mahu duta-duta Malaysia mendekati para pelajar setelah tidak mempedulikan mereka selama bertahun-tahun?

Beliau meminta duta-duta Malaysia dibawa pulang dan diberi penjelasan tentang dasar-dasar kebangsaan, sesuatu yang biasa berlaku di dalam amalan diplomatik seluruh dunia, untuk menghadapi para pelajar di luar negara. Beliau tidak rela melihat 'sesetengah' orang Malaysia -- tidak pula dinyatakannya dengan jelas tetapi adalah tidak keterlaluan untuk menganggap orang yang dimaksudkannya itu termasuklah Dato' Fadzil Noor, Haji Hadi Awang, Sdr. Lim Kit Siang, Dr. Chandra Muzaffar, Datin Wan Azizah -- 'mempengaruhi' pelajar-pelajar, di mana ramai yang kini mengamalkan sikap anti kerajaan. Dari itu, beliau mengumumkan bahawa 'pada masa-masa hadapan, duta-duta kita perlulah menjalankan hubungan yang rapat dengan para pelajar kita'.

Keprihatinan yang tidak diduga terhadap pelajar-pelajar di luar negara amat ketara sekali: meskipun kehadiran Umno amat dirasai di kalangan pelajar-pelajar luar negara sehinggakan kerajaan dengan bongkaknya mengatakan bahawa semua pelajar -- merujuk lebih kepada pelajar-pelajar Melayu daripada pelajar-pelajar Cina atau India -- mempunyai pemahaman yang jelas tentang dasar-dasar rasmi dan boleh diharapkan untuk memberi sokongan terhadap dasar-dasar tersebut. Namun itu hanya berkesan selagi isu-isunya berbentuk pendapat atau idea : kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia untuk tahun-tahun yang mendatang. Bagi kerajaan Malaysia apa yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar hanyalah untuk mengulang-kokok kenyataan rasmi kerajaan dan kemudiannya diupah dengan jemputan rasmi ke Perhimpunan Agong Umno. Bahkan, kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi kita di luar negara tidak mempedulikan langsung pelajar-pelajar walaupun dengan kewujudan penasihat-penasihat pelajar

Pelajar-pelajar, dengan lain perkataan, hidup di dalam satu ruang kosong di negara asing, kebiasaannya tidak dipedulikan oleh Suruhanjaya Tinggi atau Kedutaan, dan dibiarkan membawa nasib mereka sendiri. Alam semulajadi bencikan ruang kosong, dan apa yang diperlukan untuk menarik mereka sebenarnya adalah dengan sering bersemuka dan membantu mereka dengan masalah-masalah yang timbul. Apabila kesedaran Islam berada di kemuncak, ramai yang menyertai persatuan-persatuan Islam dan mencabar pandangan dunia kerajaan Malaysia untuk memikirkan tindakan yang perlu diambil. Kerajaan tidak bertindak dengan cepat dan bersungguh-sungguh. PAS Mengambil tanggungjawab ini dan berjaya mendapat kepercayaan mereka. Kerajaan pula gagal di dalam pertembungan ini. Ia bertindak, seperti biasa, sedikit demi sedikit : hanya beberapa kerat menteri-menteri yang akan turun untuk memadamkan semangat Islam, memberi beberapa ucapan yang disiarkan dengan panjang lebar di dalam akhbar-akhbar utama, dan akhirnya dipuji-puji di atas tugas yang cemerlang.

Kemudian muncul tanggal 2 September, 1998. Dan para pelajar, termasuk mereka yang pro-kerajaan, mahukan jawapan-jawapan. Mengapa Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang satu-satunya dipecat, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dipukul sehingga hampir maut oleh tidak salah lagi Ketua Polis Negara, dipenjara untuk selama 15 tahun di atas kesalahan rasuah dan kes liwat yang boleh dipersoalkan? Pelajar-pelajar luar negara ini, dengan ramainya terus menjauhkan diri. Penyokong-penyokong kuat Anwar mengambil peluang menghampiri mereka, secara sistematik dan berterusan, menyebabkan kerajaan kehilangan mereka sekali lagi. Ia masih lagi tidak berjaya. Apabila Perdana Menteri bercakap kepada para pelajar luar negara, ianya dilakukan di dalam suasana yang dikawal, para hadirin diperiksa, dan mereka yang bertanyakan soalan-soalan akan ditegur terang-terangan jika didapati berbunyi kritikal.

