Laman Webantu   KM2A1: 4402 File Size: 8.3 Kb *



TAG SP 96: Penghukuman Dua Mahkamah Tinggi Yang Berbeza
By Spirit of Truth

7/5/2001 4:40 pm Mon

TAG 096

[Ketua Hakim Negara perlu bertindak dalam dua kes yang sama yang menghasilkan keputusan yang berbeda ini. Ia telah mencemarkan institusi kehakiman yang memang telah lama disangsikan oleh rakyat negara ini. Krisis ini seperti menguji di mana Ketua Hakim yang baru itu sedang berpijak. Beliau perlu memilih antara keadilan ataupun ketakutan. Kita meramalkan beliau akan berdiam diri.... demi jawatan yang dipegang. Dari situ Mahathir akan tahu institusi kehakiman sudah pun berada di dalam tangan - dan beliau boleh terus melakukan tangkapan sehingga angka 98?
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-06-001

FeU


Penghukuman Dua Mahkamah Tinggi Yang Berbeza

(Two High Court Judgments Vary In ISA Habeas Corpus)

Rakyat Malaysia menjadi gerun dan terkejut menyaksikan dua daripada penghukuman yang paling bercanggahan diisytiharkan oleh dua orang hakim mahkamah tinggi mengenai permohonan Habeas Corpus oleh mangsa yang terbabit. Augustine Paul, hakim yang mula-mula mendengarkan permohonan Habeas Corpus (tunjukkan tubuh-badan - penterjemah) oleh lima orang tahanan ISA, telah menolak permohonan itu dengan tegas seperti yang dijanjikan. Beliau memberi alasan dengan menyebut sebab-sebab keselamatan negara dan hak polis menjalankan tugas mereka. Berbeza pula dengan keputusan haprak itu, seorang lagi hakim mahkamah tinggi telah mendengar permohonan yang serupa mengenai dua lagi tahanan ISA itu, dan memerintahkan agar dua orang mangsa ISA dibawa untuk menghadirkan diri mereka di mahkamah.

Dua keputusan hakim yang ternyata datang dari dua khemah yang bertentangan, telah mencetuskan krisis pengadilan, dengan mendedahkan kepada rakyat marhaen betapa wujudnya sesuatu yang memang tidak betul dan munasabah dengan salah seorang daripada dua hakim tersebut. Keputusan yang kontroversi ini mendedahkan satu pengadilan yang berbelah-bagi kerana telah dirasuk pengaruh kebajingan yang dikotak-katikkan oleh tangan eksekutif kerajaan. Hakim Augustine Paul, yang terkenal dengan sikap 'tidak relevan' beliau dalam perbicaraan Anwar yang penuh dengan tipu helah, ternyata sudah termakan budi ketua eksekutif negara, sehinggakan tidak lagi mampu membuat sebarang pilihan selain memuaskan kehendak tuan politiknya dan menolak permohonan tahanan ISA. Ini memang sudah dijangkakan dan rakyat Malaysia yang biasa dengan gelagat hakim yang sungguh korup dalam kes perbicaraan palsu Anwar dulu, memang tidak pun terkejut apabila 'hakim mahkamah kangaroo' menyatakan pendiriannya.

Menyanggah pendirian ini ialah Hakim Hishamuddin. Beliau telah memberikan arahan mahkamah agar polis mengemukakan dua tahanan yang menjadi mangsa ISA itu ke muka pengadilan dalam beberapa hari yang mendatang. Penghukuman begini memang amat diharapkan tetapi tidak berapa dijangkakan setelah melihatkan bagaimana penghakiman telah diabadikan dan dijadikan mainan nafsu-nafsi seorang eksekutif yang zalim. Apatah lagi selepas terjalinnya episod 'blockbuster' perbicaraan Anwar. Dalam 'perbicaraan abad ini' rakyat Malaysia telah disogokkan dengan jijiknya, bagaimana pengadilan telah diaibkan sehingga melutut untuk menerima arahan seorang diktator yang kejam dan menghukum seorang mangsa yang tidak berdosa dan tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya, Anwar Ibrahim.

