Laman Webantu   KM2A1: 4407 File Size: 15.8 Kb *



TJ SP MGG: KLIA Yang Kurang Berfungsi
By M.G.G. Pillai

7/5/2001 10:15 pm Mon

MGG 1061

[Semakin hari KLIA semakin memalukan kita di sisi dunia kerana terlalu pendek aqal merencananya. Tanpa perkhidmatan sokongan yang cekap dan kos yang berpatutan tiada sesiapa pun akan sudi untuk menjengah projek gila di dalam hutan ini sehingga lima syarikat penerbangan gergasi dunia pun sudah lari. Ini kerana bukan kehebatan yang dicari tetapi kemudahan serba serbi yang mencuit hati kerana dekat, senang dan murah didapati. KLIA sudah gagal untuk berfungsi untuk manusia tetapi sekadar untuk kapal terbang sahaja sedangkan manusia lebih ramai dan lebih menyumbang banyak wang dari kapalterbang yang muncul sekali sekala itu.

Masalah KLIA tidak akan selesai selagi semua projek difaraidkan kepada kroni kerana keuntungan diri melebihi kepentingan negara ini. Contohnya, nampak sangat seperti ada konspirasi di mana perkhidmatan bas sukar dilihat (kerana sengaja disembunyi) tetapi teksi di depan pintu keluar sudahpun menanti. Penumpang sahaja tidak cukup untuk menghidupkan kedai-kedai di sini kerana kebanyakkan yang membeli itu bukannya mereka yang mahu terbang untuk pergi. Sebab itulah kedai makan pun boleh lingkup di sini. Sebenarnya semua kesilapannya bermula dari awal-awal lagi sehingga sudah sukar untuk dinyahkan pergi.

Banyak krisis semakin menghempap menteri kaum Cina yang dilantik oleh Mahathir akhir-akhir ini. Leong Sik dengan KLIA - makin banyak syarikat lari. Fong berdepan dengan kemelut piket MTUC dan pembuangan pekerja industri - hanya satu dari enam isu MTUC selesai dan 2,000 pekerja terbuang/seminggu. Kheng Yaik pula dengan masalah minyak kelapa sawit - sehingga ber'barter trade' kerana gagal mempromosi dan masalah harga sawit yang menyebabkan anak Peneroka FELDA berhenti bersekolah. Chua masih sakit kepala dengan penyakit JE, HFMD, dan Anwar. Apa yang menakutkan kita ialah banyak kes yang ditangani oleh Chua menyebabkan bukan sahaja binatang mati tetapi manusia pun mati!!!. - Editor]


Terjemahan: SPAR-01-005


KLIA Yang Kurang Berfungsi

(The Dysfunctuional KLIA)

Kalau kita buat perbandingan antara lapangan terbang di rantau ini dengan menggunakan kayu pengukur yang menjurus kepada kemudahan para pelancong dan pengguna, KLIA akan berada di tempat paling corot pilihan kita. Lapangan terbang ini sudah lama siap dibina tetapi tiga tahun sudahpun berlalu, hubungan keretapi masih belum siap lagi. Lapangan terbang ini sukar dilawati kerana berada di pinggir hutan, melainkan cara mendekatinya dapat dipermudahkan. Pusat tempahan-masuk di bandaraya masih belum tersedia, seperti juga hubungan tren projek itu masih tergendala. Kemudahan hotel yang berpada harganya langsung tidak wujud di lapangan terbang itu. Kos pengangkutan untuk pergi ke sana memeritkan poket, melinangkan airmata. Pelancong yang baru sampai selalu terkapai-kapai, mencari maklumat yang hampir tidak ada untuk memudahkan mereka menyedari bumi nyata Malaysia. Kompleks yang penuh ukiran dan arca itu, semakin mereput seperti yang disebut oleh mereka yang pernah mendarat di situ. Sudah menjadi dasar rasmi memaksa setiap pengembara menggunakan khidmat limosin yang mahal harganya, sedangkan arah ke stesen bas sengaja dikelirukan untuk mencetuskan perasaan malas dan letih untuk berjalan.

