Laman Webantu   KM2A1: 4403 File Size: 15.5 Kb *



TAG SP 97: Kemusnahan BBGS - Kuala Lumpur
By Farish Noor

7/5/2001 5:53 pm Mon

TAG 097

[Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang begitu berjasa dan bernostalgia itu bakal padam bukan sahaja namanya malah semua bangunannya bersekali. Ia menjadi mangsa pembangunan wawasan Mahathir yang tidak tahu menghargai sejarah silam yang telah membentuk sebahagian penduduk negara ini dengan begitu cemerlang. Padahal masih ada bersepah tanah yang boleh dibangunkan tanpa perlu memusnahkan satu identiti nilai Asian.

Memang anih Mahathir menyelar Barat ingin memusnahkan nilai Asian tetapi beliau sendiri mengizinkan ia dimusnahkan. Malah menara KLCC lebih bersifat Morokan, Masjid Putrajaya lebih kepada Isfahan dan Mahligai berciri Taj Mahal. Ramai tidak tahu Taj Mahal dibina dari batu marmar putih yang paling mahal dan tahan calar. Ciri-ciri seperti ini juga muncul di Putrajaya - khususnya di mahligai yang dikatakan cuma beberapa juta. Batu marmarnya sahaja sudah entah berapa juta - itupun belum dikira lagi ukirannya. Itu semua bukannya percuma - sebab itulah rakyat tidak dibenarkan untuk melihat semua yang tersembunyi di dalamnya kerana kos sebenar memang ratusan juta. - Editor]


Terjemahan: SPAR-07-002


Kemusnahan BBGS - Kuala Lumpur

(The destruction of BBGS Kuala Lumpur)

Oleh: Farish Noor

Sejarah, sekali dibiarkan pergi, tidak akan datang kembali

Malaysia adalah serupa dengan negara membangun lainnya dalam cara jalinan hubungan dengan sejarah silam yang sungguh kelam. Sebagai sebuah negara membangun kita memang berusaha sedaya upaya melakar wibawa menonjolkan gaya di arena antarabangsa. Memang banyak dekadnya kalau bukan abadnya betapa perjuangan kita kecundang disebabkan pelbagai rintangan yang menghalang. Dalam usaha kita menyingkirkan perangai hodoh orang lain semakin banyak negara maju yang cuba meyakinkan kita bahawa cara mereka adalah kaedah jempolan yang layak ditiru. Sikap berat sebelah para orientalis yang menghuni ruang sejagat meminggirkan kita kepada tepian sejarah dunia, dan segala pencapaian warisan bangsa kerap sangat dihumban kepada nota kaki sejarah sahaja.

Dalam banyak hal, kita telah menyaksikan bagaimana kewujudan kepincangan ini telah mengasak negara membangun ke satu penjuru. Kita mundur ke satu ruang sempit pemikiran parokialisme, keistimewaan pribumi dan ketuanan budaya politik - semua itu adalah usaha untuk meyakinkan betapa kita juga mempunyai sejarah bangsa yang boleh dibangga. Dalam beberapa hal pengimbauan minda ke zaman silam boleh melahirkan mantera yang luarbiasa malahan juga pemikiran yang memualkan tentang apa yang dianggap sebagai rupa bentuk sejarah Asian yang tulen.

Sama ada disukai ataupun tidak, ada satu perkara yang tidak dapat kita nafikan ialah kepelbagaian sejarah kita. Sejarah kita yang paling baru sememangnya diulit kisah purba penjajahan dan hubungan kita dengan negara barat. Pertembungan ini memang mencetuskan kesan yang amat menarik kisahnya. Penjajahan membawa bersama pembangunan yang boleh dipersoalkan, namun ia turut membawa juga banyak perubahan yang ternyata kebaikannya.

Kaedah pendidikan rakyat yang moden yang diperkenalkan dulu adalah salah satu perubahan yang datang melanda. Kita tidak boleh menafikan kaedah penyebaran pendidikan secara terbuka, meluas dan percuma adalah salah satu kesan yang terbaik dan mampat dalam pertembungan antara Timur dengan Barat. Inilah yang mendorong kepada terbinanya beberapa institusi pendidikan - termasuk sekolah seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Latihan (Perguruan) Sultan Idris (SITC), St. John's Institution, Victoria Institution, Sekolah Convent Bukit Nanas dan Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Yang ironinya, institusi pelajaran ini kekal sehingga kini sebagai satu ingatan bukan semua yang dijalin dengan Barat tidak semestinya berkisar dengan yang negatif belaka. Malahan, dengan terbinanya beberapa maktab dan institusi pendidikan dengan tajaan Eropah itu, telah mempergiatkan aktiviti reformasi di kalangan pemikir Melayu-Islam seperti Syed Sheikh al-Hadi, hingga mengiurkan semangat mereka untuk membina banyak lagi madrasah berbentuk moden (contohnya Madrasah al-Hadi di Melaka dan Madrasah al Mansoor di Pulau Pinang yang akhirnya dimusnahkan) juga.