Dua keputusan hakim yang bercanggahan ini terus mempunahkan jentera kehakiman yang sudah pun busuk dan mereput, sambil menghayunkan satu libasan yang amat dahsyat kepada kepimpinan Mahathir yang amat bangsat. Kini, si bangsat ini sudah dikira sebagai manusia yang bertanggungjawab mempunah-ranahkan system kehakiman Malaysia. Kecelaruan dan kerosakan kepada jentera pengadilan telah mencemarkan susunan ketata-negaraan Malaysia, menjadikannya rapuh dan lumpuh kepada tindak-tanduk dan nafsu-nafsi satu barisan eksekutif yang tidak berwibawa di bawah pimpinan seorang penyangak bernama Mahathir.

Keputusan hakim yang berbeza ini memperakukan dengan amat jelas betapa konspirasi mega yang dilakar oleh Mahathir (Mahathirian Conspiracy) telah direncana dengan sifat yang begitu kejam untuk memfitnah dan mendakwa Anwar Ibrahim. Sudah menjadi satu kenyataan yang jelas bahawa Anwar telah dihumbankan keluar daripada arena politik oleh Mahathir yang dihantui ketakutan yang amat sangat kerana dirundung kerisauan bahawa Anwar tidak akan menjamin keselamatan diri dan juga ahli keluarganya. Peristiwa inilah yang membogelkan banyak amalan penipuan dalam pentadbiran penghakiman oleh Mahathir. Inilah yang terus memercikkan bara kejijikan yang menghakiskan kewibawaannya, sehingga meruntun beliau ke kancah penghinaan yang akhirnya akan terus membebani segala dosanya untuk jatuh melutut daripada puncak kuasa.


-Spirit of Truth.-

Terjemahan: SPAR-06-001




Rencana Asal:

FeU

http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_67.html

Two High Court Judgements Vary in ISA Habeas Corpus

Malaysians are awestruck and dumbfounded to witness one of the most intriguing contradictory judgments meted out by two high court judges on identical Habeas Corpus applications by ISA victims. Augustine Paul, the first judge to hear the first application of the five ISA detainees, rejected the application outright, as expected, citing national security reasons and the right of the police to do so. Contrary to this, the high court judge who heard another similar application for two other ISA detainees , ordered the two victims to be brought to court.

These two, surprisingly diametrically opposite rulings, has triggered another judiciary crisis, revealing to the general public that something is seriously not right with either one of the judges.This controversial rulings exposes a divided judiciary, infiltrated maliciously by the executive arm of the government Judge Agustine Paul, notorious for his "irrelevance" in the badly flawed Anwar trial, obviously beholden to the executive, had no choice but to please his political master and reject the ISA detainess application. This was expected and Malaysians having seen the antics of this corrupted judge in the faked Anwar Trial, were not at all surprised when this "kangaroo judge" made his stand.

Opposing this was the judge Hishamuddin's verdict, who ordered the police to present the two ISA victims in court in the next few days. This judgment was hoped for but the least expected after having seen how the judiciary was enslaved and subjugated by a cruel executive, especially after the infamous "blockbuster"Anwar trial. In this trial of the century, Malaysian watched with aghast, how the judiciary was beaten to its knees to obey a ruthless dictatorship, and convict an innocent and defenseless victim, Anwar Ibrahim.

These two opposing rulings further devastates the already rotten judiciary, striking a heavy blow to the hated leadership of Mahathir, who is now being perceived as the person largely instrumental in the wrecking of the Malaysian judiciary.The havoc and damage to the judiciary has tarnished the polity of Malaysia, rendering it effete and vulnerable to the whims and fancy of an irresponsible executive, led by the wicked Mahathir.

These divergent rulings has also further confirmed the well believed Mahathirian conspiracy which was mercilessly used to slander and persecute Anwar Ibrahim. As such it has now become an established fact that Anwar was illegally thrown out of politics by a fear stricken Mahathir, who believed Anwar would not have guaranteed his and his family's safety. These events that has disclosed the fraudulent administration of justice by Mahathir, adds fuel and impetus to his eroding credibility, which has dragged him into a hopeless situation, eventually causing his final infamous sin ridden downfall from power.


-Spirit of Truth-