Lima syarikat penerbangan antarabangsa sudah pun menamatkan perkhidmatan mereka. Banyak lagi yang akan mengekori mereka. Kementerian pengangkutan, seperti lazimnya, menonjolkan suasana keceriaan di sebalik setiap kekalutan, masih tidak tersentuh perasaannya dengan keadaan yang semakin mengaibkan. Ia cuba memaksa syarikat yang mengundurkan diri itu untuk rojok semula dengan sogokan pelbagai imbuhan. Tidak ada satupun insentif itu mengambil kira masalah keluar-masuk pusat bandar dengan cepat dan selesa. Halangan utama yang menyekat seseorang keluar daripada lapangan terbang itu adalah terlalu mahal dan terlalu memakan masa. Seseorang yang tiba lewat dan kelaparan, seperti yang dialami oleh seorang kawan, akan teraba-raba mencari tempat untuk makan kerana tempat semacam itu memang tidak kelihatan. Balairong santapan (food court) yang menjanjikan satu senarai hidangan yang menyelerakan dan memalukan airliur basi, sudah ketiadaan senarai hidangannya kerana pengurusnya sudah lama cabut lari. Berlegar-legar mencari arah memang satu pengalaman juga. Kos sewaan ruang makan di situ begitu tinggi harganya, sehinggakan restoran ternama yang pernah membuka gerai makan di situ sudah lama menuutup pintu.

Seandainya anda tiba dari dalam negara ataupun Singapura, masa untuk menanti ketibaan bagasi anda adalah lebih lama daripada tempoh penerbangannya. Lagi lama pula perjalanan anda untuk sampai di rumah. Semakin ramai orang yang menaikki teksi ataupun keretapi untuk pergi ke Johor ataupun Pulau Pinang kerana tempoh penerbangan yang sungguh lama kalau dibuat perbandingannya. Pengagih bagasi (carousels) yang sungguh canggih bikinannya, jarang sangat berfungsi seperti sepatutnya menyababkan bagasi diletakkan di alat pengagih yang jauh-jauh lokasinya. Semua ini adalah himpunan kekecewaan yang menghampakan pelancong yang muncul di KLIA.

Syarikat Malaysian Airport Berhad beranggapan bahawa sebaik sahaja lapangan terbang itu berfungsi seluruh dunia adalah tawanannya. Keangkuhannya itu sungguh menakjubkan. Khidmat limosin telah difaraidkan kepada seorang kroni, yang menjanjikan secara ugut-mengugut keunggulan system GPS yang dikatakan canggih-manggih yang mampu memantau teksinya kepada satu ruang laluan yang paling pantas untuk diikutinya. Kini, tidak ada lagi contoh GPS itu, kerana ia tidak dibenarkan berfungsi kerana mengganggu alat elektronik KLIA yang sungguh sofistiket*. Satu tudung saji plastik yang dulu tertenggek di bumbung teksi sudah pun dikopek dan tidak berguna lagi**. Khidmat teksi semakin menggila memberikan keuntungan yang menggila juga. Yang paling cekap berfungsi ialah 'ulat-bulu' di situ yang begitu pintar menjodohkan seorang pengembara dengan teksi yang diperlukannya, dalam masa lima minit selepas seseorang melepasi pemeriksaan imigeresen dan kastam. 'Ulat' ini cukup berpengalaman menentukan sesiapa yang tertunggu-tunggu limosin rasmi dilencongkan dengan segera kepada teksi yang lain. Begitulah cekapnya penyangak perkhidmatan teksi ini kerana kemampuannya menyediakan fulus yang kena harganya ke tangan yang sedia menampungnya.

