Laman Webantu   KM2A1: 4413 File Size: 11.0 Kb *



TAG SP 101: B1 Syarikat Teksi Petronas
By Harun Rashid

8/5/2001 10:22 pm Tue

TAG 101

[Dalam rencana bersiri ini pembaca akan dapat menelah apakah Petronas begitu hebat mencakar angkasa sehingga terlalu banyak bidang diceburinya sedangkan syarikat minyak dunia yang lebih hebat darinya pun hanya bermain di tempat-tempat yang selamat sahaja. Malah Esso sendiri hanya membina menara yang tidak setinggi mana di KLCC dan ia untuk dirinya cuma - bukan untuk disewa.

Sekali pandang gas asli ada potensinya untuk memacu kenderaan seperti teksi di dalam alam yang asyik berjerubu walaupun kebakaran di Indonesia sudah hampir tiada. Petronas telah melabur berjuta-juta untuk melengkapkan stesen minyaknya sahaja dengan gas asli tetapi kini teksinya kelihatan semakin tiada walaupun baru beberapa tahun meluncur di jalanraya. Malah teksi lama jenis Opel masih ada - cuma ia bertukar warnanya sahaja agar si Proton dapat gemuk sentiasa. Tetapi si gemuk ini pun sakit juga dan Petronas lagi yang datang menyangganya sedangkan kepakaran memang tiada.

Rencana bersiri ini akan membongkar ke mana perginya semua teksi Petronas itu semuanya sedangkan teksi lain yang jauh lebih tua masih ada sedangkan yang membinanya tidak pun empunya bangunan yang mencecah angkasa memecah rekod dunia.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-05-002-1


http://home.yqi.com/harunrashid1/65PetronasCab.html


Syarikat Teksi Petronas

(The Petronas Taxi Company)

Oleh: Harun Rashid


April 24, 2001

Satu hikayat berbentuk caca-marba mungkin boleh dikemukakan kali ini membabitkan automobil yang mesra alam, pelancongan, sebuah syarikat minyak dan sebuah lapangan terbang. Ini adalah satu bidang kajian bagaimana kerakusan ahli politik tempatan menjahanamkan pengurusan yang berkesan terhadap syarikat-syarikat yang diamanahkan untuk mereka awasi.

Apabila minyak mula digerudi di perairan Malaysia, ia diuruskan oleh sebuah syarikat yang merupakan penyimpan amanah rakyat yang pada asasnya adalah pemilik tanpa geran-khas segala hasil mahsul khazanah bumi Malaysia. Para menteri negara ini diberikan pula amanah rakyat menyelia pengurusan syarikat itu dan melantik eksekutif yang pintar serta berwibawa untuk meraih pulangan maksima daripada satu sumber pendapatan yang besar, yang tidak ada galang gantinya.

Segala kegiatan urus-niaga syarikat minyak nasional itu belum pernah lagi diberikan satu penelitian yang menyeluruh dan bersungguh-sungguh, sedangkan berbilion wang ringgit yang sudah ghaib tanpa sesiapa mampu menjelaskan mana perginya. Perdana menteri dan menteri kewangannya tidak bersedia mengizinkan sebarang usaha pengauditan bersasaran dari luar untuk mengesan arah mana segala wang selewengan itu telah menghilang. (mungkin dengan permaidani terbang - penterjemah).

Simpanan minyak di Malaysia, kalau mengikut kadar penyedutan sekarang, dijangka akan kontang dalam jangkamasa lima belas tahun. Namun, memang banyak tersimpan lagi gas asli di dasar bumi. Pasaran gas asli perlu dipertingkatkan lagi. Untuk memenuhi sasaran ini beberapa pangkalan gas asli cecair telahpun dibina, kapal khas untuk mengangkutnya telahpun dibeli, dan sudah diusahakan juga kilang-kilang baru untuk menyaring gas asli agar menghasilkan bermacam bahan bakar yang berguna.

Malaysia menikmati pendapatan yang lumayan daripada industri pelancongan. Para pelancong amat bencikan jerebu yang merupakan salah satu fenomena tahunan di Malaysia. Selalunya Malaysia menuduh kerja-kerja tebang dan bakar secara berleluasa di Indonesia sebagai penyebabnya, walaupun ada kalanya tuduhan diajukan juga kepada asap kereta dalam negara. Asap hutan di Indonesia itu sudahpun lesap atau menghilang ditiup bayu. Tetapi angkasa Malaysia masih lagi kuat berjerubu. Penelitian kini tertumpu kepada enjin kereta yang berlegar di jalan raya.

Enjin kereta diesel yang teruk keadaannya di Malaysia mengeluarkan asap kotor yang berlebihan. Terdapat ribuan lori dan bas yang menggunakan enjin diesel di seluruh negara, terutama sekali di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Lagipun, terdapat lebih satu juta motorsikal yang menggunakan enjin dua-lejang yang memang terkenal mengeluarkan asap tebal dan gas yang keras baunya. Kita perlu campurkan pula sekitar 17,000 teksi berlesen (tidak termasuk teksi sapu - penterjemah) yang hampir dua kali ganda banyaknya apabila dibandingkan dengan hanya 8,000 teksi di Bandaraya New York.