Dr. Mahathir sebenarnya meletakkan kuda di belakang pedati. Beliau beranggapan bahawa para duta dan Pesuruhjaya tinggi boleh melakukan segala-galanya. Tetapi adakah misi-misi diplomatik di luar negara mempunyai senarai nama-nama pelajar Malaysia di negara-negara tempat mereka bertugas? Tiada. Ia hanya mempunyai senarai pemegang-pemegang biasiswa kerajaan, tidak lebih dari itu. Dan seringkali ianya tidak dikemaskini. Berlawanan sekali dengan Singapura, sebagai contohnya. Mereka bukan hanya mengenali siapa pelajar-pelajar mereka, swasta mahupun kerajaan, tetapi juga pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang, dan mengikutinya dengan rapat sekali, menawarkan kerja dan kewarganegaraan kepada mereka yang bersetuju untuk menetap di negaranya. Sekiranya kerajaan ingin memenangi pertarungan ini, pemimpin utama pelajar perlu diberi penjelasan yang sebaik-baiknya dan diminta agar menyebarkan maklumat tersebut. Mungkin sudah agak terlambat untuk itu. Sepatutnya perkara yang mula-mula perlu dilakukan dahulu adalah dengan menggesa duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya agar mendekati para pelajar. Pernah juga mereka melakukannya sekali. Tetapi kini, tidak lagi. Kehidupan seorang diplomat terlalu memenatkan -- dengan berbagai-bagai majlis yang perlu dihadiri, permainan-permainan golf, dan terpaksa bergegas ke lapangan terbang untuk menerima kedatangan pelawat-pelawat dari tanahair -- bagi mereka untuk menambah satu lagi bidang tugas seperti ini.

Seorang Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pernah ditegur kerana tidak berada di lapangan terbang yang sejauh 1000 batu pada tengah malam untuk menemani menterinya yang singgah selama satu jam sebelum meneruskan perjalanan ke London. Seorang lagi yang lain telah diminta untuk memberikan penjelasan mengapa beliau melakukan lawatan, tanpa kebenaran, ke sebuah negara 'asing' yang sejauh 3500 batu -- pegawai yang bertugas itu tidak tahu bahawa negara tersebut termasuk di dalam sempadan kawasan jagaannya yang tidak memerlukan sebarang keizinan untuk ke sana. Selama beberapa tahun Wisma Putra telah kehilangan matlamat penubuhannya, terutamanya apabila ia mengambil keputusan yang merugikan lebih sedekad yang lalu untuk mencanangkan Perdana Menteri dan menyamakan pandangan-pandangan peribadinya sebagai pandangan rasmi negara. Duta-duta telah dihukum kerana tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada pandangan-pandangan beliau, atau pernah menyoal atau lebih teruk lagi, mencabar pandangan-pandangan tersebut.

Para duta dan pesuruhjaya telah dikawal ketat pergerakan mereka dan kebanyakannya tidak terdaya untuk melawan dan akhirnya hanya bertugas sambil mencari keseronokan untuk diri sendiri. Tindak balas yang dibuat oleh Wisma Putra terhadap apa yang berlaku sekarang, terutamanya konfrontasi di antara Perdana Menteri dan 'bakal penggantinya', adalah dengan menghantar bahan-bahan bacaan akhbar-akhbar utama tempatan. Saya telah melihat sebahagian dari laporan-laporan tersebut, yang telah ditunjukkan kepada saya oleh duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya apabila saya menziarahi mereka di sana. Itupun hanya mereka yang bersedia untuk bertemu dengan saya. Mereka begitu takut jika berlaku sesuatu terhadap diri mereka seandainya mereka dilihat bersama dengan saya dan ramai yang meminta saya supaya menjauhi kediaman mereka.