Kita pernah diberitahu mengenai Tren ERL (Hubungan Rel Ekspres) yang dijanjikan siap dalam setahun selepas permulaan bikinannya. Harga tambang ialah RM35 satu hala yang dikatakan lebih murah daripada tambang teksi. Sesiapa yang menaikki keretapi daripada KL ke JB dan Singapura akan dikenakan harga yang sama, dan tiba tanpa sebarang kerumitan dan gangguan. Pembikinan Rel Ekpres itu tergendala kerana rakan niaga usahasama projek itu masih bertelagah dan keliru siapa yang membikin apa dulu. Apabila seorang 'Klon' turut serta pertelagahan itupun reda, tetapi projek itu masih tergendala.

Dato' Seri Ling Liong Sik boleh menjanjikan bulan jatuh ke riba untuk menarik pelancong dan perkhidmatan penerbangan datang ke KLIA. Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya. Sesuatu lapangan terbang hanya akan berguna kalau ada sistem keluar masuk yang cepat dan selesa. Satu ketika dulu Lapangan terbang Don Muang di Bangkok memang berkeadaan kelam-kabut. Kini semuanya sudah dibereskan membuatkan lapangan terbang itu menyenangkan. Demikianlah takrifannya walaupun lapangan terbang itu sesuatu yang menakutkan ketika mendarat. KLIA kini diberikan status gajah putih. Ia tersembul di tengah kelompongan. Syarikat penerbangan terpaksa menyediakan pengangkutan kepada penumpangnya kalau mahu bersaing untuk berniaga. Kaedah ini telah ditegah dan ada pihak yang kena sanggah. Khidmat limosin yang canggih itu mesti digunakan, kata mereka. Lima syarikat teksi yang bersekutu di situ sudahpun cabut menutup buku. Pegawai KLIA masih belum sedar lagi kalau syarikat penerbangan mahu terus memancing pelanggan, syarikat itu mesti memberikan layanan yang tidak lagi mampu diberikan oleh majlis penerbangan. Lebih banyak lagi syarikat yang akan undur. Apabila pengunduran mereka itu ditelan sejarah, adalah amat sukar memujuk mereka untuk berpatah arah.

Saya memang tidak berani memandu kereta untuk menyambut kawan-kawan. Papan tanda yang ada terlalu mengelirukan sehingga memesongkan arah hala yang anda tujui. Kalau ada ahli keluarga kami yang pergi ke lapangan terbang menghantar saudara mara, kami akan berbelanja antara RM200 hingga RM300 hanya untuk tambang kenderaan. Untuk menaikki bas anda perlu bersabar mencari jalan menghala ke perhentian bas itu. Dengan kata mudah KLIA adalah satu contoh bagaimana lapangan terbang itu direncana dan diuruskan oleh birokrat. Selagi itulah cara pengurusannya selagi itulah gelaran gajah putih akan menyelimuti namanya. Tetapi, adakah sebarang usaha untuk mencari apa penyakitnya dan bagaimana mahu memperbaikinya? Memang ada, tetapi oleh kumpulan yang sama yang telah menjahanamkannya. Lebih banyak musibah yang akan datang melanda.



MGG Pillai
Ahad 6 hbMei,2001.

Catatan Penterjemah:

Cerita sistem bertudung saji yang menganggu fungsi elektronik lapangan terbang itu adalah satu putarbelit kepada kisah sebenar. Sistem yang digunakan itu adalah satu prototaip yang memang banyak taik hidungnya. Lagipun ia digunakan sebagai alasan untuk menonjolkan kecanggihan projek kroni Pemuda UMNO dan menaikkan wang deposit untuk calon yang berminat memberikan khidmat teksi, untuk kepentingan kroni yang hanya goyang kaki.

** Eloklah dicadangkan agar salah satu tudung saji plastik itu dihadiahkan sebaga cenderahati kepada Perdana Meneri.


Terjemahan: SPAR-01-005
Ahad 6/5/2001.