Enjin yang menjana gas asli memang bersifat mesra alam. Kalau semua enjin jenis ini digunakan secara menyeluruh, kadar enap-cemar yang berbahaya yang dikeluarkan oleh ekzos bas, lori, kereta dan motorsikal akan menurun secara lebih ketara. Inilah prospek niaga yang mengghairahkan Petronas. Berbagai masalah dapat dibereskan dengan sedikit usaha, laksana sambil menyelam bolehlah minum airnya.

Ini bererti sudah ada pasaran yang mampu menerima gas asli yang berlebihan. Simpanan minyak boleh dilanjutkan tempohnya, jerebu dapat dikurangkan dengan lebih berkesan, industri pelancongan boleh dipertingkatkan. Semua itu menjanjikan kejayaan yang pasti. Yang perlu dicongak dengan muktamadnya ialah kos projek dan kadar pulangannya nanti.

Petronas bertindak membekalkan gas asli padat (pressurized natural gas) kepada beberapa stesen minyak. Pam yang khusus untuk pembekalan gas itu telah dipasang. Kebanyakan pelanggan adalah syarikat teksi yang telah menerima tawaran Petronas untuk memasang tabung (gas) tambahan dan karb###tor yang membolehkan kereta mereka berfungsi secara dua pilihan menggunakan bahan bakar. Kereta boleh digerakkan sama ada menggunakan petrol ataupun gas asli dengan hanya menggentel punat suis sahaja.

Paip-paip bawah tanah telah dipasang seluruh negara untuk membekalkan gas kepada stesen tertentu, peralatan pam khusus dipasang, dan jumlah teksi yang diubahsuai telah meningkat untuk menggunakan bahan bakar yang menjimatkan. Gas asli telah dijual dengan kadar yang menarik untuk menarik pemilik syarikat teksi turut serta dalam usaha itu.

Rencana yang dianggap sebagai satu integrasi menegak meyakinkan betapa sistem pembekalan gas asli itu adalah sesuatu yang realistik. Cara pengagihan pelbagai kontrak kerja dalam rancangan itu tidak akan disentuh dalam penulisan ini kerana difikirkan lebih sesuai dijadikan bahan renungan di lain kali. Tetapi ada satu kisah perniagaan yang menarik perhatian, hingga mencetuskan pelbagai soalan tentang keupayaan eksekutif pengurusan Petronas.

....bersambung....





Rencana Asal:



The Petronas Taxi Company

by Harun Rashid

Apr 24, 2001


A tangled tale may be told of haze, environmentally friendly automobiles, tourists, an oil company, and an airport. It is a case study of how local politicians and their greed adversely affect the efficiency of corporations directly under their supervision and control.

Oil was discovered in Malaysian waters. This led to a national oil company titularly titled to all the people of Malaysia in undivided shares. The ministers of the country are entrusted with overseeing its management and appointing skilled executives to derive maximum returns for what is a major source of national income, though from a non-renewable resource.

The activities of the national oil company have not been subjected to critical scrutiny, and there are billions of dollars not now accounted for. The prime minister and the on-lam finance minister do not allow any objective external auditing to discover in which direction the diverted dollars disappeared.

The oil reserves of Malaysia, at present rates of production, are expected to be exhausted within fifteen years. But there are ample reserves of natural gas. The market for natural gas needs to be developed. Toward this end liquified natural gas facilities have been built, ships purchased to transport the product, and new plants built to convert natural gas into other useful fuels.

Malaysia derives significant income from the tourist business. Tourists do not like haze, and there is a history of haze in Malaysia, usually blamed on Indonesian land clearing fires or local internal combustion engines. The Indonesian fires are out, but the haze continues. The focus now is on the exhaust of internal combustion engines.

Diesel engines in poor condition emit significant smoke in Malaysia. There are thousands of diesel lorries and buses on the roads of Malaysia, especially in the Federal Territory of Kuala Lumpur. In addition there are over a million motor bikes, many of which have older two-cycle engines, notorious for their emission of smoke and fumes. To these must be added Kuala Lumpur's 17,000 taxi cabs, which may be compared with only 8,000 in New York City.

Natural gas engines are environmentally friendly. If these engines were used exclusively, the amount of noxious emissions discharged into the air by buses, lorries, cars and motorbikes would be significantly decreased. Petronas found the prospects interesting. Several birds could be killed with one stone.

A market would be developed for the excess natural gas, oil reserves would be extended, the haze would be reduced, and the tourist business would be enhanced. It seemed a sure winner. One need only calculate the costs and project a rate of return.

Petronas decided to supply pressurised natural gas to some of its petrol stations. Special pumps were installed to dispense natural gas to customers, who were existing taxi companies accepting Petronas's offer to subsidise the installation of additional tanks and carb###tors to allow their cars an option to run on either petrol or natural gas, at the flip of a switch.

Underground lines were laid cross country to selected stations, dispensing pump equipment was installed, and the number of converted cabs began to increase until now lines form for the frugal fuel. Natural gas is sold at a very attractive price to entice taxi company owners to participate in the exercise.

Seen as vertical integration, the investment in natural gas delivery systems is realistic. The manner in which the various contracts were given is not today's subject, and will be treated as a necessity in order to bring the idea to fruition. There is another related business decision, however, that attracts attention, raising questions about the executive capability of the Petronas management.


....to be continued....


Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Petronas Taxi Company