Apabila perkara sebegini telah dijadikan satu budaya, dengan para duta dan pesuruhjaya seolah-olah takut kepada bayang-bayang mereka sendiri, bagaimana wakil kepada kerajaan Malaysia boleh meyakinkan pelajar-pelajar mereka sendiri? Sepertimana yang berlaku kepada masalah perubatan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak mahu menerima langkah perawatan yang syorkan tetapi mempersoalkan motif Dato' Seri Anwar Ibrahim pula. Cara pengendalian yang tidak betul, sebagaimana yang berlaku kepada lain-lain isu politik yang melanda Malaysia sejak September 1998, begitu jelas kelihatan sehingga kita tidak yakin langkah-langkah terbaru yang diambil akan membuahkan hasil. Kerajaan tidak akan membentangkan isu-isu tersebut di hadapan duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi negara luar tanpa sebarang kaitan politik seperti yang sepatutnya, tetapi mahu mereka menyebelahi kerajaan di dalam perbalahan politik tempatan.

Adalah sesuatu yang menarik juga kerana penjelasan yang diberikan adalah untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang khususnya belajar di luar negara. Tiada sesiapapun yang cuba untuk mengambil langkah yang sama terhadap mereka yang belajar di dalam negara. Adakah sesiapa di dalam barisan kabinet yang boleh melakukannya? Saya tidak dapat mencadangkan sesiapapun yang layak, walaupun digunakan pasukan-pasukan polis yang bersenjata untuk memastikan keadaan yang aman, siapakah yang berani untuk mengunjungi semua institusi pengajian tinggi Malaysia dan menjelaskan kepada mereka tentang perkembangan politik di Malaysia? Apakah Perdana Menteri berkeupayaan untuk melakukannya? Ataupun Timbalan Perdana Menteri? Menteri-Menteri Besar? Mana-mana pemimpin Umno? Sekiranya mereka tidak boleh, mampukah duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya? Jika mereka sendiri tidak berani, apa pula yang dapat diharapkan dari duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya tersebut?

-M.G.G Pillai-

Terjemahan: SPAR-02-002




Rencana Asal:

Students And Malaysian Ambassadors

The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, says Malaysian students overseas "are not an easy lot to deal with because other Malaysians come to disturb them". Who are the "other Malaysians" he talks of? Why do students listen to "other Malaysians" and not to what he has to say of Malaysian policy? What happened to the "well-staffed" students affairs departments in Malaysian embassies and high commission? Why are not they engaging the students? More to the point, why does he want Malaysian ambassadors to cultivate the students now when they have ignored them for years?

He wanted Malaysian ambassadors brought back to be briefed about national policies, a normal occurrence in diplomatic practice throughout the world, to engage with students overseas. He cannot have "some" Malaysians -- he does not mention who but it is fair to assume that they include Dato' Fadhil Noor, Haji Hadi Awang, Mr Lim Kit Siang, Dr Chandra Muzaffar, Datin Wan Azizah -- "incite" the students, many of whom become anti-government. Therefore, he announces, that "in future, our ambassadors are required to be in close contact with out students".

This unexpected concern for students overseas is real: despite UMNO's overwhelming presence amongst them, it has been the government's boast that the students overseas -- here he refers to the Malay rather than the Indian or the Chinese -- had a clear understanding of official policy and could be relied upon to support the government in its policies. But that worked only so long as the issues were notional: a better life for Malaysians in the years to come. The students were required to do no more than to beat the official drum, and be rewarded for it by invitations to the UMNO General Assembly. Indeed, the embassies and high commissions, despite the presence of student counsellors, ignored the students.