Rencana Asal:

The Dysfunctional KLIA

When you compare with airports in the region, one that is the worst, using the yardstick of convenience to the traveller, is Malaysia's KLIA. The airport was built, but not the promised rail connexion, which three years later, is still not ready. The airport is in an area difficult to get to, which is fine if how to get there was convenient. A city check-in point is, like the rail-link, way behind schedule. There are no convenient hotels nearby, and transport to those there costs an arm and a leg. Travellers are left to their own devices once they land, with no help or helpful signs to get him off the ground. The cavernous complex, for that is what it is, begins to fall apart as word gets around of the pitfalls of those who land there. An official policy is to force the traveller towards the official limousine service, and those who want to go by bus would find it extremely inconvenient to get to the stand.

Five international airlines have closed down their services. More would follow. The transport ministry, as usual looking for the bright side especially when there is none, is unfazed. It tries to force airlines back in by offering incentives. But none of these incentives include how to get to the centre of town as quickly and expeditiously as possible. The obstacle course one has to run to get out of the airport is not only expensive but often invites a long wait. If you arrive late and hungry, as happened to a friend recently, no food is available. The food court, which promised an array of dishes that would water the mouth of gourmets, is listless and largely empty. Finding your way around is a disaster. The rental on the food court is so high that reputable restaurants which had opened stalls there quickly closed them down.

If you come in from within the country or Singapore, it takes longer to retrieve your baggage than to fly in. And longer to get to your home. Indeed, many just hop on a taxi or train to get to Penang or Johore, for it takes as long to fly. The state-of-the-art baggage carousels do not often function as it should, or baggage is collected at remote carousels. All this adds to the frustrations travellers face when coming into KLIA.

The Malaysian Airports Berhad believed that one the airport is operational, the world is its oyster. Its arrogance is unbelievable. The taxi system was farmed out to a crony, and threats and promises of the state-of-the-art GPS systems which could direct a taxi to where is needed at the quickest possible time. But there is no sign of the GPS now; it cannot be used because it interferes with KLIA's sophistacated electronics. The ugly plastic dome each of the official taxis had to be wear is now dismantled. Service is atrocious, and taxis do a roaring business. The most efficient in the airport now is the tout, who marries travellers and taxis so efficiently that one is in a taxi within five minutes of clearing immigration and customs. He also sees to it that those queing in vain for the official limousine service are quickly diverted. This works because he palms his way out with the right dollop of cash into the right hands.

We are now told of this ERL train that would be ready in a year. The cost is RM35 one-way, cheaper, we are told, than the taxi fare. But to anyone wanting to go to Johore Bahru or Singapore, that is what it would cost him if he travelled by train. And reach without hassles or aggravation. The construction of the ERL is delayed because the partners could not agree who should build what. With a Sibling's intercession, it is all settled. But the train is still not ready.

Dato' Seri Ling Liong Sik can promise the earth to attract the traveller and airline to KLIA. No one believes him. An airport is useful only if there is a quick and easy way out of it. Bangkok's Don Maung airport often is a mess, but once one clears it, one is on its way in minutes. This is so even in airports one shudders of landing in. The KLIA has become a white elephant. It is stuck in the middle of nowhere. Airlines find they have to pick up their passengers if they want business. This was resented, and some were warned off. The excellent limousine service should be used, they said. Five of them moved out. The KLIA chaps do not realise that if airlines want to retain their passengers, they must provide what the system does not. More would opt out. And it would be difficult when all is in place to ask them to come back.

I would not dare to drive to KLIA to pick up friends. The road signs are so horrendously inadequate or missing that if you follow them, your would not arrive at your destination. If a family of our go to the airport to see off a relative, it would set it back, by public transport, between RM200 and RM300. If you travel by bus, finding your way to the terminals is an obstacle course. KLIA in short is a perfect example of an airport conceived and run by bureaucrats. So long as it remains that way, it would be a white elephant. But is there an attemt to find out what is wrong and how could it be turned around? Yes there is, but by the same group that has mishandled it. The worst is yet to come.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my