Kerana itu, apabila tersebarnya berita tapak lama Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial, ia mencuit satu perasaan kehilangan dan kepiluan kepada mereka yang prihatin tentang mengekalkan apa juga tangkal azimat yang menjalinkan kita kepada sejarah silam.

BBGS telah diasaskan pada 1893 oleh pengembang agama Kristian di Brickfields. Tapak itu berpindah ke Bukit Bintang Road di tapak yang ada sekarang pada 1930. Berbeza dengan maktab elit yang dibina untuk anak-anak lelaki (dan tidak untuk golongan puteri-puteri) kepada raja-raja dan sultan, BBGS adalah untuk mendidik anak-anak golongan miskin dan juga kaya. Motto sekolah itu ialah: 'Nisi Dominus Frustra' - (Without God, All In Vain ataupun boleh diMelayukan sebagai Tanpa Tuhan Yang Esa Semuanya Tidak Terlaksana. (Kalau mahu lebih berkesan lagi bolehlah disebut, 'Kepada Allah, Kita Berserah. - penterjemah)'

Selama satu abad, BBGS telah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan warga wanita di Malaysia. Sekolah itu dibina ketika penduduk Malaya ketika itu amat liat membenarkan anak-anak perempuan mereka belajar di sekolah (kerana takutkan mereka menjadi terdidik, dalam banyak hal). Inilah sekolahnya yang memberikan peluang kepada gadis-gadis muda untuk dididik dan layak melangkahkan kaki memasuki ambang kehidupan masyarakat yang moden. Inilah peluang yang amat jarang dapat disediakan. Apa pun anggapan kita terhadap budaya politik penjajah ketika itu, tidaklah boleh dinafikan betapa kumpulan manusia yang mengasaskan sekolah itu dulu berjaya menyumbang secara positif dan berkekalan kepada sejarah pembangunan negara kita ini.

Adalah satu ironi untuk merakamkan sumbangan mereka kepada pembangunan Malaysia dengan penghargaan berbentuk begini: Sekolah itu akan dirobohkan, untuk memberi laluan kepada 'pembangunan' (sedangkan rantau ini hampir lemas kebanjiran pembangunan ruang niaga yang berlebihan). Para pelajar BBGS kini sudah pun dipindahkan ke satu bangunan sekolah yang baru, yang khabarnya, mempunyai status sekolah pintar di Cheras dan dijangka akan mempengaruhi sekolah-sekolah persekitarannya. Nama terbaru kepada sekolah yang baru dan lebih besar itu ialah Seri Bintang. Bukan sahaja BBGS akan dirobohkan secara fizikalnya, namanya pun akan pupus untuk ditelan mewarnai sejarah Malaysia.

Tidak ada pembangunan untuk masa depan yang mampu menggantikan kehilangan cebisan sejarah silam. BBGS, MCKK, SITC, VI,, St. John's - semua ini adalah nama-nama keramat yang dipahat dalam khazanah ingatan rakyat Malaysia. (Saya pun pernah dididik di St.John's). Sebarang usaha untuk mengalihkan ataupun memusnahkan bangunan-bangunan itu sebagai laluan kepada apa yang akan disebutkan di masa hadapan tidak akan mampu dijadikan rupa pampasan dan gantirugi kepada trauma dan tekanan betapa lenyapnya cebisan sejarah silam.

Seandainya pembangunan ini diteruskan (dan besar kemungkinan ia akan diusahakan begitu) bererti kita sudah pun diperlekehkan dengan satu hanyunan yang sungguh kejam terhadap usaha kita menyimpan dan mengekalkan cebisan sejarah silam kita. Mungkin juga akhirnya nanti, semua sekolah yang gah sejarah silamnya ini (MCKK,VI, St. John's) akan terhumban ke tepian bingkai sejarah silam, juga. Di tengah-tengah kelompongan yang diwujudkan hasil ketiadaannya itu, kita telah membina banyak tugu dan pelbagai rupa bentuk bangunan batu yang tidak punya wajah dan rupa yang bermakna selain daripada sebagai simbol ketaksuban kepada agama baru yang bergelar Kapitalisme sebagai penggantinya. Alangkah sedihnya menyaksikan sebuah negara seperti Malaysia yang berterusan menonjolkan dirinya sebagai kawah yang menghasilkan kecamukan budaya dan sejarah kepelbagaian kaumnya - terpaksa menyimpang peradabannya menyembah bumi persis satu pinggiran bandar yang homogen di Long Angeles yang penuh dengan ruang niaga dan gerai beli-belah sahaja.

Ada satu lagu kebanggaan BBGS yang tidak lama lagi akan mewarnai sejarah dan luput daripada ingatan, yang pernah melaungkan satu semangat menegakkan nilai hidup yang berkemungkinan satu hari nanti akan luput juga. Sudah tentu kehilangan ini akan sama dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia juga.


BBGS inilah ikrar kami

Taat setia sepanjang masa di dunia ini
Sehingga kami membesar menjadi dewasa
Menjadi ibu yang setia kepada bangsanya.