The students, in other words, live in a vaccuum in a foreign country, generally ignored by the high commission or embassy, and left to their own devices. Nature abhors a vaccuum, and all it requires to attract them is to talk to them regularly and help them with problems as they arise. When Islamic proselytisation was at its height, many joined student Islamic societies and challenged the Malaysian government worldview of what they ought to do. The government did not act swiftly and determinedly. Into this breach, PAS stepped in and got their loyalty. The government lost this confrontation. It reacted, as usual, in bits and pieces: a few ministers would rush down to put out the Islamic fire, make a few speeches dutifully reported at length in the mainstream newspapers, and backs patted for a job well done.

Then came 2 September 1998. And students, even the rabidly pro-government, wants answers. Why was the deputy prime minister, one Anwar Ibrahim, sacked, detained under the Internal Security, beaten to an inch of his life by the Inspector-General of Police no less, jailed for 15 years on questionable charges of corruption and s###my? No minister could face them anymore, even if only to talk of the weather. The students overseas, in a bloc, shifted away. The Anwaristas had got to them, systematically and regularly, that the government lost them yet again. It still cannot. When the Prime Minister speaks to students overseas, it is in controlled conditions, guests checked, and those with questions told bluntly if they veer to the critical.

Dr Mahathir puts the cart before the horse. He assumes the ambassadors and high commissioners can hit the ground running. But do the diplomatic missions overseas have a list of Malaysian students in their countries? It does not. It has a list of government scholars, but of no one else. And it is often not even up to date. Contrast that with Singapore, for instance. They not only know who their students, private and scholarship, but also of Malaysian students who do well, and keep in close touch, offering jobs and citizenship to those who would agree to settle on the island. If the government wants to win this battle, key student leaders must be properly briefed and asked to spread the word. But it is probably too late for that. For it must first energise the ambassadors and high commissioners to start talking to them. They used to once. Not any more. The rigours of diplomatic life is just too hectic -- what with the constant round of diplomatic parties, golf games, and rushing to the airport to receive visitors from home -- for them to take on this additional chore.

One Malaysian high commissioner was ticked off for not turning up in the middle of the night at an airport 1,000 miles away to keep his minister company during a one-hour stopover en route to London. Another ambassador was asked to explain why he visited, without permission, a "foreign" country 3,500 miles away -- the desk officer did not know that it was within the territorial boundaries of the country he represented and he did not need special permission to go there. Wisma Putra over the years have lost its raison d'etre, especially when it took the fatal decision more than a decade ago to promote the Prime Minister and his views as that of the land. Ambassadors were punished for not being so supportive of his views, or even questioned or worse challenged them.

Ambassadors and high commissioners are kept on a tight leash that most just give up the ghost and enjoy themselves. Wisma Putra's response to events of the day, especially now in the confrontation between the Prime Minister and his nemesis, is to send them copies of the mainstream newspapers. I have seen some of these reports, which ambassadors and high commissioners show me when I call on them in distant lands. That is those who would see me. There are too frightened of what would happen to them if they are seen with me and many who just ask me off their premises.

When this is the culture, with ambassadors and high commissioners frightened of their own shadows, how could Malaysian representation convince even their own students? As the episode with Dato' Seri Anwar Ibrahim's medical problems ensured, the government accepts no official action but to question Dato' Seri Anwar's motives. How it mishandled this, and other political issues which dominates the Malaysian landscape since September 1998, is so patently obvious that one cannot assume this latest directive would work. The government will not put the issues before the ambassadors and high commissioners as neutrally as it should, but want them to go on to bat for the government in a local political squabble.

It is interesting also that this brief to engage the students applies to those studying overseas. No one attempts to engage them locally. Is there anyone in the cabinet who could do that? I can think of no one, even with battalions of armed policemen at hand to keep the peace, who would dare to go to all Malaysian institutions of higher learning and engage with them about Malaysian political developments. Could the Prime Minister? The deputy prime minister? The mentris besar? any UMNO leader? If they cannot, how could the ambassadors and high commissioners? If they dare not, would the ambassadors and high commissioners?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my