Didiklah kami memahami kehijauan usia
Dengan keteguhan dan waspada mengejar kebenaran
Sepanjang hayat ini belailah kami dengan kepimpinan
Ajarlah kebenaran yang menggemilangkan negara.



Terjemahan: SPAR-07-002
Ahad 6 Mei, 2001.




Rencana Asal:

History, Once lost, Cannot Be Regained.

By Farish A Noor.

Malaysia, like all developing countries, has an ambiguous relationship with its past. We are a developing nation that is desperately trying to carve a niche of its own in the international arena. Decades (if not centuries) of struggle have brought up before obstacles of all sorts. In our efforts to industrialise and modernise our economies we are often thwarted by the nefarious wrongdoings of other, more developed countries that continue to insist that theirs is the only model to be emulated. The orientalist biases that remain in the global arena relegate us to the margins of world history, and our historical achievements are often consigned to the footnotes of history.

In many cases we see how these inherent inequalities have pushed developing countries to the corner. We retreat back into forms of parochialism, native essentialism and the politics of authenticity- all in the attempt to show that we too have a history to be proud of. In some instances these flights into the past can conjure up weird and even repugnant notions of what a purely authentic asian past may be like.

But like it or not, one thing we cannot afford to do is to deny the complexities of our past. Our recent history in invariably bound up with the history of colonialism and contact with the West. This encounter has had mixed and interesting results. Colonialism brought along with it many questionable developements, but it also brought with it many positive changes.

The introduction of modern public education happens to be one of them, and we cannot deny that the spread of open, free and public education was one of the better results of the encounter between East and West. This led to the creation of a number of institutions of learning- Including schools like the Malay College of Kuala Kangsar (MCKK), the Sultan Idris Training College (SITC), St. Johns Institution, Victoria Institution, the Convent School of Bukit Nanas and the Bukit Bintang Girls School (BBGS). Ironically these institutions remain with us as a reminder of the fact that the encounter with the West was not always a negative thing. The fact that the Europeans had built such colleges and institutions spurred on the reform activities of a number of Malay-Muslim thinkers like Syed Sheikh al-Hadi, prompting them to build a number of modernist-reformist madrasahs (like the Madrasah al-Hadi in Melaka and the Madrasah al-Mashoor in the Penang that was later destroyed) as well.

So the news that the Bukit Bintang Girls School (BBGS) is about to be destroyed for the sake of commercial development can only arouse a sense of loss and sadness for those of us who are concerned about preserving out precious links to the past.

BBGS was founded in 1893 by European missionaries in Brickfields. It was later moved to Bukit Bintang Road where it is presently located in 1930. Unlike the elite colleges that were built for the sons (and never the daughters) of the Rajas and Sultans, the BBGS was meant for the daughters of the poor as well as the rich. The school's motto was 'Nisi Dominus Frustra' - Without God, All is in vain.

The BBGS played a crucial role in the education of young women in Malaysia for nearly a century. Built at a time when Malaysians were reluctant to send their daughters to school (for fear that they might be educated, of all things), it provided one of the very few opportunities for young women to be educated and thus enter the space of modern civil society. It provided opportunities at a time when they were few and far between. And whatever we think or say about the politics of colonialism then, it cannot be denied that the school's founders had managed to make a positive and lasting contribution to the development of this country of ours.

It is therefore ironic to note that their contribution to Malaysia's development has been rewarded with this: The school is now to be torn down for the sake of 'development' (at a time when the entire region is drowning in a tide of over-development in commercial infrastructure). Students of BBGS have now been relocated to a new school building, purportedly a smart school in Cheras which is intended to encompass other schools. The name of the new larger school is Seri Bintang. So not only is BBGS being demolished physically, even its name is being erased from the annals of Malaysian history.

But no development in the future can ever compensate for the lost of the past. BBGS, MCKK, SITC, VI, St. Johns- these are names that have been etched in the collective memory of generations of Malaysians. (I myself was educated at St. Johns). Any attempt to remove or destroy these buildings for the sake of what may come in the future cannot possibly compensate for the trauma of loss of the past.

Should this development go ahead (and most likely it will), we would have dealt another blow to the effort to preserve the history of this country. Perhaps in time all these schools (MCKK, VI, St. Johns) will be relegated to the backwaters of the past as well. But in the void left by their absence, we have built only new and featureless tabernacles dedicated to the new religion, Capitalism, instead. How sad it is to see a country like Malaysia- which continues to present itself as a wellspring of heterox cultures and histories- reducing itself to a mere subhurb of Los Angeles with its homogenous malls and shopping centres instead.

The school song of BBGS, which soon will pass into memory, echoes the values of an age which may one day become extinct. And that can only be a loss for all of us Malaysians:

BBGS, we pledge to thee,

Our love and toil in the years to be,
When we are grown and take our place,
As loyal women with our race.


Teach us to bear the yoke in youth,
with steadfastness and careful truth,
That in our time, thy grace may give,
The truth whereby the nations live.